Thursday, March 29, 2012

Interesting Pieces of Planning


From pieces of paper transform into the identifiable piece of city



~ Beijing Urban Planning Exhibition Hall ~

Tuesday, March 27, 2012

AAX Big Sale


Ayuh! Cepat rebut peluang keemasan ni.. Keemasan?? Ye ke?? aku rasa AAX selalu je buat promo.... Tapi tak salah pun kalau nak beli.. Chek-it Out web AA


The Gateway of....


I am counting days going to that place........ Where?? Try to guess it... hehe




Monday, March 26, 2012

10 Tips Menabung ; Simpan Duit Utk Pergi Travel





  1. Berhenti merokok

Merokok itu membahayakan kesihatan. Instead that, rokok jugak dikira membazir. Apa faedah yang akhirnya perokok dapat?? Sila jawab?? Hehehe.. Ok, katakan la sekotak rokok hargenya dalam RM 10.00. Kalaulah perokok tu menghabiskan sekotak rokok dalam masa 2 hari. Maknanya, seminggu die kene belanjakan dalam RM30.00 seminggu (ini aku ambik kes yang paling berjimat isap rokok la). Sebulan, die dah belanjakan RM 120.00.

Kalau setahun atau lebih tepat 12 bulan, die dah belanjakan dalam RM1440.00. Bayangkan la, kalau tak isap rokok, setahun dah leh jimat RM1440.00.. errrmmm banyak tu.. Leh gi mana erk ngan duit RM1440.00??? Sekurang2 nya leh gak la gi melancong dalam SouthEast Asia ni dengan duit sebanyak RM 1440.00.


2. Bawak bekal makanan ke ofis

Boleh dikatakan kite semua akan keluar makan ketika waktu lunch cari makanan kat luar.. Sebabnya, tak de masa nak masak ketika awal pagi tu lebih2 lak orang yang duk KL. Memang kene bangun awal setiap pagi pergi ofis awal. Kalau gi ofis lambat, redah jem la jawab nye.. OK, kalau aku, sehari aku akan belanjakan RM10.00 untuk makan (breakfast & Lunch saja, malam makan kat umah). Katakanlah RM 10.00 tu aku simpan dan setiap hari aku bawak bekal ke ofis (bawak bekal utk breakfast & lunch), dalam seminggu untuk 5 hari bekerja, aku dah leh save dalam RM50.00..

Kalau sebulan, aku leh save dalam RM 200.00. So, kalau setahun aku akan dapat RM 2,400.00 .. RM2,400.00???? Banyaaakkk tu… Boleh gi mana erk ngan RM 2,400.00 ??? Ce teke, ce teke…


3. Basuh kerete sendiri

Kite sering basuh kete kat kedai kan..Especially orang2 yang duk di KL.. Termasuklah aku.. hehe.. Sebabnya aku malas nak basuh kete sendiri. Penaatt.. hehe.. Aku basuh kerete biasanya RM 8.00 luar dalam.. katakanlah, aku basuh kete setiap 2 minggu sekali (ini kes yang basuh kete 2 minggu sekali, ramai orang basuh kete seminggu sekali) So, sebulan aku dah belanjakan RM 16.00 untuk basuh kereta. Dalam setahun, aku dah belanjakan RM 192.00.. RM192.00 ?? Banyak gak tu..RM 192.00 ni aku leh beli tiket pergi balik ke Terengganu (kalau naik Air Asia la). Kkalau kumpul RM 192 ni untuk jangka masa 5 tahun, aku leh dapat RM 960.00. Perrhh, banyak gak tu.. Leh beli tiket pergi balik ke Sabah lagi.. hehe


4. Bersukan kat umah jer

Skrang ni banyak tempat2 sukan yang dibuka. Of coz la kene bayar. Especially kat KL, memang sangat banyak. Sebab orang KL malas nak bersukan sendiri. Masa banyak habis kat jalan raya jer.. So, para usahawan yang bijak pandai bukak lah gymnasium atau fitness centre yang bersepah2 bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Such as Celebrity Fitness, Fitness First, True Fitness dan banyak lagi la. Fitness centre ni kene bayar yuranya setiap bulan. Dalam sebulan tu, nak datang ke atau tak nak datang tetap kene bayar. Kalau datang, tak kesah la berapa kali pun sampai tido situ pun xpe, janji bayar setiap bulan..

