Sunday, August 12, 2012

Restoren HALAL @ Hanoi

Ini die senarai restoren2 Halal mengikut maklumat yang aku dapat dari google atau flyer.. Namun, mungkin ade lebih banyak lagi yang aku tak tahu. Well, ni aku post senarai restoren2 Halal kat Hanoi, Vietnam yang aku tahu in case sesape nak ke Hanoi nanti & cari makanan halal kat sana..


1. Nisa Restaurant; 

No.32, Hang Tre Street, Hoan Kiem District, Hanoi (Tel : +844-3926 1859)



Restoren ni merupakan restoren Malaysia. Owner die orang Malaysia yang berkahwin ngan rakyat tempatan dan terus menetap di Hanoi. Dekorasi restoren ni bercirikan "Malaysia Kita" dan menu makanannye merupakan makanan2 Malaysia. Biasanya, kalau orang Malaysia travel ke Hanoi, pastinya akan singgah ke restoren ni untuk makan termasuklah pembesar2 negara. Hargenya tak mahal dan "mampu" dibayar. Restoren menyediakan kemudahan surau untuk bersolat dan jugak sourveniour shop untuk para pelanggan beli buah tangan. Antara sourveniour yang dijual adalah kain sutera vietnam, kain batik, telekung & macam2 lagi tapi fridge magnet & key chain tak de jual.Masa aku pergi hari tu, pekerja restoren ni cakap yang restoren ni akan berpindah ke Nina Cafe dalam April 2012 ni.


2. Nina Cafe; 


No. 3, Ngo Noi Mieu Street - Hang Giang Street, Hoan Kiem District
Nina Cafe ni merupakan cawangan Nisa. Owner nya orang sama. Makanan kat sini tentunya halal dan ia berkonsepkan Kafe.


3. Tandoor Halal Restaurant

No.24, Hang Be Street, Hoan Kiem DistrictTel : +844-3824 5359

Tandoor restaurant ni merupakan restoren makanan India. So pada sesape yang suka kan makanan India mcm kari, leh la cube restoren ni.


4. Khazanaa Halal Restaurant
http://www.khazana.com.au/
No. 1C, Tong Dan Street, Hoan Kiem District 
Tel : +844-3934 5657

Restoren ni pun merupakan restoren makanan India.


5. India Palace Restaurant

No.24, Hang Be Street, Hoan Kiem District, Hanoi
Tel :+844-3824 5359

Ni pun restoren makanan India.


So, kesimpulannya, di Hanoi ni banyak restoren2 halal yang menghidangkan makanan2 India. Untuk info lebih banyak search laman ni VietnamMuslimTravels