Monday, December 31, 2012

Hujan Gerimis di Tanah Tinggi Cameron Highlands


Balik dari dari Tanah Thai, aku ke Big Bad Wolf Book Fair di Mines International Convention Center. Pas 3 jam meluangkan masa cari buku faveret aku bertolak ke Cameron Highlands lak ngn kawan-kawan..


What a nice moments, having dates with my gang in Cameron Highlands a.k.a CH. As ussual, sememangnya bumi Cameron akan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ketika musim cuti sekolah. So, memang crowded la sangat Cameron Highland masa aku pergi hari tu dan kebetulan masa tu jugak public holiday 25 disember a.k.a Hari Krismas. Sesak sangat, dan tersangatlah jem di Brinchang. Macam biasa, hotel2 di Cameron akan penuh ketika musim cuti sekolah. Last minute, kami dapat book 1 apartment, itupun di dalam kampung2 petempatan orang melayu. Hotel-hotel di sekitar jalan besar memang full book.


This is my first time pergi ke CH masa musim cuti sekolah. Pas ni, aku dah tak nak pergi lagi musim peak hour mcm ni. Sesat yang teramat sangat tak ubah mcm KL. Errmm, apa pun aku enjoy pergi sana sebab dapat berhibur ngn kawan-kawan. Kami semua ade 7 orang dengan 2 buah kereta. 

  Pekena durian dulu di Tanah Rata


Musim hujan la katakan, cuaca di CH sangatlah sejuk. Biasanya, aku pergi sana, leh pakai t-shirt jer, tapi kali ni aku terpaksa pakai sweater, siap pakai 2 sweater lagi tu, sebab sejuk sangat. Banyak gak tourist yang aku tengok pakai winter wear. Rugi lak rasa tak bawak winter wear sebab hanya boleh pakai sehelai jer. Kami semua siap beli glove lagi di atas sana sebab tak tahan. Memang betul-betul rasa duduk di oversea la ketika ini. So, pada sesiapa yang nak rasa suasana musim sejuk di negara 4 musim, boleh la ke CH ketika hujung tahun. Hehe (padahal, u all semua dah muak ngan CH ni, hehe.. saja promote lebih-lebih).  


 Hujan gerimis di CH

 Bergambar di Pasar malam di Brinchang

Nak kata hujan, tak hujan.. Nak kata salji, lagi la tak kene langsung. So, apa perkataan yag tepat untuk menggambarkan suasana ketika tu ek. Kami sepakat kata, ianya adalah gerimis di bumi CH. Sebab tak hujan tapi air menitik macam air embun. Malam tidur di CH sangatlah sejuk sehingga terpaksa beli stokin extra 2 pasang lagi. Huhuhu.. Menggigil. Ketika ni la, masing2 duk sibuk cari bahan pemanas nak panaskan badan. So sad, di aprtment yang kami duduk tak de hitter. Nak buat unggun api, alamaknya terbakar la apartment orang. So, hanya pakai sweater banyak2 lapis plus ngn selimut.. huhhuhu.


Oh! si katak puru

 strawberi oh! strawberi

buah tangan CH


  
Here we are =))

~ I am da' Mushroom Man  =)) ~

da' cactus

 Di Roses Valley

 Memang berselara la kalau dapat masak terung ni.. Sabar subur bumi CH kan?

Teruja nya aku tengok tomato ni... Real tau


 Having great time makan jagung bakar while enjoy da' view  =)

 Menikmati ais krim dan kopi panas =))

 ais krim strawberi

Nak cerite lebih-lebih pasal CH, sudah pasti semua orang pun tahu sebab pasti semua dah ke sana. So, hanya cerite biasa saja la mcm yang korang alami. Mcm biasa, pergi ke CH tak sah kalau tak pergi ke Ladang Teh and Strawberry farm. Memang beli strawberry banyak-banyak la. Besides that, aku jugak rasa  jagung CH. Sangatla sedap dan sangat manis. Tak yah cicah ngan gula atau sapu butter, semulajadinya manis. Sedap sangat.

