Showing posts with label Outdoor. Show all posts
Showing posts with label Outdoor. Show all posts

Monday, October 7, 2013

My Travel Towel

My travel towel already arrived on last Thursday.. Thank you so much to blogger KAKIBERANGAN a.k.a John/henry fox 'coz helping me up finds this stuff in Melbourne.. Dah lama aku tercari-cari benda ni tapi tak jumpa-jumpa.Thank u John. I really need this thing..

What so special about this towel? Towel ni adalah microfibretowel.. Sangat cepat kering dan sangat ringan,nipis aje,tak tebal.. Saiznya 75 cm x 150cm (extra long)..Walaupun besar tapi ia masih boleh dilipat kecik-kecik masuk dalam handbag..

Kebiasaannya di hostel-hostel backpackers,towel tidak disediakan.Kalau ada pun,kena charge tambahan untuk sewa towel,so nak jimat,aku lebih suka bawa towel sendiri pergi mana2,senang. Even untuk travel dekat-dekat pun such as Port Dickson atau Kuantan,aku tetap membawa towel sendiri in case of emergency (nak mandi laut ke,nak pergi water theme park ke atau sebagainya).... Maybe u can get yours also. Really recommended =))

Wednesday, August 22, 2012

Outdoor Expedition on Hari Raya

Sempena Syawal ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca lavenderbackpacker.blogspot.com ni. Aku minta maaf jika ada entry2 aku sebelum ni mengguris perasaan kalian secara sengaja mahupun tidak sengaja.. Semoga amalan kita pada Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah swt dan dijadikan peganggan untuk kita ke Ramadhan akan datang dan semoga kita menjadi backpackers yang lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.....InsyaAllah Maaf Zahir dan Batin  :-)

********************************************************************************

Istimewa Syawal ini jugak, aku bawakan khas senarai aktiviti outdoor yang dianjurkan sepanjang Bulan Syawal yang mulia ni. Sesiapa yang berminat, boleh la call no.phone yang tertera. Bagi sesiapa yang segan2 dan malu2 kucing, tak yah segan sebab semua outdoorians otak gila2.. Kalau tak de kawan, inilah masanya nak cari kawan baru.. jangan risau, soal keselamatan tip-top... hehe.. Check-it out  !


1. Santai Chemerong-Berembun-Lansir (CBL) ; 14 - 17 September 2012 
  - Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan Air Terjun Lansir ni terletak di Daerah Dungun,   Terengganu
   - Bayaran RM 150 termasuk makan, khemah, guide
   - Pertanyaan & Reservation , call Shafiq 016-205 0526

2. Expedisi Gunung Inas ; 15 - 18 September 2012
   - Bayaran Rm 150
   - Berminat? Call Kaki Gunung 010-703 6867

3. Expedisi Gunung Benum, Raub, Pahang ; 15 - 17 September 2012
    - Bayaran Rm 180
    - Berminat ? Call Yazid Yusof  014-222 4569 , Megat  019-298 4345

4. XPDC Gunung Stong Ayam, Dabong, Kelantan ; 15 - 17 September 2012
    - Berminat? Call Yusri  013-285 7514, Nizam  013-212 4679

5. Ekspedisi Hutan Lipur Sungai Chemerong ; 31 Ogos - 2 September 2012
   - Berminat ? Call Yazid Yusof  014-222 4569 , Megat  019-298 4345

6. Expedisi Gunung Rajah, Pahang; 31 Ogos 2012
   - Call Sokdah : 019-200 2350 , 019-366 3526

7. Trip Merdeka Raya @ SSTA ; 30 Ogos - 2 September
   - (Stong - Saji - Tera - Ayam), Dabong, Kelantan 
   - Call Hadri, 012- 918 3949  , AJ 012-686 3831

8. Trans Jerangkang Berkelah Merdeka 2012 ; 30 Ogos - 2 September 2012
    - Call  Syafiq Adam 016 - 205 0526 ; Ezuddin  014-233 4255


~ So, apa lagi, have fun sempena Raya Yang Mulia ini  :-)  ~

Tuesday, March 13, 2012

Berhujung Minggu d Taman Pertanian Malaysia



Weekend 2 minggu lepas aku & grup outdoor lepak di Taman Botani Shah Alam. Actually , Taman ni ade banyak sangat nama sebab nama die sering berubah2.. Skrang, tempat ni dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia, Taman Botani, Shah Alam dan Taman Bukit Cahaya Seri Alam…. Dulu, kawasan ni dikenali sebagai Bukit Cerakah.. Skrang dah tukar kepada 3 nama yang aku sebutkan tadi.. Payah kan? Errmm.. apelah management tempat ni, tak tetap pendirian langsung!... so, pada mereka yang nak ke tempat ni, jangan confius ye macam aku..

