Showing posts with label Cambodia. Show all posts
Showing posts with label Cambodia. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Goodbye 2012 & Welcome 2013

Alhamdulillah, 2012 telah melabuhkan tirai dan kini 2013 telah tiba. Pelbagai kenangan suka-duka sepanjang 2012 yang lalu. But the most exciting one, i've make my dreams come true. Jika 2011, aku berjaya laksanakan impian untuk menjadi hikers dengan 11 buah gunung berjaya aku tawan, tahun 2012 impian aku adalah untuk travel secara backpacker. Impian di awal 2012 untuk mengembara menjelajah South East Asia, aku berjaya laksanakan walaupun aku tak dapat nak habiskan kesemua 10 buah negara SE Asia sepanjang tahun 2012. Well, here is the summary bout my traveling last year :

1. Firstly, aku mulakan trip overland dari Vietnam - Hongkong - China secara solo dengan menggunakan jaln darat.

First time aku keluar negara sorang diri, dan buat overland trip ni menjelajah ke 3 buah negara. Aku mulakana dari Bandar Ho Chi Minh dan berakhir di Beijing City. Trip ni memakan masa selama 16 hari ketika musim cuti Chinese New Year 2012.

Tembok Besar China.. (credit to Fatt sebab gambar ni =)

Memang pengalaman yang sangat berharga aku dapat sepanjang aku mengembara. Ketika inilah aku bersua muka dengan Fatt di Bandar Beijing. Betul kata Fatt "its not about the destination but its about the journey". Menjadi seorang pengembara banyak mengajar aku tentang erti kehidupan dan friendship. MAsalah bahasa di China, aku rasa sangat mencabar. Tambahan plak, aku sorang2. Pandai-pandai la nak hidup. huhu

Trip ni buat experience first time untuk border crossing menrentasi dua buah negara. Fuhh! Jam 3pagi terpaksa bangun dari tidur yang lena untuk cop pasport di Imigresen Vietnam, kemudian sambung semula tido dalam keretapi sehingga jam 4 pagi. Sekali lagi, train berhenti di Imigresen China (Border Nanning-Hanoi) untuk cop pasport masuk ke China. Masa tu, pegawai imigresen terkejut tengok passport aku sebab gambar aku pakai tudung.. hahaha, dieorang tak pernah tengok mcm tu. hehe. Well, pengalaman border crossing Vietnam-China adalah 1 kenangan yang sangat berharga =))..

2. Secondly, aku bersama BFF aku , ieda mengembara secara overland menggunakan jalan darat dari Bangkok - Siem Reap - Phom Penh. Alhamdulillah, kami berjaya. Ketika ini, pengalaman yang paling best adalah ketika border crossing di sempadan Arranpatet (sorrylah ejaan tak betul, tapi pronouns nye mcm tu la). Memang syok sangat. Dari Bangkok, kami naik train dengan harga rm7.00 untuk cross ke Cambodia. Pengalaman naik keretapi di negara macam ni buatkan aku bersyukur sangat duduk di Malaysia =))

Keretapi dari Bangkok - Cambodia

@ Bangkok

Dan trip ni jugak buatkan aku betul-betul bersyukur dengan kemewahan rezeki di bumi Malaysia. Kata orang, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok rasa hujan batu di negeri sendiri".. Betul tu. Dan pengalaman trip ni jugak buat kan aku rasa kesian sangat ngan survival masyarakat Islam Champar di Cambodia. Mereka betul-betul survive untuk makan sesuap nasi dan untuk hidup serta untuk belajar tentang Islam. Perkampungan Islam di Kampung Cham, Phnom Penh adalah kenangan terindah buat mereka yang nak menyelami kehidupan sebenar masyarakat Islam di Cambodia. Dan trip ini buatkan aku rasa sangat rendah diri pada Tuhan Yang maha Esa. Well, i will come back to Cambodia again untuk bantu mereka yang memerlukan di sana. InsyaAllah..

@ Angkor Wat, Siem Reap 

 @ Angkor Wat.. Aku suka shot ni sebab macam scene Narnia  =)


3. Last skali, Disember baru-baru ni aku buat trip solo ke Hatyai - Krabi - Phuket, Thailand. Aku tak puas dgn trip tu sebab sekejap sangat. Well, aku akan ulang semula ke tempat ni pada masa akan datang.


