Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

VHC : Solo Overland Adventure : Part 8 ~ Nanning

Sambungan dari entry ni VHC : Solo Overland Adventure : Part 7 & ini VHC : Border Crossing Vietnam - China

Hari pertama di negara China, buatkan aku rasa sangat teruja.. Dah lama aku pasang impian nak menjejakkan kaki ke China, hari ni baru dapat. Alhamdulillah. Aku memang sangat teruja dengan negara ni sebab masa kecik2 dulu, cikgu skolah rendah aku selalu cakap yang Dinosur tak de di malaysia sebab malaysia kecik jer, Dinosur ade kat China sebab China besar, so thats why aku nak sangat tengok negara China.

Keluar je dari gate train station Nanning aku terkejut sangat sebab tengok lautan manusia di sana sini. Wow! Dlm hati berbisik, ”memang betul la China ni overpopulated”. Perkara pertama yang aku rasa sangat sukar adalah ”MASALAH BAHASA”. Orang kat sini semua tak pandai berbhasa Inggeris, mereka hanya cakap Mandarin. Nasib baik la ade Diao Li (Chinese solo traveller yang aku jumpa kat Hanoi train station). Die la yang jadi juru bahasa aku. Firstly, die tolong aku carikan tiket train untuk ke Guangzhou malam tu gak. 


inilah pintu utama stesen keretapi ni
So sad, sebab CNY, tiket train ke Guangzhou habis. Ye lah, last minute kan. Baru kat sini aku tahu, yang rupanya kalau nak book tiket online pun boleh, pergi ke laman web www.12306.cn . Laman web ni bahasa cina, so org yang tahu baca tulisan cina je la boleh book tiket. 


ini information counter kat stesen keretapi ni. Dieorang kat sini tak tahu bahasa Inggeris tau, so cakap bahasa isyarat je la

bahagian luar stesen keretapi ni

Ok, back to original story, kalau nak beli tiket train kat stesen keretapi Nanning ni, pergi je ke sebelah kanan stesen, kat situ ade kaunter tiket, so leh la beli kat situ. Perjalanan naik keretapi dari Nannning ke Guangzhou ambik masa paling cepat pun 23 jam.. Harge tiket train untuk hard sleeper dalam lingkungan RMB 395 (low berth) / RMB 409 (middle berth) / RMB 423 (upper berth).

p/s : kalau tak tahu berbahasa mandarin, tulis atas kertas, destinasi kita (dlm tulisan mandarin siap2 & tuliskan kod train yang dikehendaki – kod train depends pada masa perjalanan train tu, leh check kat laman web ni www.mybeijingchina.com).

Memandangkan tiket train ke Guangzhou dah habis, aku pun guna Plan B iaitu ambik bus express. Bus express dari Nanning ke Guangzhou makan masa 10 jam & tiket bas kene beli kat Stesen bas Nanning, dalam 10 minit naik kerete dari stesen keretapi ni. So, kami pun bergerak menuju ke stesen bas Nanning, kene naik bus Bandar la nak ke stesen bas tu. Diao Li tak biasa ngan Nanning, die pun first time datang sini, so die tanya orang kat situ la mcm mana nak naik bas ke Stesen Bas Nanning atau dikenali sebagai Langdong Bus Station.

So, kami naik bas No.701 dengan harga 2 yuan seorang, tunggu bas ni kat depan stesen keretapi ni (cross road, then ade tempat tunggu bas. Kat sini tak ade bus stop, bus stop nya hanyalah sign board kat tepi jalan tu jer, so penumpang yang nak naik bas, akan beratur kat sign board tu. Tengok orang beratur panjang, ye la tu bus stop.

inilah rupa bus stop depan Stesen Bas Langdong

bas No.701. Bayar dulu sebelum naik. RMB 2/pax
dalam bas
Semua bas kat sini, last stop ialah Stesen Bas ni.. So senang la nak naik bas kat sini. Dari atas bas, aku terkejut giler tengok stesen bas Nanning ni. Ya Allah! Besar gilerr, lebih besar dari KL Sentral.. Lebih besar dari airport Subang.. huh! & dalam besar-besar gitu pun, punya la penuh ngan lautan manusia. Bayangkan, aku nak berjalan pun tak boleh, kiri kanan bersentuh bahu orang lain.. Jalan tengok depan hanya nampak kepala orang, so kene jalan tengok bawah jer la.. Aku & Diao Li berpegang tangan takut kami terputus, nanti susah lak nak cari sebab dah ramai sangat orang macam masuk stadium tengok Final Bolasepak Liga Malaysia.
 
