Tuesday, January 15, 2013

VHC : Border Crossing Vietnam - China



Border crossing melalui pintu masuk Dong Dang (Border Vietnam) – Ping Xiang (Border China).


Sebelum aku buat trip ni, aku sangat risau pasal border crossing Vietnam-China. Sebab aku tak dapat gambaran yang jelas macam mana keadaan nya, tambahan plak, tak ramai foreigner yang masuk ke China melalui jalan darat sebab masalah komunikasi. Melalui pembacaan di blog dan lonely planet, mereka tak ceritekan secara detail tentang bende ni. Sebab tu la aku risau sangat dan aku yakin aku tak jumpa ramai foreigner nanti. So, aku bertawakal je la pada Allah swt moga dipermudahkan segalanya. Sebelum aku bertolak, aku Cuma tahu train akan berhenti 2 kali untuk cop kastam. Tapi duration masa dan di mana akan berhenti, itu aku tak pasti. But the end, syukur Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan Dao Li (kawan yang aku jumpa masa naik train), die pandai berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, aku just follow die je la. 

Dong Dang to Ping Xiang


Ketika tengah lena tidur dalam kabin, pintu kabin diketuk jam 2.50 pagi. Rupanya steward yang jaga koc kami yang ketuk untuk kejutkan dari tido (Setiap koc ade dua/satu orang steward yg akan bertugas sepanjang masa di koc tersebut). Katanya 10 minit lagi, train akan berhenti untuk pemeriksaan imigresen Vietnam (Steward tu cakap bahasa Cina, cabin mate aku yang translate untuk aku). Ketika ini, beg-beg tak perlu bawak turun. Hanya bawak passport aje. Masa turun tu, aku tengok semua orang tengah mamai sebab masing-masing tengah lena diulit mimpi, tetiba kena bangun lak termasuk la aku. Khikhikhi. Semua pekerja train pun kene turun.

Keretapi T8702 : Ha Noi - NamNinh
Stop pertama ni adalah di border Dong-Dang,Vietnam. Ini merupakan imigresen Vietnam. Mula-mula sampai, kite kene serahkan passport kita pada pegawai imigresen tu. Semua orang kene serahkan. Then, tunggu sepuluh minit. Pas tu, pegawai imigresen akan panggil nama sorang-sorang untuk serahkan passport tu. Nama aku dah last-last dah, so lama gak la aku kene tunggu. Masa tiba giliran aku tu, pegawai tu terkejut tengok muka depan passport aku sebab gambar aku tu pakai tudung. Then, masa aku ambik passport die nampak aku pakai tudung, pastu die bisik-bisik ngan kawan-kawan imigresen yang lain sambil gelak-gelak. Dalam hati aku, mesti dieorang gelak sebab tak pernah nampak orang berpakaian macam tu. Pas ambik tu, aku terus naik ke train. Alhamdulillah, tak de soalan. Bagi yang mereke suspicious, so, dieorang akan bawak traveller tu masuk ke sebuah bilik untuk disoal siasat. Masa malam tu, ade gak la 2-3 orang kene soal siasat. Aku pun tak tahu apa kesnya. Maybe pasal visa kot. 

Cuba perhatikan cop berwarna merah tu


Masing-masing tengah tunggu passport

Warga China suka main handset. kat sini ade line tau. Warga China pakai HP canggih-canggih

Masing-masing berkerumun di kaunter nak ambik passport sebab pegawai imigresen jerit nama kita tak dengar sangat. dieorang tak pakai microphone

Di luar office di Dong Dang


Pas naik train, steward tu bagitau nanti 1 jam lagi akan berhenti di Ping-Xiang untuk cop imigresen border China. Then, aku sambung tido semula la. Pabila sampai di border Ping-Xiang, macam biasa steward akan kejutkan kami dan die minta kami bawak semua barang-barang untuk bawah untuk pemeriksaan imigresen. Kalau ade yang bawak beg besar-besar kesian la. Sebelum turun dieorang ambik passport semua penumpang. Cuaca ketika ini sangat sejuk.. Menggigil badan aku.huhu... 


