Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Berhujung Minggu d Taman Pertanian Malaysia



Weekend 2 minggu lepas aku & grup outdoor lepak di Taman Botani Shah Alam. Actually , Taman ni ade banyak sangat nama sebab nama die sering berubah2.. Skrang, tempat ni dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia, Taman Botani, Shah Alam dan Taman Bukit Cahaya Seri Alam…. Dulu, kawasan ni dikenali sebagai Bukit Cerakah.. Skrang dah tukar kepada 3 nama yang aku sebutkan tadi.. Payah kan? Errmm.. apelah management tempat ni, tak tetap pendirian langsung!... so, pada mereka yang nak ke tempat ni, jangan confius ye macam aku..

Yezzzaaa... "Da' Sweeper Grup" discover Taman Botani, Shah Alam


Tempat ni terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Kalau naik kereta/motorsikal, ade signboard di jalanraya menunjukkan arah kawasan ni , tapi signboard tu tulis Taman Botani, Shah Alam.. So, ikut je signboard tu.. Tiket masuk ke kawasan ni RM3. Ia dibuka dari jam 10 pagi sampai lah petang.. Kawasan ni besar sangat & berbukit-bukau.. Ramai yang datang sini untuk exercise such as jogging, cycling dan ramai jugak yang datang hanya utk suka2 a.k.a sight-seeing.. Ramai sangat orang… Kat tempat ni disedaiakan kemudahan sewa basikal.. Memang high demand..

Map of "Taman Cahaya Bukit Cerakah"

Cantek kan Pokok ni - Bongsai

SO, kalau berhajat untuk sewa basikal, kene book awal2 sebab masa menunggu utk dapatkan basikal sangatlah lama bergantung pada demand masa tu.. Kiteorang hari tu kene tunggu 2 jam, baru dapat basikal.. huh! Siap boleh gi round 1 taman tu la naik bas.. Actually nak naik bas 2 kali pun masih sempat sementara nak tunggu dapat basikal.. tapi kiteorang malas dah naik bas sebab nanti pusing2 jalan yang sama jer… so, turun je dari bas sementara nak dapat basikal, kiteroang lepak makan ais krim & makan roti canai (tapau dari ruumah).. Harge sewa sebuah basikal 1 jam RM5.. untuk tambahan jam berikutnya RM1 bagi setiap jam…


Bas Taman Pertanian Malaysia


Bibliografi "Aku & Basikal"


Nasib baik pandai lagi bawak beskal.. hahaha


Dapat jer basikal, apa lagi.. happy giler la sebab masing2 dah lama tak kayuh basikal… Ye la, asyik tekan pedal minyak kereta je.. mana dah pandang basikal sekarang ni.. (berlagak siott!)..hehe... Memandangkan kawasan ni berbukit-bukau.. mulanya tu, memang penat la sbb nak mengayuh beskal panjat bukit…


Yeeezzaaa


Macam2 bende terdapat dalam taman ni.. ade Taman Buah-Buahan, Taman Rempah-Ratus, Taman Haiwan, Taman Budaya dan macam2 lagi lah.. Mula2 , kiteorang pergi ke Taman Haiwan.. Kat situ, ade rusa, kuda, binatang2 peliharaan dan macam2 lagi.. Kalau monyet lak, tak yah kat Taman ni jer, memang bersepah monyet2 kat merata2 tempat dalam Taman Botani ni.. Kat Taman Haiwan ni gak, ade kolam renang.. So, pada mereka yang nak berenang, boleh la bawak baju renang. Kat situ ade disediakan bilik air & bilik persalinan. Sangat Bersih.. Tak perlu bayar.. Cukup lah kite dah bayar RM3 masa mula2 masuk tadi. Dan dalam Taman Haiwan ni gak, ade tasik utk aktiviti kayak. Tapi malangnya masa kiteorang pegi semalam, tpt kayak tu tutup, tak berfungsi.. In addition, kat situ pun ade aktiviti flying fox tapi sama gak, ROSAK!..


Kiteorang & beskal

Pas jalan2 d Taman Haiwan ni, kami keluar menuju ke kawasan lain plak.. Memandangkan tempat ni besar sangat, so kiteorang tak pergi la ke setiap Taman2 tu… Penat tu… Pas Taman Haiwan, kiteorng pergi ke Rumah Iklim 4 musim… Skrang ni musim bunga, so rumah ni dipenuhi dengan bunga-bungaan yang cantek2.. Kalau tak salah aku, lama jugak kitoernag bawak basikal dari Taman Haiwan nak sampai ke Rumah Iklim ni.. Jauh betull… Sesampai jer, minum air sampai habis..hahaha sebab haus sangat.. pas basikal & terus masuk rumah tu..

awas! Landak melintas

Dalam dalam ni pun, ade Jalan Semangat ??