So, macam mana cara kite nak kekal sihat tanpa perlu membayar? Dulu pun tak de gak pusat2 fitness berbayar ni, tapi kite relaks jer boleh kekal sihat & cergas.. So, macam mana lagi.. Berjogging la sendiri kat tepi umah tue.. Skrang ni, dah banyak taman2 yang dibina oleh kerajaan kat Malaysia ni.. Pergi la bersenam kat situ, nak berjogging ke, nak berjalan ke, nak bercatwalk ke, nak skating ke, nak berbasikal ke, lantak hangpa la… Tak yah bayar pun.. free ajer… Kalau dah tak de sangat taman2 utk berekreasi, korang beli je tali skipping.. RM 10.00 jer, skipping je kat umah. Salah satu cara bersukan gak kan? Atau petang2 gi main badminton ngn kawan2, tong2 la bayar sewa court tu. Kene bayar pun, x de la semahal kene bayar kat fitness centre tu dan kalau tak main tak yah la bayar.. Kalau fitness centre, guna atau tak, tetap kene bayar gak..

Sebulan katakanlah kene bayar RM 100 (ini aku ambik kes yang paling murah,kalau Celebrity Fitness die charge RM 150.00, Fitness first atau true fitness pun lebih kurang harge ni gak lah). Kalau setahun, dah kene bayar RM 1000.00. itu lum termasuk Kos Pendaftaran lagi. RM 1000.00 – Tak banyak ke? Rm 1000 leh gi bercuti kat Pulau Redang la.. huhu


5. Bayar kad kredit pada masanya

Biasanya penggunaan kad kredit diberi masa sebulan atau 30 hari untuk kite selesaikan hutang kad kredit tanpada dicaj apa2. So, pas guna, make sure bayar kad kredit dalam tempoh 30 hari tu untuk mengelakan kite bayar denda atau disebut sebagai interest. Interestbank ni, mula2 memang Nampak sikit je tapi lama2 kalau asyik tertangguh je bayar hutang tu, interest die boleh jadi berlipat kali ganda… So, kene la berdisplin kalau pakai kad kredit ni. Tak salah guna kad plastic ni tapi beringat la supaya cepat bayar.. Bagi yang susah nak bayar & kaki shopping, I means yang pantang tengok barang & keinginan nak beli tu membuak2 so better tak yah la guna kad kredit sebab takut nanti kad ni disalah guna pula untuk tujuan bershopping..


6. Tak yah antar anak gi tuisyen, ajar anak sendiri je kat umah

Bagi yang ade anak, skrang ni dah jadi trend antar anak gi tuisyen. Bayaran tuisyen kat KL ni mahal. Kat tempat2 lain aku tak tau la plak,.. Mungkin murah sikit kot atau sama je ngan harge di KL. Ini aku ambik kes anak kawan aku, die antar sorang anak gi tuisyen. Tuisyen ni die ambik pakej 3 subjek, kene bayar dalam RM 150.00 sebulan untuk seorang pelajar. RM 150.00 kalau setahun dah leh jimat RM 1800.00. Itu untuk sorang anak. Kalau ade 3 orang anak yang bertuisyen, dah berapa leh jimat kan??

In addition, kite ajar anak kite sendiri tentang ilmu dunia, kite pun dapat pahala lebih dan ganjarannya kite dapat meluangkan lebih banyak masa ngan anak tu.. Nanti, anak2 ni bile die besar, die akan ingat dan ceritekan kat kawan2 die, atau kat pasangan die atau kat anak2 die “Dulu kan, masa papa kecik2 dulu, nenek yang ajar papa matematik.. Skrang, papa dah jadi pakar matematik “. So, tak bangga ke?? Ganjaran nye kite tak nampak sekrang, tapi bile kite dah tua nanti, baru kita akan Nampak ganjaranya kat depan mata..