 I luv Krabi

~~~~~~~~~~~~~~~
Selain dari trip trave kat luar negeri. Aku jugak sempat beroutdoor di negara sendiri. Antaranya adalah menawan Gunung Ledang, berekreasi di Tanah Ainaa Resort, Pahang, berbasikal di Bukit Cerakah dan yang pasti, berekreasi di Bukit Broga & Gunung Tok Wan dan aktiviti wall climbing. Alhamdulillah, aku berjaya mengekalkan kecerdasan aku. hehe. Last skali aku tamatkan 2012, dengan percutian bersama kawan-kawan ke Cameron Highlands, Pahang.


 Flying Fox di tanah Ainaa Resort, Pahang

Apa pun, berkat sokongan dari kawan-kawan buatkan aku berjaya dengan misi 2012 yang lalu....In addittion, thank you so much For Him.. Aku sangat berterima kasih.. and i also giving my thanks to Allah too =))

May 2013 bring me the same happiness i gain in 2012. Till then, see ya again in 2013  =))


Saturday, May 5, 2012

Status Terkini : Trip Overland Bangkok - Cambodia ~ SUCCESS!

Alhamdulillah.. Aku dah pun selamat kembali ke tanah air beberapa hari yang lalu.. Pengalaman overland yang sangat indah aku rasakan. Hati aku betul2 tersentuh pabila aku melihat kedaifan masyarakat Islam di Cambodia.. huh! sayunya rasa hati melihatkan kemiskinan umat Islam.. dahulu, aku selalu terfikir yang sebahagian masyarakat melayu kite di Malaysia miskin.. tapi rupa2 nya, semiskin hidup kite di Malaysia ni, miskin lagi orang di sana.. bayangkan lah, mereka langsung tak mampu ntuk ke sekolah dan tak mampu membeli daging utk makan... mereka cume tersenyum di kala menjamah daging ketika hari raya qorban sahaja.. itupun cume setahun sekali saja dan juga disedekah oleh rakyat Malaysia kite sendiri. Hati aku terharu pabila mendengar ramai orang Malaysia yang menghulurkan bantuan. Alhamdulillah, aku bangga dengan bangsa aku sendiri. terlalu ramai rakyat Malaysia yanga prihatin walaupun masih banyak lagi yang so called "kedekut"... Pengembaraan aku kali ini benar2 bermakna dan menikam kalbu..aku menjadi insaf seketika melihatkan kedaifan kehidupan masyaraka di sana. betapa aku sangat bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah swt yang melimpah ruah untuk aku dan keluarga. dan bumi Malaysia tersangatlah indah dengan segala nikmat dan keindahan yang telah Allah swt kurniakan. InsyaAallah, dari masa ke semasa, aku akan cuba bantu masyarakat Islam di sana selagi aku mampu.. dan aku juga sarankan pada semua, ayuhlah kite membuka mata dan minda kite menyelami erti kehidupan saudara seagama kite di luar sana. InsyaAllah aku akan cuba update entry ni untuk kite sama2 membantu mereka yang memerlukan di Cambodia.. Anyway, sekembalinya aku ke Tanah Air, aku terus ke Langkawi untuk satu tugas rasmi. Aku hanya sempat lunch @ tidur jap di KL.. memang sangat lah penat..tapi mujurlah, segala urusan aku di Langkawi dipermudahkan 0leh seorang sahabat karib. Thanks ait (u know who u are)... aku hanya bermalam sehari saja di Langkawi dan keesokkan harinya aku plang ke KL.. huh! penat nye hanya Tuhan saja yang tahu.. kat langkawi tu, aku tak jalan2 pun sebab dah biasa ke sana.. aku selalu ke Langkawi utk urusan tugas rasmi.. bende wajib aku buat di Langkawi adalah beli coklat.. itu memang pasti... so, bile aku balik ke KL sebakul2 la beg aku penuh, penuh hanya diisi dengan coklat ;)) btw, aku stop di sini dulu, dan cerite detailnye aku akan stori kemudian.. check-it-out !!!