
- Berhenti merokok
Kalau setahun atau lebih tepat 12 bulan, die dah belanjakan dalam RM1440.00. Bayangkan la, kalau tak isap rokok, setahun dah leh jimat RM1440.00.. errrmmm banyak tu.. Leh gi mana erk ngan duit RM1440.00??? Sekurang2 nya leh gak la gi melancong dalam SouthEast Asia ni dengan duit sebanyak RM 1440.00.

Boleh dikatakan kite semua akan keluar makan ketika waktu lunch cari makanan kat luar.. Sebabnya, tak de masa nak masak ketika awal pagi tu lebih2 lak orang yang duk KL. Memang kene bangun awal setiap pagi pergi ofis awal. Kalau gi ofis lambat, redah jem la jawab nye.. OK, kalau aku, sehari aku akan belanjakan RM10.00 untuk makan (breakfast & Lunch saja, malam makan kat umah). Katakanlah RM 10.00 tu aku simpan dan setiap hari aku bawak bekal ke ofis (bawak bekal utk breakfast & lunch), dalam seminggu untuk 5 hari bekerja, aku dah leh save dalam RM50.00..
Kalau sebulan, aku leh save dalam RM 200.00. So, kalau setahun aku akan dapat RM 2,400.00 .. RM2,400.00???? Banyaaakkk tu… Boleh gi mana erk ngan RM 2,400.00 ??? Ce teke, ce teke…
3. Basuh kerete sendiri
Kite sering basuh kete kat kedai kan..Especially orang2 yang duk di KL.. Termasuklah aku.. hehe.. Sebabnya aku malas nak basuh kete sendiri. Penaatt.. hehe.. Aku basuh kerete biasanya RM 8.00 luar dalam.. katakanlah, aku basuh kete setiap 2 minggu sekali (ini kes yang basuh kete 2 minggu sekali, ramai orang basuh kete seminggu sekali) So, sebulan aku dah belanjakan RM 16.00 untuk basuh kereta. Dalam setahun, aku dah belanjakan RM 192.00.. RM192.00 ?? Banyak gak tu..RM 192.00 ni aku leh beli tiket pergi balik ke Terengganu (kalau naik Air Asia la). Kkalau kumpul RM 192 ni untuk jangka masa 5 tahun, aku leh dapat RM 960.00. Perrhh, banyak gak tu.. Leh beli tiket pergi balik ke Sabah lagi.. hehe
4. Bersukan kat umah jer
Skrang ni banyak tempat2 sukan yang dibuka. Of coz la kene bayar. Especially kat KL, memang sangat banyak. Sebab orang KL malas nak bersukan sendiri. Masa banyak habis kat jalan raya jer.. So, para usahawan yang bijak pandai bukak lah gymnasium atau fitness centre yang bersepah2 bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Such as Celebrity Fitness, Fitness First, True Fitness dan banyak lagi la. Fitness centre ni kene bayar yuranya setiap bulan. Dalam sebulan tu, nak datang ke atau tak nak datang tetap kene bayar. Kalau datang, tak kesah la berapa kali pun sampai tido situ pun xpe, janji bayar setiap bulan..
So, macam mana cara kite nak kekal sihat tanpa perlu membayar? Dulu pun tak de gak pusat2 fitness berbayar ni, tapi kite relaks jer boleh kekal sihat & cergas.. So, macam mana lagi.. Berjogging la sendiri kat tepi umah tue.. Skrang ni, dah banyak taman2 yang dibina oleh kerajaan kat Malaysia ni.. Pergi la bersenam kat situ, nak berjogging ke, nak berjalan ke, nak bercatwalk ke, nak skating ke, nak berbasikal ke, lantak hangpa la… Tak yah bayar pun.. free ajer… Kalau dah tak de sangat taman2 utk berekreasi, korang beli je tali skipping.. RM 10.00 jer, skipping je kat umah. Salah satu cara bersukan gak kan? Atau petang2 gi main badminton ngn kawan2, tong2 la bayar sewa court tu. Kene bayar pun, x de la semahal kene bayar kat fitness centre tu dan kalau tak main tak yah la bayar.. Kalau fitness centre, guna atau tak, tetap kene bayar gak..