permandangan Stesen Bas Langdong dari luar
 
boleh tak bayangkan apa jenis bau yang aku bau.hehe

ini semua kaunter tiket bas ekspress. Setiap kaunter ade destinasi masing-masing. So, pastikan anda beratur di barisan yang betul. Jangan potong barisan

Nak beli tiket bas ekspress, kene jalan kaki naik escalator ke tingkat atas. Beli tiket bas ke Guangzhou, pergi ke kaunter No.9, terletak kat sebelah kanan stesen ni. Nasib baik la tiket ade. Alhamdulillah. Harga tiket adalah 300 yuan, sleeper bus, & perjalanan naik bas dari Nanning ke Guangzhou adalah 10 jam. Bas akan bergerak jam 8 malam kat gate 27. So, aku tinggalkan luggage aku kat tempat simpan luggage kat sini yang terletak di depan gate No.28.. Harga simpan luggage ni 8 yuan..

kaunter no.9 - no.11 adalah kaunter tiket ke Guangzhou..


tiket bas (sleeping bas ke Guangzhou)



kaunter tempat simpan luggage, depan gate no.28
tempat simpan luggage


ini die gate no.27 yang aku kene tunggu untuk naik bas ke Guangzhou

Sementara nak tunggu bas jam 8 malam tu, ade lagi berbaki 5 jam. So, aku decide nak pi masjid kat Nanning. Masjid di Nanning terletak kat Xinhua Road. Masa ni perut kami lapar giler so Diao Li singgah makan jap kat KFC kat bawah stesen bas ni. Aku tak makan, just tengok die makan jer.. Aku nak makan kat masjid nanti.

Untuk ke Xinhua Road dari Stesen Bas Langdong, kami kene naik bas bandar bernombor 87. Nak tunggu bas No.87 ni, dari restoren KFC tadi, belok kanan, jalan lurus, then lintas jalan & kemudian tunggulah bas no.87 di situ.

korang akan jumpa "tuk-tuk" ni banyak kat sekitar stesen bas Langdong atau dikenali sebagai "trishaw". Jangan sesekali naik tau, sebabnya depa semua akan pau korang kaw-kaw punya. Silap2 korang kene bayar RMB 300 yuan untuk jarak perjalanan 1km
Perjalanan menuju ke Xinhua Road ambik masa selama 50 minit. Lama kan sebab Xinhua Road ni jauh sikit dari stesen bas tadi. Macam mana nak tahu kita dah benti di Xinhua Road? Senang jer, last stop bas No.87 ni benti di Xinhua Road dan semua orang dalam bas akan turun. Xinhua Road dikenali sebagai tempat orang-orang Muslim dimana ramai penduduk China dari etnik Hui yang beragama Islam tinggal disekitar masjid ni. So, nampak la orang Cina Muslim yang pakai kopiah. Tetapi mereka yang memakai kopiah tidak seramai seperti yang dapat di lihat di Guangzhou, sekali sekala leh la terjumpa.. Masjid kat sini tak macam rupa masjid, macam bangunan biasa-biasa jer, so, masyarakat disini tak tahu sangat lah kat mana masjid. Kalau tanya ngan orang Cina yang beragama Islam disitu, dieorang tahu la..

ini dia bas No.87


dalam bas

Xinhua Lu ~ Dalam bahasa Mandarin "Road" disebut sebagai "Lu"

Sejurus turun dari bas No.87, terus berjalan ke arah kanan, kemudian belok kiri kat simpang, berjalan lagi dalam 100 meter. Kemudian, cross junction, then belok kanan. Just walk straight for about 1 km & u will pass Nanning Department Store. Carilah bangunan besar warna hijau No.25 disebelah kiri. Itulah masjid & juga Muslim Restaurant. 
Masjid Nanning




pintu utama bangunan masjid ni. Masuk je pintu ni, akan nampak restoren, ala-ala food court gitu
gambar kenangan depan Masjid Nanning =))
Masjid Nanning. Gambar dari sumber ini


