Assalamualaikum wbt..
Jom kite sambung
adab-adab bermusafir bahagian 3. Macam biasa, adab-adab ni aku perolah dari cerite feveret,
"30 minit bersama Ustaz Don". Moga-moga perkongsian aku ni bermanfaat untuk kite semua.
1. Bawak bekal
Seeloknya bawaklah bekal setiap kali kita bermusafir. samaada bekal makanan atau barang-barang keperluan lain. Kalau bawak le
bih adalah lagi baik. Contohnya, kalau pergi umrah/haji, bawak selipar lebih, nanti leh sedekah kat sape2 kat sana yang tak bawak selipar dari Malaysia. Dah dapat pahala lebih kan.. Kalau kita bawak shampu lebih, leh beri pada mereka yang tak bawak shampu, orang tu lebih jimat duit dari beli shampu kat sana & kita pun dapat pahala tambahan.
Macam aku plak, aku suka bawak bekal makanan dari Malaysia such as aku bawak milo paket 3in1, bawak roti, cawan plastik, makanan 'Brahim's', serunding & lain-lain lagi.Berat skit la beg aku, tapi takpe lah. Aku kurang kan bawak bende lain, janji makanan aku bawak lebih skit. Stail aku bile pergi travel, aku tak suka sangat makan kat luar sebab nak jimatkan duit. Sekali-sekala aku keluar gak makan kat luar untuk menikmati makanan tradisi tempat tu, tapi hanya sekali atau 2 kali je lah, & itu pun aku dah masukkan dalam budget aku siap2. Takdelah nanti pokai lak.
p/s : kalau bermusafir untuk hiking (panjat gunung), bawaklah bekas air lebih sikit. bekas kosong jer, bukan bekas yang dah berisi air. sebab nanti boleh isi air untuk dijadikan bekalan bilamana tiba di tempat yang tiada punca air.
 |
| bawak bekal nasi dikala bermusafir ke Royal Belum =) |
2. Dalami ilmu semasa bermusafir
Setiap kali kita keluar bermusafir, eloknya dalamilah sesuatu ilmu ketika kite bermusafir tu. Contohnya, kalau kite bermusafir untuk pergi haji / umrah, buatlah ibadah bersungguh-sungguh, & dalamilah ilmu ibadah lain yang lum kite tahu kat sana such as kalau tak pandai membaca al-Quran, belajar la untuk belajar membaca al-Quran & bila balik ke TanahAir, perkasakan lagi ilmu tersebut sehingga mahir. Contoh lain, belajar untuk buat solat-solat sunat yang lum kita tahu. Solat sunat ni banyak jenis, so kalau mahir semua solat sunat tu advantage la untuk orang tersebut & banyak lagi ilmu-ilmu lain yang kite boleh belajar sepanjang kite berada di mekah & Madinah.
Selain pergi haji/umrah, kalau seseorang bermusafir untuk jadi student di universiti luar negara, so, dalamilah ilmu yang dipelajari tu sungguh-sungguh sehingga grad. Jangan nanti bile pulang ke Malaysia, bawak status 'gagal". Sia-sia jer..
Kalau bermusafir untuk tujuan melancong, pelajari sesuatu dari negara yang dilawati tu. Macam aku, bile aku travel, aku suka belajar pasal sejarah negara tu / tempat yang aku pergi tu. Sebabnya, masa skolah dulu aku tak suka ngan subjek sejarah, selalu nya subjek sejarah aku dapat C atau D jer. Teruk kan.. So, time ni lah aku nak cover balik, bile kita tengok ngan mata kite sendiri, kita lebih senang faham tentang sesuatu bende tu. Contohnya skrang, aku dah faham tentang sejarah Vietnam & sejarah Kemboja. Kenapa negara Kemboja lambat merdeka. Aku dah tahu siapa itu "Pol-Pot", aku tahu tentang sejarah "Tasik Tonle Sap" & macam-macam bende lagi lah. Imbas balik zaman skolah aku dulu, 1 apa pun aku tak faham pasal "Tonle Sap".. hehehe
3. Pilih hari Khamis untuk bermusafir
Sunat memilih hari Khamis untuk keluar bermusafir sebabnya mengikut sunnah Rasulullah saw. Baginda saw dulu selalu travel setiap hari Khamis samada travel untuk menziarah sedara atau travel untuk business.