Sebulan katakanlah kene bayar RM 100 (ini aku ambik kes yang paling murah,kalau Celebrity Fitness die charge RM 150.00, Fitness first atau true fitness pun lebih kurang harge ni gak lah). Kalau setahun, dah kene bayar RM 1000.00. itu lum termasuk Kos Pendaftaran lagi. RM 1000.00 – Tak banyak ke? Rm 1000 leh gi bercuti kat Pulau Redang la.. huhu
5. Bayar kad kredit pada masanya
Biasanya penggunaan kad kredit diberi masa sebulan atau 30 hari untuk kite selesaikan hutang kad kredit tanpada dicaj apa2. So, pas guna, make sure bayar kad kredit dalam tempoh 30 hari tu untuk mengelakan kite bayar denda atau disebut sebagai interest. Interestbank ni, mula2 memang Nampak sikit je tapi lama2 kalau asyik tertangguh je bayar hutang tu, interest die boleh jadi berlipat kali ganda… So, kene la berdisplin kalau pakai kad kredit ni. Tak salah guna kad plastic ni tapi beringat la supaya cepat bayar.. Bagi yang susah nak bayar & kaki shopping, I means yang pantang tengok barang & keinginan nak beli tu membuak2 so better tak yah la guna kad kredit sebab takut nanti kad ni disalah guna pula untuk tujuan bershopping..
6. Tak yah antar anak gi tuisyen, ajar anak sendiri je kat umah
Bagi yang ade anak, skrang ni dah jadi trend antar anak gi tuisyen. Bayaran tuisyen kat KL ni mahal. Kat tempat2 lain aku tak tau la plak,.. Mungkin murah sikit kot atau sama je ngan harge di KL. Ini aku ambik kes anak kawan aku, die antar sorang anak gi tuisyen. Tuisyen ni die ambik pakej 3 subjek, kene bayar dalam RM 150.00 sebulan untuk seorang pelajar. RM 150.00 kalau setahun dah leh jimat RM 1800.00. Itu untuk sorang anak. Kalau ade 3 orang anak yang bertuisyen, dah berapa leh jimat kan??
In addition, kite ajar anak kite sendiri tentang ilmu dunia, kite pun dapat pahala lebih dan ganjarannya kite dapat meluangkan lebih banyak masa ngan anak tu.. Nanti, anak2 ni bile die besar, die akan ingat dan ceritekan kat kawan2 die, atau kat pasangan die atau kat anak2 die “Dulu kan, masa papa kecik2 dulu, nenek yang ajar papa matematik.. Skrang, papa dah jadi pakar matematik “. So, tak bangga ke?? Ganjaran nye kite tak nampak sekrang, tapi bile kite dah tua nanti, baru kita akan Nampak ganjaranya kat depan mata..
7. Just lepak kat kedai kopi je utk makan @ chit-chating, tak yah pergi ke restoren mahal2
Kalau makan kat restoren2 mewah ni, mahal la.. Walhal hanya untuk makan atau just nak lepak ngn member2 je. Instead of bayar harga makan & harge air, kite jugak kene bayar service charge ke kedai tu.. huhu.. Service charge biasanya dieorang akan ambik 3-5% dari harge makanan kite.. lum termasuk ngan government tax lagi.. Nak pulak, sesetengah restoren mewah ni, dieorang charge untuk parking. Lagi la duit melayang kat situ.. Aku bagi contoh la, pergi makan kat SOHO KL, nak parking kete memang kene parking dalam bangunan dan pastinya kene bayar. Atau pergi makan kat restoren dalam KLCC, parking dalam KLCC lagi la mahal.. huhu..
Kalau makan kat warung2 atau gerai2 biasa, dah banyak dah kite leh jimat… Tak yah nak bayar service charge. Paling tidak pun kene bayar government tax. Ok la, ade la gak kurangnye kat situ.. Dan paling selamat, tak yah bayar parking. Hehe.. Tapi kalau sekali sekala nak lepak kat restoren mewah tu, tak de hal la such as setahun sekali atau setahun 2 kali. Takde effect la sangat.