Something about Majid Nannning :
  • Masjid Nanning adalah satu-satunya masjid yang terdapat di Ibu Kota Nanning, iaitu Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dimana ia adalah antara daerah terawal yang menerima kedatangan Islam ke Negara China.
  •  Bangunan ini telah dibina sejak dari tahun 1607 masihi & pada tahun 1804 masihi, masjid ini telah renovate secara besar-besaran..  
  •  Keluasan masjid ini adalah seluas 953 meter persegi. 

    • Bangunan ini diuruskan oleh Nanning ISlamic Association
  •  Pada tahun 1981, masjid ini sekali lagi dibuat modification menjadi 3 tingkat yang menempatkan :
Tingkat 1 : Restoren Muslim yang menjual makanan berasaskan mee sahaja.

Tingkat 2 : Restoren Muslim yang menjual makanan berasaskan nasi. (sekali ngan lauk-lauknya lah, tak delah makan nasi jer, nanti tercekik lak)

Tingkat 3 : Tempat ambik wuduk

Tingkat 4 : Ruang solat atau dikenali sebagai masjid =)).. Masjid ni penuh tau bila solat Jumaat.


dewan solat utama

orang pompuan sembahyang kat atas. kat sini tak de telekung, so, kene bawak telekung sendiri

salah satu corner dalam masjid ni

Sampai ajer disini, aku makan dulu sebab perut dah lapar giler, pas makan aku solat sementara Diao Li tunggu kat restoren. Masa nak order makanan tu, Ya Rabbi, punya lah payah sebab masalah komunikasi. Macam cakap bahasa ayam-itik, mujur ade Diao Li, tolong translate kan. And Diao Li pun ajar gak aku sikit bahasa Mandarin sebab katanya nanti susah untuk aku memandangkan die tak boleh teman aku untuk travel ke wilayah lain lagi.. 

restoren tingkat 1 yang jual makanan berasaskan noodle/mee
restoren tingkat 2 yang menjual makanan berasaskan nasi
ini dia makanan tengahari yang aku makan. nasi ngan ayam masak sos tiram & green tea. Harga makanan aku ni 40 yuan (RM20)

Perkataan pertama yang aku belajar dari die ialah “Bi Fan” iaitu “nasi”.. hehehhe... seronok tau bila dah belajar ni..

Sementara aku gi solat zuhur & asar kat masjid, Diao Li duk call kawan die di Beijing, die mintak tolong kawan die teman aku di Beijing nanti & tolong belikan aku tiket train ke Harbin (tak sabar nak ke Harbin, nak tengok Kota Ais =)). Takut nanti, bile aku sampai di Beijing, tiket train ke Harbin dah habis..

Pas solat, kiteorang jalan-jalan kat Xinhua Road ni. Xinhua Road ni kiranya tempat happening gak la kat Bandar Nanning ni. Lebih kurang macam Bukit Bintang. Xinhua Road lebih dikenali sebagai pusat membeli belah kota Nanning. Besttt wooo... First time aku “bershopping” di China yang mana kiri kanan aku dipenuhi oleh lautan manusia. Sememangnya aku tak shopping la, just tengok2 jer. Kebetulan lak, hari tu ade pasar malam kat Xinhua Road ni, keseronokan yang berganda la lagi.. hehe..


inilah rupa Xinhua Road - syurga membeli-belah

McD di Xinhua Road

happening kan

 Too crowded with the people around. Aku banyak masuk butik kasut, saja jer menjamu mata. Aku ni macam alien kat situ, orang duk selalu tengok sebabnya mungkin sebab aku pakai skaf/tudung.. Lain dari yang lain la..Rata-rata penjual kat sini cakap, ramai orang Malaysia datang ke Nanning. Dan dieorang cakap Mandarin ngan aku sebab kata mereka biasanya orang Malaysia yang datang ke sini tahu berbahasa Mandarin.. hahahha, aku gelak jer la.. Mesti yang datang shopping tu, orang Cina dari Malaysia.. Aku senyum jer la, sebab aku memang tak pandai cakap cina.. Ketika ini, aku rasa untungla orang di Malaysia ni yang tahu berbahasa Mandarin. Great advantage belajar banyak bahasa ni =)



pasar malam kat sini ade jual macam-macam bende. Pasar malam kat sini dijual atas motor rupa gini jer

