Saturday, March 3, 2012

VHC : Solo Overland Adventure : Part 3


Hari ketiga ni aku check out dari hostel, Saigon Backpackers Hostel dan menuju ke Bandar Dalat yang terletak 7 jam perjalanan dari HCMC by using bus.... Aku bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap.. Pas packing barang aku turun bawah untuk breakfast dan masak nasi utk bekal makan tengahari ni. Sebab nya hotel yang aku duduk di Dalat nanti tak de kitchen.. So, aku kene masak siap2 la… Anica (Roomate aku dari German), die pun bangun awal juga pagi ni sebab die nak ikut trip ke Chu-Chi Tunnel dan Budha Temple. Trip die kul 8.30 pagi.. Bus aku kul 8.15 pagi.. so, kami keluar hostel sama2 la..

Masa aku tengah berkemas beg pagi tu.. aku dikejutkan dengan sesuatu yang mengejutkan.. Masa tu roommate aku yang lain tak bangun lagi dan aku baru pas solat subuh. Ade guest lelaki yang mabuk nak masuk bilik aku tu.. Guest mat saleh tu memang duduk di hostel tu. Mungkin die terlupa bilik sebenar die dan ingat bilik tu die punya. Biasalah orang mabuk. Nasib baik aku kunci pintu bilik. Die tak henti2 ketuk pintu. Perasaan aku pastinya takut teramat sangat. Nak kejutkan roommate lain , aku tak sampai hati nak kejutkan orang tidur.. So, aku berdiam je la.. Lebih 10 minit, mat saleh tu masih ketuk pintu tu lagi.. Last2, aku pun baca ayat Kursi.. MashaAllah, keajaiban Allah SWT, Allah itu Maha Besar. Aku hanya baca ayat Kursi sekali je, selesai je baca ayat Kursi, mat saleh tu terus blah dari situ turun bawah.. Masa tu, aku menitiskan air mata melihat Kebesaran Allah SWT di depan mata aku.. DIA telah selamatkan aku dan aku bersyukur padaNYa.

Phuong Trang Tourist Bus

Aku gerak ke ofis travel agent yang aku beli tiket bus pada hari pertama hari tu. Aku pergi sama2 ngan Anica sebab ofis travel agent yang atur trip die hari ni dekat2 situ jugak. Aku sampai di situ jam 8 pagi. Pekerja di travel agent tu bagi aku Ticket ke Dalat dan situ dicatat alamat dan no.telifon travel agent nye di Bandar Dalat. So, nanti bile aku nak gerak ke Nha Trang esokan hari, aku akan ke alamat yang dicatat disitu untuk naik bus ke Nha Trang. Kul 8.10, pekerja travel agent tu bawak aku naik ke bus yang terletak tak jauh dari situ. Hanya 5 minit perjalanan. Tepat jam 8.15 pagi, aku gerak menuju ke Bandar Dalat.

Tiket bas

Luggage tag - Utk luggeage yang diletak di bawah (Macam naik flight la plak)

Aku naik bas Phuong Trang Tourist Bus. Bus ni bus pelancong, tapi ramai gak la Vietnamese naik bus ni.. Dalam bus ni disediakan bantal leher dan diberi percuma air mineral + wet tissue. Sepanjang perjalanan, aku buang masa tengok tingkap melihat permandangan. (Biasa aja, tiada apa2 yang menarik bisik hati kecilku)..