Pemeriksaan beg tu senang jer, letak je dalam scanner beg mcm scan beg kat airport tu, pastu ambik la beg kite semula. Tunggu jap dalam 5 minit, dieorang suruh semua penumpang naik train balik. Passport akan diserahkan kat dalam train. Naik train tu, kiteorang tunggu lama gak la kat dalam tu sementara nak tunggu pegawai imigresen datang kat kiteorang. Ketika ini, pegawai imigresen China tu akan datang jumpa penumpang sorang-sorang.Masa die jumpa aku die suruh aku bukak tudung. Biasalah, ketika pemeriksaan imigresen tidak dibenarkan pakai topi atau penutup kepala sebab nak pastika muka kita sama cam dalam passport.


kat Imigresen office scan beg

 
Pas scan beg , berehat utk tunggu arahan seterusnya
Pegawai Imigresen China check passport kat dalam train
Berebut-rebut keluar dari Pejabat Imigresen nak naik train
Kad Imigresen masuk China

Ketika itu, aku sangat terkejut sebab ini merupakan kali pertama aku disuruh bukak tudung ketika imigresen checking. Then aku cakap kat pegawai tu “No, u see that (sambil tunjuk muka aku kat gambar dalam passport tu)”. Then, pegawai tu setuju lantas menyerahkan pasport itu kembali pada aku.


Pas pegawai tu blah dari kabin aku, cabin mate aku mintak tengok passport aku sebab die nak tengok gambar aku. Then aku bagi je la. Pastu, die tanya, “Why u wear like this? (sambil jarinya tunjuk pada tudung aku)”. Taku cakap sebab aku Muslim dan orang Muslim kene pakai macam ni. Dieorang terus angguk tanda setuju dan salah sorang cabin mate aku tu cerite yang cousin die (perempuan) selepas berkahwin pakai tudung mcm aku sebab die masuk Islam sebab kahwin ngan orang Islam. So, die cakap cousin die tu sepanjang masa akan pakai tudung tak bukak-bukak.Die cakap die & family heran gak kenapa cousin die tu tak bukak skaf tu rupa-rupanya baru sekrang die tahu yang Muslim perempuan kene pakai skaf tutup kepala. Pastu, kiteorang sambung tido semula sebab ngantuk sangat. Aku pulak tido-tido ayam je sebab nak tunggu subuh. Subuh kat sana jam 6.10 pagi waktu tempatan. 


Subuh di dalam train, aku hanya solat secara duduk kat atas katil aku tu je. Kalau boleh solat ikut kiblat (guna kompas) tapi kebanyakan pandangan ulama’, antaranya Mazhab Shafiee sendiri menyatakan bahawa :


“ketika bermusafir menaiki kapal terbang atau train atau bas atau kereta (kenderaan yang bergerak), memadailah baginya menghadap kiblat ketika takbiratul ihram sahaja di mana bakinya mengikut arah kenderaan”.
 

Dr.Syarbashi, tokoh fikah dari Universiti al-Azhar Mesir mengatakan bahawa :
“Solat seseorang itu sah dan beliau tidak perlu mengulanginya kerana beliau sudah berusaha sebaik mungkin”

(Rujukan dari Pasport Musafir ditulis oleh Mohd Zuhdi Khasasi (2011), ms 133)



              “Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” 
(Surah al-Baqarah :28)


 " Dan bagi Allah jugalah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu    arahkan diri (ke kiblat bagi menghadap Allah) maka disitulah arah yang diredai Allah, sesungguhnya Allah luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui” 
 (Surah al-Baqarah :115)



Gambar hiasan - solat dalam train



Aku sambung tido dan aku bangun semula jam 9 pagi. Ketika ini aku dapat lihat keindahan alam di bumi China ni. Sangat nyaman permandangan ketika ini sebab cuaca di luar sangat sejuk. Indahnya. Sepanjang perjalanan nak tunggu train tiba di destinasi, aku hanya minum milo panas sambil menikmati permandangan di luar. Sebenarnya dalam hati ni risau sangat pasal train dari Nanning ke Guangzhou sebab iteneri aku nak terus berlepas ke Guangzhou bile sampai di Nanning nanti. Tetapi train ticket China hanya dapat dibeli di China sahaja. So, tawakal je lah.. (Nak hilangkan gundah gulana, sebab tu la menikmati permandangan dari tingkap kabin).

Permandangan dari train
Permandangan dari atas train di Nanning
Permandangan dari atas train. Masa ni jam 8 pagi. Sejuk nya. Kabus tebal je di luar
 
Train yang sedang bergerak


** Train dari Hanoi – Nanning ade setiap hari. Kod train adalah MR1 / T8702


** p/s : Terdapat 3 pintu masuk ke Negara China melalui Hanoi, Vietnam. 

1)   Hanoi ke Kunming, China. Pintu masuk melalui border Lao Cai – Hekou. Lao Cai terletak 40km dari Sapa. Naik bas memakan masa selama 10 jam.


