Perkampungan backpacker di Sydney terletak di sepanjang George Street. Inilah heaven bagi para backpackers. George Street terletak 1 minit jer dari Stesen Keretapi "Central Station" Sydney & terletak dalam lingkungan jarak berjalan kaki ke tempat shopping tersohor di Sydney ini iaitu China Town & Paddy Market. Berjalan kaki beberapa langkah, ketiak pun tak sempat nak berpeluh, dah sampai ke dua tempat ni.
Di George Street ni terletak banyak sangat hostel-hostel penginapan untuk para traveler. Pilih saja nak yang mana. Semuanya boleh dicari di website hostelworld.com/ atau hostelbookers.com. By the way, di sepanjang George Street ni, terdapat beberapa buah kedai makan Halal. Itu yang penting. Dan paling istimewa, terdapat Restoren Malaysia; Cafe Kasturi & Chinese Noodle Bar. So, makanan masakan Malaysia ade dijual disini. Harga bagi sepinggan nasi lemak di Cafe Kasturi kalau tak silap aku lebih kurang AUD 15.00. Kalau nak lagi jimat, masak sendiri di hostel.. hehe..
So, tak susah lah nak cari makanan Halal kalau duduk kat George Street ni. Kalau nak lagi pilihan-pilihan makanan halal yang lain, boleh berjalan kaki ke Cleveland Street. Kat situ berderet kedai makanan Halal. Ade restoren Pakistan, Restoren Lebanon, Arab & macam-macam lagi la.
Pendek kata, menginap di kawasan George Street ni adalah pilihan ynag tepat bagi para backpacker sebab dekat dengan stesen keretapi, tempat makan & tempat shopping =)). So, u all nak ke mana-mana senang jer, naik jer train di Central Station..
| Salah satu Restoren Malaysia. Halal OK!. Menyediakan pilihan makanan masakan ala Cina |
| Maaflah, tangan tak bedung.. Sebab tu lah gambar ni tak jelas. huhu |
| Cafe Kasturi. Terang-terang dah tulis "Malaysia Thai" |