7. Just lepak kat kedai kopi je utk makan @ chit-chating, tak yah pergi ke restoren mahal2

Kalau makan kat restoren2 mewah ni, mahal la.. Walhal hanya untuk makan atau just nak lepak ngn member2 je. Instead of bayar harga makan & harge air, kite jugak kene bayar service charge ke kedai tu.. huhu.. Service charge biasanya dieorang akan ambik 3-5% dari harge makanan kite.. lum termasuk ngan government tax lagi.. Nak pulak, sesetengah restoren mewah ni, dieorang charge untuk parking. Lagi la duit melayang kat situ.. Aku bagi contoh la, pergi makan kat SOHO KL, nak parking kete memang kene parking dalam bangunan dan pastinya kene bayar. Atau pergi makan kat restoren dalam KLCC, parking dalam KLCC lagi la mahal.. huhu..

Kalau makan kat warung2 atau gerai2 biasa, dah banyak dah kite leh jimat… Tak yah nak bayar service charge. Paling tidak pun kene bayar government tax. Ok la, ade la gak kurangnye kat situ.. Dan paling selamat, tak yah bayar parking. Hehe.. Tapi kalau sekali sekala nak lepak kat restoren mewah tu, tak de hal la such as setahun sekali atau setahun 2 kali. Takde effect la sangat.

Bab ni aku tak leh nak bagi the exact figure, sebab aku sendiri pun jarang makan kat luar. Aku banyak makan kat umah.. Sekali sekala lepak ngan kawan2, kiteorang just lepak kat kedai mamak jer.. Paling tidak pun, kalau kempunan sangat, aku suka makan fast food McDonald atau A&W.


8. Kurangkan penggunaan elektrik

Ok. Aku sangat suka bab ni. Kite kadang2 tak perasan yang kite gunakan elektrik berlebihan. Sebagai contoh, kite tak tutup lampu bilik masa kite keluar dari bilik. Atau kite tak tutup plug TV waktu malam atau ketika kite keluar umah, walhal kite tak tengok tv pun masa tu.. so, aliran elektrik tetap berjalan dan kite tetap kene bayar walaupun kita tak guna.. Membazir tak??

Atau, ramai di antara kite yang suke gunakan air cond.. Ye la, air cond tu untuk sejuk. Tapi kalau tak de air-cond, adekah kite leh mati??? Penggunaan air cond ngan kipas angin biasa, sangat jauh bezanya dari segi kos yang kite kene bayar dalam sebulan. Aku bagi contoh la.Bayangkan, sebulan kene bayar RM 230.00 (ini kes pakai air-cond), kalau tak pakai air-cond hanya kene bayar RM 120.00 saja.. Ini aku ambik kes yang terdekat ngan aku. Masing2 punya figure yang berlainan mengikut kepada saiz isi umah. So, kat situ dah leh jimat RM 110. Kalau disimpan RM 110 tu dalam setahun, kite dah leh dapat RM 1320.00. Errmm dah leh pusing Kuching, Sarawak ni ..


9. Rancang pembelian barang dapur

Buat check list dulu sebelum gi shopping barang dapur. Dan pastikan berbelanja hanya mengikut list yang disenaraikan tu aja. Jangan lebih2.. Yang lebih2 tu biasanya tak guna pun, semuanya hanya mengikut nafsu je . Bile tengok, teringin la nak beli. Biasanya kes ni terjadi kat perempuan2.. So, mulai dari hari ni, try beli barang mengikut check list yang dah kite senaraikan. Jangan lebih2, sebab yang lebih2 tu biasanya godaan syaitan. Syaitan kan suke menipu daya manusia. hehe