Yezzzaaa... "Da' Sweeper Grup" discover Taman Botani, Shah Alam


Tempat ni terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Kalau naik kereta/motorsikal, ade signboard di jalanraya menunjukkan arah kawasan ni , tapi signboard tu tulis Taman Botani, Shah Alam.. So, ikut je signboard tu.. Tiket masuk ke kawasan ni RM3. Ia dibuka dari jam 10 pagi sampai lah petang.. Kawasan ni besar sangat & berbukit-bukau.. Ramai yang datang sini untuk exercise such as jogging, cycling dan ramai jugak yang datang hanya utk suka2 a.k.a sight-seeing.. Ramai sangat orang… Kat tempat ni disedaiakan kemudahan sewa basikal.. Memang high demand..

Map of "Taman Cahaya Bukit Cerakah"

Cantek kan Pokok ni - Bongsai

SO, kalau berhajat untuk sewa basikal, kene book awal2 sebab masa menunggu utk dapatkan basikal sangatlah lama bergantung pada demand masa tu.. Kiteorang hari tu kene tunggu 2 jam, baru dapat basikal.. huh! Siap boleh gi round 1 taman tu la naik bas.. Actually nak naik bas 2 kali pun masih sempat sementara nak tunggu dapat basikal.. tapi kiteorang malas dah naik bas sebab nanti pusing2 jalan yang sama jer… so, turun je dari bas sementara nak dapat basikal, kiteroang lepak makan ais krim & makan roti canai (tapau dari ruumah).. Harge sewa sebuah basikal 1 jam RM5.. untuk tambahan jam berikutnya RM1 bagi setiap jam…


Bas Taman Pertanian Malaysia


Bibliografi "Aku & Basikal"


Nasib baik pandai lagi bawak beskal.. hahaha


Dapat jer basikal, apa lagi.. happy giler la sebab masing2 dah lama tak kayuh basikal… Ye la, asyik tekan pedal minyak kereta je.. mana dah pandang basikal sekarang ni.. (berlagak siott!)..hehe... Memandangkan kawasan ni berbukit-bukau.. mulanya tu, memang penat la sbb nak mengayuh beskal panjat bukit…


Yeeezzaaa


Macam2 bende terdapat dalam taman ni.. ade Taman Buah-Buahan, Taman Rempah-Ratus, Taman Haiwan, Taman Budaya dan macam2 lagi lah.. Mula2 , kiteorang pergi ke Taman Haiwan.. Kat situ, ade rusa, kuda, binatang2 peliharaan dan macam2 lagi.. Kalau monyet lak, tak yah kat Taman ni jer, memang bersepah monyet2 kat merata2 tempat dalam Taman Botani ni.. Kat Taman Haiwan ni gak, ade kolam renang.. So, pada mereka yang nak berenang, boleh la bawak baju renang. Kat situ ade disediakan bilik air & bilik persalinan. Sangat Bersih.. Tak perlu bayar.. Cukup lah kite dah bayar RM3 masa mula2 masuk tadi. Dan dalam Taman Haiwan ni gak, ade tasik utk aktiviti kayak. Tapi malangnya masa kiteorang pegi semalam, tpt kayak tu tutup, tak berfungsi.. In addition, kat situ pun ade aktiviti flying fox tapi sama gak, ROSAK!..


