Friday, August 10, 2012

VHC : Solo Overland Adventure : Part 6

Sorry.. Lama tak update.. and travelogue aku pasal trip Vietnam –Hongkong – China pun terhenti. Sorry sangat2, sebab masalah teknikal.. Laptop aku rosak, so, tak dapat la aku nak update cerite aku. Well, sekrang ni aku cuba untuk habiskan. So, ni die cerite seterusnya pasal trip VHC aku Januari-Februari lepas…




26 Januari 2012 – Day 6

Semalaman aku dalam sleeping bas dari Hue ke Hanoi. Perjalanan yang ambik masa selama 11 jam. Huh! Lamanye kan. Tapi Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak sebab dapat tido baring dalam bas. Aku sampai di Hanoi jam 5 pagi. Aku pun tak tahu tempat mana yang kene turun, tapi bile last stop, driver bas suruh semua turun, so aku pun turun la ngan Charlie & Natalie. 

Suhu kat Hanoi pagi2 tu sangatlah sejuk.. huh! Memang masanya tu musim winter. Aku dah standby winter wear cume tak pakai glove aje sebab glove dalam beg. Pijak ke bumi Hanoi, kami semua tak tahu nak ke mana sebab tak tahu mana lokasi nya ketika itu. Then, Natalie & Charlie pun godek Hp memasing tengok GPS. Pas  15 minit, kiteorang pun teruskan perjalanan mencari hostel pas dah tahu ke mana lokasi nak dituju. Aku dah booking hotel siap2 guna hostelworld.com. Tapi Natalie & Charlie lum book lagi, dieorang nye style selalunya walk in sebab bile walk in dapat tawar menawar dan dapat la harga yang murah.

Dengan back pack yang berat tu, kami bertiga berjalanla keliling Bandar Hanoi menuju ke Sungai (Sungai ni menjadi kawasan tumpuan pelancong, so banyak hotel2 dan hostel dekat ngan kawasan sungai ni). Pagi yang gelap gelita hanya bertemankan lampu2 jalan je, kami berjalan kaki lebih kurang 30 minit mencari hotel. Walaupun aku dah book hostel, tapi aku temankan dulu dieorang sebab aku pun tak tahu lokasi hostel aku yang sebenarnya. Natalie & Charlie ade pujuk aku untuk duduk hotel ngan dieorang tapi memandang kan aku dah tempah bilik siap2, so tak nak la burn kan macam tu je deposit yang aku dah letak kat hostelworld tu. 

Jalan punya jalan, kami ade jumpa 1 stall macam penjaja kat tepi jalan je. Ramai orang datang sini. Kiteorang pun tengok lah, rupanya2 stall tu jual breakfast such as macam kebab (isi daging dalam roti). Natalie& Charlie beli untuk breakfast tapi aku tak beli la sebab tentunya tak halal. Pastu, kami teruskan perjalanan sampai jumpe ngan satu hotel ni. Selepas tawar menawar, dieorang dapat la harga yang sangat murah untuk 1 bilik. Kalau tak silap aku, dieorang dapat dalam USD12/bilik. Pas dieorang check in, aku pun terus gerak menuju ke hostel aku. Aku tempah dorm kat Hanoi Hostel yang terletak di alamat 91C Hang Ma str, Hoan Kiem Disrict, Hanoi.


Dengan map Bandar Hanoi, Alhamdulillah aku dapat cari hostel tu. Masa tu dah pagi, dah cerahla langit tapi suasana pagi2 tak sibuk lagi, so Alhamdulillah dapat berjalan ngan aman. Aku rasa hampir 15 minit gaklah aku berjalan kaki dari hotel Charlie tu menuju ke hostel aku. Nasib baik beg aku tak berat sangat.