Seperkara lagi, kalau aku ke CH, aku mesti akan beli madu lebah ngan sarang lebah sekali sebab aku suka makan madu yang fresh dari sarangnya. Ramai yang geli untuk cuba bende ni tapi bagi aku selagi ia Halal di makan, aku akan makan. Aku beli tak banyak pun, cukup untuk aku makan sekali jer sebab rasa madunya sangat manis. So, aku beli segenggam jer dengan harga rm5.00. 


Yummy-yummy.. So Sweet


Bende yang tak dapat aku buat masa ke sini hari tu adalah mencube terowong masa. Ini attraction terbaru di CH,nak kata baru tak lah baru sangat tapi ade dalam tahun -tahun kebelakangan ni la. Disebabkan masa yang terlalu singkat, kami tak dapat ke sana. Huhu. Maybe next time..


 Hanya 50 ringgit je sepasang. Kat Pasar Malam CH, Brinchang


I Am Books Addict ~ Big Bad Wolf Book Sale


Dah habes dah Book Fair ni pada 23 Disember 2012 yang lalu, baru nak cerite.. Sungguh Out to Dated! Tak pe lah, aku nak cerite gak. wink~wink~wink

The Malaysia largest book fair 2012 is the precious opportunity for those who are book addicted.  And I am one of them. So, this golden opportunity I would not ever missed it. The Big Bad Wolf Book Sale has been held at The Mines Convention Center 6th till December 23rd, 2012. I grab the chance after just came back from my vacation.

Wow!! I am truly speechless when I step up on the hall. Truly amazing and exciting.. The price stated was totally out of expectation. So, what else to wait, just enjoy the excitement and grab how many books you want.

Memang sangat2 diluar jangkaan. Harga buku yang pada asalnnya rm300-rm400 boleh turun harga sehingga rm30-rm60. Dan bagi buku yang berharga rm100-rm200++, boleh turun harga sehingga rm5-rm15.00. Sangat-sangat berbaloi kan?? HUH!! Sememangnya aku sangat-sangat teruja..

After 3 hours spent time in the hall, finally aku ambik 7 buah buku. Semuanya buku bahasa inggeris sebab buku melayu hanya ciput je yang tinggal. 1 buku sejarah, 2 buku art, 2 buku travel dan 2 lagi buku kanak-kanak… Walaupun buku yang aku nak sangat, tak de kat book fair ni, aku tetap enjoy datang sini. Aku nak sangat beli buku Lonely Planet banyak2, nak buat collection utk travel nanti. Tapi, nak wat mcm mana, buku yang dibeli ni pun, aku dah cukup puas hati. Aku pun dah pergi last day hari tu. And that last day, dieorang bukak exhibition ni 24 jam sehingga pagi 24hb disember yang lalu.

Syabas untuk wolf.. Jom kite layan gambar..



 
 Ini dia buku yang aku beli ~Unforgettable Things to do Before Die  =))


 Time to sort out the books

 Beratur panjang giler nak bayar.. Setiap orang pasti akan bawak kotak penuh ngan buku-buku







 

Wednesday, August 22, 2012

Outdoor Expedition on Hari Raya

Sempena Syawal ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca lavenderbackpacker.blogspot.com ni. Aku minta maaf jika ada entry2 aku sebelum ni mengguris perasaan kalian secara sengaja mahupun tidak sengaja.. Semoga amalan kita pada Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah swt dan dijadikan peganggan untuk kita ke Ramadhan akan datang dan semoga kita menjadi backpackers yang lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.....InsyaAllah Maaf Zahir dan Batin  :-)

********************************************************************************

Istimewa Syawal ini jugak, aku bawakan khas senarai aktiviti outdoor yang dianjurkan sepanjang Bulan Syawal yang mulia ni. Sesiapa yang berminat, boleh la call no.phone yang tertera. Bagi sesiapa yang segan2 dan malu2 kucing, tak yah segan sebab semua outdoorians otak gila2.. Kalau tak de kawan, inilah masanya nak cari kawan baru.. jangan risau, soal keselamatan tip-top... hehe.. Check-it out  !


