Monday, March 24, 2014

From Amsterdam to Vienna

Destinasi seterusnya selepas Amsterdam ialah Vienna (Wien) yang terletak dalam negara Austria. Sebab apa kami pilih Vienna? Sebabnya, jarang orang Malaysia ke Vienna, so kami nak tengok lah apa ade kat Vienna ni since Kota Vienna femes gak tapi jarang orang ke sini. Nak tahu gak kenapa walhal Vienna sangat femes dengan karya seni (muzik, filem & etc). Bahasa Ibunda di Austria adalah bahasa Jerman..
Train to Airport di Amsterdam Central
Dalam train ke Schipol Airport

Biasanya kalau trip ke Europe, traveller akan ke bandar-bandar glamour lain such as London (aku pernah duduk di London masa kecik dulu, so London tak tersenarai dalam destinasi idaman aku), Manchester, Paris, Munich, Milan, Brussel, Berlin & Zurich. So, kami nak buat route diluar dari kebiasaan. 

Perjalanan dari Amsterdam ke Vienna adalah sejauh 1,187 km. Kalau naik flight, hanya 1 jam 30 minit jer. Kalau ikut jalan darat (train atau bas) 11 jam & akan merentasi Negara Jerman (Frankfurt & Munich). Dari Vienna - Frankfurt 4 jam ; Frankfurt - Vienna 7 jam.


Mulanya, aku nak naik train & singgah di Frankfurt & Munich, so kami kene bermalam la di salah satu bandar tersebut. Tapi memandangkan aku preknen & i had a pregnancy complication (pada masa itu) "low-lying placenta", so naik flight adalah yang paling selamat bagi aku. Tak nak lah nanti, sebab nak travel sangat-sangat, kesihatan baby aku kat dalam perut ni terjejas. Nanti kesian kat baby, feel like riding a roller-coaster in the tummy such as riding a mummy at USS. So, the best way, kami naik flight dari Schipol Airport ke Vienna. 

Kami ambik flight KLM Airways. Naik di Terminal 3, Schipol (Domestic Terminal). Perjalanan dalam negara EU, dikira travel domestic. Tak perlu cop passport & imigresen check. Masa masuk, dieorang nak tengok passport (tengok jer), macam tengok IC kat Malaysia . 

Airport ni besar.  Perjalanan dari Terminal 1 (Domestik) ke Terminal 2 pun jauh. Menapak la aku berjalan, memang macam kura-kura la sebab sekarang preknen, tak larat nak jalan jauh-jauh, huhu..
Information Counter kat Airport Schiphol hanya guna phone servis jer. Just angkat telifon & bercakap ngan operator. No staff at all di kaunter, jimat tenaga buruh..

Kat airport ni, kat mana-mana jer, ade kiosk check-in. No counter for check-in OK. Segalanya guna mesin jer. Sebabkan banyak sangat mesin check-in, so tak jadi masalah lah & tak crowded tuk beratur panjang. Aku naik KLM Airways, sama macam Air Asia, kene bayar untuk pilih seat (20 euro per seat) & pembayaran dibuat kat mesin check in ni..

in the domestic terminal building
Even, bag drop pun dibuat guna mesin. Tak ade kaunter. Nak drop beg, just follow jer arahan kat skrin mesin tu. Kalau ade masalah, panggil pegawai KLM yang bertugas kat situ. Senang, but orang jakun macam aku ni susah jugak la. Mana tak nye, ni first time guna mesin canggih cegini.  Ade masalah masa nak drop beg ni. Beg kami tak diterima... huhu.. Tapi at the end, dapat diselesaikan gak bile pegawai KLM datang bagi bantuan CPR. Nasib baik orang yang beratur kat belakang aku baik jer, tak bising-bising macam monyet kat zoo negara. 

que untuk drop luggage
Touch jer skrin ni & follow instruction.. KLM Airways ni sama macam Air Asia, kene bayar untuk check-in luggage. Pembayaran dibuat hanya menggunakan kad kredit / debit card sahaja (nampak tak tempat slot kad kat situ). 1 bag die charge 30euro..
Pastu, masukkan beg dalam terowong ni

Last skali, pintu terowong tertutup dengan sendirinya & beg anda pun ghaib.. Canggih kan ? (so jakun i was)

Lepas dah body check-up, sekali lagi aku terpaksa menapak mencari pintu gate untuk boarding.. huhu... Tak macam kat KLIA, ade eskalator tu (eh! betul ke nama die eskalator? wink-wink). Kat airport Schipol ni, langsung tak ade bende alah tu & even kerusi nak duduk pun tak ade. So, terpaksalah aku jalan bak kura-kura lagi a.k.a dah macam OKU dah aku time tu. Sib baik ade en.suami, peneman setia. Sampai je di boarding gate, Alhamdulillah, ade kerusi. Leh duduk & nap jap (kami sampai awal time tu, lagi 45 minit nak boarding). 

