Weekend away, aku menginap di Hotel Lexis, Port Dickson. Hotel ni terletak di Bandar Lukut. First time datang sini. Alhamdulillah aku berpuas hati. Hotel Lexis terletak betul betul bersebelahan dengan Grand Lexis, Port Dickson. Sama management sebenarnya. Bezanya cuma, Hotel Lexis tak ade private swimming pool dalam bilik manakala Hotel Grand Lexis ade private pool dalam bilik. So, pada sesiapa yang nak swimming sorang-sorang, leh la ambik Grand Lexis ni.
Dua-dua hotel ni menyediakan bilik di atas air (floating) & bilik di atas daratan. Bilik di atas daratan ni sama macam hotel lain, berbilang tingkat. Dekorasi antara kedua-duanya sama sahaja. Cume satu atas air & satu lagi atas bangunan. Luas bilik sama saja.
Jom layan gambar..
| Permandangan Lexis Hotel PD di waktu malam |
| Yang berkelip-kelipan di seberang laut sana adalah Bandar Port Dickson. Lexis Hotel ni terletak di Lukut. |
| Permandangan di waktu siang |
| Ini die Hotel Grand Lexis. Ade private pool di setiap bilik tu. |
| Grand Lexis Hotel |
| Public swimming pool di Lexis Hotel. Grand Lexis pun ade public swimming pool gak |
| Ini dia permandangan bilik di Hotel Lexis. Ade 1 katil king & 1 katil Queen. HOtel Grand Lexis ade 2 katil king. |
| Katil Queen tepi tingkap |
| Bukak-bukak pintu jer, nampak bilik air dulu. |
| Lalu bilik air dulu, baru dapat masuk ke bilik yang sebenarnya. So, kalau husben & wife ok lah duduk bilik cegini. Ade anak kecik ok lagi. Kalau anak-anak dah besar? errrrmmmm...malu jugak.. huhuhu |
| Ade pantry & almarinya pun besar |
For more info, kindly contact :
Lexis Hotel Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Grand Lexis Port Dickson
Toll Free: 1 800 88 0017
Tel: 06-653 2000
Fax: 06-651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com
Tel: 06-653 2000
Fax: 06-651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com
p/s :Walaupun dalam sebuah bilik ade katil extra, tapi INGAT! managemnet kedua-dua hotel ini tidak benarkan "orang ketiga" masuk ke bilik ini. Hanya dua orang sahaja dibenarkan menginap dalam sebuah bilik. Orang ketiga tu termasuklah anak kecik. So, aku pun tak tahu kenapa dieorang letak katil banyak-banyak dalam bilik, maybe sebab nak tarik guest bawak guest ramai-ramai masuk bilik, then, dieorang akan caj (denda) bersamaan dengan harga bilik OK!
Kalau nak bawak orang ketiga tu, kite kene register kat reception orang "ketiga" tu walaupun anak kecik & dieorang akan kenakan bayaran mengikut kepala (aku tak tahu berapa bayarannya). Kalau tak register, dapat tangkap, kene bayar denda harga bilik.
In addition, kalau nak mintak bath gel, shampoo, towel extra atau apa-apa lagi barang lain, ia akan dikenakan bayaran. So, guna je lah apa yang diprovide tu dengan berhemat.