Map Bandar Hanoi


Pas 15 minit, aku pun jumpa lah ngan hostel aku tu. Tapi sayangnya hostel tu tutup. Sebab masa tu kan Tahun Baru Cina, memang kebanyakkan kedai2 tutup masa tu. Tapi kat depan hostel tu ade diletakkan notis siap ade no.fon lagi. Memandangkan aku penat dah berjalan. So aku decide nak pergi ke masjid dulu la nak rehat tapi aku tak tahu la plak kat mana masjid. Baru je aku jalan 2,3 langkah, kebetulan ade sorang mamat Amerika tegur aku sebab die nampak aku bawak beg pack.

Die tegur aku apa yang boleh die tolong, then aku pun bagitau lah die yang aku nak guna internet sebab nak cari masjid kot2 la die tahu kat mana internet café nye. Then, die cakap die boleh tolong aku. Die tolong aku surf internet kat hotel die yang sebelah je ngan hostel tu. Hotel yang die duduk tu 3star, mahal gak la sewa semalam. Die pun travel gak ke Hanoi ngan wife and anak die. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. Die kenalkankan aku ngan wife die, rakyat Peru.. Cantik.. So, kami dapat la search kat mana masjid kat Hanoi ni.. Masjid tu tak jauh pun dari tempat kami tu. 



Dalam 5 minit jalan, aku pun sampai la di Masjid Al-Noor yang terletak di alamat No. 12, Hang Luoc Street, Hoan Kiem District, Hanoi. Tapi sayangnya, masjid tu tutup.. Aduusss sedihnya… Masjid ni hanya dibuka masa Solat Jumaat jer, maybe sebab hari2 biasa tak de orang sebab tu la die tutup. Then, aku pun decide untuk ke tourist center yang terletak di depan tasik. Aku dah jumpe tourist center ni masa jalan2 pagi tadi teman Natalie & Charlie cari hotel. 

 tasik Hoan Kiem

Perjalanan nak ke tourist center tu, lama gak la lebih kurang 15 minit sebabnya  aku pun dah letih berjalan dari pagi tadi. Huhu. Pas 15 minit jalan, aku sampai lah di tourist center tu. Masa tu jam menunjukkan kul 7.30 pagi. Nasib baik tourist center tu dah buka.. Aku pun pergi ke kaunter dan bagitau masalah aku pada penjaga kaunter tu. Aku mintak die call no fon yang aku ambik tadi. Aku dapat la bercakap ngan owner hostel tu, die cakap die dah emelkan pada aku 2 hari sebelum tu tapi ye la, aku mana dapat bukak emel (moral of the story, keperluan untuk bukak emel setiap hari sangat penting ketika travel). Then, owner tu bagitau yang die dah tukarkan aku ke hostel dieorng yang 1 lagi memandangkan sekarang ni musim raya, so pekerjanya banyak cuti. Sebab tu la die hanya bukak 1 hostel jer, Hanoi Backpackers Hostel on Ma May. Hargenya sama, so, aku tak perlu bayar extra pun dan aku pun dapat duduk kat female dorm. Ada 8 katil dalam dorm tu.

Owner tu cakap suami die akan datang ambik naik motorsikal. Ohh! Tidaakkk laa.. So, aku cakap kat die it’s ok, aku akan datang sana naik teksi jer.. Alhamdulillah, aku keluar jer dari tourist center tu, terus dapat teksi. Harge teksi ke hostel tu VND 100,000. Hanoi Backpackers Hostel On May May yang beralamat di No.9, Ma May, Hoan Kiem, Hanoi. Aku bayar hostel tu USD 6 untuk 1 malam.


Aku check in hostel dalam jam 8.30 pagi, aku lah guest pertama yang sampai. Owner tu mintak maaf  sebab menyusahkan aku. Hehe. Samapi je, aku dapat air mineral percuma as welcome drink. Aku suke hostel ni sebab ade kitchen and ade internet plus ngan siap ade breakfast percume lagi sampai jam 9 pagi. Cuma toilet kat hostel ni old school dan sedikit berbau tapi kebersihan hostel sangatlah “OK”.

 ni die dorm 8 katil aku 
Aku masuk bilik, aku terus tido sebab penat sangat samapi jam 1 baru aku bangun. Aku bangun tido jer, aku nampak ade sorang room mate baru. Then, apa lagi kiteorang pun berkenalan la. Dia dari China, dari Wilayah Jiang. Nama die Echo. Die sorang2 jer. Aku tengok die ni macam Innocent jer tapi dalam hati aku ni kata “berani gak die ni jalan sorang2 walaupun innocent”. Hehe.. Die akan ke Halong Bay pagi esokkanya dan aku akan gerak ke China esokkan harinya. Well, die decide untuk untuk ikut aku keluar jalan2. So, aku ade geng la.