Masuk je flight, kami berdua terus tetido tak ingat dunia. Langsung tak sedar apa-apa, even bila masa take-off pun tak sedar. Penat sangat & masa tu kul 8.30 malam, kat Malaysia masa jam 3 pagi. Mahu mata tak terpejam, memang jadi koala je kami atas flight tu. Aku sedar hanya masa stewardess datang antar makanan (makan snack jer), then lepas minum air segelas, terus tido balik tak ingat dunia. Sampaikan masa nak landing, pramugari datang tegakkan seat aku, sampaikan mat-minah salleh keliling aku gelak. Aku terkejut masa tu tapi mata tak leh nak terbukak, lantak depa lah nak gelak, tak kurang pun air liur aku setitik. 

Kami sampai di Airport Vienna jam 10.00 malam. Nak ambik luggage tu, sekali lagi kene menapak. Dah lah tengah mamai, nasib baik tak tetido tengah2, sabo jer lah.. Pas ambik luggage, terus kami keluar bangunan ambik teksi ke hotel. 

Sampai di hotel, cepat-cepat sambung tidorr sebab dah tak tertahan mengantuk ..
.. huhuhu...

Friday, March 14, 2014

Amsterdam : Gassan Diamond Factory

Sebelum darah malas aku mengalir dalam salur darah aku ni, aku wat la entry ni.. Takut la lepas nitak siap plak travelogue ni macam travelogue yang lepas-lepas. huhu.. Sorry ye kawan-kawan.. Aku berharap sangat semoga doktor dapat cucuk vaksin R dalam salur darah aku ni bagi rajin sikit update story. 

Lagipun ni adalah entry terakhir tuk Bumi Amsterdam. Pas ni aku akan sambung ke destinasi seterusnya percutian ke Eropah ni.. 

******************************8

Aku pusing-pusing Kota Amsterdam naik bas HOPO. And menjadi 1 kemestian bas HOPO ni akan bawak tourist masuk ronda-ronda ke Kilang Berlian Gassan. Free of Charge, tak perlu bayar. Kalau tak nak masuk pun takpe, tak ade paksaan. Masuk kilang ni dalam 30 minit la gitu, pastu pas habis ronda-ronda, dapat secawan kopi percuma kat Cafe Gassan ni. Sejuk-sejuk, minum kopi, free plak tu, memang syok la (thumbs up!)

Gassan Diamond Factory ni besar gak. Gassan ni ibarat macam Habib Jewel la kalau kat Malaysia ni. Gassan ni Yahudi punya. Penerangan diberikan oleh staf Gassan kat sini. Let pictures do their talking.

Ni mesin pecahkan berlian purba. Kat kilang ni, dieorang guna teknologi purba. Walaupun ade teknologi terbaru, tapi dieorang selesa untuk guna cara tradisional.
Ini bentuk berlian yang asal yang dikorek dari dalam tanah, yang belum diproses. Rupa die macam ni lah.
Dengan menggunakan mesin purba ni, pekerja kilang ni sedang buat cutting kat sebutir diamond. Nanti berlian akan jadi rupa macam dalam gambar tu.
 
Finally, inilah rupa sebutir berlian yang dah siap untuk dijual. Macam tangan Taylor Swift lak orang yang pegang berlian tu. Harga berlian ditentukan oleh jenis cutting, clarity, berat & warna. Kalau berlian warna clear blue, harganya sangat mahal. So, sebab tu berlian ni harga macam-macam based on 4 faktor tadi. Biasanya, kalau beli berlian yang original, akan dapat surat beranak (sijil G.I.A). Dalam surat beranak tu dinyatakan secara detail 4 faktor ni such as berapa peratus clarity die, warna apa, beratnya berapa, & cutting jenis apa, berapa cutting nye... Semua faktor tu mempengaruhi harga sebutir berlian.
 
p/s : Dah habis pusing Amsterdam.. Sambung ke Vienna lak lepas ni...  =))

Tuesday, March 11, 2014

Bila sains berakhir, maka Kudrat Allah swt bermula

Assalamualaikum..

