Sorry.. Lama tak
update.. and travelogue aku pasal trip Vietnam –Hongkong – China pun terhenti.
Sorry sangat2, sebab masalah teknikal.. Laptop aku rosak, so, tak dapat la aku
nak update cerite aku. Well, sekrang ni aku cuba untuk habiskan. So, ni die cerite
seterusnya pasal trip VHC aku Januari-Februari lepas…
26 Januari 2012 –
Day 6
Semalaman aku dalam sleeping bas dari Hue ke Hanoi. Perjalanan yang ambik
masa selama 11 jam. Huh! Lamanye kan. Tapi Alhamdulillah, aku dapat tidur
dengan nyenyak sebab dapat tido baring dalam bas. Aku sampai di Hanoi jam 5
pagi. Aku pun tak tahu tempat mana yang kene turun, tapi bile last stop, driver
bas suruh semua turun, so aku pun turun la ngan Charlie & Natalie.
Suhu kat Hanoi pagi2 tu sangatlah sejuk.. huh! Memang masanya tu musim
winter. Aku dah standby winter wear cume tak pakai glove aje sebab glove dalam
beg. Pijak ke bumi Hanoi, kami semua tak tahu nak ke mana sebab tak tahu mana
lokasi nya ketika itu. Then, Natalie & Charlie pun godek Hp memasing tengok
GPS. Pas 15 minit, kiteorang pun
teruskan perjalanan mencari hostel pas dah tahu ke mana lokasi nak dituju. Aku
dah booking hotel siap2 guna hostelworld.com. Tapi Natalie & Charlie lum
book lagi, dieorang nye style selalunya walk in sebab bile walk in dapat tawar
menawar dan dapat la harga yang murah.
Dengan back pack yang berat tu, kami bertiga berjalanla keliling Bandar
Hanoi menuju ke Sungai (Sungai ni menjadi kawasan tumpuan pelancong, so banyak
hotel2 dan hostel dekat ngan kawasan sungai ni). Pagi yang gelap gelita hanya
bertemankan lampu2 jalan je, kami berjalan kaki lebih kurang 30 minit mencari
hotel. Walaupun aku dah book hostel, tapi aku temankan dulu dieorang sebab aku
pun tak tahu lokasi hostel aku yang sebenarnya. Natalie & Charlie ade pujuk
aku untuk duduk hotel ngan dieorang tapi memandang kan aku dah tempah bilik
siap2, so tak nak la burn kan macam tu je deposit yang aku dah letak kat
hostelworld tu.
Jalan punya jalan, kami ade jumpa 1 stall macam penjaja kat tepi jalan je.
Ramai orang datang sini. Kiteorang pun tengok lah, rupanya2 stall tu jual
breakfast such as macam kebab (isi daging dalam roti). Natalie& Charlie
beli untuk breakfast tapi aku tak beli la sebab tentunya tak halal. Pastu, kami
teruskan perjalanan sampai jumpe ngan satu hotel ni. Selepas tawar menawar,
dieorang dapat la harga yang sangat murah untuk 1 bilik. Kalau tak silap aku,
dieorang dapat dalam USD12/bilik. Pas dieorang check in, aku pun terus gerak
menuju ke hostel aku. Aku tempah dorm kat Hanoi Hostel yang terletak
di alamat 91C Hang Ma str, Hoan Kiem Disrict, Hanoi.
Dengan map Bandar Hanoi, Alhamdulillah aku dapat cari hostel tu. Masa tu
dah pagi, dah cerahla langit tapi suasana pagi2 tak sibuk lagi, so
Alhamdulillah dapat berjalan ngan aman. Aku rasa hampir 15 minit gaklah aku
berjalan kaki dari hotel Charlie tu menuju ke hostel aku. Nasib baik beg aku
tak berat sangat.
Map Bandar Hanoi
Pas 15 minit, aku pun jumpa lah ngan hostel aku tu. Tapi sayangnya hostel
tu tutup. Sebab masa tu kan Tahun Baru Cina, memang kebanyakkan kedai2 tutup masa
tu. Tapi kat depan hostel tu ade diletakkan notis siap ade no.fon lagi.
