Showing posts with label Halal. Show all posts
Showing posts with label Halal. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Amsterdam : Mosque & Halal Food

Penduduk Islam di Netherlands sangat ramai. Dianggarkan ade kira-kira 825,000 muslim di Netherlands yang mana 4.5% terdiri dari penduduk tempatan Belanda & Masjid pertama dah dibina di Netherlands sejak kurun ke-17 lagi. So, tak susah nak cari masjid & makanan halal kat Amsterdam ni. Tak perlu risau. 

Aku berkesempatan pergi ke Fatih Mosque atau Fatih Moskee (Bahasa Deutsch). Terletak dalam pusat bandar Amsterdam (Rozengracht) & dekat jer dengan Damrak Road. Aku jalan kaki je ke Amsterdam Central lepas solat kat sini. Aku ke masjid ni naik bas HOPO (berhenti kat stesen paling dekat dengan Rozengracht. [ gracht / straat = road / street ]

pintu entrance masjid
dalam masjid. masjid ni besar, muat untuk solat Jumaat
Interior masjid. Masjid ni dulu church, then ditukar jadi masjid. So interior design masjid ni ade elemen sebuah gereja
Alamat Fatih Mosque : Rozengracht 150, Amsterdam

Halal food tak susah nak cari di Amsterdam ni. Merata-rata tempat ade restoren Halal. Kebanyakannya kedai kebab atau restoren makanan Arab sebab Muslim kat sini ramai orang Turki. Kat Damrak Road, ade banyak Restoren Halal. Tapi make sure kedai tu ade tanda "Halal" sebabnya ade jugak kedai kebab yang tak halal.

Salah satu  Restoren Halal yang aku masuk
Harge 1 pinggan kebab macam ni 6 euro (RM 30)

yang macam ni hargenya 10 euro (RM 50)

Lain-lain masjid di Amsterdam :

1) El-Tawhed Mosque
Jan Hanznstraat 114, 1053 SV, Amsterdam

2) Stiching Moskee Sonat
Federick Hendrikstraat 15, 1052, HH, Amsterdam

3) Stiching Milli Gorus "Merlava Moskee"
Baas Gansendonckstraat 2, 1061, DA, Amsterdam

4) Stiching De Mosee Nour
Witte De Withstraat 96, 1057 ZG, Amsterdam

5) Stiching Moskee Arrahman, Markez Dawat Tableegh
Van Ostadestraat 393-395, 1074 VZ, Amsterdam

6) Stiching Mescid-I-Aksa Moskee
Jahannes Postraat 30, 1063 TK, Amsterdam

Tuesday, July 30, 2013

@Grill, Bandar Baru Bangi - Not Recommend !

Dah lama nak publish entry ni, tapi hari ni baru ade kudrat nak publish. Sorry..

@Grill Restaurant, Bandar Baru Bangi

@Grill Restaurant ni terletak di Pusat Bandar Baru Bangi, dekat-dekat ngan PKNS, BB Bangi & satu deret dengan Restoren Wadihana Islamic Kitchen. Aku makan kat sini sebelum Ramadhan hari tu, teringin sangat tekak ni nak makan steak / chicken chop. So, nampak kedai ni, terus park kereta & masuk.

Masuk je restoren ni aku tak dapat terus tempat duduk, dalam 10 minit baru dapat tempat duduk sebab ramai orang, penuh. Then, dapat tempat, kami pun order makan. Tunggu punya tunggu, makanan tak sampai-sampai. Makin lama, makin ramai orang datang ke sini. Maybe sebab malam weekend kot. Aku tengok ke meja-meja lain, dieorang pun tak dapat makanan dieorang even dieorang sampai lagi-lagi awal dari aku.

Pas 30 minit, dapat lah kami air. Aku minum air tu sikit-sikit jer, takut habis tak sempat nak tunggu makanan. Waiter restoren asyik datang tanya dah dapat ke belum makanan, OF COURSE la tak dapat lagi. Tak nampak ker! (baca dalam nada marah ok. hehe). 

Lepas tunggu 1 jam, makanan yang ditunggu-tunggu pun sampai. Elok jer, kami nak melangkah keluar, dan-dan tu makanan sampai di meja. So, tak sempat nak blah cari restoren lain. So, apa lagi makanlah. Waiter tu pulak asyik duk mintak maaf jer. huhu.. (konon!).