Stop jap travelog Europe. Sejak dari berita kehilanganpesawat MH370, aku tak nafikan, aku jadi takut. Takut untuk naik flight. Ade sikit fobia dalam diri aku ni tuk naik flight. Biarpun selama ni, aku kaki travel, jalan-jalan, pusing-pusing naik flight, tapi sejak kejadian tu ade semacam rasa dalam diri aku.. huhu.. Tak tahulah pasal apa. Tapi kalau dah Allah swt tentukan, dalam lubang cacing sekalipun tak kan terlepas.. Ye laaa... Takpelah, hopefully, nanti perasaan tu beredar. Tapi selagi perasaan takut tu masih ade dalam jiwa aku, selagi tu lah aku tak travel.. Hopefully, everything will be fine.

********************************

Dah 4 hari pesawat MH370 hilang, tak jumpa. Aku tertarik dengan kata-kata Kapten Norudin (1st pilot of Boeing 777 Fleet MAS) "Bila sains berakhir, maka Kudrat Allah swt bermula".. Kata-kata ni buat aku terjaga dari lena mimpi indah pagi tadi kat MHI.  Memang terkesan.. 

Kata-kata yang datang dari seorang expertise, pilot Boeing 777, pesawat tercanggih kat dunia pada masa kini. But yet, it still can disappear without anyone knows where it is right now. Pelik bin ajaib. Sehebat mana pun teknologi, sehebat mana pun pilot yang memandunya, sebijak mana pun manusia, tetap tak boleh lawan KUASA ALLAH swt..

Kite semua (Goverment of Malaysia especially) dah berusaha sehabis mungkin, dan sehabis daya & kemampuan, kerahan tenaga, aset malah pertolongan dari negara-negara lain untuk mencari pesawat MH370 tetap tak membuahkan hasil hingga kini.. Kite semua keep on praying & keep on doa agar segalanya memberi petunjuk positif buat semua yang menanti. Tapi sehingga hari ke-4, kita masih buntu. Apakah petandanya? The answer is, Allah swt nak ingatkan kita semua bahawa DIA lah Yang Berkuasa terhadap segaa sesuatu, yang ade di langit, mahupun di bumi , mahupun du lautan. 

http://www.mole.my/sites/default/files/images/missing-plane-3.jpg


Hanya 1 jawapan saja iaitu Allah swt Yang Maha Menciptakan Langit & Bumi yang menentukan segalanya. Hidup kite hari ni sangat canggih dengan kepesatan pembangunan bidang sains & teknologi. Manusia bergantung harap pada sains & teknologi sehingga ade (ramai sebenarnya) yang melupakan Allah swt kerna asyik dengan teknologi yang ade di depan mata. Yang mana membuatkan manusia menjadi sombong, angkuh & alpa akan Pencipta Yang Satu Itu.Manusia lupa akan tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Iaitu untuk menunaikan apa yang diperintahkan oleh Allah swt & meninggalkan segala Larangan Allah swt.

Itu aku tak nafikan. Makin hari, makin banyak benda lagha berlaku di depan mata. Lihat saja di sekeliling kite, aktiviti pelacuran di sana sini, fitnah berleluasa, bisness judi (casino) makin maju, arak sana sini, filem-filem tempatan menyajikan hidangan cerita yang tak senonoh, berpegang tangan antara yang bukan mahram itu adalah satu kebiasaan di Bumi Malaysia, artis-artis makin seksi (bukan artis pun ramai), sajian rancangan hiburan makin rancak dimainkan. 

Even, kat dalam pesawat MAS sekalipun, etika pemakaian stewardess MAS tak tutup aurat, terbelah sehingga ke peha, Air Asia lagi lah. Fire Fly pun sama. Kat atas pesawat, disajikan arak, even untuk non-Muslim, Holy Quran said NO, it means NO at all. Tapi, semakin hari, semakin banyak nikmat kemewahan diberikan pada kita semua termasuk pada negara Malaysia, termasuk pada company airlines semua, menyebabkan semua lalai & semua lupa akan PERINTAH Allah swt. Semuanya asyik dengan nikmat kemewahan yang Allah swt berikan ni. Walhal, sikit je pun Dia bagi. Yang sikit tu, kita dah leka.. 

http://s2.ohbulan.com/wp-content/uploads/2014/03/mh370-630x440.jpg

Then, Allah swt tunjukan KUASA Dia yang sedikit ini untuk tunjukkan pada kite semua, sehebat mana pun manusia, Dia lah Yang Maha Hebat Yang Menciptakan Alam ini untuk kita semua. 