Memandangkan aku penat dah berjalan. So aku decide nak pergi ke masjid dulu la
nak rehat tapi aku tak tahu la plak kat mana masjid. Baru je aku jalan 2,3
langkah, kebetulan ade sorang mamat Amerika tegur aku sebab die nampak aku
bawak beg pack.
Die tegur aku apa yang boleh die tolong, then aku pun bagitau lah die yang
aku nak guna internet sebab nak cari masjid kot2 la die tahu kat mana internet
café nye. Then, die cakap die boleh tolong aku. Die tolong aku surf internet
kat hotel die yang sebelah je ngan hostel tu. Hotel yang die duduk tu 3star,
mahal gak la sewa semalam. Die pun travel gak ke Hanoi ngan wife and anak die.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. Die kenalkankan aku ngan wife die,
rakyat Peru.. Cantik.. So, kami dapat la search kat mana masjid kat Hanoi ni..
Masjid tu tak jauh pun dari tempat kami tu.

Dalam 5 minit jalan, aku pun sampai la di Masjid Al-Noor
yang terletak di alamat No. 12, Hang
Luoc Street, Hoan Kiem District, Hanoi. Tapi sayangnya, masjid tu tutup..
Aduusss sedihnya… Masjid ni hanya dibuka masa Solat Jumaat jer, maybe sebab
hari2 biasa tak de orang sebab tu la die tutup. Then, aku pun decide untuk ke
tourist center yang terletak di depan tasik. Aku dah jumpe tourist center ni
masa jalan2 pagi tadi teman Natalie & Charlie cari hotel.
tasik Hoan Kiem
Perjalanan nak ke tourist center tu, lama gak la lebih kurang 15 minit
sebabnya aku pun dah letih berjalan dari
pagi tadi. Huhu. Pas 15 minit jalan, aku sampai lah di tourist center tu. Masa
tu jam menunjukkan kul 7.30 pagi. Nasib baik tourist center tu dah buka.. Aku
pun pergi ke kaunter dan bagitau masalah aku pada penjaga kaunter tu. Aku
mintak die call no fon yang aku ambik tadi. Aku dapat la bercakap ngan owner
hostel tu, die cakap die dah emelkan pada aku 2 hari sebelum tu tapi ye la, aku
mana dapat bukak emel (moral of the story, keperluan untuk bukak emel setiap
hari sangat penting ketika travel). Then, owner tu bagitau yang die dah
tukarkan aku ke hostel dieorng yang 1 lagi memandangkan sekarang ni musim
raya, so pekerjanya banyak cuti. Sebab tu la die hanya bukak 1 hostel jer,
Hanoi Backpackers Hostel on Ma May. Hargenya sama, so, aku tak perlu bayar
extra pun dan aku pun dapat duduk kat female dorm. Ada 8 katil dalam dorm tu.
Owner tu cakap suami die akan datang ambik naik motorsikal. Ohh! Tidaakkk
laa.. So, aku cakap kat die it’s ok, aku akan datang sana naik teksi jer..
Alhamdulillah, aku keluar jer dari tourist center tu, terus dapat teksi. Harge
teksi ke hostel tu VND 100,000. Hanoi Backpackers Hostel On May May yang beralamat
di No.9, Ma May, Hoan Kiem, Hanoi. Aku bayar hostel tu USD 6 untuk 1 malam.
Aku check in hostel dalam jam 8.30 pagi, aku lah guest pertama yang sampai.
