Showing posts with label Welcome Notes. Show all posts
Showing posts with label Welcome Notes. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Goodbye 2012 & Welcome 2013

Alhamdulillah, 2012 telah melabuhkan tirai dan kini 2013 telah tiba. Pelbagai kenangan suka-duka sepanjang 2012 yang lalu. But the most exciting one, i've make my dreams come true. Jika 2011, aku berjaya laksanakan impian untuk menjadi hikers dengan 11 buah gunung berjaya aku tawan, tahun 2012 impian aku adalah untuk travel secara backpacker. Impian di awal 2012 untuk mengembara menjelajah South East Asia, aku berjaya laksanakan walaupun aku tak dapat nak habiskan kesemua 10 buah negara SE Asia sepanjang tahun 2012. Well, here is the summary bout my traveling last year :

1. Firstly, aku mulakan trip overland dari Vietnam - Hongkong - China secara solo dengan menggunakan jaln darat.

First time aku keluar negara sorang diri, dan buat overland trip ni menjelajah ke 3 buah negara. Aku mulakana dari Bandar Ho Chi Minh dan berakhir di Beijing City. Trip ni memakan masa selama 16 hari ketika musim cuti Chinese New Year 2012.

Tembok Besar China.. (credit to Fatt sebab gambar ni =)

Memang pengalaman yang sangat berharga aku dapat sepanjang aku mengembara. Ketika inilah aku bersua muka dengan Fatt di Bandar Beijing. Betul kata Fatt "its not about the destination but its about the journey". Menjadi seorang pengembara banyak mengajar aku tentang erti kehidupan dan friendship. MAsalah bahasa di China, aku rasa sangat mencabar. Tambahan plak, aku sorang2. Pandai-pandai la nak hidup. huhu

Trip ni buat experience first time untuk border crossing menrentasi dua buah negara. Fuhh! Jam 3pagi terpaksa bangun dari tidur yang lena untuk cop pasport di Imigresen Vietnam, kemudian sambung semula tido dalam keretapi sehingga jam 4 pagi. Sekali lagi, train berhenti di Imigresen China (Border Nanning-Hanoi) untuk cop pasport masuk ke China. Masa tu, pegawai imigresen terkejut tengok passport aku sebab gambar aku pakai tudung.. hahaha, dieorang tak pernah tengok mcm tu. hehe. Well, pengalaman border crossing Vietnam-China adalah 1 kenangan yang sangat berharga =))..

2. Secondly, aku bersama BFF aku , ieda mengembara secara overland menggunakan jalan darat dari Bangkok - Siem Reap - Phom Penh. Alhamdulillah, kami berjaya. Ketika ini, pengalaman yang paling best adalah ketika border crossing di sempadan Arranpatet (sorrylah ejaan tak betul, tapi pronouns nye mcm tu la). Memang syok sangat. Dari Bangkok, kami naik train dengan harga rm7.00 untuk cross ke Cambodia. Pengalaman naik keretapi di negara macam ni buatkan aku bersyukur sangat duduk di Malaysia =))

Keretapi dari Bangkok - Cambodia

@ Bangkok

Dan trip ni jugak buatkan aku betul-betul bersyukur dengan kemewahan rezeki di bumi Malaysia. Kata orang, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok rasa hujan batu di negeri sendiri".. Betul tu. Dan pengalaman trip ni jugak buat kan aku rasa kesian sangat ngan survival masyarakat Islam Champar di Cambodia. Mereka betul-betul survive untuk makan sesuap nasi dan untuk hidup serta untuk belajar tentang Islam. Perkampungan Islam di Kampung Cham, Phnom Penh adalah kenangan terindah buat mereka yang nak menyelami kehidupan sebenar masyarakat Islam di Cambodia. Dan trip ini buatkan aku rasa sangat rendah diri pada Tuhan Yang maha Esa. Well, i will come back to Cambodia again untuk bantu mereka yang memerlukan di sana. InsyaAllah..

@ Angkor Wat, Siem Reap 

 @ Angkor Wat.. Aku suka shot ni sebab macam scene Narnia  =)


3. Last skali, Disember baru-baru ni aku buat trip solo ke Hatyai - Krabi - Phuket, Thailand. Aku tak puas dgn trip tu sebab sekejap sangat. Well, aku akan ulang semula ke tempat ni pada masa akan datang.