Bila masuk magrib, aku ke masjid semula untuk solat magrib & Diao Li sekali lagi tunggu aku kat restoren. Alangkah sayunya hati aku bile terdengar suara azan diperdengarkan di rantau asing ini.. Dah lama aku tak dengar bunyik azan...Di Vietnam, langsung tak dengar la..

Pas solat, kami terus bergerak keluar. Aku kene naik bas untuk ke Stesen Bas Langdong & Diao Li kene naik bas untuk ke Airport Nanning memandangkan die dah beli flight balik ke Chengdu dari Nanning awal-awal lagi. Diao Li hantar aku ke bus stop. Aku naik bus NO.6 dengan harga 2 yuan. Sementara Diao Li pulak kene tunggu shuttle bus kat Chaoyang Road. Harga tiket bas untuk ke airport Nanning adalah 17 yuan seorang.

ini die aku sketch map untuk bergerak ke bus stop, nak tunggu bas untuk ke stesen bas Langdong



ini pulak map untuk berjalan kaki ke Chaoyang Road, untuk naik shuttle bas ke airport
 
bus stop untuk tunggu bas no.6

ini bas no.6
ini rupa stesen bas Langdong, ruang bagi perkhidmatan bas dalam bandar
Naik jer bas, sayu sangat hati aku sebab aku berjumpa ngan seorang orang asing yang sangat baik hati & banyak tolong aku walhal kami baru je kenal semalaman. Macam dah lama giler aku kenal die.. Well, aku bersyukur sebab semua ini datang dari Allah swt Yang Maha Penyayang, Dia yang Menjumpakan kami berdua.

Itulah erti sebuah persahabatan =)) Thank you so much for her, Diao Li.. Moga aku akan jumpa dia lagi ketika lawatan seterusnya ke negara China nanti. May Allah permits it =)

me & Diao Li  =))

ini die rupa dalam bas. sleeping bas di Vietnam sama je rupa macam gini gak.masuk je bas ni, kene bukak kasut & simpan dalam plastik yang dibekalkan, pastu naik tangga & cari katil
 
ini die bas ekspress ke Guangzhou yang aku naik tu
tempat tidur bahagian bawah dalam Bas Ekspress ke Guangzhou. bantal & selimut telah disediakan
tempat tidur bahagian atas. orang tidur bawah leh tengok orang atas & vice-versa. riupanya macam katil double-decker la
  
ini bahagian depan katil aku. dalam plastik oren tu kasut aku la. semua orang akan dapat plastik yang sama. Then, kaki kite akan dilunjurkan ke dalam bahagian bawah tempat letak kasut tu.. sorry, no gambar, nanti tak sampai hati lak korang tengok kaki aku yang "wangi" tu. hehe


Till then, will continue in Part 9, Assalamualaikum 

Sunday, April 21, 2013

H7N9

Sorry lama tak update blog.. 

Actually, aku dah lama balik dari Tokyo. Pas balik dari Tokyo, memang berkobar-kobar nak update blog ni.. Tapi, tetiba aku dapat berita sedih.. Perkhabaran tentang saudara-saudara terdekat kembali ke Rahmatullah.. aku cerite semuanya di entry ni.

Selepas perkhabaran tu, aku takde mood nak update blog ni. i need time to heal... sorry buat my follower sekalian..

Dan kali ini, aku kuatkan semangat untuk tulis new entry. Sorry sekali lagi sebab tak dapat nak update travelogue pasal Jepun & travelogue tertunggak yang lain

*************************************************************************************************************


Virus H7N9 - source image

Dunia sekarang dikejutkan berita tentang virus terbaru yang melanda China - H7N9.. Boleh dikatakan, hari-hari aku kini dengar berite pasal H7N9 ni.. So, aku nak share la dengan korang semua pasal bende ni.. Dulu duk tengok cerite "L:The Death Note". Tak sangka plak jalan cerita tu benar-benar terjadi pada realitinya melalui rebakan virus H1N1 tak lama dulu.

