Showing posts with label Tips-Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips-Tips. Show all posts

Monday, October 7, 2013

My Travel Towel

My travel towel already arrived on last Thursday.. Thank you so much to blogger KAKIBERANGAN a.k.a John/henry fox 'coz helping me up finds this stuff in Melbourne.. Dah lama aku tercari-cari benda ni tapi tak jumpa-jumpa.Thank u John. I really need this thing..

What so special about this towel? Towel ni adalah microfibretowel.. Sangat cepat kering dan sangat ringan,nipis aje,tak tebal.. Saiznya 75 cm x 150cm (extra long)..Walaupun besar tapi ia masih boleh dilipat kecik-kecik masuk dalam handbag..

Kebiasaannya di hostel-hostel backpackers,towel tidak disediakan.Kalau ada pun,kena charge tambahan untuk sewa towel,so nak jimat,aku lebih suka bawa towel sendiri pergi mana2,senang. Even untuk travel dekat-dekat pun such as Port Dickson atau Kuantan,aku tetap membawa towel sendiri in case of emergency (nak mandi laut ke,nak pergi water theme park ke atau sebagainya).... Maybe u can get yours also. Really recommended =))

Friday, May 3, 2013

adab bermusafir ~ episod 3

Assalamualaikum wbt..

Jom kite sambung adab-adab bermusafir bahagian 3.  Macam biasa, adab-adab ni aku perolah dari cerite feveret, "30 minit bersama Ustaz Don". Moga-moga perkongsian aku ni bermanfaat untuk kite semua.


1. Bawak bekal
Seeloknya bawaklah bekal setiap kali kita bermusafir.  samaada bekal makanan atau barang-barang keperluan lain. Kalau bawak le

bih adalah lagi baik. Contohnya, kalau pergi umrah/haji, bawak selipar lebih, nanti leh sedekah kat sape2 kat sana yang tak bawak selipar dari Malaysia. Dah dapat pahala lebih kan.. Kalau kita bawak shampu lebih, leh beri pada mereka yang tak bawak shampu, orang tu lebih jimat duit dari beli shampu kat sana & kita pun dapat pahala tambahan. 

Macam aku plak, aku suka bawak bekal makanan dari Malaysia such as aku bawak milo paket 3in1, bawak roti, cawan plastik, makanan 'Brahim's', serunding & lain-lain lagi.Berat skit la beg aku, tapi takpe lah. Aku kurang kan bawak bende lain, janji makanan aku bawak lebih skit. Stail aku bile pergi travel, aku tak suka sangat makan kat luar sebab nak jimatkan duit. Sekali-sekala aku keluar gak makan kat luar untuk menikmati makanan tradisi tempat tu, tapi hanya sekali atau 2 kali je lah, & itu pun aku dah masukkan dalam budget aku siap2. Takdelah nanti pokai lak.

p/s : kalau bermusafir untuk hiking (panjat gunung), bawaklah bekas air lebih sikit. bekas kosong jer, bukan bekas yang dah berisi air. sebab nanti boleh isi air untuk dijadikan bekalan bilamana tiba di tempat yang tiada punca air.

bawak bekal nasi dikala bermusafir ke Royal Belum  =)

2. Dalami ilmu semasa bermusafir
Setiap kali kita keluar bermusafir, eloknya dalamilah sesuatu ilmu ketika kite bermusafir tu. Contohnya, kalau kite bermusafir untuk pergi haji / umrah, buatlah ibadah bersungguh-sungguh, & dalamilah ilmu ibadah lain yang lum kite tahu kat sana such as kalau tak pandai membaca al-Quran, belajar la untuk belajar membaca al-Quran & bila balik ke TanahAir, perkasakan lagi ilmu tersebut sehingga mahir. Contoh lain, belajar untuk buat solat-solat sunat yang lum kita tahu. Solat sunat ni banyak jenis, so kalau mahir semua solat sunat tu advantage la untuk orang tersebut & banyak lagi ilmu-ilmu lain yang kite boleh belajar sepanjang kite berada di mekah & Madinah.

Selain pergi haji/umrah, kalau seseorang bermusafir untuk jadi student di universiti luar negara, so, dalamilah ilmu yang dipelajari tu sungguh-sungguh sehingga grad. Jangan nanti bile pulang ke Malaysia, bawak status 'gagal". Sia-sia jer..

Kalau bermusafir untuk tujuan melancong, pelajari sesuatu dari negara yang dilawati tu. Macam aku, bile aku travel, aku suka belajar pasal sejarah negara tu / tempat yang aku pergi tu. Sebabnya, masa skolah dulu aku tak suka ngan subjek sejarah, selalu nya subjek sejarah aku dapat C atau D jer. Teruk kan.. So, time ni lah aku nak cover balik, bile kita tengok ngan mata kite sendiri, kita lebih senang faham tentang sesuatu bende tu. Contohnya skrang, aku dah faham tentang sejarah Vietnam & sejarah Kemboja. Kenapa negara Kemboja lambat merdeka. Aku dah tahu siapa itu "Pol-Pot", aku tahu tentang sejarah "Tasik Tonle Sap" & macam-macam bende lagi lah. Imbas balik zaman skolah aku dulu, 1 apa pun aku tak faham pasal "Tonle Sap".. hehehe

3. Pilih hari Khamis untuk bermusafir
Sunat memilih hari Khamis untuk keluar bermusafir sebabnya mengikut sunnah Rasulullah saw. Baginda saw dulu selalu travel setiap hari Khamis samada travel untuk menziarah sedara atau travel untuk business. 