1. Santai Chemerong-Berembun-Lansir (CBL) ; 14 - 17 September 2012 
  - Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan Air Terjun Lansir ni terletak di Daerah Dungun,   Terengganu
   - Bayaran RM 150 termasuk makan, khemah, guide
   - Pertanyaan & Reservation , call Shafiq 016-205 0526

2. Expedisi Gunung Inas ; 15 - 18 September 2012
   - Bayaran Rm 150
   - Berminat? Call Kaki Gunung 010-703 6867

3. Expedisi Gunung Benum, Raub, Pahang ; 15 - 17 September 2012
    - Bayaran Rm 180
    - Berminat ? Call Yazid Yusof  014-222 4569 , Megat  019-298 4345

4. XPDC Gunung Stong Ayam, Dabong, Kelantan ; 15 - 17 September 2012
    - Berminat? Call Yusri  013-285 7514, Nizam  013-212 4679

5. Ekspedisi Hutan Lipur Sungai Chemerong ; 31 Ogos - 2 September 2012
   - Berminat ? Call Yazid Yusof  014-222 4569 , Megat  019-298 4345

6. Expedisi Gunung Rajah, Pahang; 31 Ogos 2012
   - Call Sokdah : 019-200 2350 , 019-366 3526

7. Trip Merdeka Raya @ SSTA ; 30 Ogos - 2 September
   - (Stong - Saji - Tera - Ayam), Dabong, Kelantan 
   - Call Hadri, 012- 918 3949  , AJ 012-686 3831

8. Trans Jerangkang Berkelah Merdeka 2012 ; 30 Ogos - 2 September 2012
    - Call  Syafiq Adam 016 - 205 0526 ; Ezuddin  014-233 4255


~ So, apa lagi, have fun sempena Raya Yang Mulia ini  :-)  ~

Sunday, August 12, 2012

Restoren HALAL @ Hanoi

Ini die senarai restoren2 Halal mengikut maklumat yang aku dapat dari google atau flyer.. Namun, mungkin ade lebih banyak lagi yang aku tak tahu. Well, ni aku post senarai restoren2 Halal kat Hanoi, Vietnam yang aku tahu in case sesape nak ke Hanoi nanti & cari makanan halal kat sana..


1. Nisa Restaurant; 

No.32, Hang Tre Street, Hoan Kiem District, Hanoi (Tel : +844-3926 1859)



Restoren ni merupakan restoren Malaysia. Owner die orang Malaysia yang berkahwin ngan rakyat tempatan dan terus menetap di Hanoi. Dekorasi restoren ni bercirikan "Malaysia Kita" dan menu makanannye merupakan makanan2 Malaysia. Biasanya, kalau orang Malaysia travel ke Hanoi, pastinya akan singgah ke restoren ni untuk makan termasuklah pembesar2 negara. Hargenya tak mahal dan "mampu" dibayar. Restoren menyediakan kemudahan surau untuk bersolat dan jugak sourveniour shop untuk para pelanggan beli buah tangan. Antara sourveniour yang dijual adalah kain sutera vietnam, kain batik, telekung & macam2 lagi tapi fridge magnet & key chain tak de jual.Masa aku pergi hari tu, pekerja restoren ni cakap yang restoren ni akan berpindah ke Nina Cafe dalam April 2012 ni.


2. Nina Cafe; 


No. 3, Ngo Noi Mieu Street - Hang Giang Street, Hoan Kiem District
Nina Cafe ni merupakan cawangan Nisa. Owner nya orang sama. Makanan kat sini tentunya halal dan ia berkonsepkan Kafe.


3. Tandoor Halal Restaurant

No.24, Hang Be Street, Hoan Kiem DistrictTel : +844-3824 5359

Tandoor restaurant ni merupakan restoren makanan India. So pada sesape yang suka kan makanan India mcm kari, leh la cube restoren ni.


4. Khazanaa Halal Restaurant
http://www.khazana.com.au/
No. 1C, Tong Dan Street, Hoan Kiem District 
Tel : +844-3934 5657

Restoren ni pun merupakan restoren makanan India.


