Ok, hari ni aku nak cerite pasal Tanah Tumpah Darahku sendiri sempena sambutan bulan kemerdekaan (31 Ogos baru je lepas & Hari Malaysia akan dtg jer, Ahad ni). Belum sempat travelogue Vietnam-Hongkong-China habis & travelog-travelog lain (Jepun, Bangkok,Cambodia, Krabi, & recently Sydney). Bagi laluan pada iklan kejap sempena Hari Kebangsaan ni. Saya sayang Malaysia (skali nyanyi ngan lagu
#MySyg).
Sebenarnya ade banyak tempat yang boleh kita lawati di Kuala Lumpur ni sendiri. Tak perlu pergi jauh-jauh. Kalau bosan time weekend, just naik je LRT and pergi cuti-cuti KL. Sebab tu saya sayang Malaysia. Dan salah satu tempat yang aku teruja sangat adalah Kuala Lumpur City Gallery atau KL City Gallery. Galeri ni dibuka awal tahun ni dan aku dah berkunjung kesini pada February lepas (sorry baru nak citer). Dah lama tersimpan dalam laptop ni, ni baru terciter pasal bende ni.
Kuala Lumpur City Gallery ni terletak di Jalan Raja, kat Dataran Merdeka, sebelah dengan Restoren warisan. Pergi je ke Dataran Merdeka, pergi belakang tiang bendera Malaysia yang tinggi melangit tu. Bangunan KL City Gallery ni kat belakang tu lah. Opening hours 9 am - 6.30 pm.. Masuk adelah PERCUMA. Kalau naik LRT, berhenti di Stesen LRT Masjid Jamek & berjalanlah ke arah Bangunan Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka kat depan Bangunan Sultan Abdul Samad ni.
 |
| Yang bertanda "A" tu lah KL City Gallery. Terletak di Bangunan Muzium Sejarah Nasional |
Biasanya, kalau aku travel keluar negara aku akan cari galeri rupa gini. Kalau di Beijing ade Beijing Urban Planning Exhibition Gallery (besar tau, 4 tingkat), kalau di Shanghai ade Shanghai Urban Planning Galley, kalau di Singapore lak ade City Gallery dekat waterfront tu and kalau di Tokyo ade Uedo Museum. As an urban planner, sememangnya galeri urban planning cam gini menarik minat aku untuk melihat dengan lebih dekat fabrik sesebuah bandar berkenaan. And for investor also, galeri macam gini menarik minat mereka untuk melihat prospek pelaburan yang boleh dibuat.
 |
| Model Bandar KL. Ikut skala ni tau |
Selain berfungsi bangat untuk para professional (arkitek, urban planner, investor, real estate, propery valuer & sebagainya), ia juga sangat berguna untuk orang awam untuk mengenali dengan lebih dekat (termasuk sejarah & keadaan semasa sekarang & perancangan masa depan) sesebuah bandar berkenaan. Kalau untuk pelajar sekolah, lawatan ke galeri memberi nilai tambah untuk subjek geografi & subjek sejarah. Dan dari sini, kite boleh pupuk semangat patriotik dalam diri.
 |
| KL from time to time |
Di KL City Gallery ini, ditunjukkan macam mana KL pada mulanya. How was KL looks like start dari zaman penjajahan British dan Bandar KL berubah dari semasa ke semasa sehingga sekarang. Nama Kuala Lumpur bermula dari sebatang sungai namanya Sungai Lumpur (Sungai Klang dalam Bandar KL sekarang). Sungai tu dulu diguna untuk gali bijih timah dan sungai tu sangat berlumpur (airnya kuning mcm lumpur macam kita tengok sekarang). So, dari situlah KL mendapat nama.
Dalam KL City Gallery ni ade ditunjukkan model bandar KL di mana kad board dipotong menjadi bentuk bangunan sebenar dan dibina mengikut skala. Sangat sangat best & ade dibuat live show oleh team "archy" macam mana dieorang bina miniature bangunan-bangunan ni.
So, jom kite layan gambar =))
 |
| Reception |
 |
| Miniature Dataran Merdeka |
 |
| Boleh tengok Live dieorang buat model bangunan kat sini. Oleh team "archy" |
 |
| Sourveniour shop |
 |
| Ini model bangunan je tau. Bukan bangunan betul |
 |
| Fridge magnet for sourveniour |
 |
| Ini poskad tau |
 |
| Miniature bangunan yang dah diframe kan |
 |
| Stesen Keretapi Kuala Lumpur, "KTMB" from top |
 |
| The overall view of Kuala Lumpur |
 |
| Bangunan di Jalan Tun H.S Lee |
 |
| Stesen Keretapi KL |
 |
| Masjid Jamek KL |
 |
| KL in night. With lighting effects. So nice |
Till then, Selamat Hari Merdeka & Selamat Hari Malaysia