10. Bayar semua bil2 guna servis online

Skrang ni, kemudahan banking dah tersedia jat hujung jari kite jer.. Hanya bukak computer, bukak internet, klik saja mouse, terus leh bayar bil. Tak yah dah gi beratur panjang kat pejabat pos mcm dulu2.. Nak beratur panjang, mungkin tak jadi hal bagi kebanyakan orang. Itu pun salah satu exercise. Tapi, kalau duk kat KL ni, pergi mana2 ngan bawak kete, kite semua kene bayar parking.. Parking kete kat KL ni sangatla mahal.. Sejam pertama katakanla RM 3.00 (itu yang paling murah la..).. Belum masuk duit minyak & duit bayar TOL highway lagi (kat Lembah Klang ni, tol bersepah2 sana sini). Kalau tak nak bawak kete, naik la LRT atau bas.. Tapi sanggup kenak naik public transport tu semata2 hanya utk gi bayar bil?? Kalau ade yang sanggup, syabas.. Tapi aku?? Terus terang aku tak sanggup kaau objektifnya semata2 utk gi bayar bil. Aku kene korbankan masa tu,… Dah la nanti masa aku terbabas untuk beratur panjang, nak beli tiket tren pun kene beratur gak, masa lagi tu.. Huh!

So, dalam sebulan aku leh jimat lebih kurang dalam RM 65.00 (save untuk duit parking, duit minyak, duit tol,& duit pos). RM 65 sebulan, kalau setahun dah leh dapat RM 780.00. Leh gi mana erk RM 780.00?? Ke Bandung atau Yogyakarta dah lepas ni..



~ Moral of the story, dari apa yang aku senaraikan kat atas, dah berapa banyak sebenarnya duit yang kite leh jimat.. Duit2 ni semua kite leh guna untuk gi travel. Jauh berjalan, luas permandangan.. Wallahualam… Apa2 pun korang leh la cube sendiri… ~


Source : Pelabur Malaysia – www.min.com.my

Friday, March 23, 2012

VHC : Solo Overland Adventure : Part 5

Entry sebelum ni [ VHC : Solo Overland Adventure : Part 4 ]


Aku sampai di Bandar Hoi An jam 7 pagi. Aku tak sempat buat apa2 pun disini sebab aku nak terus ke Hue (disebut sebagai Hu-wei). So, kene tukar bas. Senang je, turun bas dari Nha Trang tu dan naik bas ke Hue kat situ jugak.. Bus ke Hue gerak jam 7.30 pagi..

stesen minyak kt sini

Ni dia harga minyak di Vietnam ni... Cube bandingkan ngan negara kite?? (p/s : utk convert currency Dong ke RM, sila bahagi 6000...)


LinkDalam bas ni tak ramai sangat penumpang.. Cume ade beberapa kerat jer.. mereka ni pelancong2 dari Indonesia, German, China, Amerika dan Belanda. Aku berkenalan ngan Natalie. Dalam bus tu, kami duduk sebelah2.. Natalie orang Jakarta, Indonesia. Tapi die bekerja di Shangdong Province, China sebagai guru Bahasa Inggeris. Dia travel ngan BF nya, Charlie, Charlie berasal dari Texas, Amerika. Walaupun baru kenal, kami jadi ngam sangat mcam dah setahun kenal. Natalie & Charlie travel dari Bangkok-Cambodia-Vietnam. Sememangnya traveller2 yang aku kenal di Vietnam ni, instead pergi ke Vietnam saja, mereka juga akan travel ke Laos, Thailand dan Cambodia sebab tempat2 ni dekat antara satu sama lain dan urusan immigration berjalan lancar. Takpe, next trip aku akan ke tempat2 tu semua.

ini Ticket Book yang mengandungi tiket2 bas ke setiap destinasi yang aku tuju


inilah tpt duduk aku dalam bus ke Hue

dalam bus ke HUe

Perjalanan ke Hue dari Hoi An mengambil masa selama 4 jam. Hoi An sangat la cantik. Dan jika diberi peluang datang ke Vietnam, aku nak datang lagi ke Hoi An. Bas sampai di Bandar Hue jam 11.30 pagi. Jadual bas untuk ke Hanoi adalah jam 6 petang. So, kami ade beberapa jam untuk habiskan masa di Hue… Kiteorang tinggalkan beg pack yang berat2 tu kat Ofis travel agent ni… Actually, kat tpt tu la jugak nanti kiteorang akan naik bas untuk ke Hanoi.. So, perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah untuk ke masjid. Tapi, dalam itinerary aku, aku tak berniat langsung untuk singgah di Bandar Hue.. So, aku langsung tak collect info pasal Bandar ni such as masjid & restoren2 halal2 di Hue. So, aku , Natalie & Charlie round2 la Bandar tu cari restoren halal.