In addition, kalau start travel hari Isnin pun, ade Ulamak cakap sunat jugak sebabnya ambik peristiwa Hijrah Rasulullah saw. Baginda saw berhijrah dari Mekah ke Madinah hari Isnin. Dan tambah Ustaz Don lagi, kalau travel di waktu pagi pun akan dapat pahala 'sunat' jugak sebab ikut sunnah Rasulullah saw. Rasulullah saw sering kali keluar untuk bermusafir di awal pagi. Niat di dalam hati, aku keluar ni untuk ikut sunnah Nabi saw, InsyaAllah akan dapat pahala mengerjakan sunnah Rasulullah saw. 

Kalau travel pagi-pagi, andai kata kalau terjadi apa-apa di dalam perjalanan, senang sikit la. Contohnya, tayar kereta pancit, so senang la nak minta bantuan mekanik. Tapi ade jugak ulamak menyatakan kalau keluar bermusafir di malam hari, Allah swt akan memendekkan perjalanan tersebut, so nanti akan sampai di destinasi tujuan lebih awal dari masa yang sepatutnya. 

4. Bijak pilih kawan
Bermusafir ni, eloknya berteman. So, kene bijak pilih teman untuk travel. Pilih la kawan yang "sekepala" sebab nanti senang nak jalan-jalan. Kalau yang tak sekepala ni, susah sikit la. Takut nanti bile syok travel ade plak yang bermasam muka, dah hilang mood nak bergembira, las skali kepuasan melancong tu langsung tak dapat. Aku rasa, korang lebih tahu pasal perkara ni. Masa travel jugak lah, kite akan kenal siapa "kawan" kita yang sebenarnya, walaupun sebelum ni dah kenal 10 tahun tapi selagi korang berdua tak pernah travel sama-sama, korang tak akan kenal siapa sebenarnya kawan tu. 

So, kalau sesiapa yang ade BF/GF, bawaklah pasangan korang pergi jalan ke mana-mana, mudah-mudahan nanti korang akan dapat kenal karakter sebenar bf/gf korang tu sebelum kahwin. kot-kot la boleh ubah pikiran nanti. hihihi

Bagi yang suka travel sorang-sorang, (macam aku lah, hihi), bile mana di perantauan, kite akan berjumpa ramai kawan-kawan baru. Kalau stay kat hostel, great advantage sebab ramai solo traveller stay kat hostel, dapat la buat kawan banyak-banyak.So, ikut kata hati mana satu yang terbaik untuk dijadikan "kawan"  =))

bijak pilih teman =))

5. Lantik seorang ketua kalau bermusafir beramai-ramai
Maksud bermusafir beramai-ramai adalah bila mana pergi travel lebih dari 2 orang. So, kalau 3 orang tu dah kira rombongan cik kiah la.. Ikut sunnah Rasulullah saw, Baginda saw akan lantik sorang ketua bila bermusafir beramai-ramai ni. So, nanti tak de lah masing-masing berjalan ikut kepala sendiri. Bila ade ketua, urusan perjalanan termasuk urusan hotel, makan, & lain-lain akan senang sebab ketua tu akan delegate keje. Dan bila tak dilantik menjadi ketua, patuhla pada ketua yang dilantik tu, barulah nanti trip akan seronok  =))
berambut afro - ketua rombongan Cik Kiah bermusafir ke Gunung Gayong =)

6. Doa sebelum tinggalkan rumah untuk bermusafir
Sebelum bertolak keluar untuk bermusafir (pergi kerja pun dikira musafir), berdoalah dulu supaya rumah kita akan dilindungi oleh Allah swt sepanjang ketiadaan kita nanti.

7. Mengeluarkan sedekah sebelum bermusafir
Orang dulu-dulu, kalau sebelum pi umrah / haji, mereka suka bagi duit kat budak-budak kecik sebelum berangkat. Sebabnya, sunnah Rasulullah saw suka bagi sedekah sebelum Baginda saw berangkat untuk bermusafir. So, kalau kite nak travel ke mana-mana,eloklah kite bagi sedekah pada orang miskin atau sedekah ke masjid/surau/sekolah agama/pusat anak yatim atau sedekah aja pada sesiapa asalkan niat kite itu IKHLAS. Mudah-mudahan kita akan dapat "pahala" sebab ikut Sunnah Rasulullah saw.


itu saja untuk kali ini. Moga info ni bermanfaat untuk kita semua. Ketika mana hendak bermusafir, niat lah di dalam hati untuk ikut sunnah Rasulullah swt, InsyaAllah akan dapat pahala mengerjakan sunnah..Assalamualaikum wbt.

Tuesday, April 30, 2013

adab bermusafir - episod 2


Asslamualaikum semua..

First of all aku nak ucap "selamat hari pekerja" buat semua pekerja-pekerja samaada bekerja dengan sektor awam, sektor swasta, bekerja sendiri atau bekerja sebagai suri rumah (suri rumah pun kerje jugak tau, lagi la mahal gajinya kat akhirat nanti =))

Selamat bercuti !

indahnya permandangan tat kala bermusafir ke Tasek Raban  =))


Semalam aku tengok crite faveret aku, "30 minit bersama Ustaz Don", Ustaz Don sambung balik berbicara tentang adab-adab orang bermusafir bahagian 2.So, aku nak share la sambungan ilmu tersebut ngan korang..