2)  Hanoi ke Nanning. Pintu masuk melalui Ha Long (Ha Long Bay) - Mong Cai Tiada train service untuk pintu masuk ini. Hanya bus sahaja serta pengangkutan air. Naik bus, 9 jam dengan tambang USD 150.00. Melalui pembacaan aku, pintu masuk ini tak berapa selamat sikit sebab kadang – kadang ade rusuhan kat sini. So, pintu masuk ni tak berapa famous la dan tak direcommend oleh kebanyakkan traveller mahupun kerajaan vietnam sendiri.


3)  Hanoi ke Nanning melalui pintu Dong Dang – Ping Xiang. Selain train, perkhidmatan bus pun ade disediakan.



      Till then, will continue in VHC - Part 8  =))

Thursday, January 10, 2013

VHC : Solo Overland Adventure : Part 7



Weather yang sangat sejuk di bumi Hanoi ni buatkan aku malas nak keluar dari selimut tebal kat Hostel Hanoi ni. Nasib baik trip aku ke China sebelah malam.. So, ade masa lagi nak bersenang-senang di atas katil sambil melayan mata mainkan mimpi-mimpi indah. Check-out kan jam 12 tghari. So, pas solat subuh, aku sambung tidur semula sampai jam 11 pagi (OOOppppss... teruknya anak dara bangun jam 11 pagi.. Tapi nak wat mcm mana, dah letih sangat.. sekali sekala tak pe.. hehe)

Pas bangun tido aku terus bersiap nak check-out. Plan hari ni, aku nak kuar makan & jalan-jalan kat sekitar Pekan Hanoi ni je.. Tak de la nak ke mana-mana pun dan bagpack aku tinggal kat hostel ni jap, nanti petang ni aku akan datang ambik beg aku sebelum ke train station.

Hanoi Hostel


Tiket train ke Nanning, China (Ejaan Nanning, dieja dengan  “Nam –Ninh) belum dapat di tangan aku lagi tapi aku dah call manager ticket office supaya hantar tiket ke hostel hari ni. Takpe, just bertenang, tiket akan sampai juga nanti. Sejam aku tunggu, then tiket sampai. Alhamdulillah. Sementara tunggu tu, aku surf internet la..


*** p/s : Tiket train di Vietnam kene beli awal-awal sebab permintaan terlalu tinggi. Kalau beli last minute, takut habis. Thus, booking tiket siap-siap. Just emel pada ticket office (Hanoi Railtours 152 Leduan Vietnam). Untuk ticket train ke China/within Vietnam, emel pada haratour@fpt.vn atau call hotline number 0913566644, Ticket Office Managernya nama Mr. Tran Trong Luu. Dalam emel nak booking tiket, bagitau nak seat/sleeper jenis apa, untuk berapa orang. Dan pihak sana akan mintak salinan passport dan visa masuk ke China untuk tujuan pembelian tiket tersebut.


Contohnya untuk kes aku hari tu,memandangkan aku sorang2 dan aku ni pompuan, so, kalau boleh aku nak duduk dalam kabin yang semuanya perempuan la, rasa selamat sikit. (First class – ada 4 katil soft sleeper – upper berth & lower berth). Katil upper berth lebih murah dari lower berth. So, dalam emel aku bagitau yang aku nak soft sleeper dan aku minta tolong supaya arrange kan aku duduk dengan perempuan ataupun family. Alhamdulillah, aku dapat tiket seperti apa yang aku harapkan.

  Ini die Tiket train ke China 

Aku dapat tiket first class soft sleeper dalam kabin 4 katil bersama 2 traveller perempuan dari Shanghai, China   =) Aku beli tiket train dengan harge usd 42.