View from da' bus

Otw HCMC to Da'Lat

Otw ke Dalat, bus ade singgah makan tengahari jap. Masa tu kul 11.30 am.. Dieornag kat sini, makan tengahari jam 11 – 12 th. Aku tak makan la sebab kenyang lagi dan lagipun kedai tu tak halal. Bus behenti selama 30 minit sahaja. Masa bas benti tu, ade la sorang Vietnamese sembang ngan aku dan juga seorang mat saleh warga German tegur aku.. So, aku habiskan masa hanya ngan chit-chat...

air mineral + tisu percuma utk penumpang bas

Pramugara Phuong Trang Tourist Bus

Bas berhenti rehat jap

View from da' bus ~ Da'Lat

Aku sampai di Stesen Bus Bandar Dalat jam 2 petang. Lebih awal daripada apa yang dijangkakan. Stesen bus ni sunyi sepi aja.. Langsung tak de orang melainkan pemandu2 teksi dan pemandu bus sahaja. Sesampai aje di stesen bas tu, aku terus naik van persiarn pelancong. Van ni disediakan oleh Syarikat Bas yang aku naik tadi untuk bawa penumpang2 bas ke hotel penginapan. Van ni naik free ajer.. Tak perlu bayar sesen pun. Aku hanya tunjukkan nama dan alamat hotel pada pemandu van tu. Dan aku selamat sampai betul2 di hadapan pintu masuk hotel tu. Alhamdulillah, semuanya OK setakat ni.. Aku duduk di Hotel Phuong Huy 1 Hotel yang beralamat di 5 Bis Bui Thi Xuan Street.

Freeder bus yang bawak penumpang ke hotel

Stesen Bas Da'Lat

Pas check in, aku makan tengahari di bilik hotel.. Aku makan nasi ngan rendang daging Berahim’s.. AKu minta air panas untuk panaskan Berahim aku tu ngan Pihak hotel.. Pas makan + solat, aku pun keluar ronda2 Bandar Dalat.. Dengan City Map yang diberi oleh pihak Hotel, tak la susah sangat untuk jalan2 kat Bandar ni.. semuanya within walking distance. Dalat tak ubah seperti Cameron Higlands.. Memang sebiji sama la ngan Cameron Highland.. Sejuk nya pun sama ngan Cameron. Petang tu tak de la sejuk sangat bagi aku. So, aku tak de la pakai sweater. Hanya pakai T-Shirt saja. Dalat terletak di kawasan berbukit, sama seperti Cameron.

Bandar Da'Lat

Permandangan Bandar Dalat sangat cantik. Jauh sangat beza nya ngan Bandar HCMC… Aku rasa lega duk sini, dan tak de lagi perasaan menyesal buat trip ni seperti rasa hari semalam.. hehe.. Actually aku ke DALAT ni, sebab aku nak pergi melawat Hang Nga Crazy House.. Rumah fantasi yang seakan2 Allice in Wonderland.. Aku memang suka benda yang kitshy-kitshy ni.. Sebab tu la, aku nak sangat pergi ke DALAT ni dan tentatifya aku akan pergi Crazy House keesokkan hari nya..

Pusing2 Pusat Bandar Dalat ni, aku singgah di pasar malam. Sebenarnya pasar ni bukan saja dibuka sebelah malam.. sebelah pagi pun ade jugak buka.. Pendek kata, pasar ni dibuka dari pagi sampai malam la tapi orang sini selalu panggil sebagai Night Market. Mungkin sebab sebelah malam lagi happening kot. Pasar ni banyak jual pakaian sejuk sbb weather di Dalat sememangnya sejuk… Pakaian yang dijual disini sangatla murah dan hargenya jauh beza lah dari Malaysia.. Aku beli 1 sweater dengan harga VND 100,000. Kalau convert duit Malaysia, dapat la lebih kurang RM16.00.. Sangat murah kan?? Actually, aku nak beli lagi 2-3 helai sweater tapi memandangkan perjalanan aku masih jauh, aku batalkan saja niat tu dan aku akan beli nanti2.. Mungkin di Hanoi atau di China.. List winter cloth ni sememangnya ade dalam shopping list aku..

Bandar Da'Lat

Pas beli je sweater ni, aku terus pulang ke hotel sbb masa tu dah nak dekat magrib.. Aku tak nak la merayau waktu malam.. Aku nak rehat je di Hotel.. Balik hotel, aku mandi+solat & terus tidur..