Virus H7N9 adalah virus yang berpunca dari spesis burung, contohnya ayam. Sama jugak seperti ngan virus H1N1 yang melanda dunia beberapa tahun lalu..  Virus H7N9 ni mula dikesan di Negara China dan buat masa ini telah merebak ke Taiwan dan Hongkong. Sehingga hari ini, jumlah kematian akibat dari serangan virus ini telah mencecah 20 orang dan jumlah mereka yang dijangkiti virus ini sehingga hari ini adalah 101 orang... Dua kematian yang terkini di Zhejiang Province.

source image

Virus ini sangat bahaya dan ia merebak dengan cepat. Mula-mula ia dikesan di Shanghai, China dan kemudian ia merebak ke wilayah-wilayah lain.. Virus ini pertama kali dilaporkan menjangkiti adalah pada tahun ini, 2013 iaitu di China sejak 4 Mac 2013 yang lalu..Hari demi hari,jumlah jangkitan &  jumlah kematian makin bertambah.

Aku pasti ramai yang masih ingat dengan ancaman virus H1N1 yang melanda dunia & negara kita suatu ketika dahulu sehingga perintah "berkurung" dikeluarkan. Well, ancaman virus ini dikenali sebagai spesis virus "Influenza A" dan juga dikenali sebagai "selsema burung".

Merujuk kepada World Health Organization (WHO), antara sympton jangkitan selsema burung ini adalah demam panas yang mana suhu badan melebihi 38 darjah, batuk, sesak nafas dan selsema. Dan sympton-sympton ini adalah menyumbang kepada penyakit radang paru-paru yang teruk. Masa yang diperlukan oleh virus ini untuk merebak sehingga mendapat radang paru-paru hanyalah 1 hari sahaja. Dan yang lebih dashyat mengikut WHO, virus ini menjangkiti pesakit without making them sick. Thus, it makes more difficult to track the infection. So that, virus ini adalah mungkin lebih berbahaya dari virus H1N1 dulu.

Buat masa ini, pakar vaksin sedang berusaha untuk buat vaksin bagi mencegah virus H7N9 ini tapi ianya masih dalam peringkat kajian.

So, buat mereka yang akan travel ke negara China dalam masa terdekat ini, berhati-hatilah. Kalau nak cancel trip, rugi la.. Berdoa la & buat solat hajat. So, aku doakan semoga kalian semua selamat, InsyaAllah.. Kalau dapat ambik vaksin untuk mencegah sebarang jangkitan, eloklah, sangat digalakkan dan memang itu pun yang dinasihatkan oleh doktor-doktor perubatan kalau kita nak keluar negara. 

Last but not least, selamat bercuti  =))

Tuesday, January 15, 2013

VHC : Border Crossing Vietnam - China



Border crossing melalui pintu masuk Dong Dang (Border Vietnam) – Ping Xiang (Border China).


Sebelum aku buat trip ni, aku sangat risau pasal border crossing Vietnam-China. Sebab aku tak dapat gambaran yang jelas macam mana keadaan nya, tambahan plak, tak ramai foreigner yang masuk ke China melalui jalan darat sebab masalah komunikasi. Melalui pembacaan di blog dan lonely planet, mereka tak ceritekan secara detail tentang bende ni. Sebab tu la aku risau sangat dan aku yakin aku tak jumpa ramai foreigner nanti. So, aku bertawakal je la pada Allah swt moga dipermudahkan segalanya. Sebelum aku bertolak, aku Cuma tahu train akan berhenti 2 kali untuk cop kastam. Tapi duration masa dan di mana akan berhenti, itu aku tak pasti. But the end, syukur Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan Dao Li (kawan yang aku jumpa masa naik train), die pandai berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, aku just follow die je la. 