So, check-it out  :

1. Solat sunat musafir
bila bermusafir, sampai ajer di destinasi yang dituju, seeloknya buat la solat sunat musafir 2 rakaat. Moga-moga perjalanan kita sentiasa diberkati Allah swt. Dan bila ade berkat, InsyaAllah, Allah swt akan permudahkan segala urusan di sepanjang perjalanan kita. Solat sunat ni, nama pun sunat, so hukum die "Sunat" la, bukan nye "wajib". Kalau buat, dapat pahala, kalau tak buat tak dapat apa-apa. Tak berdosa pun kalau tak buat. Depends pada individu, kalau buat Alhamdulillah, kalau tak nak buat, its ok.


2. Pulangkan barang orang lain 
Ok sebelum kite bertolak untuk bermusafir ke sesuatu tempat, pulangkan barang-barang kawan kite / sedara-mara yang telah kita pinjam supaya kawan kita yang bagi pinjam barang tu tak tertunggu-tunggu barang kepunyaan die. Al-maklumlah, biasanya tempoh bermusafir ni lama..

Andai kata kalau kita tak dapat pulangkan, tolong telefon kawan tu bagitau yang kite tak dapat pulangkan dulu sebab kita nak travel ke tempat A. Tak delah kawan kita tertunggu-tunggu barang die tu, sekurang-kurangnya die faham kenapa kite tak hantar lagi, bukannya kite sengaja. And in addition, andai takut dalam perjalanan kite tu, kite meninggal dunia, sempat la jugak kita pulangkan barang yang kita pinjam.Kalau tak, tak pasal-pasal roh tak tenang.


3. Menyelesaikan hutang
Orang tua dulu-dulu selalu duk pesan, kalau nak pi ke Mekah buat umrah / haji, selesaikan dulu hutang-hutang. So, ramai orang-orang muda generasi sekrang ni ingat hanya nak pi buat umrah/haji jer kene langsaikan hutang. Yang sebenarnya, kite kene selesaikan hutang walau ke mana pun kite pergi, bukan setakat hanya pergi wat umrah / haji jer. Kalau tak berhutang lagi bagus.  Orang dulu-dulu, hanya keluar negara naik kapal berbulan-bulan sebab nak pi Mekah jer.. Orang dulu-dulu mana ade berjalan sakan macam kita sekarang ni. 

Kalau tak selesaikan hutang sebelum pi travel, takut la nanti kite meninggal dunia di dalam perjalanan. Who knows kan soal ajal-maut ni... Nanti kalau hutang tak habis, tak pasal-pasal lak roh tergantung. Aku ade tulis pasal hutang ni kat entry ini.

4. Tinggalkan wasiat
Kalau tak dapat nak selesaikan hutang yang beribu-ribu ringgit, tinggalkan lah wasiat. Andai kata, kite masih ade lagi baki hutang kereta, hutang umah, hutang PTPTN,  personal loan & hutang-hutang lain, tinggalkan lah wasiat pada orang yang terdekat ngan kite. Tulis atas kertas detail pasal hutang kite, dan pesan kat suami / isteri / mak / ayah / adik / kakak, "andai kata kalau kita meninggal dunia dalam perjalanan tolong la bayar semua hutang-hutang ni". Itu kalau meninggal dunia la, mana kita nak tahu kan. Tapi kalau kite selamat pulang ke Tanahair, kite akan langsaikanlah semuanya.  

5. Mohon maaf dari ibubapa
Sebelum bertolak untuk bermusafir, elok la mintak maaf ngan ibu bapa kite supaya perjalanan kita akan direstui & diberkati Allah swt. Bila ade berkat sepanjang perjalanan, InsyaAllah segala kepayahan & kesusahan, Allah swt akan bagi kesenangan & dipermudahkan segala urusan kita bile travel nanti.

6. Menyediakan nafkah
Sebelum nak travel ke mana-mana, sediakan lah nafkah untuk isteri & anak-anak & sesiapa yang di bawah tanggungan kite. Pastikan nafkah tersebut cukup untuk keperluan mereka sepanjang ketiadaan kita. Kalau belum kawen, andai kata ada ibu atau adik di bawah tanggungan kita, so kene la sediakan nafkah untuk mereka juga. Nafkah tu penting untuk mereka beli makanan. Kalau tak tinggalkan nafkah, takut plak nanti mereka tak de duit nak beli makanan, dah susah lak kan. Terpaksalah pulak pi pinjam beras ngan jiran sebelah umah. Kalau jiran baik, Alhamdulillah. Tapi andai kata kalau jiran tu jenis drama queen, sebelum dapat beras terpaksalah plak bermain drama dulu.. huhu.. kesian

terpesona ngan ciptaan Allah di Tasek Raban =)


So, itulah saja untuk episod kali ni. Semoga info yang dikongsikan ni bermanfaat untuk kite semua. Kalau ade yang tak suka ngan entry ni, aku mintak maaf lah. Yang baik itu datang dari Allah swt, yang tak baik itu datang dari diri aku sendiri.

Till then, Assalamualaikum  =))

Monday, April 29, 2013

adab bermusafir

Assalamualaikum wbt..

aku baru pas tengok crite 30 minit bersama Ustaz Don kat TV al-hijrah.. Aku yakin korang semua pun tengok crite tu... Malam ni, Ustaz Don bagi kuliah pasal "adab-adab orang bermusafir" ngan sorang ustaz jemputan.. 

Kebetulan aku suka travel walaupun tak setegar seperti para traveller lain.. Apa yang Ustaz Don bagitau ni, sikit sebanyak leh jadi rujukan untuk aku sebagai musafir & info-info tu aku nak share gak la ngan korang... 