Pas dapat tiket yang dihantar ke Hanoi Hostel, aku terus keluar makan di Nisa Restaurant. Kali ni aku makan nasi lemak (vnd 70k) dan tapau roti canai (vnd 15k) untuk dimakan malam nanti dalam train. Aku lepak kat restoren ni sampai magrib sebab aku nak solat  magrib kat sini, nanti dah tak susah nak cari tempat utk solat. Pas solat, aku terus pulang ke Hanoi Hostel untuk ambik beg dan begerak ke Gai Lam Train Station dengan menggunakan taxi (Taxi datang ambik di hostel). Harge tambang taxi dari Hostel ke Train Station adalah 75,000 dong.

  nasi lemak & teh tarik di Nissa Restaurant

 
 sebelum pulang, aku sempat beli pashmina di kedai ni.Harga 1 pashmina VND 120 k. Pashmina nye sangat cantek, sebab tu la aku beli


ini contoh kad top-up. Aku beli top-up sebab nak call famili di M'sia

***Untuk naik train ke China, perlu naik di Gia Lam Train Station. Jarak dari Gia Lam Train Station dari Hanoi Main Station lebih kurang 6km. Teksi bermeter dari Hanoi Old Quarter ke Gia Lam Train Station harga 100,000 dong atau lebih kurang usd 5. 

Aku naik train jam 9.40 pm dan dijangka akan tiba di Nanning jam 10.15 am keesokkan harinya.Sampai aje di Gia Lam Train Station, Ya Allah! Ramai nye orang. Dan boleh dikatakan semuanya warga China. Hanya ade sorang dua je foreigner termasuk aku.. So, dieorang semua tengok aku macam alien.. hahaha.. Sebabnya aku pakai tudung + sorang2 plak tu.. 

Gia Lam Train Station

waiting room di Gia Lam Train Station

semua tengah tunggu train


rest room di station ni sangat lah kotor. So, kalau nak tunaikan hajat, tunggu je la bile naik train. hehe

di luar train station
harga tiket train


Disinilah aku berkenalan dengan sorang traveller perempuan dari China (Actually, ramai traveller perempuan dari China yang travel sorang-sorang). Nama die Dao Li, berasal dari Wilayah Cheng Du (Rumah Panda.. hehe).. Die sangat friendly dan boleh berbahasa Melayu. So, aku berkawan ngan die Bile naik train, die siap hantar aku ke koc aku lagi sedangkan die duduk di kabin lain. Dalam koc tu, ade dua orang traveller perempuan dari Wilayah Shanghai. Umur dieorang semua lebih kurang umur aku la. (Alhamdulillah, aku dapat duduk ngan traveller perempuan sama seperti apa yang aku request dalam emel beli tiket sebelum ni).

train to Nam Ninh
 
ini signboard setiap kabin
 ini die cabin mate aku dari Shanghai =)

Masuk  je train, ade sorang steward berpakaian segak akan jaga di depan koc untuk check tiket. Then, kite bagi tiket pada die, die akan bagi kite kad penumpang yang tertera butiran seat kite. Kad penumpang ni kite kene pegang sampai kite tiba di destinasi. Kalau hilang, kene charge la. (Bagus jugak aku tengok sistem ni. Sebabnya, senang nak detect sape penumpang tanpa izin dalam train).

ini die kad penumpang yang akan diberikan masa naik train
 
ini rupa cabin soft sleeper

Lorong pejalan kaki kelas pertama. 
(yang langsir belah kanan tu, tingkap. ade kerusi boleh duduk) 
pintu antara koc
 
ini kelas kedua;hard sleeper. ade 6 katil 1 kabin, tapi kabin tak de pintu. 
katil terbahagi pada 3 jenis - lower berth, middle berth, upper berth
 
Dalam train ni, aku tengok sangat la selesa. Setiap kabin ade disediakan botol air panas dan plug untuk connect dgn elektrik. Ade hanger utnuk gantung baju dan ade tempat simpan beg. Air panas dan air tak panas boleh ambik diluar kabin, ade disediakan and kalau naik kelas pertama, ade pantry di luar kabin. Kelas kedua dan ketiga tak de.. Itu je la perbezaannya.

ini roti canai yang aku tapau kat Nissa restaurant

 Botol air panas yang disediakan dalam train


hanger yang disediakan dalam kabin


plug dalam kabin

tempat simpan beg

Tempat ambik air panas

 
pantry kelas pertama 

 
 Evergency ?? 

Train mula bergerak, aku terus tidur.. Nanti jam 3 pagi nak kene bangun untuk pemeriksaan imigresen di Border Dong Dang-Ping Xiang.

Till then, will be continue.....

 ** p/s : Untuk masuk ke Nanning, China ade 2 mod pengangkutan darat samaadadengan menggunakan bas mahupun train. Guna bas jauh lebih murah dari guna train. Kalau naik bus dari Hanoi, akan berhenti di Border telebih dulu untuk imigresen. Kat border tu ade banyak bas untuk ke Nanning.