Tiket rumah 4 musim ni, dibeli siap2 kat pintu masuk Taman Botani ni.. beli sekali ngan tiket masuk ke Taman Botani.. Harge tiket untuk rumah iklim ni ialah RM3.. Masuk je kat dalam.. HUH! Best gilerrr.. sebab sejuk giler… hehe… Memang cantek sangat permandangan dalam rumah. Ye lah sebab sekarang musim spring.. tapi secantek manapun, ianya tetap rumah kaca dan keadaannya tak sama ngan dunia reality di luar negara. Kitorang lepak sini hamper 40 minit.. Pastu, kiteorang kayuh basikal semula pusing2 taman botani.. Just follow the flow..


Rumah 4 musim

Betul2 terasa macam duk kat Amsterdam -Spring season~


Cepat pilih mana nak pergi ?? Free of charge..

Bukit Sapu Tangan pun ade???


Kayuh punya kayuh, kiteorng sampai di Perkampungan Budaya.. Kat sini, terletak rumah tradisional melayu. Besaaarrr.. dan suasana nya pun adalah suasana perkampungan tradisional melayu yg kite selalu lihat di Kampung2. Kat sini ade surau.. Masa tu jam menunjukkan kul 2 petang, so kiteorng pun solat je la kat situ. Bagi muslimah, ade disediakan telekung.. So, tak yah risau la.. Toilet kat sini bersih giler.. Pas solat, kiteorang continue kayuhan semula… Actually, dekat2 ngan Perkampungan Budaya ade Empangan.. So, sesiapa yang lepak kat Empangan @ nak mancing leh la gi situ.. Tapi kiteorng nak balik.. OTW nak balik dari Perkampungan Budaya ni penat tu memang tersangat terasa.. Mana taknya, kene naik bukit tinggi tu.. huhu.. Last2, kiteorang semua turun beskal & bawak je beskal tu, dah tak kayuh dah.. Tak larat la.. huhu.. Baru skrang aku rasa macam mana pengayuh basikal professional rasa.. Errmmm, macam manalah dieorang kayuh basikal tu panjat Genting Highlands erk?? Errrmmm….


Bergambar di Perkampungan Budaya - tempat kiteorang solat

Well, dalam penat2 mengayuh, kiteorang tibe di sebuah Empangan. Tak tau pun kat situ ade Empangan. Ini kes main redah jer.. Empangan Air Kuning namanya.. Kiteorng kayuh basikal ke EMpangan tu. Fuhh! Lega & sangat mengasyikkan bile nampak air sungai yang sangat mendamaikan. Empangan ni merupakan salah satu port mancing… So, pada kaki2 mancing boleh la melepak kat sini plak.. Bayaran yang dikenakan untuk mancing adalah RM15 per entry. Kalau nak mancing, boleh terus bawak masuk kereta ke tempat ni (kalau nak berjalan kaki @ naik beskal, jauh gak tu.. huhu).. Tempat mancing ni dibuka dari pagi sampai kul 7 petang…


Empangan Air Kuning

Pas lepak & ambik angin kat sini, kiteorang kayuh beskal balik ke tpt asal sebab dah penat sangat2.. Hanya rasa nak makan ais kacang je ni dan nak balik tidooorrr… Nasib baik la, jarak dari empangan tu ke port sewa beskal tak jauh.. legaaaa……


Menjerit kegembiraan menuruni bukit yang paling last - habis azab sebelum hantar basikal


Hantar je beskal, kiteorang bayar harga sewa nya. Setiap jam discharge rm5 untuk sebuah beskal dan setiap 1 jam berikutnya dikenakan 1 ringgit. Totalnya, kiteorang guna 4 jam.. so, kiteorang kene bayar 8 ringgit sorang.. Letak je beskal, terus gik beli ais krim.. fuhh!! Yummy-yummy.. best tak terkata….

Pastu, kiteorang melepak di medan selera seksyen 10, shah alam makan ais kacang & lunch.. walaupun masa tu dah kul 5 ptg, consider lunch la gak sebab tak makan lunch lagik.. perut lapar giler ni.. kedai tu memang femes ngan nasik ayam nye.. so, kiteorang sume order nasik ayam kecuali naza makan bakso… aku tak lepaskan makan ais kacang.. eerrmm.. best gilerr… pas makan, kiteorang terus blah balik umah…

-Bakso-

Nasi Ayam ni boleh la tahan

Eeerrrmm.. Berseleranya makan nasi ayam

Tembikai Laici Gelas Besaq

Bestnyee Ais Kacang ni kan



~ untuk info pasal tempat ni, sila surf http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/home atau talipon talian 03-55107048/03-55106922 ~