permandangan Bandar Hue.. masa aku pergi tu hujan lebat.. so, merata2 orang jual poncho (baju hujan), USD1 je.. murah kan..

salah sebuah bangunan kat bandar ni

permandangan bandar Hue

Tengah asyik berjalan2, kiteorang terjumpa ngn 1 kedai ubat. Kedai ni jual ubat2 tradisional Vietnam... Owner kedai tu tegur kiteorang sebab tengok kiteorang ni macam Alien tersesat dari UFO... Ye la, kat sini kurang Pelancong, so pelancong2 yang datang sini memang orang tengok mcm Alien la.. Owner kedai tu cube tolong kiteorang. Natalie pun tanya "where is the mosque". Actually owner tu tak tahu apa die "Mosque". Dan die pun bukak la peta Bandar HUe..

Kat dalam peta tu ada stated restoren makan, gereja, hotel dll tapi tak de plak masjid.. Memandangkan kiteorng semua lapar, kiteorang decide utk makan dulu. Pastu baru cari masjid. Sebelum tinggalkan kedai tu, owner tu ajak bergambar duu & die minta kiteorang semua tulis note kat wall kedai die.. WE are the first yang tulis kat situ.. Dia cakap, pasni kalau die terjumpa pelancong2 lain, die nak mintak pelancong2 tu quote gak kat situ...Die sangat happy ngan kedatangan kiteorang dan kiteorang pun happy gak sbb dapat map percuma.. hahaha... Just kiding, happy sebab ade local people yang sudi bantu :-) Dan aku rasa sangat dihargai...

kiteorg semua ngan isteri owner kedai ni.. (die happy sangat sebab dapat jumpe pelancong)

Natalie terketar2 tulis

Kiteorang memang lapar tahap gaban masa tu… Jalan2, kami jumpe ngan 1 restoren India ni.. Ingatkan restoren halal, so, kami masuk & ambik tpt duduk masing.. Bile Tanya ngan staf restoren tu, rupanya kedai ni tak halal… & die pulak cakap kat Hue ni x de kedai halal.. So, nak tak nak lunch je la kat situ.. Natalie &Charlie bukan Islam.. So, dieorang tak kesah sangat tapi dieorang kesah kat aku la.. Errmm, nasib baik aku ade 2nd plan.. (Di setiap masa & ketika, sila lah buat pelan B @ C, sebab kita tak tahu apa akan jadi pd setiap minit berikutnya).. Aku dah standby siap2 paket segera Brahim’s aku – daging masak rendang.. So, kat kedai tu, aku hanya order nasi putih saja.. & aku minta ngan waiter air panas utk aku panaskan paket Brahim’s aku tu… Thus, Dengan Nama Allah dan segalanya aku berserah pada Allah swt, aku pun makan la makanan aku tu.. Cahrlie order mcm roti cheese nan (Nampak sedaap tapi aku tak berani nak cuba) & Natalie pulak order nasi putih & ayam masak kari.. Lunch aku hari tu kene VND 45,000 walaupun hanya sepinggan nasi putih :-)

Cheese Nan yang diorder oleh Charlie _ sungguh meyelerakan..


ni dia makanan aku - nasi putih & daging masak Rendang Berahim - sungguh menyelerakan jugak..