Mintak maaf la terlebih dulu kalau ade yang tak suka ngan entry ni.. Aku just nak share jer apa yang aku dengar dari crite Ustaz Don ni. Moga-moga ianya boleh menjadi rujukan untuk kita semua dalam menjadi musafir yang diredhai Allah swt. Bukan bermaksud "berlagak alim" atau yang sewaktu dengannya.. Mintak maaf ye kalian..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

First of all, kata Ustaz musafir ni bermaksud "azab kepayahan / kesusahan". errmm, menjadi seorang musafir atau pengembara atau traveller dalam bahase mat saleh, kita akan berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan kesusahan. Betul kan kawan-kawan? (sambil muka tersenyum)..

Musafir ni juga bermaksud "berhijrah". So kalau sebut hijrah ni, ianya sudah pasti dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah swt kan atau dalam erti kata lain, kita ade niat yang baik. Oleh itu, jika seseorang travel dengan niat tak baik, maka orang itu TIDAK dipanggil sebagai "musafir".

bermusafir naik lori balak =))


Bila seorang musafir ade niat yang baik such as 'nak jalan-jalan negara orang sebab nak tengok keindahan ciptaan Allah swt' / 'nak pergi umrah sebab nak beribadat pada Allah swt' / 'nak pergi Afghanistan sebab nak tolong orang-orang disana' , maka mereka ini akan mendapat kesenangan & dipermudahkan segala urusannya sepanjang mereka bermusafir. Ye lah, musafir tu kan azab kepayahan, so bile niat kita baik, akan dipermudahkan di dalam kepayahan tersebut. InsyaAllah.

Dalam misi nak mendapatkan keredhaan Allah swt ketika kita bermusafir, antara adab-adab bermusafir ialah :


1. Cukup rehat & cukup tidur
Nak travel ni, kite kene berjalan banyak kan. So, kita kene ade banyak tenaga. Kalau tak ade tenaga, tak dapat la nak menikmati kepuasan jalan-jalan tu. Oleh itu, sebelum kite berlepas, kite kene ambik supplement semulajadi iaitu cukup tidur & cukup rehat supaya kita dapat kumpul banyak tenaga. Lain-lain supplement tu, bonus la untuk korang..

Kalau musafir untuk wat umrah / haji / aktiviti sukarelawan / menuntut ilmu, lagi banyak tenaga yang kita perlukan.. So, jaga diri baik-baik supaya tak sakit-sakit & tak demam. Sebab nanti ia akan menjejaskan ibadah kite..


2. Kosongkan beg
Jangan bawak barang banyak-banyak. Jangan bawak baju banyak-banyak. Hanya sekadar bawak barang-barang keperluan dah memadai. Aku rasa tips ni sangat berguna.Macam aku, Aku selalu travel guna backpack (kalau ade guna beg troli pun, leh kire ngan jari manis lah.. ooopsss)..

So, kalau aku bawak beg berat-berat, hilang lah tenaga aku, macam mana aku nak jalan jauh-jauh, penat la beb.. So, buatlah beg korang menjadi ringan supaya senang untuk korang travel, naik tangga-turun tangga, naik bukit-turun bukit, naik bas-turun keretapi. betul kan-kan-kan ?


3. Pakaian tutup aurat
Kata ustaz, kita bermusafir ni sebab nak dapatkan keredhaan Allah swt, so pakaian yang kita pakai kenelah yang diredhai Allah. Boleh aja nak berfashion, asalkan tutup aurat. Pakailah pakaian yang selesa, yang mudah bergerak & yang tak buat kita rimas..


4. Jangan mintak beli buah tangan
Bila ade kawan / sedara-mara kita nak bermusafir, kita janganlah mintak kawan kita tu belikan buah tangan untuk kita such as 'tolong belikan aku tudung ye' / 'nanti ko jangan lupa bawak balik aku buah tangan dari sana' / 'nanti belikan aku jubah ye, jubah kat sana cantek-cantek'..

Bile mintak itu-ini, itu bukan adab namanya (kata Ustaz).. Sebabnya, ia akan membebankan kawan kita tu untuk travel & untuk beribadah. Lagi la pulak, orang-orang yang travel secara backpackers ni, lagi la nak jimat duit, so memang tak de la duit spare nak beli itu-ini. Duit yang ade pun cukup-cukup untuk hidup di perantauan sehingga pulang ke Tanahair. Atau bile kawan kita nak pergi umrah / haji, bile kita pesan beli itu-ini, kesian kat dieorang sebab duk asyik pikir nak shopping, terjejas lak pikiran dieorang nak beribadah kepada Allah.

Kata Ustaz lagi, suppose to be kita sebagai kawan / keluarga ni, mintaklah kawan kita yang nak bermusafir tu doakan yang baik-baik untuk kita sebabnya doa orang yang bermusafir ni sangat mustajab & dimakbulkan Allah swt. Contohnya, cakap kat kawan kita tu "nanti kat sana, ko tolong doakan aku sekeluarga kat sini sihat-sihat saja & murah rezeki" / "ko tolong doa supaya aku dapat SPM 15A k" / "ko doalah supaya ramai customer datang kedai aku" / "ko doalah business aku untung banyak tahun ni".

indahnya permandangan alam ketika bermusafir 

Hanya 4 saja adab bermusafir yang dikongsikan Ustaz hari ni, di lain hari, akan ade lagi adab-adab tambahan untuk orang yang bermusafir ni. Tambah Ustaz lagi :

Doa orang-orang yang bermusafir sangat mustajab. Rasulullah saw bersabda "doa orang yang bermusafir akan dimakbulkan Allah swt, lebih-lebih lagi bermusafir ketika bulan Ramadhan".