Kiteorang & beskal

Pas jalan2 d Taman Haiwan ni, kami keluar menuju ke kawasan lain plak.. Memandangkan tempat ni besar sangat, so kiteorang tak pergi la ke setiap Taman2 tu… Penat tu… Pas Taman Haiwan, kiteorng pergi ke Rumah Iklim 4 musim… Skrang ni musim bunga, so rumah ni dipenuhi dengan bunga-bungaan yang cantek2.. Kalau tak salah aku, lama jugak kitoernag bawak basikal dari Taman Haiwan nak sampai ke Rumah Iklim ni.. Jauh betull… Sesampai jer, minum air sampai habis..hahaha sebab haus sangat.. pas basikal & terus masuk rumah tu..

awas! Landak melintas

Dalam dalam ni pun, ade Jalan Semangat ??


Tiket rumah 4 musim ni, dibeli siap2 kat pintu masuk Taman Botani ni.. beli sekali ngan tiket masuk ke Taman Botani.. Harge tiket untuk rumah iklim ni ialah RM3.. Masuk je kat dalam.. HUH! Best gilerrr.. sebab sejuk giler… hehe… Memang cantek sangat permandangan dalam rumah. Ye lah sebab sekarang musim spring.. tapi secantek manapun, ianya tetap rumah kaca dan keadaannya tak sama ngan dunia reality di luar negara. Kitorang lepak sini hamper 40 minit.. Pastu, kiteorang kayuh basikal semula pusing2 taman botani.. Just follow the flow..


Rumah 4 musim

Betul2 terasa macam duk kat Amsterdam -Spring season~


Cepat pilih mana nak pergi ?? Free of charge..

Bukit Sapu Tangan pun ade???


Kayuh punya kayuh, kiteorng sampai di Perkampungan Budaya.. Kat sini, terletak rumah tradisional melayu. Besaaarrr.. dan suasana nya pun adalah suasana perkampungan tradisional melayu yg kite selalu lihat di Kampung2. Kat sini ade surau.. Masa tu jam menunjukkan kul 2 petang, so kiteorng pun solat je la kat situ. Bagi muslimah, ade disediakan telekung.. So, tak yah risau la.. Toilet kat sini bersih giler.. Pas solat, kiteorang continue kayuhan semula… Actually, dekat2 ngan Perkampungan Budaya ade Empangan.. So, sesiapa yang lepak kat Empangan @ nak mancing leh la gi situ.. Tapi kiteorng nak balik.. OTW nak balik dari Perkampungan Budaya ni penat tu memang tersangat terasa.. Mana taknya, kene naik bukit tinggi tu.. huhu.. Last2, kiteorang semua turun beskal & bawak je beskal tu, dah tak kayuh dah.. Tak larat la.. huhu.. Baru skrang aku rasa macam mana pengayuh basikal professional rasa.. Errmmm, macam manalah dieorang kayuh basikal tu panjat Genting Highlands erk?? Errrmmm….


Bergambar di Perkampungan Budaya - tempat kiteorang solat

Well, dalam penat2 mengayuh, kiteorang tibe di sebuah Empangan. Tak tau pun kat situ ade Empangan. Ini kes main redah jer.. Empangan Air Kuning namanya.. Kiteorng kayuh basikal ke EMpangan tu. Fuhh! Lega & sangat mengasyikkan bile nampak air sungai yang sangat mendamaikan. Empangan ni merupakan salah satu port mancing… So, pada kaki2 mancing boleh la melepak kat sini plak.. Bayaran yang dikenakan untuk mancing adalah RM15 per entry. Kalau nak mancing, boleh terus bawak masuk kereta ke tempat ni (kalau nak berjalan kaki @ naik beskal, jauh gak tu.. huhu).. Tempat mancing ni dibuka dari pagi sampai kul 7 petang…


Empangan Air Kuning

Pas lepak & ambik angin kat sini, kiteorang kayuh beskal balik ke tpt asal sebab dah penat sangat2.. Hanya rasa nak makan ais kacang je ni dan nak balik tidooorrr… Nasib baik la, jarak dari empangan tu ke port sewa beskal tak jauh.. legaaaa……


Menjerit kegembiraan menuruni bukit yang paling last - habis azab sebelum hantar basikal


Hantar je beskal, kiteorang bayar harga sewa nya. Setiap jam discharge rm5 untuk sebuah beskal dan setiap 1 jam berikutnya dikenakan 1 ringgit. Totalnya, kiteorang guna 4 jam.. so, kiteorang kene bayar 8 ringgit sorang.. Letak je beskal, terus gik beli ais krim.. fuhh!! Yummy-yummy.. best tak terkata….