Pas makan, kami sepakat untuk cari masjid. Kami main redah jer… Nasib baik Natalie & Charlie sangat memahami.. JUmpe saja orang, kami Tanya di mana masjid tapi semuanya tak tahu.. Jalan punya jalan, sampai la kami terjumpa ngan sorang mat salih ni.. sebab sepanjang kat sini tadi, x nampak pun sorang pelancong..umpe pelancong senang sikit la tugas kami untuk bertanya,, Sebab orang2 di Hue ni tak pandai cakap bhs orng putih.. Susah la sikit. Huhu… Rupanya, mat salih tadi tu orang Israel… And he knows about solat.. Natalie Tanya die mcm mana die tahu, then die cakap kat Negara die, die selalu bangun seawall subuh sebab dengar azan berkumandang. Kat sini aku dpt pengetahuan baru yang kat Negara Israel pun ade amal Islam kat sana. In addition, orng tu pun tahu yang masa solat zuhur, asar & etc… Errmmm.. bagus.. tapi aku hampa, sebab semua tak tahu masjid kat mana.. last2 kami found out that kat Bandar Hue ni tak de masjid.. Yang ade cume gereja2 saja… errmmm…

salah 1 jambatan kat Bandar HUE ni

beca kat sini

the trishaw

ni dia penjaja tepi jalan jual barang2 basah

Untuk selesaikan masalah ni (sbb aku memang kene kerjakan solat), Natalie bagi idea suruh aku solat kat hotel 5 star sebab kat hotel 5 star ni biasanya sunyi & tak ramai sangat orng, plus ruang hotel pun besar. So, memang ade la tpt yang aku leh solat… Errmm, idea yang bernas.. Thus, kami pun lintas jalan menuju ke hotel 5 bintang yang hanya tercegat kat depan mata.. Masuk je kat Lobby Hotel, Natalie jumpa 1 bilik mesyuarat yang terletak di sebelah kiri. Sebenarnye tu bilik function.. So, Natalie suruh aku solat kat dalam tu je. Die & Charlie akan jadi guard kat luar pintu tu.. Well, apa lagi.. aku terus la ke restroom kat situ tuk ambik wudhu’. Kiblat? Tak jadi masalah, sebab aku selalu bawak kompas ke mana2 saja. Sejad plak? Aku hanya gunakan kain batik dibuat sejadah. Telekung?? Solat tak susah pun, cukup sekadar menutup aurat. So, aku just pakai apa yang aku pakai..

ni dia Hotel 5 bintang - Century Hotel ; tpt aku solat

ni dia bilik function tpt aku solat tu

Alhamdulillah, aku dah melaksanakan tuntutan agama. Sementara tunggu aku solat, dieorang main internet kat luar tu sbb ade wifi kat hotel ni.. Great advantage rite?? Pas puas surf internet, kiteorang pun beredar menuju ke tpt tunggu bas… Sampai je di ofis tu, masih ade 1 jam lagi.. So, kiteorang just lepak2 sambil baca buku.

Aku & Natalie

Seperti biasa, bas datang 1 jam lebih awal… Tepat jam 5 petang, bas pun datang (nasib baik tercegat kat situ 2 jam lebih awal).. Alhamdulillah aku dapat tpt kat tengah2.. Seperti biasa kiteorang naik sleeping bas… Perjalanan dari Hue ke Hanoi makan masa selama 12 jam.. So, tentatifnya lebih kurang kul 5 pagi keesokkan harinya akan sampai di Hanoi (lama kan?? huhu).. Naik je bas, apa lagi aku tidor je la….

waktu malam dalam bus ke Hanoi..


Lebih kurang kul 9 malam, bas ade benti makan lebih kurang 15 minit (itu adalah last stop sebelum direct ke Hanoi).. So, masa bas benti makan tu, aku turun ke tandas utk bersihkan diri & ambik wudhu’. mCm biasa, aku akan solat di dalam bas.. Nak solat kat restoren tu tak sesuai sebab tptnye kotor (ade anjing lagi), memang tak sesuai utk bersolat.. Better aku solat dlm bas.. Naik je bas, lampu tutup aku pun solat la ngan tenang (ceeewwaaahh!!konon!!).. pastu, aku terus sambung mimpi yang tergendala… ZZZZZZzzzzzzzz