Oleh itu, masa nak travel balik kampung berhari raya, jangan lupa berdoa yang baik-baik. InsyaAllah akan dimakbulkan Allah swt doa tersebut. Kalau belum dimakbulkan doa, mungkin belum masanya lagi untuk kamu dapat apa yang kamu hajati tu..

Wallahualam.. i am forever learning  =))


Sunday, April 21, 2013

H7N9

Sorry lama tak update blog.. 

Actually, aku dah lama balik dari Tokyo. Pas balik dari Tokyo, memang berkobar-kobar nak update blog ni.. Tapi, tetiba aku dapat berita sedih.. Perkhabaran tentang saudara-saudara terdekat kembali ke Rahmatullah.. aku cerite semuanya di entry ni.

Selepas perkhabaran tu, aku takde mood nak update blog ni. i need time to heal... sorry buat my follower sekalian..

Dan kali ini, aku kuatkan semangat untuk tulis new entry. Sorry sekali lagi sebab tak dapat nak update travelogue pasal Jepun & travelogue tertunggak yang lain

*************************************************************************************************************


Virus H7N9 - source image

Dunia sekarang dikejutkan berita tentang virus terbaru yang melanda China - H7N9.. Boleh dikatakan, hari-hari aku kini dengar berite pasal H7N9 ni.. So, aku nak share la dengan korang semua pasal bende ni.. Dulu duk tengok cerite "L:The Death Note". Tak sangka plak jalan cerita tu benar-benar terjadi pada realitinya melalui rebakan virus H1N1 tak lama dulu.

Virus H7N9 adalah virus yang berpunca dari spesis burung, contohnya ayam. Sama jugak seperti ngan virus H1N1 yang melanda dunia beberapa tahun lalu..  Virus H7N9 ni mula dikesan di Negara China dan buat masa ini telah merebak ke Taiwan dan Hongkong. Sehingga hari ini, jumlah kematian akibat dari serangan virus ini telah mencecah 20 orang dan jumlah mereka yang dijangkiti virus ini sehingga hari ini adalah 101 orang... Dua kematian yang terkini di Zhejiang Province.

source image

Virus ini sangat bahaya dan ia merebak dengan cepat. Mula-mula ia dikesan di Shanghai, China dan kemudian ia merebak ke wilayah-wilayah lain.. Virus ini pertama kali dilaporkan menjangkiti adalah pada tahun ini, 2013 iaitu di China sejak 4 Mac 2013 yang lalu..Hari demi hari,jumlah jangkitan &  jumlah kematian makin bertambah.

Aku pasti ramai yang masih ingat dengan ancaman virus H1N1 yang melanda dunia & negara kita suatu ketika dahulu sehingga perintah "berkurung" dikeluarkan. Well, ancaman virus ini dikenali sebagai spesis virus "Influenza A" dan juga dikenali sebagai "selsema burung".

Merujuk kepada World Health Organization (WHO), antara sympton jangkitan selsema burung ini adalah demam panas yang mana suhu badan melebihi 38 darjah, batuk, sesak nafas dan selsema. Dan sympton-sympton ini adalah menyumbang kepada penyakit radang paru-paru yang teruk. Masa yang diperlukan oleh virus ini untuk merebak sehingga mendapat radang paru-paru hanyalah 1 hari sahaja. Dan yang lebih dashyat mengikut WHO, virus ini menjangkiti pesakit without making them sick. Thus, it makes more difficult to track the infection. So that, virus ini adalah mungkin lebih berbahaya dari virus H1N1 dulu.

Buat masa ini, pakar vaksin sedang berusaha untuk buat vaksin bagi mencegah virus H7N9 ini tapi ianya masih dalam peringkat kajian.

So, buat mereka yang akan travel ke negara China dalam masa terdekat ini, berhati-hatilah. Kalau nak cancel trip, rugi la.. Berdoa la & buat solat hajat. So, aku doakan semoga kalian semua selamat, InsyaAllah.. Kalau dapat ambik vaksin untuk mencegah sebarang jangkitan, eloklah, sangat digalakkan dan memang itu pun yang dinasihatkan oleh doktor-doktor perubatan kalau kita nak keluar negara. 

Last but not least, selamat bercuti  =))

Monday, May 7, 2012

Tips Travel Sorang-Sorang

This is a repost entry from my original blog

=========================================================== 

"Travel sorang2??? Perempuan pulak tu.. Errmmmm Berani nyer... Tak takut ke?.. Bahaya lah.."

Ini adalah kata2 biasa yang aku dengar bila aku nak wat keje gile, travel sorang2.. Memang la bahaya... tapi kalau fikirkan bahaya, elok duk umah je la.. tak yah keluar umah langsung, tak yah gi kerja sebab dunia di luar umah ni sangatla bahaya.. Di KL ni, tahun ni jer dah berasa kes kene simbah asid, dah berapa kes rogol, dah berapa kes rompak, ragut handbag dan sebagainya.. dan kebanyakkannya melibatkan mangsa WANITA... So, tak bahaya ker???? Kenapa masih ramai wanita-wanita di Malaysia keluar berkerja??.. Kenapa tak duk umah jer.. Bukankah itu lagi Selamat??? Tapi tak pulak dipersoalkan tentang hal itu.. Tapi bila sebut jer nak keluar negara, macam2 la plak kata2 yang keluar.. Apa2 pun , aku pegang pada kata-kata keramat Fatt ni - "Worrying Getting U Nowehere'....