5. India Palace Restaurant

No.24, Hang Be Street, Hoan Kiem District, Hanoi
Tel :+844-3824 5359

Ni pun restoren makanan India.


So, kesimpulannya, di Hanoi ni banyak restoren2 halal yang menghidangkan makanan2 India. Untuk info lebih banyak search laman ni VietnamMuslimTravels


Friday, August 10, 2012

VHC : Solo Overland Adventure : Part 6

Sorry.. Lama tak update.. and travelogue aku pasal trip Vietnam –Hongkong – China pun terhenti. Sorry sangat2, sebab masalah teknikal.. Laptop aku rosak, so, tak dapat la aku nak update cerite aku. Well, sekrang ni aku cuba untuk habiskan. So, ni die cerite seterusnya pasal trip VHC aku Januari-Februari lepas…




26 Januari 2012 – Day 6

Semalaman aku dalam sleeping bas dari Hue ke Hanoi. Perjalanan yang ambik masa selama 11 jam. Huh! Lamanye kan. Tapi Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak sebab dapat tido baring dalam bas. Aku sampai di Hanoi jam 5 pagi. Aku pun tak tahu tempat mana yang kene turun, tapi bile last stop, driver bas suruh semua turun, so aku pun turun la ngan Charlie & Natalie. 

Suhu kat Hanoi pagi2 tu sangatlah sejuk.. huh! Memang masanya tu musim winter. Aku dah standby winter wear cume tak pakai glove aje sebab glove dalam beg. Pijak ke bumi Hanoi, kami semua tak tahu nak ke mana sebab tak tahu mana lokasi nya ketika itu. Then, Natalie & Charlie pun godek Hp memasing tengok GPS. Pas  15 minit, kiteorang pun teruskan perjalanan mencari hostel pas dah tahu ke mana lokasi nak dituju. Aku dah booking hotel siap2 guna hostelworld.com. Tapi Natalie & Charlie lum book lagi, dieorang nye style selalunya walk in sebab bile walk in dapat tawar menawar dan dapat la harga yang murah.

Dengan back pack yang berat tu, kami bertiga berjalanla keliling Bandar Hanoi menuju ke Sungai (Sungai ni menjadi kawasan tumpuan pelancong, so banyak hotel2 dan hostel dekat ngan kawasan sungai ni). Pagi yang gelap gelita hanya bertemankan lampu2 jalan je, kami berjalan kaki lebih kurang 30 minit mencari hotel. Walaupun aku dah book hostel, tapi aku temankan dulu dieorang sebab aku pun tak tahu lokasi hostel aku yang sebenarnya. Natalie & Charlie ade pujuk aku untuk duduk hotel ngan dieorang tapi memandang kan aku dah tempah bilik siap2, so tak nak la burn kan macam tu je deposit yang aku dah letak kat hostelworld tu. 

Jalan punya jalan, kami ade jumpa 1 stall macam penjaja kat tepi jalan je. Ramai orang datang sini. Kiteorang pun tengok lah, rupanya2 stall tu jual breakfast such as macam kebab (isi daging dalam roti). Natalie& Charlie beli untuk breakfast tapi aku tak beli la sebab tentunya tak halal. Pastu, kami teruskan perjalanan sampai jumpe ngan satu hotel ni. Selepas tawar menawar, dieorang dapat la harga yang sangat murah untuk 1 bilik. Kalau tak silap aku, dieorang dapat dalam USD12/bilik. Pas dieorang check in, aku pun terus gerak menuju ke hostel aku. Aku tempah dorm kat Hanoi Hostel yang terletak di alamat 91C Hang Ma str, Hoan Kiem Disrict, Hanoi.


Dengan map Bandar Hanoi, Alhamdulillah aku dapat cari hostel tu. Masa tu dah pagi, dah cerahla langit tapi suasana pagi2 tak sibuk lagi, so Alhamdulillah dapat berjalan ngan aman. Aku rasa hampir 15 minit gaklah aku berjalan kaki dari hotel Charlie tu menuju ke hostel aku. Nasib baik beg aku tak berat sangat.