 I luv Krabi

~~~~~~~~~~~~~~~
Selain dari trip trave kat luar negeri. Aku jugak sempat beroutdoor di negara sendiri. Antaranya adalah menawan Gunung Ledang, berekreasi di Tanah Ainaa Resort, Pahang, berbasikal di Bukit Cerakah dan yang pasti, berekreasi di Bukit Broga & Gunung Tok Wan dan aktiviti wall climbing. Alhamdulillah, aku berjaya mengekalkan kecerdasan aku. hehe. Last skali aku tamatkan 2012, dengan percutian bersama kawan-kawan ke Cameron Highlands, Pahang.


 Flying Fox di tanah Ainaa Resort, Pahang

Apa pun, berkat sokongan dari kawan-kawan buatkan aku berjaya dengan misi 2012 yang lalu....In addittion, thank you so much For Him.. Aku sangat berterima kasih.. and i also giving my thanks to Allah too =))

May 2013 bring me the same happiness i gain in 2012. Till then, see ya again in 2013  =))


Saturday, February 18, 2012

Somethin' About A Girl Named LAVENDER

Lavender

Budak sempoi yang hobinya suka buat aktiviti lasak.. I am Tough but Not Rough... Aku lasak tapi tak kasar.. Aku masih wanita sejati.. Cewaaahh! Aktiviti outdoor yang paling digemari adalah hiking & segalanya yang berkaitan ngan air :-) Such as snorkeling, scuba diving, kayaking, water rafting and of course SWIMMING... Aku dah diajar swimming sejak umur aku 3 tahun lagi , so, no wonder sampai besar panjang ni aku tak boleh nampak air.. Nampak je air, aku akan terjun.. Aku tak kesah swimming sekejap mana pun, janji aku dapat swimm.. so, kemana2 aku pergi, aku tak kan lupa untuk bawak baju renang kesayangan aku...

Memandangkan aku sangat gile air &laut, so, Setiap tahun, aku tak kan lepaskan peluang untuk bercuti ke Pulau :-) Hiking pulak, aku berangan nak buat paling minima pun sekali sebulan tapi last year, angan2 aku tu tak menjadi kenyataan disebabkan oleh MALAS dan jugak kekangan waktu.. Memandangkan aku ni seorang yang bekerjaya (orang yang bekerja makan gaji !) so aku terikat ngan jadual keja aku.. ERrmm, anyway, aku memang enjoy buat hiking ni.. Untuk permulaan tahun ni, aku & the geng akan ke Gunung Ledang pada hujung bulan ni.. Aku harap semuanya selamat :-)

Dan juga aku harap penulisan aku ni berguna untuk rakan2 di luar sana menceburkan diri dalam aktiviti outdoor.. Selain dapat tingkatkan tahap kecerdasan kita, ianya juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri kite sendiri.. Selain tu, dapat belajar macam mana untuk "survivol" dan enjoy berkenalan ngan kawan2 baru.. So, lama2 akan dapat ramai kawan :-))

Instead of outdoor, i also interested in traveling.. I love traveling 'coz it gives me new pictures about the world outside.. And else it gives me experience and knowledge about the country, bout the culture, bout the environments, economics, business and also city planning matters. That's why, i like travel. Since i have succeed did my solo travel few weeks ago, right now i am very confident to do it by myself in da' future. It built up my confident level like never before.

Thus, check-it out for wonderful backpacking stories of mine ......

Thursday, February 9, 2012

Welcome Notes

Selamat Datang ....

Nota ringkas buat entry pertama ini.. http://lavenderbackpacker.blogspot/ diwujudkan adalah untuk share pengalaman mengembara dengan backpacker.. Blog ni akan menceritakan pasal travel, outdoor & lomography.. Kisah seorang budak bernama Lavender. Orangnya sangat simple dan gemar mengembara dengan backpacker jenama Deuter nya.. Sangat gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang yang happy go lucky dan suka bersendirian.. Hanya hidup dalam dunianya sendiri tetapi dalam masa yang sama senang berkawan ngan orang sekeliling..

Lomography ?? Apa tu? Lomography adalah satu bidang fotografi.. yang menggunakan kamera lomografi sebagai satu objek utama dalam bidang ni.. pelbagai jenis kamera yang terdapat di pasaran. dan semuanya menggunakan kaedah analog.. iaitu menggunakan filem dan bukan gunakan digital...

Well, dari masa ke semasa, akan diupdate ddengan lebih lanjut pasal lomografi...