Thus, ayuhlah kita semua muhasabah diri. Walaupun kita tak terlibat secara langsung dalam pesawat tu (even menjadi family members pada yang terlibat), kite pun ade kaitan jugak. Itu pesawat Malaysia & kita ini rakyat Malaysia, Allah swt nak tunjukkan pada dunia amnya dan pada rakyat Malaysia khususnya bahawasanya dunia ini ada Pencipta (Creator) & ade Yang Memerhati . 

Muhasabah diri kita, mungkin ade benda yang kita buat silap & salah. Pada yang ade company, muhasabah semula, adakah kita mengikut segala prosedur yang ditetapkan oleh Allah swt seperti yang tertulis di dalam al-Quran & Hadith. Kerna, kita ini semua BAKAL JENAZAH. 

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/03/10/flight%20mh370%20path.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Hidup kita di dunia ini hanya sementara saja, yang Kekal hanyalah di akhirat sana. Walaupun kita belum tua, walaupun kita belum sakit, tapi tak mustahil, kita akan dijemput oleh Allah swt untuk menemuiNYa. Anytime, anyhow tanpa kita duga.. Janganlah sebab kita ini masih muda, ia tiket untuk kita untuk terus beseronok & lupa tanggungjawab kita pada Pencipta.

Memang ade sesetengah yang berkata, doakan yang baik-baik saja. Jangan cakap bende yang negatif. Well, apa yang aku katakan ini langsung tak de unsur negatif. Apa yang terjadi sejak 4 hari yang lalu, adalah petunjuk Allah swt semata-mata untuk menguji keimanan kita semua & untuk menyedarkan hamba-hambaNya bahawa Dia Yang Maha Berkuasa. So, my writing is just a note of reminder.

Akhir kata, jom kita buat solat taubat (untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa selama ini) & then, solat hajat supaya Allah swt memberi Petunjuk untuk menemukan MH370. InshaAllah... Wallahualam..

p/s : peringatan untuk diri sendiri juga

Wednesday, March 5, 2014

Amsterdam : Mosque & Halal Food

Penduduk Islam di Netherlands sangat ramai. Dianggarkan ade kira-kira 825,000 muslim di Netherlands yang mana 4.5% terdiri dari penduduk tempatan Belanda & Masjid pertama dah dibina di Netherlands sejak kurun ke-17 lagi. So, tak susah nak cari masjid & makanan halal kat Amsterdam ni. Tak perlu risau. 

Aku berkesempatan pergi ke Fatih Mosque atau Fatih Moskee (Bahasa Deutsch). Terletak dalam pusat bandar Amsterdam (Rozengracht) & dekat jer dengan Damrak Road. Aku jalan kaki je ke Amsterdam Central lepas solat kat sini. Aku ke masjid ni naik bas HOPO (berhenti kat stesen paling dekat dengan Rozengracht. [ gracht / straat = road / street ]

pintu entrance masjid
dalam masjid. masjid ni besar, muat untuk solat Jumaat
Interior masjid. Masjid ni dulu church, then ditukar jadi masjid. So interior design masjid ni ade elemen sebuah gereja
Alamat Fatih Mosque : Rozengracht 150, Amsterdam

Halal food tak susah nak cari di Amsterdam ni. Merata-rata tempat ade restoren Halal. Kebanyakannya kedai kebab atau restoren makanan Arab sebab Muslim kat sini ramai orang Turki. Kat Damrak Road, ade banyak Restoren Halal. Tapi make sure kedai tu ade tanda "Halal" sebabnya ade jugak kedai kebab yang tak halal.

Salah satu  Restoren Halal yang aku masuk
Harge 1 pinggan kebab macam ni 6 euro (RM 30)

yang macam ni hargenya 10 euro (RM 50)

Lain-lain masjid di Amsterdam :

1) El-Tawhed Mosque
Jan Hanznstraat 114, 1053 SV, Amsterdam

2) Stiching Moskee Sonat
Federick Hendrikstraat 15, 1052, HH, Amsterdam

3) Stiching Milli Gorus "Merlava Moskee"
Baas Gansendonckstraat 2, 1061, DA, Amsterdam

4) Stiching De Mosee Nour
Witte De Withstraat 96, 1057 ZG, Amsterdam

5) Stiching Moskee Arrahman, Markez Dawat Tableegh
Van Ostadestraat 393-395, 1074 VZ, Amsterdam

6) Stiching Mescid-I-Aksa Moskee
Jahannes Postraat 30, 1063 TK, Amsterdam