In addition, kalau start travel hari Isnin pun, ade Ulamak cakap sunat jugak sebabnya ambik peristiwa Hijrah Rasulullah saw. Baginda saw berhijrah dari Mekah ke Madinah hari Isnin. Dan tambah Ustaz Don lagi, kalau travel di waktu pagi pun akan dapat pahala 'sunat' jugak sebab ikut sunnah Rasulullah saw. Rasulullah saw sering kali keluar untuk bermusafir di awal pagi. Niat di dalam hati, aku keluar ni untuk ikut sunnah Nabi saw, InsyaAllah akan dapat pahala mengerjakan sunnah Rasulullah saw.
Kalau travel pagi-pagi, andai kata kalau terjadi apa-apa di dalam perjalanan, senang sikit la. Contohnya, tayar kereta pancit, so senang la nak minta bantuan mekanik. Tapi ade jugak ulamak menyatakan kalau keluar bermusafir di malam hari, Allah swt akan memendekkan perjalanan tersebut, so nanti akan sampai di destinasi tujuan lebih awal dari masa yang sepatutnya.
4. Bijak pilih kawan
Bermusafir ni, eloknya berteman. So, kene bijak pilih teman untuk travel. Pilih la kawan yang "sekepala" sebab nanti senang nak jalan-jalan. Kalau yang tak sekepala ni, susah sikit la. Takut nanti bile syok travel ade plak yang bermasam muka, dah hilang mood nak bergembira, las skali kepuasan melancong tu langsung tak dapat. Aku rasa, korang lebih tahu pasal perkara ni. Masa travel jugak lah, kite akan kenal siapa "kawan" kita yang sebenarnya, walaupun sebelum ni dah kenal 10 tahun tapi selagi korang berdua tak pernah travel sama-sama, korang tak akan kenal siapa sebenarnya kawan tu.
So, kalau sesiapa yang ade BF/GF, bawaklah pasangan korang pergi jalan ke mana-mana, mudah-mudahan nanti korang akan dapat kenal karakter sebenar bf/gf korang tu sebelum kahwin. kot-kot la boleh ubah pikiran nanti. hihihi
Bagi yang suka travel sorang-sorang, (macam aku lah, hihi), bile mana di perantauan, kite akan berjumpa ramai kawan-kawan baru. Kalau stay kat hostel, great advantage sebab ramai solo traveller stay kat hostel, dapat la buat kawan banyak-banyak.So, ikut kata hati mana satu yang terbaik untuk dijadikan "kawan" =))
 |
| bijak pilih teman =)) |
5. Lantik seorang ketua kalau bermusafir beramai-ramai
Maksud bermusafir beramai-ramai adalah bila mana pergi travel lebih dari 2 orang. So, kalau 3 orang tu dah kira rombongan cik kiah la.. Ikut sunnah Rasulullah saw, Baginda saw akan lantik sorang ketua bila bermusafir beramai-ramai ni. So, nanti tak de lah masing-masing berjalan ikut kepala sendiri. Bila ade ketua, urusan perjalanan termasuk urusan hotel, makan, & lain-lain akan senang sebab ketua tu akan delegate keje. Dan bila tak dilantik menjadi ketua, patuhla pada ketua yang dilantik tu, barulah nanti trip akan seronok =))
 |
| berambut afro - ketua rombongan Cik Kiah bermusafir ke Gunung Gayong =) |
6. Doa sebelum tinggalkan rumah untuk bermusafir
Sebelum bertolak keluar untuk bermusafir (pergi kerja pun dikira musafir), berdoalah dulu supaya rumah kita akan dilindungi oleh Allah swt sepanjang ketiadaan kita nanti.
7. Mengeluarkan sedekah sebelum bermusafir
Orang dulu-dulu, kalau sebelum pi umrah / haji, mereka suka bagi duit kat budak-budak kecik sebelum berangkat. Sebabnya, sunnah Rasulullah saw suka bagi sedekah sebelum Baginda saw berangkat untuk bermusafir. So, kalau kite nak travel ke mana-mana,eloklah kite bagi sedekah pada orang miskin atau sedekah ke masjid/surau/sekolah agama/pusat anak yatim atau sedekah aja pada sesiapa asalkan niat kite itu IKHLAS. Mudah-mudahan kita akan dapat "pahala" sebab ikut Sunnah Rasulullah saw.
itu saja untuk kali ini. Moga info ni bermanfaat untuk kita semua. Ketika mana hendak bermusafir, niat lah di dalam hati untuk ikut sunnah Rasulullah swt, InsyaAllah akan dapat pahala mengerjakan sunnah..Assalamualaikum wbt.