Pastu, kiteorang melepak di medan selera seksyen 10, shah alam makan ais kacang & lunch.. walaupun masa tu dah kul 5 ptg, consider lunch la gak sebab tak makan lunch lagik.. perut lapar giler ni.. kedai tu memang femes ngan nasik ayam nye.. so, kiteorang sume order nasik ayam kecuali naza makan bakso… aku tak lepaskan makan ais kacang.. eerrmm.. best gilerr… pas makan, kiteorang terus blah balik umah…

-Bakso-

Nasi Ayam ni boleh la tahan

Eeerrrmm.. Berseleranya makan nasi ayam

Tembikai Laici Gelas Besaq

Bestnyee Ais Kacang ni kan



~ untuk info pasal tempat ni, sila surf http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/home atau talipon talian 03-55107048/03-55106922 ~

Thursday, March 1, 2012

Menawan Puncak Gunung Ledang......


@ da' crest of Ledang Mt.

Aku dah selamat menawan Gunung Ledang hari Sabtu lepas… Memang best sangat dan mencabar sgt (tapi kalau nak dibandingkan, tak lah semencabar dari Gunung Korbu). Sebenarnya aku tak sihat sejak seminggu sebelum tu lagi.. Tapi kerana semangat kawan2, aku gagahkan diri juga drive ke Segil dari KL.. Aku bagitau pada Naza (ketua grup kami), aku tengok keadaan Sabtu pagi tu cam mana, kalau aku rasa tak larat & tak leh naik, so aku tak naik la dan aku akan tunggu dieorang kat resort jer.. Malam jumaat tu, aku drive dari KL jam 11 malam ke Segil, Johor.. kenapa 11 malam? Sebab sebelum tu aku keje, kul 11 malam baru free..

Dalam keadaan mengantuk & penat, aku gagahkan diri jugak bawak kereta ke Taman Negara GNG Ledang Resort. Dalam kereta aku ditemani cousin aku 2 orang. Kiteorang sampai di Resort jam 3 pagi.. HUH! Memang penat gilerr dan sangatla mengantukk… huhu.. Alhamdulillah kiteorng selamat sampai.. Jam 3.30 pagi, aku terus tido sbb mmg dah tak tahan dah mata ni.. Kiteorng sewa dorm. Grup kiteorng terdiri dari 8 orng peserta; 4 lelaki & 4 perempuan. So, ambik 1 dorm utk lelaki dan 1 dorm utk prpn. 1 dorm ade 20 katil.. 1 katil hargenya RM 20 sahaja… Pagi esokkannya aku bangun dan bersiap, masak breakfast. Tengok kawan2 semua semangat nak daki, so aku pun excited la untuk naik gak ke Puncak GNG Ledang walaupun keadaan tak sihat sangat. Teruja tu sebab dah alang2 datang, biar sampai ke Puncak.