Tapi, apa2 pun perlu berhati2 la.. kat mana2 pun kene berhati2.. even bawak kereta di KL ni atau naik LRT di KL ni pun tetap kene berhati2... Pergi kerja dan balik kerja tetap kene berhati2.. Awasi setiap langkah anda.. Jangan terlalu overconfident dan jangan terlalu takut.. Berikut adalah tips2 yang dirasakan perlu untuk travel sorang2 ni :-


1. Ensure tarikh travel, then beli travel insurans..

2. FotoCopy pasport, visa, flight ticket and travel itenary bagi pada suami atau orang terdekat dengan kita utk mereka simpan... so, dieorang akan tahu jadual perjalanan kite setiap hari.. dan copy dokumen tu semua adalah in case takut terjadi apa2..

3. FotoCopy pasport, visa, flight ticket and travel itenary - bawak bersama dgn kite.. tapi letak secara berasingan dengan pasport, dan travel dokumen yang original.. (biasanya letak kat dalam backpack). In case, kalau terjadi apa2 , so, ade back up..

4. Bile sampai di sesebuah tempat, call atau contact dengan keluarga terdekat di malaysia .. so, dieorang tahu di mana kite berada..

5. Every thing is in finger tips such as Police station, malaysia consulate dan sebagainya... supaya kalau dalam keadaan yang mencurigakan atau terjadi apa2, cepat2 pegi ke polis station atau Malaysia Consulate..

6. Elakkan jalan seorang di tengah2 malam...

7. Selalu pergi ke tempat yang crowded yang penuh dengan orang ramai... jangan pergi ke tpt2 yang sunyi dan lorong2 gelap...

8. Kalau dalam train atau bus, ambik tpt duduk yang sebelah perempuan atau dengan yang bawak family...

9. Kalau kat restoren2 pun, duduk di meja yang sebelah dengan meja yang ada family atau perempuan..

10. Getting to know other traveller as well , sebab dari situ kite boleh jadikan kawan dan nanti boleh pergi jalan2 ngan kawan baru kite tu..

11. Kalau book hotel, ambik hotel yang dah well known bagus oleh para traveller... boleh serach kat hostelworld atau hostelbookers..

12. Kalau nak lebih selamat, contact / emel pejabat consulate malaysia di negara yang kite akan pergi tu , inform pada mereka yang kite akan visit negara berkenaan pada sekian-sekian hari...

13. Sila simpan duit di merata2 tempat, maksudnya agih2kan simpanan duit tu.. jangan simpan di satu tempat jer..... sama gak ngan kad kredit.. agih2kan simpan di merata2 tempat..

14. Travel itenary, flight ticket, copy pasport atau copy visa, scan dan save dalam emel.. in case, kalau terjadi apa2, ade 2nd backup, boleh print kat sana...

Apa2pun, terima kasih pada backpackers yang banyak membantu dlaam bagi tips dan encouragement.. Antaranya adalah Fatt, Mas Zuber, John, dan bloger-bloger lain.. Thank you guys... U are really helpful..


~credit to Fatt, John, Mas Zuber, Mark Smith ~

Monday, March 26, 2012

10 Tips Menabung ; Simpan Duit Utk Pergi Travel





  1. Berhenti merokok

Merokok itu membahayakan kesihatan. Instead that, rokok jugak dikira membazir. Apa faedah yang akhirnya perokok dapat?? Sila jawab?? Hehehe.. Ok, katakan la sekotak rokok hargenya dalam RM 10.00. Kalaulah perokok tu menghabiskan sekotak rokok dalam masa 2 hari. Maknanya, seminggu die kene belanjakan dalam RM30.00 seminggu (ini aku ambik kes yang paling berjimat isap rokok la). Sebulan, die dah belanjakan RM 120.00.

Kalau setahun atau lebih tepat 12 bulan, die dah belanjakan dalam RM1440.00. Bayangkan la, kalau tak isap rokok, setahun dah leh jimat RM1440.00.. errrmmm banyak tu.. Leh gi mana erk ngan duit RM1440.00??? Sekurang2 nya leh gak la gi melancong dalam SouthEast Asia ni dengan duit sebanyak RM 1440.00.


2. Bawak bekal makanan ke ofis

Boleh dikatakan kite semua akan keluar makan ketika waktu lunch cari makanan kat luar.. Sebabnya, tak de masa nak masak ketika awal pagi tu lebih2 lak orang yang duk KL. Memang kene bangun awal setiap pagi pergi ofis awal. Kalau gi ofis lambat, redah jem la jawab nye.. OK, kalau aku, sehari aku akan belanjakan RM10.00 untuk makan (breakfast & Lunch saja, malam makan kat umah). Katakanlah RM 10.00 tu aku simpan dan setiap hari aku bawak bekal ke ofis (bawak bekal utk breakfast & lunch), dalam seminggu untuk 5 hari bekerja, aku dah leh save dalam RM50.00..

