1. Firstly, aku mulakan trip overland dari Vietnam - Hongkong - China secara solo dengan menggunakan jaln darat.
First time aku keluar negara sorang diri, dan buat overland trip ni menjelajah ke 3 buah negara. Aku mulakana dari Bandar Ho Chi Minh dan berakhir di Beijing City. Trip ni memakan masa selama 16 hari ketika musim cuti Chinese New Year 2012.
Tembok Besar China.. (credit to Fatt sebab gambar ni =)
Memang pengalaman yang sangat berharga aku dapat sepanjang aku mengembara. Ketika inilah aku bersua muka dengan Fatt di Bandar Beijing. Betul kata Fatt "its not about the destination but its about the journey". Menjadi seorang pengembara banyak mengajar aku tentang erti kehidupan dan friendship. MAsalah bahasa di China, aku rasa sangat mencabar. Tambahan plak, aku sorang2. Pandai-pandai la nak hidup. huhu
Trip ni buat experience first time untuk border crossing menrentasi dua buah negara. Fuhh! Jam 3pagi terpaksa bangun dari tidur yang lena untuk cop pasport di Imigresen Vietnam, kemudian sambung semula tido dalam keretapi sehingga jam 4 pagi. Sekali lagi, train berhenti di Imigresen China (Border Nanning-Hanoi) untuk cop pasport masuk ke China. Masa tu, pegawai imigresen terkejut tengok passport aku sebab gambar aku pakai tudung.. hahaha, dieorang tak pernah tengok mcm tu. hehe. Well, pengalaman border crossing Vietnam-China adalah 1 kenangan yang sangat berharga =))..
2. Secondly, aku bersama BFF aku , ieda mengembara secara overland menggunakan jalan darat dari Bangkok - Siem Reap - Phom Penh. Alhamdulillah, kami berjaya. Ketika ini, pengalaman yang paling best adalah ketika border crossing di sempadan Arranpatet (sorrylah ejaan tak betul, tapi pronouns nye mcm tu la). Memang syok sangat. Dari Bangkok, kami naik train dengan harga rm7.00 untuk cross ke Cambodia. Pengalaman naik keretapi di negara macam ni buatkan aku bersyukur sangat duduk di Malaysia =))
Keretapi dari Bangkok - Cambodia
@ Bangkok
Dan trip ni jugak buatkan aku betul-betul bersyukur dengan kemewahan rezeki di bumi Malaysia. Kata orang, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok rasa hujan batu di negeri sendiri".. Betul tu. Dan pengalaman trip ni jugak buat kan aku rasa kesian sangat ngan survival masyarakat Islam Champar di Cambodia. Mereka betul-betul survive untuk makan sesuap nasi dan untuk hidup serta untuk belajar tentang Islam. Perkampungan Islam di Kampung Cham, Phnom Penh adalah kenangan terindah buat mereka yang nak menyelami kehidupan sebenar masyarakat Islam di Cambodia. Dan trip ini buatkan aku rasa sangat rendah diri pada Tuhan Yang maha Esa. Well, i will come back to Cambodia again untuk bantu mereka yang memerlukan di sana. InsyaAllah..
@ Angkor Wat, Siem Reap
@ Angkor Wat.. Aku suka shot ni sebab macam scene Narnia =)
3. Last skali, Disember baru-baru ni aku buat trip solo ke Hatyai - Krabi - Phuket, Thailand. Aku tak puas dgn trip tu sebab sekejap sangat. Well, aku akan ulang semula ke tempat ni pada masa akan datang.
I luv Krabi
~~~~~~~~~~~~~~~
Selain dari trip trave kat luar negeri. Aku jugak sempat beroutdoor di negara sendiri. Antaranya adalah menawan Gunung Ledang, berekreasi di Tanah Ainaa Resort, Pahang, berbasikal di Bukit Cerakah dan yang pasti, berekreasi di Bukit Broga & Gunung Tok Wan dan aktiviti wall climbing. Alhamdulillah, aku berjaya mengekalkan kecerdasan aku. hehe. Last skali aku tamatkan 2012, dengan percutian bersama kawan-kawan ke Cameron Highlands, Pahang.
Flying Fox di tanah Ainaa Resort, Pahang
May 2013 bring me the same happiness i gain in 2012. Till then, see ya again in 2013 =))