Dong Dang to Ping Xiang


Ketika tengah lena tidur dalam kabin, pintu kabin diketuk jam 2.50 pagi. Rupanya steward yang jaga koc kami yang ketuk untuk kejutkan dari tido (Setiap koc ade dua/satu orang steward yg akan bertugas sepanjang masa di koc tersebut). Katanya 10 minit lagi, train akan berhenti untuk pemeriksaan imigresen Vietnam (Steward tu cakap bahasa Cina, cabin mate aku yang translate untuk aku). Ketika ini, beg-beg tak perlu bawak turun. Hanya bawak passport aje. Masa turun tu, aku tengok semua orang tengah mamai sebab masing-masing tengah lena diulit mimpi, tetiba kena bangun lak termasuk la aku. Khikhikhi. Semua pekerja train pun kene turun.

Keretapi T8702 : Ha Noi - NamNinh
Stop pertama ni adalah di border Dong-Dang,Vietnam. Ini merupakan imigresen Vietnam. Mula-mula sampai, kite kene serahkan passport kita pada pegawai imigresen tu. Semua orang kene serahkan. Then, tunggu sepuluh minit. Pas tu, pegawai imigresen akan panggil nama sorang-sorang untuk serahkan passport tu. Nama aku dah last-last dah, so lama gak la aku kene tunggu. Masa tiba giliran aku tu, pegawai tu terkejut tengok muka depan passport aku sebab gambar aku tu pakai tudung. Then, masa aku ambik passport die nampak aku pakai tudung, pastu die bisik-bisik ngan kawan-kawan imigresen yang lain sambil gelak-gelak. Dalam hati aku, mesti dieorang gelak sebab tak pernah nampak orang berpakaian macam tu. Pas ambik tu, aku terus naik ke train. Alhamdulillah, tak de soalan. Bagi yang mereke suspicious, so, dieorang akan bawak traveller tu masuk ke sebuah bilik untuk disoal siasat. Masa malam tu, ade gak la 2-3 orang kene soal siasat. Aku pun tak tahu apa kesnya. Maybe pasal visa kot. 

Cuba perhatikan cop berwarna merah tu


Masing-masing tengah tunggu passport

Warga China suka main handset. kat sini ade line tau. Warga China pakai HP canggih-canggih

Masing-masing berkerumun di kaunter nak ambik passport sebab pegawai imigresen jerit nama kita tak dengar sangat. dieorang tak pakai microphone

Di luar office di Dong Dang


Pas naik train, steward tu bagitau nanti 1 jam lagi akan berhenti di Ping-Xiang untuk cop imigresen border China. Then, aku sambung tido semula la. Pabila sampai di border Ping-Xiang, macam biasa steward akan kejutkan kami dan die minta kami bawak semua barang-barang untuk bawah untuk pemeriksaan imigresen. Kalau ade yang bawak beg besar-besar kesian la. Sebelum turun dieorang ambik passport semua penumpang. Cuaca ketika ini sangat sejuk.. Menggigil badan aku.huhu... 


Pemeriksaan beg tu senang jer, letak je dalam scanner beg mcm scan beg kat airport tu, pastu ambik la beg kite semula. Tunggu jap dalam 5 minit, dieorang suruh semua penumpang naik train balik. Passport akan diserahkan kat dalam train. Naik train tu, kiteorang tunggu lama gak la kat dalam tu sementara nak tunggu pegawai imigresen datang kat kiteorang. Ketika ini, pegawai imigresen China tu akan datang jumpa penumpang sorang-sorang.Masa die jumpa aku die suruh aku bukak tudung. Biasalah, ketika pemeriksaan imigresen tidak dibenarkan pakai topi atau penutup kepala sebab nak pastika muka kita sama cam dalam passport.


kat Imigresen office scan beg

 
Pas scan beg , berehat utk tunggu arahan seterusnya
Pegawai Imigresen China check passport kat dalam train
Berebut-rebut keluar dari Pejabat Imigresen nak naik train
Kad Imigresen masuk China

Ketika itu, aku sangat terkejut sebab ini merupakan kali pertama aku disuruh bukak tudung ketika imigresen checking. Then aku cakap kat pegawai tu “No, u see that (sambil tunjuk muka aku kat gambar dalam passport tu)”. Then, pegawai tu setuju lantas menyerahkan pasport itu kembali pada aku.