Kalau sebulan, aku leh save dalam RM 200.00. So, kalau setahun aku akan dapat RM 2,400.00 .. RM2,400.00???? Banyaaakkk tu… Boleh gi mana erk ngan RM 2,400.00 ??? Ce teke, ce teke…


3. Basuh kerete sendiri

Kite sering basuh kete kat kedai kan..Especially orang2 yang duk di KL.. Termasuklah aku.. hehe.. Sebabnya aku malas nak basuh kete sendiri. Penaatt.. hehe.. Aku basuh kerete biasanya RM 8.00 luar dalam.. katakanlah, aku basuh kete setiap 2 minggu sekali (ini kes yang basuh kete 2 minggu sekali, ramai orang basuh kete seminggu sekali) So, sebulan aku dah belanjakan RM 16.00 untuk basuh kereta. Dalam setahun, aku dah belanjakan RM 192.00.. RM192.00 ?? Banyak gak tu..RM 192.00 ni aku leh beli tiket pergi balik ke Terengganu (kalau naik Air Asia la). Kkalau kumpul RM 192 ni untuk jangka masa 5 tahun, aku leh dapat RM 960.00. Perrhh, banyak gak tu.. Leh beli tiket pergi balik ke Sabah lagi.. hehe


4. Bersukan kat umah jer

Skrang ni banyak tempat2 sukan yang dibuka. Of coz la kene bayar. Especially kat KL, memang sangat banyak. Sebab orang KL malas nak bersukan sendiri. Masa banyak habis kat jalan raya jer.. So, para usahawan yang bijak pandai bukak lah gymnasium atau fitness centre yang bersepah2 bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Such as Celebrity Fitness, Fitness First, True Fitness dan banyak lagi la. Fitness centre ni kene bayar yuranya setiap bulan. Dalam sebulan tu, nak datang ke atau tak nak datang tetap kene bayar. Kalau datang, tak kesah la berapa kali pun sampai tido situ pun xpe, janji bayar setiap bulan..

So, macam mana cara kite nak kekal sihat tanpa perlu membayar? Dulu pun tak de gak pusat2 fitness berbayar ni, tapi kite relaks jer boleh kekal sihat & cergas.. So, macam mana lagi.. Berjogging la sendiri kat tepi umah tue.. Skrang ni, dah banyak taman2 yang dibina oleh kerajaan kat Malaysia ni.. Pergi la bersenam kat situ, nak berjogging ke, nak berjalan ke, nak bercatwalk ke, nak skating ke, nak berbasikal ke, lantak hangpa la… Tak yah bayar pun.. free ajer… Kalau dah tak de sangat taman2 utk berekreasi, korang beli je tali skipping.. RM 10.00 jer, skipping je kat umah. Salah satu cara bersukan gak kan? Atau petang2 gi main badminton ngn kawan2, tong2 la bayar sewa court tu. Kene bayar pun, x de la semahal kene bayar kat fitness centre tu dan kalau tak main tak yah la bayar.. Kalau fitness centre, guna atau tak, tetap kene bayar gak..

Sebulan katakanlah kene bayar RM 100 (ini aku ambik kes yang paling murah,kalau Celebrity Fitness die charge RM 150.00, Fitness first atau true fitness pun lebih kurang harge ni gak lah). Kalau setahun, dah kene bayar RM 1000.00. itu lum termasuk Kos Pendaftaran lagi. RM 1000.00 – Tak banyak ke? Rm 1000 leh gi bercuti kat Pulau Redang la.. huhu


5. Bayar kad kredit pada masanya

Biasanya penggunaan kad kredit diberi masa sebulan atau 30 hari untuk kite selesaikan hutang kad kredit tanpada dicaj apa2. So, pas guna, make sure bayar kad kredit dalam tempoh 30 hari tu untuk mengelakan kite bayar denda atau disebut sebagai interest. Interestbank ni, mula2 memang Nampak sikit je tapi lama2 kalau asyik tertangguh je bayar hutang tu, interest die boleh jadi berlipat kali ganda… So, kene la berdisplin kalau pakai kad kredit ni. Tak salah guna kad plastic ni tapi beringat la supaya cepat bayar.. Bagi yang susah nak bayar & kaki shopping, I means yang pantang tengok barang & keinginan nak beli tu membuak2 so better tak yah la guna kad kredit sebab takut nanti kad ni disalah guna pula untuk tujuan bershopping..


6. Tak yah antar anak gi tuisyen, ajar anak sendiri je kat umah

Bagi yang ade anak, skrang ni dah jadi trend antar anak gi tuisyen. Bayaran tuisyen kat KL ni mahal. Kat tempat2 lain aku tak tau la plak,.. Mungkin murah sikit kot atau sama je ngan harge di KL. Ini aku ambik kes anak kawan aku, die antar sorang anak gi tuisyen. Tuisyen ni die ambik pakej 3 subjek, kene bayar dalam RM 150.00 sebulan untuk seorang pelajar. RM 150.00 kalau setahun dah leh jimat RM 1800.00. Itu untuk sorang anak. Kalau ade 3 orang anak yang bertuisyen, dah berapa leh jimat kan??

In addition, kite ajar anak kite sendiri tentang ilmu dunia, kite pun dapat pahala lebih dan ganjarannya kite dapat meluangkan lebih banyak masa ngan anak tu.. Nanti, anak2 ni bile die besar, die akan ingat dan ceritekan kat kawan2 die, atau kat pasangan die atau kat anak2 die “Dulu kan, masa papa kecik2 dulu, nenek yang ajar papa matematik.. Skrang, papa dah jadi pakar matematik “. So, tak bangga ke?? Ganjaran nye kite tak nampak sekrang, tapi bile kite dah tua nanti, baru kita akan Nampak ganjaranya kat depan mata..