Map Bandar Hanoi


Pas 15 minit, aku pun jumpa lah ngan hostel aku tu. Tapi sayangnya hostel tu tutup. Sebab masa tu kan Tahun Baru Cina, memang kebanyakkan kedai2 tutup masa tu. Tapi kat depan hostel tu ade diletakkan notis siap ade no.fon lagi. Memandangkan aku penat dah berjalan. So aku decide nak pergi ke masjid dulu la nak rehat tapi aku tak tahu la plak kat mana masjid. Baru je aku jalan 2,3 langkah, kebetulan ade sorang mamat Amerika tegur aku sebab die nampak aku bawak beg pack.

Die tegur aku apa yang boleh die tolong, then aku pun bagitau lah die yang aku nak guna internet sebab nak cari masjid kot2 la die tahu kat mana internet café nye. Then, die cakap die boleh tolong aku. Die tolong aku surf internet kat hotel die yang sebelah je ngan hostel tu. Hotel yang die duduk tu 3star, mahal gak la sewa semalam. Die pun travel gak ke Hanoi ngan wife and anak die. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. Die kenalkankan aku ngan wife die, rakyat Peru.. Cantik.. So, kami dapat la search kat mana masjid kat Hanoi ni.. Masjid tu tak jauh pun dari tempat kami tu. 



Dalam 5 minit jalan, aku pun sampai la di Masjid Al-Noor yang terletak di alamat No. 12, Hang Luoc Street, Hoan Kiem District, Hanoi. Tapi sayangnya, masjid tu tutup.. Aduusss sedihnya… Masjid ni hanya dibuka masa Solat Jumaat jer, maybe sebab hari2 biasa tak de orang sebab tu la die tutup. Then, aku pun decide untuk ke tourist center yang terletak di depan tasik. Aku dah jumpe tourist center ni masa jalan2 pagi tadi teman Natalie & Charlie cari hotel. 

 tasik Hoan Kiem

Perjalanan nak ke tourist center tu, lama gak la lebih kurang 15 minit sebabnya  aku pun dah letih berjalan dari pagi tadi. Huhu. Pas 15 minit jalan, aku sampai lah di tourist center tu. Masa tu jam menunjukkan kul 7.30 pagi. Nasib baik tourist center tu dah buka.. Aku pun pergi ke kaunter dan bagitau masalah aku pada penjaga kaunter tu. Aku mintak die call no fon yang aku ambik tadi. Aku dapat la bercakap ngan owner hostel tu, die cakap die dah emelkan pada aku 2 hari sebelum tu tapi ye la, aku mana dapat bukak emel (moral of the story, keperluan untuk bukak emel setiap hari sangat penting ketika travel). Then, owner tu bagitau yang die dah tukarkan aku ke hostel dieorng yang 1 lagi memandangkan sekarang ni musim raya, so pekerjanya banyak cuti. Sebab tu la die hanya bukak 1 hostel jer, Hanoi Backpackers Hostel on Ma May. Hargenya sama, so, aku tak perlu bayar extra pun dan aku pun dapat duduk kat female dorm. Ada 8 katil dalam dorm tu.

Owner tu cakap suami die akan datang ambik naik motorsikal. Ohh! Tidaakkk laa.. So, aku cakap kat die it’s ok, aku akan datang sana naik teksi jer.. Alhamdulillah, aku keluar jer dari tourist center tu, terus dapat teksi. Harge teksi ke hostel tu VND 100,000. Hanoi Backpackers Hostel On May May yang beralamat di No.9, Ma May, Hoan Kiem, Hanoi. Aku bayar hostel tu USD 6 untuk 1 malam.