1,2,3 Cheeesseee
Sebenarnya, puncak Gunung Ledang dah ditutup untuk pendakian sejak setahun yang lalu dan ia baru saja dibuka ni. Menurut sumber dari Perbadanan Taman Negara Gng Ledang, tujuan tutup tu, sebab puncak tu telah diambil alih oleh Sultan Johor. Katanya nak dibuat istana atas puncak tu.. So, Perbadanan Tmn Negara bukak puncak baru untuk tujuan pendakian. Gunung Ledang ni terletak di Segil, Johor. Gunung Ledang ni diuruskan oleh Taman Negara Gunung Ledang. So, kepada yang berminat untuk mendaki GNG Ledang, perlu dapatkan permit dari pihak Pengurususan Perbadanan Taman Negara terlebih dahulu. Dan prosedur Taman Negara juga perlu gunakan guide dieorang sendiri. Harga untuk guide RM190 untuk 10 orng. Hanya 10orng sahaj dibenarkan utk seorang guide. So, kalau grup tu ade 15 orang, kene ambik 2 orang guide la.. Grup aku ade 8 orang, so, kami tetap kene bayar harga untuk 10 orang.. Harganya dah fix mcm tu. Aku kene bayar lagi RM12 untuk permit mendaki.
Grup kami
Sebelum start daki, kene daftar dulu di kaunter pendaftaran, kene tulis nama, no IC, no.phone, nama waris & no.phone waris. Prosedur ni memang biasa untuk kebanyakkan gunung2 di Malaysia. Pas daftar, kami kene declare barang2 yang dibawa untuk mendaki. Kene declare by pieces. Kalau bawak maggi, so kene declare berapa banyak bawak manggi, berapa banyak baju yang kite pakai (termasuk pakaian dalam & stokin) kene declare gak, kalau bawak rokok, kene declare berapa banyak putung rokok yang dibawa (bukannya kotak rokok!), kalau bawak coklat, so, kene declare la berapa banyak coklat, HP, lighter dan sebagainya, semuanya kene declare.. Sebabnya kat Taman Negara ni, tak dibenarkan buang sampah.. Apa yang kite bawak naik ke atas, itulah yang kite kene bawak turun semula.. Kalau tak cukup jumlah brg yang kite declare tu, so kene bayarla.. Kene charge RM5 untuk setiap brg yang tak de.. Tujuannya, adalah supaya pendaki2 menjaga keindahan khazanah alam dengan tak buang sampah.. Sebab plastic/kain memakan masa berjuta2 tahun utk dilupuskan..
Pas declare, kiteorng warming up jap then terus memulakan pendakian. Kiteorng start daki kul 8.30 pagi. Kebetulan hari tu ramai gile org naik gng ledang. Ye la, hari Sabtu katakana, memang crowded la sikit. Mula2 start, dh mencabar dah.. kene daki 400 anak tangga dulu.. Bagi yang tak kuat, memang semput la gak nak naik 400 anak tangga tu.. Selepas azab anak tangga, sampai la di Check Point (CP) 1 yang dikenali sebagai Bukit Semput.. Memang sesuai la ngan nama tu, memang semput la jugak..
1,2,3 Go!
Pas CP1, kiteorng teruskan ke CP2 yang mengambil masa 15 minit untuk sampai.. CP2 dikenali sebagai Jalan Kijang.. Mungkin sebab kijang suka jalan sini.. Pas rehat 5 minit, kiteorng teruskan ke CP3 yang dikenali sebagai Kem Taman Orkid. Kat CP3 ni, rehat lama sikit la sebab nak teruskan ke CP5 memakan masa dalam 45 minit. Kite tak kan lalu di CP4. CP4 dikenali sebagai Kolam Gajah. Ramai yang datang ke CP4 untuk mandi manda. Sebab kat situ ade air terjun.. Nama die Kolam Gajah mungkin sebab Gajah suka berendam kat Kolam tu.. Tapi kiteorang tak singgah ke CP4 sbb nak teruskan ke puncak sebelum tengahari.
Take-5 @ CP1
Kiteorng sampai di CP5 – Sg.Siput jam 11 pagi.. Kawasan CP5 ni besar la jugak dan sesuai untuk berehat tengahari. Pas top-up air minuman di Sg Siput, kami teruskan ke puncak perjalanan. Sebab target nak sampai di puncak secepat yang boleh la.. Perjalanan mejuju puncak Gng Ledang dari CP5 memakan masa selama 2 jam.

Pas CP5, kiteorng sampai di CP6-Gua Kambing.. Mengikut cerite nama tu diambil sebab ade orang pernah Nampak kambing bukit lalu kat situ. Aku tak pernah tengok rupa kambing bukit mcm mana, so aku tak tahu la cam mana rupa nye.. Kat CP6 ni banyak gua2, so perjalanan seterusnya memang asyik masuk gua aje.. Sebenarnya, gua tu adalah batu2 besar yang membentuk sebuah gua,.. Kalau para pendaki nak lalu atas batu tu leh gak, tapi memang mencabar la.. Untuk senang, better lalu bawah batu yang bentuk nye macam gua.. Syoookkk tue..
Gua Kambing
Perjalanan dari CP6 ke CP7 dikenali sebagai laluan KFC atau nama betulnya Killing Fitness Centre. Memang betul2 killing la.. huh! Kat sini la part yang paling susah dan mencabar.. Kecuraman antara CP6 ke CP7 adalah antara 80-90 darjah curam.. so, dapat bayangkan tak mcm mana.. Tapi jangan risau, sebab ade disediakan tangga dan tali.. Aku pulak, teruja ngan tangga & tali tu tapi kelemahan aku adalah gayat.. huhhuhu.. takut nye aku rasa bile dapat naik satu step dan pandang belakang. Huh! Mahu gugur jantung tu..