Aku tengok meja lain pun tunggu lama gak macam aku.. huhuhu.. Makanan jer aku boleh cakap "tak sedap!".. What to do, makan jer la.. And masa nak bayar, tauke restoren ni bagi kami diskaun 10% sebab serve makanan lambat. But the price is still high. Sebab tak sama dengan kualiti makanan & servis.

So, aku tak recomend u all makan kat sini based on experience aku. Tapi kalau ade yang experience bagus tentang restoren ni, itu rezeki mereka. But for me, i wont come again to this restaurant.


Kat luar pun, penuh orang



Dekorasi restoren. Restoren ni ade wifi tau

Dekorasi Restoren



Orange Juice & Water Melon Juice

Garlic rice. Side Dish. Sangat sikit
Tengok, mangkuk ni besar giler kan.. Berharga RM 3.50 semangkuk


Muka kebosanan menunggu. Bergambar-berposing-posing nak hilangkan bosan

shoulder lamb grill

p/s : Restoren ni memang ramai orang sebab restoren ni baru aja di buka. I do not know what happen in the future..

Friday, June 28, 2013

Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju

Siapa tak kenal ngan nama Mee Udang Mak Jah. Sebut aje mee udang mak jah, pasti semua terkenangkan kelazatan udang dalam mee nya.. Bermula dari gerai di Kuala Sepetang, kini restoren mee udang mak jah dah merata tempat. Hari tu aku berpeluang merasai keenakkan mee udang mak jah kat restoren cawangannya di Wangsa Maju.. keenakkan udangnya tetap terasa sama seperti kelazatan mee udang di Kuala Sepetang. yummy-yummy


Jom layan gambar  ;-)








 
Klik link ni untuk tengok lokasi restoren ni di google maps 

Sunday, August 12, 2012

Restoren HALAL @ Hanoi

Ini die senarai restoren2 Halal mengikut maklumat yang aku dapat dari google atau flyer.. Namun, mungkin ade lebih banyak lagi yang aku tak tahu. Well, ni aku post senarai restoren2 Halal kat Hanoi, Vietnam yang aku tahu in case sesape nak ke Hanoi nanti & cari makanan halal kat sana..


1. Nisa Restaurant; 

No.32, Hang Tre Street, Hoan Kiem District, Hanoi (Tel : +844-3926 1859)



Restoren ni merupakan restoren Malaysia. Owner die orang Malaysia yang berkahwin ngan rakyat tempatan dan terus menetap di Hanoi. Dekorasi restoren ni bercirikan "Malaysia Kita" dan menu makanannye merupakan makanan2 Malaysia. Biasanya, kalau orang Malaysia travel ke Hanoi, pastinya akan singgah ke restoren ni untuk makan termasuklah pembesar2 negara. Hargenya tak mahal dan "mampu" dibayar. Restoren menyediakan kemudahan surau untuk bersolat dan jugak sourveniour shop untuk para pelanggan beli buah tangan. Antara sourveniour yang dijual adalah kain sutera vietnam, kain batik, telekung & macam2 lagi tapi fridge magnet & key chain tak de jual.Masa aku pergi hari tu, pekerja restoren ni cakap yang restoren ni akan berpindah ke Nina Cafe dalam April 2012 ni.


2. Nina Cafe; 


No. 3, Ngo Noi Mieu Street - Hang Giang Street, Hoan Kiem District
Nina Cafe ni merupakan cawangan Nisa. Owner nya orang sama. Makanan kat sini tentunya halal dan ia berkonsepkan Kafe.


3. Tandoor Halal Restaurant

No.24, Hang Be Street, Hoan Kiem DistrictTel : +844-3824 5359

Tandoor restaurant ni merupakan restoren makanan India. So pada sesape yang suka kan makanan India mcm kari, leh la cube restoren ni.


4. Khazanaa Halal Restaurant
http://www.khazana.com.au/
No. 1C, Tong Dan Street, Hoan Kiem District 
Tel : +844-3934 5657

Restoren ni pun merupakan restoren makanan India.


5. India Palace Restaurant

No.24, Hang Be Street, Hoan Kiem District, Hanoi
Tel :+844-3824 5359

Ni pun restoren makanan India.


So, kesimpulannya, di Hanoi ni banyak restoren2 halal yang menghidangkan makanan2 India. Untuk info lebih banyak search laman ni VietnamMuslimTravels