Pastu aku mandi, solat dan terus keluar jalan2 Bandar Hanoi. Tempat pertama yang aku tuju adalah kedai outdoor. Sememangnya Vietnam terkenal ngan suppiler barang2 Outdoor. Kat HCMC, kedai semua tutup masa aku pergi sbb cuti CNY, so kat Hanoi la sasaran aku. Ade satu kedai outdoor yang dekat ngan hostel tu. 

~ Ni die kedai outdoor, Umove Travel Outddor
No.13, Hang Dieu Street, Hoan Kiem District ~


Bile aku sampai jer, alangkah kecewanya aku kedai ni tutup memandangkan masa tu tengah cuti sambut Tahun Baru China. Huhu.. So, terpaksalah aku diamkan saja hasrat aku nak beli barang2 outdoor. Pastu, kiteorang decide nak gi makan. Perut dah lapar.. Mengikut maklumat yang aku dapat kat Hanoi ni ade 4 buah restoren halal. Then, aku bercadang untuk makan kat Restoren Nisa.

Restoren Nisa



Restoren Nisa ni restoren Malaysia. Owner die rakyat Malaysia yang berkahwin ngan orang Vietnam & terus menetap di Hanoi. Decoration restoren ni memang bercirikan Malaysia, ade bendera Malaysia, ade kain batik & macam2 lagi la. Makanan pun semuanya makanan2 Malaysia macam nasi lemak, teh tarik, roti canai, kari, & macam2 lagi la.. Best sangat, sekurang2nya dapat la mengubat kerinduan aku pada bumi Malaysia. 
 ipho Vietnam


 
                                                        air sirap bandung

Aku makan local dishes “Pho Vietnam” ngan sirap bandung. Roomate aku tu pun order sama ngan aku. Pho Vietnam tu sangatlah sedap. Habis satu, aku tambah lagi satu sebab lapar & sedap sangat. Masa makan tu, aku mintak tolong pekerja kedai tu tolong belikan aku top-up kredit. Alhamdulillah, pekerja kedai tu sangat friendly & pandai cakap Melayu sikit2. Pas makan aku naik ke aras 4 untuk solat memandangkan masa tu dah jam 6 petang. Magrib jam 6 kat hanoi ni. Restoren ni ade sediakan surau, siap ade telekung & kain pelikat lagi. Surau die luas gak, so, kalau nak solat jemaah pun boleh. 

 Ni die harga yang kami kene bayar

Surau Restoren Nisa

Pas solat, aku terus turun bayar makanan dan terus gerak keluar. Masa ni kedai2 di Hanoi banyak tutup so, susah gak la aku nak jalan2, tak happening sangat. Tapi, aku jalan2 je la ke Hang Be Street and Hang Tre Street. Dua jalan ni ade pasar malam setiap malam such as macam Petaling Street la. Ok lah, banyak kedai yang bukak walaupun tak sebanyak seperti hari2 biasa. Malam tu, aku dapat beli 2 silk sleeping bag yang berharga VND 230,000, key chain + fridge magnet + purse yang harge VND 160,000. Urus niaga di Vietnam ni menerima duit USD, duit VND mahupun duit RM pun diterima gak. So, tak yah susah2 nak gi cari money changer kalau tak cukup duit. 


ni die roomate aku, Echo


 ni die buah tangan aku dari Hanoi


Pas dah puas shopping, kiteorang terus balik hostel and tidor... zzzz ZZZZ Zzzzzz ZZZzzzz