KFC
Serius aku cakap, laluan KFC ni memang mencabar. Cabaran itulah buat kan seronok. Dan masa ni la nak tengok semangat team work tu.. Alhamdulillah, budak2 grup aku semuanya Ok dan sangat supportive.. Tak tinggal la kawan kat belakang. Pas melalui cabaran getir pendakian, akhirnya kiteorng tibe di CP7.. Lega tak terkata J CP7 dikenali sebagai Taman Bongsai sebabnya kat sini ade pokok Bongsai. Duduk kat sini , terasa macam duk kat Jepun lak. Udaranya yang nyaman dan permandangan yang sangat indah, memang best sangat lepak kat CP7 ni..
Cabaran paling getir @ KFC
Kiteorng lepak kat CP7 lebih kurang 15 minit.. Pastu, kiteorng teruskan pendakian ke CP8 yang merupakan puncak Gunung Ledang. Perjalanan dari CP7 ke puncak Gng Ledang memakan masa selama 40 minit.. Kiteorng sampai di CP7 jam 1.45 pm.. Memang lari la dari target asal. So, kalau 40 minit perjalanan ke puncak, pastinya akan sampai jam 2.30 ptg.
Aku ingatkan perit getir naik tangga & tali dah habis.. Rupanya ade lagi.. huhu.. Tapi kali ni tak de la semencabar macam laluan KFC.. Senang sangat tapi memang kene guna tangga yang dah disediakan. Kalau tak de tangga tu, mahu menangis agaknye.. huhu.. Mcm biasa, kalau nak naik tangga atau guna tali, memang traffic jam la sebab org akan beratur utk tunggu que.. sorang2 plak, memang lambat la lain la kalau pendaki professional, sup2 macam pelisit dah lepas.. Tapi kalau gaya mcm aku ni, kesian la org belakang kene tunggu. Hehe..

Akhirnya kami selamat menawan Puncak Gunung Ledang jam 3 petang.. tersasar dari target asal yang sepatutnya sampai jam 2.30 petang. Bab2 pendakian ni, biasanya tak dapat la nak ikut exactly target time kite sebab semuanya bergantung kepada tahap fitness seseorang., Kalau ko laju mcm pelesit sekalipun dan sangat fit, ko tetap kene tunggu kawan ko yang paling lambat dalam grup tu.. tak leh tinggal kawan kite kat belakang sbb dalam hutan ni, semangat kekitaan memang sangat penting..

Happy sangat bile dapat menawan Puncak Gng Ledang ni.. Tak sangka plak, sakit2 aku pun aku dapat panjat Gunung Ledang ni.Kiteorang panjat gak puncak GNG Ledang yang asal tu.. Tak tahu sebab apa.. dah orang depan panjat, kiteorang panjat la.. Kawasan Puncaknya tak de la besar sangat, kecik jer.. So, aku terpikir mcm mana la nak bina istana atas tu.. Errrmm…Kat puncak, mcm biasa sesi bergambar dan sesi makan sebab lapar. Walaupun kiterong siap bawak manggi untuk masak kt atas tu tapi tak terdaya nak masak sebab penat sangat dah.. So, kiteorang hanya makan biskut & roti sandwich je yang dibawak bekal.. Plastik jgn lupa bawak turun!

Puteri-puteri Gunung Ledang
 
Naza & geng2 dari Johor melaksanakan ibadat solat Zuhur kat puncak Gng Ledang. Alhamdulillah, kewajiban selamat ditunaikan dan aku pulak hanya niat untuk solat jama’ nanti.. Kami lepak kat puncak selama 1 jam.. Masa nak turun, hujan turun, so, semuanya keluarkan poncho masing2.. Masuk hutan ni, antara barang yang wajib bawak adalah poncho (baju hujan) tapi aku pulak tertinggal kat dalam kete. Huhu… Nasib baik beg pack aku ade rain cover.. So, selamatla dari basah ditimpa hujan.. 

