Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri : Berhari raya ke Cameron Highland & Australia

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca lavenderbackpackers.blogspot.
Biarpun lambat sikit, aku rasa masih belum terlambat untuk wish sebab kita masih berada di dalam Bulan Syawal. Kan? Kan? kan?.. So, bersempena dengan Hari Lebaran yang telah berkunjung tiba, aku nak mengucapakan Selamat Hari Raya buat peminat setia lavenderbackpacker samaada follower tegar mahupun silent reader atau sekalipun loud reader.

Aku mintak maaf jika ade yang tak berpuas hati dengan aku secara personal mahupun melalui penulisan ini. I just be myself & blogging is my passion of sharing knowledge. Aku tulis blog ni untuk share pengalaman aku berekspedisi, travel, makan-makan, outdoor & sebagainya.. Andai kata ade yang tak puas hati, aku mintak maaf la.. Aku rasa aku tak perlu buat sesuatu untuk puaskan hati orang, cukuplah aku berlaku jujur pada diri aku sendiri. 

Aku sangat happy bila aku dapat tulis satu-satu entry dan aku juga happy bila baca pengalaman orang lain tentang travel. Setiap pengalaman orang berbeza-beza, ade yang menarik, yang suka, duka & sebagainya. Pasti ade kenangan yang terindah buat diri masing-masing. Aku juga salute pada blogger-blogger yang sangat rajin post entry-entry baru. Memang korang the best la.. Mood kemalasan aku untuk update blog ni sangat tinggi.. huhu.. mungkin sebab banyak sangat makan maggi & kepala ikan kot, so otak pun jadi lembap.. Mintak maaf ye semua. Aku cube untuk habiskan travelog-travelog lain yang tertunggak, tak habis-habis..  


 
Ok, by the way, sempena Syawal 1434h tahun ini, aku telah “berhari raya” dengan minum teh di Cameron Highland (Raya ke-3) dan melawat kangaroo di Syney, Australia (recently). Kedua-dua trip ini sangat indah buat aku & aku sangat happy. Satu persamaan antara kedua trip ini ialah aku travel ke sana ketika musim sejuk. Cameron Highland memang terkenal dengan kesejukannya di Puncak Brinchang manakala Sydney pula time ni masih lagi winter season tapi dah dipenghujung winter but still cold sehingga 10 darjah celcius.

Strawberry cheese cake. Fresh from Strawberry Farm, Cameron Highland

Nanti aku cerite lanjut story travel ni.. Akhir kata, selamat berhari-raya kawan-kawan & ber’open house’...

Till then, Assalamualaikum =))

Monday, December 31, 2012

Hujan Gerimis di Tanah Tinggi Cameron Highlands


Balik dari dari Tanah Thai, aku ke Big Bad Wolf Book Fair di Mines International Convention Center. Pas 3 jam meluangkan masa cari buku faveret aku bertolak ke Cameron Highlands lak ngn kawan-kawan..


What a nice moments, having dates with my gang in Cameron Highlands a.k.a CH. As ussual, sememangnya bumi Cameron akan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ketika musim cuti sekolah. So, memang crowded la sangat Cameron Highland masa aku pergi hari tu dan kebetulan masa tu jugak public holiday 25 disember a.k.a Hari Krismas. Sesak sangat, dan tersangatlah jem di Brinchang. Macam biasa, hotel2 di Cameron akan penuh ketika musim cuti sekolah. Last minute, kami dapat book 1 apartment, itupun di dalam kampung2 petempatan orang melayu. Hotel-hotel di sekitar jalan besar memang full book.


This is my first time pergi ke CH masa musim cuti sekolah. Pas ni, aku dah tak nak pergi lagi musim peak hour mcm ni. Sesat yang teramat sangat tak ubah mcm KL. Errmm, apa pun aku enjoy pergi sana sebab dapat berhibur ngn kawan-kawan. Kami semua ade 7 orang dengan 2 buah kereta. 

  Pekena durian dulu di Tanah Rata


Musim hujan la katakan, cuaca di CH sangatlah sejuk. Biasanya, aku pergi sana, leh pakai t-shirt jer, tapi kali ni aku terpaksa pakai sweater, siap pakai 2 sweater lagi tu, sebab sejuk sangat. Banyak gak tourist yang aku tengok pakai winter wear. Rugi lak rasa tak bawak winter wear sebab hanya boleh pakai sehelai jer. Kami semua siap beli glove lagi di atas sana sebab tak tahan. Memang betul-betul rasa duduk di oversea la ketika ini. So, pada sesiapa yang nak rasa suasana musim sejuk di negara 4 musim, boleh la ke CH ketika hujung tahun. Hehe (padahal, u all semua dah muak ngan CH ni, hehe.. saja promote lebih-lebih).  


 Hujan gerimis di CH

 Bergambar di Pasar malam di Brinchang

Nak kata hujan, tak hujan.. Nak kata salji, lagi la tak kene langsung. So, apa perkataan yag tepat untuk menggambarkan suasana ketika tu ek. Kami sepakat kata, ianya adalah gerimis di bumi CH. Sebab tak hujan tapi air menitik macam air embun. Malam tidur di CH sangatlah sejuk sehingga terpaksa beli stokin extra 2 pasang lagi. Huhuhu.. Menggigil. Ketika ni la, masing2 duk sibuk cari bahan pemanas nak panaskan badan. So sad, di aprtment yang kami duduk tak de hitter. Nak buat unggun api, alamaknya terbakar la apartment orang. So, hanya pakai sweater banyak2 lapis plus ngn selimut.. huhhuhu.


Oh! si katak puru

 strawberi oh! strawberi

buah tangan CH


  
Here we are =))

~ I am da' Mushroom Man  =)) ~

da' cactus

 Di Roses Valley

 Memang berselara la kalau dapat masak terung ni.. Sabar subur bumi CH kan?

Teruja nya aku tengok tomato ni... Real tau


 Having great time makan jagung bakar while enjoy da' view  =)

 Menikmati ais krim dan kopi panas =))

 ais krim strawberi

Nak cerite lebih-lebih pasal CH, sudah pasti semua orang pun tahu sebab pasti semua dah ke sana. So, hanya cerite biasa saja la mcm yang korang alami. Mcm biasa, pergi ke CH tak sah kalau tak pergi ke Ladang Teh and Strawberry farm. Memang beli strawberry banyak-banyak la. Besides that, aku jugak rasa  jagung CH. Sangatla sedap dan sangat manis. Tak yah cicah ngan gula atau sapu butter, semulajadinya manis. Sedap sangat.

Seperkara lagi, kalau aku ke CH, aku mesti akan beli madu lebah ngan sarang lebah sekali sebab aku suka makan madu yang fresh dari sarangnya. Ramai yang geli untuk cuba bende ni tapi bagi aku selagi ia Halal di makan, aku akan makan. Aku beli tak banyak pun, cukup untuk aku makan sekali jer sebab rasa madunya sangat manis. So, aku beli segenggam jer dengan harga rm5.00. 


Yummy-yummy.. So Sweet


Bende yang tak dapat aku buat masa ke sini hari tu adalah mencube terowong masa. Ini attraction terbaru di CH,nak kata baru tak lah baru sangat tapi ade dalam tahun -tahun kebelakangan ni la. Disebabkan masa yang terlalu singkat, kami tak dapat ke sana. Huhu. Maybe next time..


 Hanya 50 ringgit je sepasang. Kat Pasar Malam CH, Brinchang