Aku check in hostel dalam jam 8.30 pagi, aku lah guest pertama yang sampai. Owner tu mintak maaf  sebab menyusahkan aku. Hehe. Samapi je, aku dapat air mineral percuma as welcome drink. Aku suke hostel ni sebab ade kitchen and ade internet plus ngan siap ade breakfast percume lagi sampai jam 9 pagi. Cuma toilet kat hostel ni old school dan sedikit berbau tapi kebersihan hostel sangatlah “OK”.

 ni die dorm 8 katil aku 
Aku masuk bilik, aku terus tido sebab penat sangat samapi jam 1 baru aku bangun. Aku bangun tido jer, aku nampak ade sorang room mate baru. Then, apa lagi kiteorang pun berkenalan la. Dia dari China, dari Wilayah Jiang. Nama die Echo. Die sorang2 jer. Aku tengok die ni macam Innocent jer tapi dalam hati aku ni kata “berani gak die ni jalan sorang2 walaupun innocent”. Hehe.. Die akan ke Halong Bay pagi esokkanya dan aku akan gerak ke China esokkan harinya. Well, die decide untuk untuk ikut aku keluar jalan2. So, aku ade geng la.

Pastu aku mandi, solat dan terus keluar jalan2 Bandar Hanoi. Tempat pertama yang aku tuju adalah kedai outdoor. Sememangnya Vietnam terkenal ngan suppiler barang2 Outdoor. Kat HCMC, kedai semua tutup masa aku pergi sbb cuti CNY, so kat Hanoi la sasaran aku. Ade satu kedai outdoor yang dekat ngan hostel tu. 

~ Ni die kedai outdoor, Umove Travel Outddor
No.13, Hang Dieu Street, Hoan Kiem District ~


Bile aku sampai jer, alangkah kecewanya aku kedai ni tutup memandangkan masa tu tengah cuti sambut Tahun Baru China. Huhu.. So, terpaksalah aku diamkan saja hasrat aku nak beli barang2 outdoor. Pastu, kiteorang decide nak gi makan. Perut dah lapar.. Mengikut maklumat yang aku dapat kat Hanoi ni ade 4 buah restoren halal. Then, aku bercadang untuk makan kat Restoren Nisa.

Restoren Nisa



Restoren Nisa ni restoren Malaysia. Owner die rakyat Malaysia yang berkahwin ngan orang Vietnam & terus menetap di Hanoi. Decoration restoren ni memang bercirikan Malaysia, ade bendera Malaysia, ade kain batik & macam2 lagi la. Makanan pun semuanya makanan2 Malaysia macam nasi lemak, teh tarik, roti canai, kari, & macam2 lagi la.. Best sangat, sekurang2nya dapat la mengubat kerinduan aku pada bumi Malaysia. 
 ipho Vietnam


 
                                                        air sirap bandung

Aku makan local dishes “Pho Vietnam” ngan sirap bandung. Roomate aku tu pun order sama ngan aku. Pho Vietnam tu sangatlah sedap. Habis satu, aku tambah lagi satu sebab lapar & sedap sangat. Masa makan tu, aku mintak tolong pekerja kedai tu tolong belikan aku top-up kredit. Alhamdulillah, pekerja kedai tu sangat friendly & pandai cakap Melayu sikit2. Pas makan aku naik ke aras 4 untuk solat memandangkan masa tu dah jam 6 petang. Magrib jam 6 kat hanoi ni. Restoren ni ade sediakan surau, siap ade telekung & kain pelikat lagi. Surau die luas gak, so, kalau nak solat jemaah pun boleh. 

 Ni die harga yang kami kene bayar

Surau Restoren Nisa

Pas solat, aku terus turun bayar makanan dan terus gerak keluar. Masa ni kedai2 di Hanoi banyak tutup so, susah gak la aku nak jalan2, tak happening sangat. Tapi, aku jalan2 je la ke Hang Be Street and Hang Tre Street. Dua jalan ni ade pasar malam setiap malam such as macam Petaling Street la. Ok lah, banyak kedai yang bukak walaupun tak sebanyak seperti hari2 biasa. Malam tu, aku dapat beli 2 silk sleeping bag yang berharga VND 230,000, key chain + fridge magnet + purse yang harge VND 160,000. Urus niaga di Vietnam ni menerima duit USD, duit VND mahupun duit RM pun diterima gak. So, tak yah susah2 nak gi cari money changer kalau tak cukup duit. 


ni die roomate aku, Echo


 ni die buah tangan aku dari Hanoi


Pas dah puas shopping, kiteorang terus balik hostel and tidor... zzzz ZZZZ Zzzzzz ZZZzzzz