Owner tu mintak maaf sebab menyusahkan aku. Hehe. Samapi je, aku dapat air
mineral percuma as welcome drink. Aku suke hostel ni sebab ade kitchen and ade
internet plus ngan siap ade breakfast percume lagi sampai jam 9 pagi. Cuma
toilet kat hostel ni old school dan sedikit berbau tapi kebersihan hostel
sangatlah “OK”.
ni die dorm 8 katil aku
Aku masuk bilik, aku terus tido sebab penat sangat samapi jam 1 baru aku
bangun. Aku bangun tido jer, aku nampak ade sorang room mate baru. Then, apa
lagi kiteorang pun berkenalan la. Dia dari China, dari Wilayah Jiang. Nama die
Echo. Die sorang2 jer. Aku tengok die ni macam Innocent jer tapi dalam hati aku
ni kata “berani gak die ni jalan sorang2 walaupun innocent”. Hehe.. Die akan ke
Halong Bay pagi esokkanya dan aku akan gerak ke China esokkan harinya. Well,
die decide untuk untuk ikut aku keluar jalan2. So, aku ade geng la.
Pastu aku mandi, solat dan terus keluar jalan2 Bandar Hanoi. Tempat pertama
yang aku tuju adalah kedai outdoor. Sememangnya Vietnam terkenal ngan suppiler
barang2 Outdoor. Kat HCMC, kedai semua tutup masa aku pergi sbb cuti CNY, so kat Hanoi la
sasaran aku. Ade satu kedai outdoor yang dekat ngan hostel tu.
~ Ni die kedai outdoor, Umove Travel Outddor
No.13, Hang Dieu Street, Hoan Kiem District ~
Bile aku sampai jer, alangkah kecewanya aku kedai ni tutup memandangkan
masa tu tengah cuti sambut Tahun Baru China. Huhu.. So, terpaksalah aku diamkan
saja hasrat aku nak beli barang2 outdoor. Pastu, kiteorang decide nak gi makan.
Perut dah lapar.. Mengikut maklumat yang aku dapat kat Hanoi ni ade 4 buah
restoren halal. Then, aku bercadang untuk makan kat Restoren Nisa.
Restoren Nisa
Restoren Nisa ni restoren Malaysia. Owner die rakyat Malaysia yang
berkahwin ngan orang Vietnam & terus menetap di Hanoi. Decoration restoren
ni memang bercirikan Malaysia, ade bendera Malaysia, ade kain batik &
macam2 lagi la. Makanan pun semuanya makanan2 Malaysia macam nasi lemak, teh
tarik, roti canai, kari, & macam2 lagi la.. Best sangat, sekurang2nya dapat
la mengubat kerinduan aku pada bumi Malaysia.
ipho Vietnam
air sirap bandung
Aku makan local dishes “Pho Vietnam” ngan sirap bandung. Roomate aku tu pun
order sama ngan aku. Pho Vietnam tu sangatlah sedap. Habis satu, aku tambah
lagi satu sebab lapar & sedap sangat. Masa makan tu, aku mintak tolong
pekerja kedai tu tolong belikan aku top-up kredit. Alhamdulillah, pekerja kedai
tu sangat friendly & pandai cakap Melayu sikit2. Pas makan aku naik ke aras
4 untuk solat memandangkan masa tu dah jam 6 petang. Magrib jam 6 kat hanoi ni.
Restoren ni ade sediakan surau, siap ade telekung & kain pelikat lagi.
Surau die luas gak, so, kalau nak solat jemaah pun boleh.
Ni die harga yang kami kene bayar
Surau Restoren Nisa
Pas solat, aku terus turun bayar makanan dan terus gerak keluar. Masa ni
kedai2 di Hanoi banyak tutup so, susah gak la aku nak jalan2, tak happening
sangat. Tapi, aku jalan2 je la ke Hang Be Street and Hang Tre Street. Dua jalan
ni ade pasar malam setiap malam such as macam Petaling Street la. Ok lah,
banyak kedai yang bukak walaupun tak sebanyak seperti hari2 biasa. Malam tu,
aku dapat beli 2 silk sleeping bag yang berharga VND 230,000, key chain +
fridge magnet + purse yang harge VND 160,000. Urus niaga di Vietnam ni menerima
duit USD, duit VND mahupun duit RM pun diterima gak. So, tak yah susah2 nak gi
cari money changer kalau tak cukup duit.
ni die roomate aku, Echo
ni die buah tangan aku dari Hanoi
Pas dah puas shopping, kiteorang terus balik hostel and tidor... zzzz ZZZZ
Zzzzzz ZZZzzzz