7. Just lepak kat kedai kopi je utk makan @ chit-chating, tak yah pergi ke restoren mahal2

Kalau makan kat restoren2 mewah ni, mahal la.. Walhal hanya untuk makan atau just nak lepak ngn member2 je. Instead of bayar harga makan & harge air, kite jugak kene bayar service charge ke kedai tu.. huhu.. Service charge biasanya dieorang akan ambik 3-5% dari harge makanan kite.. lum termasuk ngan government tax lagi.. Nak pulak, sesetengah restoren mewah ni, dieorang charge untuk parking. Lagi la duit melayang kat situ.. Aku bagi contoh la, pergi makan kat SOHO KL, nak parking kete memang kene parking dalam bangunan dan pastinya kene bayar. Atau pergi makan kat restoren dalam KLCC, parking dalam KLCC lagi la mahal.. huhu..

Kalau makan kat warung2 atau gerai2 biasa, dah banyak dah kite leh jimat… Tak yah nak bayar service charge. Paling tidak pun kene bayar government tax. Ok la, ade la gak kurangnye kat situ.. Dan paling selamat, tak yah bayar parking. Hehe.. Tapi kalau sekali sekala nak lepak kat restoren mewah tu, tak de hal la such as setahun sekali atau setahun 2 kali. Takde effect la sangat.

Bab ni aku tak leh nak bagi the exact figure, sebab aku sendiri pun jarang makan kat luar. Aku banyak makan kat umah.. Sekali sekala lepak ngan kawan2, kiteorang just lepak kat kedai mamak jer.. Paling tidak pun, kalau kempunan sangat, aku suka makan fast food McDonald atau A&W.


8. Kurangkan penggunaan elektrik

Ok. Aku sangat suka bab ni. Kite kadang2 tak perasan yang kite gunakan elektrik berlebihan. Sebagai contoh, kite tak tutup lampu bilik masa kite keluar dari bilik. Atau kite tak tutup plug TV waktu malam atau ketika kite keluar umah, walhal kite tak tengok tv pun masa tu.. so, aliran elektrik tetap berjalan dan kite tetap kene bayar walaupun kita tak guna.. Membazir tak??

Atau, ramai di antara kite yang suke gunakan air cond.. Ye la, air cond tu untuk sejuk. Tapi kalau tak de air-cond, adekah kite leh mati??? Penggunaan air cond ngan kipas angin biasa, sangat jauh bezanya dari segi kos yang kite kene bayar dalam sebulan. Aku bagi contoh la.Bayangkan, sebulan kene bayar RM 230.00 (ini kes pakai air-cond), kalau tak pakai air-cond hanya kene bayar RM 120.00 saja.. Ini aku ambik kes yang terdekat ngan aku. Masing2 punya figure yang berlainan mengikut kepada saiz isi umah. So, kat situ dah leh jimat RM 110. Kalau disimpan RM 110 tu dalam setahun, kite dah leh dapat RM 1320.00. Errmm dah leh pusing Kuching, Sarawak ni ..


9. Rancang pembelian barang dapur

Buat check list dulu sebelum gi shopping barang dapur. Dan pastikan berbelanja hanya mengikut list yang disenaraikan tu aja. Jangan lebih2.. Yang lebih2 tu biasanya tak guna pun, semuanya hanya mengikut nafsu je . Bile tengok, teringin la nak beli. Biasanya kes ni terjadi kat perempuan2.. So, mulai dari hari ni, try beli barang mengikut check list yang dah kite senaraikan. Jangan lebih2, sebab yang lebih2 tu biasanya godaan syaitan. Syaitan kan suke menipu daya manusia. hehe


10. Bayar semua bil2 guna servis online

Skrang ni, kemudahan banking dah tersedia jat hujung jari kite jer.. Hanya bukak computer, bukak internet, klik saja mouse, terus leh bayar bil. Tak yah dah gi beratur panjang kat pejabat pos mcm dulu2.. Nak beratur panjang, mungkin tak jadi hal bagi kebanyakan orang. Itu pun salah satu exercise. Tapi, kalau duk kat KL ni, pergi mana2 ngan bawak kete, kite semua kene bayar parking.. Parking kete kat KL ni sangatla mahal.. Sejam pertama katakanla RM 3.00 (itu yang paling murah la..).. Belum masuk duit minyak & duit bayar TOL highway lagi (kat Lembah Klang ni, tol bersepah2 sana sini). Kalau tak nak bawak kete, naik la LRT atau bas.. Tapi sanggup kenak naik public transport tu semata2 hanya utk gi bayar bil?? Kalau ade yang sanggup, syabas.. Tapi aku?? Terus terang aku tak sanggup kaau objektifnya semata2 utk gi bayar bil. Aku kene korbankan masa tu,… Dah la nanti masa aku terbabas untuk beratur panjang, nak beli tiket tren pun kene beratur gak, masa lagi tu.. Huh!

So, dalam sebulan aku leh jimat lebih kurang dalam RM 65.00 (save untuk duit parking, duit minyak, duit tol,& duit pos). RM 65 sebulan, kalau setahun dah leh dapat RM 780.00. Leh gi mana erk RM 780.00?? Ke Bandung atau Yogyakarta dah lepas ni..



~ Moral of the story, dari apa yang aku senaraikan kat atas, dah berapa banyak sebenarnya duit yang kite leh jimat.. Duit2 ni semua kite leh guna untuk gi travel. Jauh berjalan, luas permandangan.. Wallahualam… Apa2 pun korang leh la cube sendiri… ~


Source : Pelabur Malaysia – www.min.com.my