Perjalanan balik, kiteorang ikut jalan lain. Maksudnya pergi jalan lain, dan balik jalan lain. Alhamdulillah, jalan tu tak susah, tak de lagi laluan getir yang kene guna tali & tangga. Yeaahh!! Jalan turun ni lagi cepat sebab die mencanak banyak.. So, lagi cepat akan sampai di bawah la.. Walaupun cepat, alamaknya memang sakit la nak menahan lutut bile bukit dah mencanak cam tu.. Aku dah tahu, kelemahan aku memang masa turun, masa naik tak la susah sangat. Sakit gak la aku rasa masa turun tu, sakit menahan kaki, sakit menahan lutut dan sakit kepala. Aku ni sensitive ngan air hujan dan panas terik mentari. Bile hujan & panas terik je, aku akan sakit kepala la.. huhu.. So, aku menahan ngan sabar turun ke bawah sambil berdoa pada Allah agar segalanya dipermudahkan Tuhan.. Ammenn.. 

Perjalanan turun ni, kite terus akan jumpa ke CP3, so, takkan lalu KFC, takkan lalu CP5 dan etc.. Perjalanan dari puncak ke CP3 memakan masa selama 2 jam.. AKu sampai di CP3 jam 6.30 petang. So, apa lagi, aku solat la dan kami meneruskan perjalanan ke bawah jam 7 malam.. Dijangka akan sampai di bawah jam 8 malam. Masa tu dah gelap… So, semua orang keluarkan touch light & head lamp masing2.. Aku dah biasa jalan malam ni so tak de hal la. Tapi aku cume rasa sakit bab kesakitan kaki dan kepala.. huhu.. 

Akhirnya, jam 8 malam, grup aku selamat sampai di kaki Gunung Ledang.. Alhamdulillah, segalanya selamat.. Walaupun ade yang pancit, tapi sampai gak la di puncak berkat sokongan dan semangat padu kawan2….. Thank u all for the spirit.. Sampai bawah aku, terus kene declare barang. Dan Alhamdulillah semua barang2 cukup dan tak kene charge apa2.. Pastu, kiteorng mandi dan cau keluar makan.. Bestt Gilerr!!..

Selesai makan kul 11 malam. Aku nak balik ke KL tapi aku cakap pada kawan2 yang lain aku akan benti tido jap2 di R&R PluS… Aku keluar je highway Tangkak menuju ke KL, mata aku dah ngantuk & kaki sakit.. Tak tahan ngan mengantuk, aku benti di R&R Ayer Keroh.. Hajat di hati nak tido kejap jer dalam kereta.. Cousin aku dah selamat mimpi dah.. So, aku no choice terpaksa tido gak la.. Sedar2, Aku bukak mata tengok jam dah 7 pagi.. huh! Apa lagi, berkejar kerjakan solat subuh dan basuh muka.. Masuk keta, aku tertido lagi.. huhu.. Mengantuk sangat..

Aku segar jam 9 pagi.. dan yang lain pun tersedar jam tu gak.. Pas basuh muka, aku terus shoot ke R&R Seremban untuk breakfast.. Sampai Seremban, kiteorng ambik breakfast, past uterus shoot balik KL.. Alhamdulillah, aku selamat sampai umah jam 11 pagi.. Sampai umah, mandi, basuh baju sambung tido semula.. hahahahha..

Anyway, aku enjoy sangat menawan Puncak Gunung Ledang, Johor

Monday, February 20, 2012

Ke Manakah Anda Hujung Minggu Ni ?

Gunung Ledang

ERrmm, hujung minggu ni, InsyaAllah aku akan menawan Puncak Gunung Ledang yang terletak di Negeri Johor.. Sikit info pasal Gunung Ledang :

Ketinggian : 1276 meter (Gunung Tertinggi di Negeri Johor)
Lokasi : Asahan, Melaka
Suhu di puncak : 20 darjah celcius


source : infinatus-lagendamelayu.blogspot.com



View Larger Map