Pas pegawai tu blah dari kabin aku, cabin mate aku mintak tengok passport aku sebab die nak tengok gambar aku. Then aku bagi je la. Pastu, die tanya, “Why u wear like this? (sambil jarinya tunjuk pada tudung aku)”. Taku cakap sebab aku Muslim dan orang Muslim kene pakai macam ni. Dieorang terus angguk tanda setuju dan salah sorang cabin mate aku tu cerite yang cousin die (perempuan) selepas berkahwin pakai tudung mcm aku sebab die masuk Islam sebab kahwin ngan orang Islam. So, die cakap cousin die tu sepanjang masa akan pakai tudung tak bukak-bukak.Die cakap die & family heran gak kenapa cousin die tu tak bukak skaf tu rupa-rupanya baru sekrang die tahu yang Muslim perempuan kene pakai skaf tutup kepala. Pastu, kiteorang sambung tido semula sebab ngantuk sangat. Aku pulak tido-tido ayam je sebab nak tunggu subuh. Subuh kat sana jam 6.10 pagi waktu tempatan. 


Subuh di dalam train, aku hanya solat secara duduk kat atas katil aku tu je. Kalau boleh solat ikut kiblat (guna kompas) tapi kebanyakan pandangan ulama’, antaranya Mazhab Shafiee sendiri menyatakan bahawa :


“ketika bermusafir menaiki kapal terbang atau train atau bas atau kereta (kenderaan yang bergerak), memadailah baginya menghadap kiblat ketika takbiratul ihram sahaja di mana bakinya mengikut arah kenderaan”.
 

Dr.Syarbashi, tokoh fikah dari Universiti al-Azhar Mesir mengatakan bahawa :
“Solat seseorang itu sah dan beliau tidak perlu mengulanginya kerana beliau sudah berusaha sebaik mungkin”

(Rujukan dari Pasport Musafir ditulis oleh Mohd Zuhdi Khasasi (2011), ms 133)



              “Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” 
(Surah al-Baqarah :28)


 " Dan bagi Allah jugalah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu    arahkan diri (ke kiblat bagi menghadap Allah) maka disitulah arah yang diredai Allah, sesungguhnya Allah luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui” 
 (Surah al-Baqarah :115)



Gambar hiasan - solat dalam train



Aku sambung tido dan aku bangun semula jam 9 pagi. Ketika ini aku dapat lihat keindahan alam di bumi China ni. Sangat nyaman permandangan ketika ini sebab cuaca di luar sangat sejuk. Indahnya. Sepanjang perjalanan nak tunggu train tiba di destinasi, aku hanya minum milo panas sambil menikmati permandangan di luar. Sebenarnya dalam hati ni risau sangat pasal train dari Nanning ke Guangzhou sebab iteneri aku nak terus berlepas ke Guangzhou bile sampai di Nanning nanti. Tetapi train ticket China hanya dapat dibeli di China sahaja. So, tawakal je lah.. (Nak hilangkan gundah gulana, sebab tu la menikmati permandangan dari tingkap kabin).

Permandangan dari train
Permandangan dari atas train di Nanning
Permandangan dari atas train. Masa ni jam 8 pagi. Sejuk nya. Kabus tebal je di luar
 
Train yang sedang bergerak


** Train dari Hanoi – Nanning ade setiap hari. Kod train adalah MR1 / T8702


** p/s : Terdapat 3 pintu masuk ke Negara China melalui Hanoi, Vietnam. 

1)   Hanoi ke Kunming, China. Pintu masuk melalui border Lao Cai – Hekou. Lao Cai terletak 40km dari Sapa. Naik bas memakan masa selama 10 jam.


2)  Hanoi ke Nanning. Pintu masuk melalui Ha Long (Ha Long Bay) - Mong Cai Tiada train service untuk pintu masuk ini. Hanya bus sahaja serta pengangkutan air. Naik bus, 9 jam dengan tambang USD 150.00. Melalui pembacaan aku, pintu masuk ini tak berapa selamat sikit sebab kadang – kadang ade rusuhan kat sini. So, pintu masuk ni tak berapa famous la dan tak direcommend oleh kebanyakkan traveller mahupun kerajaan vietnam sendiri.


3)  Hanoi ke Nanning melalui pintu Dong Dang – Ping Xiang. Selain train, perkhidmatan bus pun ade disediakan.



      Till then, will continue in VHC - Part 8  =))