~p/s : cube kira berapa harga minyak RON92 di Vietnam compare ngan Malaysia.. Kat sana around RM3.00 ++ kan.. itu cume untuk RON 92.. Adakah kite bersyukur ngan harga minyak petrol di Malaysia yang jauh lebih murah dari negara2 lain.. Itu pun masih banyak orang nak complen..Fikir-fikirkan lah~

Wednesday, March 21, 2012

Kitschy Extravaganza of Hang Nga Crazy House




Hang Nga Crazy House atau lebih dikenali sebagai Crazy house ni dibina oleh seorang arkitek Vietnam yang berfikiran budak2, “Child Brain”.. Selepas pembinaan “rumah gila” ni, nama arkitek ni sangat tersohor di Vietnam.. Antara bangunan ciptaannya yang menjadi perhatian adalah Caltholic Church & Children’s Cultural Palace. This building was built in 1990 Mrs Dang Viet Nga who is an architect. She has a PhD in Architectural from Moscow. She is very intelligent who has a brainchild minded. She knows what the kids wants… Then, she turned up her house into this wonderful extravaganza. This house was built in an elite area of Dalat Town. U can see all luxury bungalows were built around the corner. So, for those who are really wanna having fun in this Disneyland, spent in the embrace of this kitschy extravaganza for a night. U could discover all the enjoying part of staying in wonderland.

kaunter tiket

da' main entrance

Bayaran masuk ke rumah ni hanya VND30,000. Rumah ni sebenarnya dijadikan Hotel Mewah. Sangatlah mahal. Harga semalam dalam usd300. Owner rumah ni a.k.a Mrs Dang Viet Nga and her husband pun duduk kat sini. Masa aku gi rumah ni hari tu, aku sempat terserempak ngan owner die, husband & wife. Aku sangat kagum la… cara pakaian dieorang pun memang betul2 mcm dalam cerite fantasi budak2 yang mcm kite selalu duk tengok such as Barbie, Narnia, Snow White & else..Rumah ni ade banyak bilik , kalau tak salah aku ade 8 buah bilik dan setiap bilik ade tema2 tertentu such as Tiger room, ants room, bear room & etc… dan bilik tu dihias dengan tema2 tersebut mcm kalau Tiger room, diletakkan patung rimau kat bilik tu, kalau ants room, diletakkan patung semut….

tiket masuk

Kat dalam rumah ni gak, ade dewan, ruang tamu, café pun ade.. so, sesiapa yang menginap di sini leh la makan kat café yang ade kat situ. And even sourveniour shop pun ade.. tapi mahal2 la die jual barang… actually, tempat ni kecik je.. 1 jam pun dah habis pusing.. Tapi aku ni kan janis child minded sket , so aku tak puas la duk sekejap2..aku habiskan 2 jam duk kat situ. Memang aku puas hati giler la sebab impian aku untuk ke Crazy House ni dah lama aku simpan , akhirnya aku Berjaya jugak laksanakan impian aku untuk ke sini.. Alhamdulillah…. So, korang enjoy la yea tengok gambar2 crazy house kat bawah ni…. Layaaannnnnn….

Bilik No.4 ~ Land Eagle Room

nampak tak patung helang kat situ.. ni bilik no.4

hiasan taman

Spider web kat dalam Taman

ruang tamu kat dalm umah ni a.k.a lobby

aku sangat suke bilik ni sebab bilik ni isolated dalam taman


tengok sinki die.. semuanya mosaic

ni die owner umah ni ~ Mrs Dang Viet Nga

da' front office

staircase kat sini

staircase nye memang mcm ni

laman crazy house ni

tangga ni kat dalam rumah utk naik ke tingkat atas

nampak tak org tengah makan tu.. tu la cafe kat rumah ni

ni kat atas bumbung tau (kat bumbung pun boleh design)

ni bumbung umah ni

ni gambar dari luar kawasan rumah ni

da' sourveniour shop

da' tiger room (nampak tak patung tiger tu)

besarnye handbag ni.. (hand-made handbag)