Bab ni aku tak leh nak bagi the exact figure, sebab aku sendiri pun jarang makan kat luar. Aku banyak makan kat umah.. Sekali sekala lepak ngan kawan2, kiteorang just lepak kat kedai mamak jer.. Paling tidak pun, kalau kempunan sangat, aku suka makan fast food McDonald atau A&W.
8. Kurangkan penggunaan elektrik
Ok. Aku sangat suka bab ni. Kite kadang2 tak perasan yang kite gunakan elektrik berlebihan. Sebagai contoh, kite tak tutup lampu bilik masa kite keluar dari bilik. Atau kite tak tutup plug TV waktu malam atau ketika kite keluar umah, walhal kite tak tengok tv pun masa tu.. so, aliran elektrik tetap berjalan dan kite tetap kene bayar walaupun kita tak guna.. Membazir tak??
Atau, ramai di antara kite yang suke gunakan air cond.. Ye la, air cond tu untuk sejuk. Tapi kalau tak de air-cond, adekah kite leh mati??? Penggunaan air cond ngan kipas angin biasa, sangat jauh bezanya dari segi kos yang kite kene bayar dalam sebulan. Aku bagi contoh la.Bayangkan, sebulan kene bayar RM 230.00 (ini kes pakai air-cond), kalau tak pakai air-cond hanya kene bayar RM 120.00 saja.. Ini aku ambik kes yang terdekat ngan aku. Masing2 punya figure yang berlainan mengikut kepada saiz isi umah. So, kat situ dah leh jimat RM 110. Kalau disimpan RM 110 tu dalam setahun, kite dah leh dapat RM 1320.00. Errmm dah leh pusing Kuching, Sarawak ni ..
9. Rancang pembelian barang dapur
Buat check list dulu sebelum gi shopping barang dapur. Dan pastikan berbelanja hanya mengikut list yang disenaraikan tu aja. Jangan lebih2.. Yang lebih2 tu biasanya tak guna pun, semuanya hanya mengikut nafsu je . Bile tengok, teringin la nak beli. Biasanya kes ni terjadi kat perempuan2.. So, mulai dari hari ni, try beli barang mengikut check list yang dah kite senaraikan. Jangan lebih2, sebab yang lebih2 tu biasanya godaan syaitan. Syaitan kan suke menipu daya manusia. hehe
10. Bayar semua bil2 guna servis online
Skrang ni, kemudahan banking dah tersedia jat hujung jari kite jer.. Hanya bukak computer, bukak internet, klik saja mouse, terus leh bayar bil. Tak yah dah gi beratur panjang kat pejabat pos mcm dulu2.. Nak beratur panjang, mungkin tak jadi hal bagi kebanyakan orang. Itu pun salah satu exercise. Tapi, kalau duk kat KL ni, pergi mana2 ngan bawak kete, kite semua kene bayar parking.. Parking kete kat KL ni sangatla mahal.. Sejam pertama katakanla RM 3.00 (itu yang paling murah la..).. Belum masuk duit minyak & duit bayar TOL highway lagi (kat Lembah Klang ni, tol bersepah2 sana sini). Kalau tak nak bawak kete, naik la LRT atau bas.. Tapi sanggup kenak naik public transport tu semata2 hanya utk gi bayar bil?? Kalau ade yang sanggup, syabas.. Tapi aku?? Terus terang aku tak sanggup kaau objektifnya semata2 utk gi bayar bil. Aku kene korbankan masa tu,… Dah la nanti masa aku terbabas untuk beratur panjang, nak beli tiket tren pun kene beratur gak, masa lagi tu.. Huh!
So, dalam sebulan aku leh jimat lebih kurang dalam RM 65.00 (save untuk duit parking, duit minyak, duit tol,& duit pos). RM 65 sebulan, kalau setahun dah leh dapat RM 780.00. Leh gi mana erk RM 780.00?? Ke Bandung atau Yogyakarta dah lepas ni..
~ Moral of the story, dari apa yang aku senaraikan kat atas, dah berapa banyak sebenarnya duit yang kite leh jimat.. Duit2 ni semua kite leh guna untuk gi travel. Jauh berjalan, luas permandangan.. Wallahualam… Apa2 pun korang leh la cube sendiri… ~
Source : Pelabur Malaysia – www.min.com.my





