Destinasi seterusnya selepas Amsterdam ialah Vienna (Wien) yang terletak dalam negara Austria. Sebab apa kami pilih Vienna? Sebabnya, jarang orang Malaysia ke Vienna, so kami nak tengok lah apa ade kat Vienna ni since Kota Vienna femes gak tapi jarang orang ke sini. Nak tahu gak kenapa walhal Vienna sangat femes dengan karya seni (muzik, filem & etc). Bahasa Ibunda di Austria adalah bahasa Jerman..
![]() |
| Dalam train ke Schipol Airport |
Biasanya kalau trip ke Europe, traveller akan ke bandar-bandar glamour lain such as London (aku pernah duduk di London masa kecik dulu, so London tak tersenarai dalam destinasi idaman aku), Manchester, Paris, Munich, Milan, Brussel, Berlin & Zurich. So, kami nak buat route diluar dari kebiasaan.
Perjalanan dari Amsterdam ke Vienna adalah sejauh 1,187 km. Kalau naik flight, hanya 1 jam 30 minit jer. Kalau ikut jalan darat (train atau bas) 11 jam & akan merentasi Negara Jerman (Frankfurt & Munich). Dari Vienna - Frankfurt 4 jam ; Frankfurt - Vienna 7 jam.
Mulanya, aku nak naik train & singgah di Frankfurt & Munich, so kami kene bermalam la di salah satu bandar tersebut. Tapi memandangkan aku preknen & i had a pregnancy complication (pada masa itu) "low-lying placenta", so naik flight adalah yang paling selamat bagi aku. Tak nak lah nanti, sebab nak travel sangat-sangat, kesihatan baby aku kat dalam perut ni terjejas. Nanti kesian kat baby, feel like riding a roller-coaster in the tummy such as riding a mummy at USS. So, the best way, kami naik flight dari Schipol Airport ke Vienna.
Kami ambik flight KLM Airways. Naik di Terminal 3, Schipol (Domestic Terminal). Perjalanan dalam negara EU, dikira travel domestic. Tak perlu cop passport & imigresen check. Masa masuk, dieorang nak tengok passport (tengok jer), macam tengok IC kat Malaysia .
Airport ni besar. Perjalanan dari Terminal 1 (Domestik) ke Terminal 2 pun jauh. Menapak la aku berjalan, memang macam kura-kura la sebab sekarang preknen, tak larat nak jalan jauh-jauh, huhu..
![]() |
| Information Counter kat Airport Schiphol hanya guna phone servis jer. Just angkat telifon & bercakap ngan operator. No staff at all di kaunter, jimat tenaga buruh.. |
Kat airport ni, kat mana-mana jer, ade kiosk check-in. No counter for check-in OK. Segalanya guna mesin jer. Sebabkan banyak sangat mesin check-in, so tak jadi masalah lah & tak crowded tuk beratur panjang. Aku naik KLM Airways, sama macam Air Asia, kene bayar untuk pilih seat (20 euro per seat) & pembayaran dibuat kat mesin check in ni..
Even, bag drop pun dibuat guna mesin. Tak ade kaunter. Nak drop beg, just follow jer arahan kat skrin mesin tu. Kalau ade masalah, panggil pegawai KLM yang bertugas kat situ. Senang, but orang jakun macam aku ni susah jugak la. Mana tak nye, ni first time guna mesin canggih cegini. Ade masalah masa nak drop beg ni. Beg kami tak diterima... huhu.. Tapi at the end, dapat diselesaikan gak bile pegawai KLM datang bagi bantuan CPR. Nasib baik orang yang beratur kat belakang aku baik jer, tak bising-bising macam monyet kat zoo negara.
![]() |
| Pastu, masukkan beg dalam terowong ni |
![]() |
| Last skali, pintu terowong tertutup dengan sendirinya & beg anda pun ghaib.. Canggih kan ? (so jakun i was) |
Lepas dah body check-up, sekali lagi aku terpaksa menapak mencari pintu gate untuk boarding.. huhu... Tak macam kat KLIA, ade eskalator tu (eh! betul ke nama die eskalator? wink-wink). Kat airport Schipol ni, langsung tak ade bende alah tu & even kerusi nak duduk pun tak ade. So, terpaksalah aku jalan bak kura-kura lagi a.k.a dah macam OKU dah aku time tu. Sib baik ade en.suami, peneman setia. Sampai je di boarding gate, Alhamdulillah, ade kerusi. Leh duduk & nap jap (kami sampai awal time tu, lagi 45 minit nak boarding).
Masuk je flight, kami berdua terus tetido tak ingat dunia. Langsung tak sedar apa-apa, even bila masa take-off pun tak sedar. Penat sangat & masa tu kul 8.30 malam, kat Malaysia masa jam 3 pagi. Mahu mata tak terpejam, memang jadi koala je kami atas flight tu. Aku sedar hanya masa stewardess datang antar makanan (makan snack jer), then lepas minum air segelas, terus tido balik tak ingat dunia. Sampaikan masa nak landing, pramugari datang tegakkan seat aku, sampaikan mat-minah salleh keliling aku gelak. Aku terkejut masa tu tapi mata tak leh nak terbukak, lantak depa lah nak gelak, tak kurang pun air liur aku setitik.
Kami sampai di Airport Vienna jam 10.00 malam. Nak ambik luggage tu, sekali lagi kene menapak. Dah lah tengah mamai, nasib baik tak tetido tengah2, sabo jer lah.. Pas ambik luggage, terus kami keluar bangunan ambik teksi ke hotel.
Sampai di hotel, cepat-cepat sambung tidorr sebab dah tak tertahan mengantuk ..
.. huhuhu...
.. huhuhu...




















