Selamat Hari Raya
Aidilfitri buat semua pembaca lavenderbackpackers.blogspot.
Biarpun lambat sikit,
aku rasa masih belum terlambat untuk wish sebab kita masih berada di
dalam Bulan Syawal. Kan? Kan? kan?.. So, bersempena dengan Hari
Lebaran yang telah berkunjung tiba, aku nak mengucapakan Selamat Hari
Raya buat peminat setia lavenderbackpacker samaada follower tegar
mahupun silent reader atau sekalipun loud reader.
Aku mintak maaf jika
ade yang tak berpuas hati dengan aku secara personal mahupun melalui
penulisan ini. I just be myself & blogging is my passion of
sharing knowledge. Aku tulis blog ni untuk share pengalaman aku
berekspedisi, travel, makan-makan, outdoor & sebagainya.. Andai
kata ade yang tak puas hati, aku mintak maaf la.. Aku rasa aku tak
perlu buat sesuatu untuk puaskan hati orang, cukuplah aku berlaku
jujur pada diri aku sendiri.
Aku sangat happy bila
aku dapat tulis satu-satu entry dan aku juga happy bila baca
pengalaman orang lain tentang travel. Setiap pengalaman orang
berbeza-beza, ade yang menarik, yang suka, duka & sebagainya.
Pasti ade kenangan yang terindah buat diri masing-masing. Aku juga
salute pada blogger-blogger yang sangat rajin post entry-entry baru.
Memang korang the best la.. Mood kemalasan aku untuk update blog ni
sangat tinggi.. huhu.. mungkin sebab banyak sangat makan maggi &
kepala ikan kot, so otak pun jadi lembap.. Mintak maaf ye semua. Aku
cube untuk habiskan travelog-travelog lain yang tertunggak, tak
habis-habis..
Ok, by the way, sempena
Syawal 1434h tahun ini, aku telah “berhari raya” dengan minum teh
di Cameron Highland (Raya ke-3) dan melawat kangaroo di Syney,
Australia (recently). Kedua-dua trip ini sangat indah buat aku &
aku sangat happy. Satu persamaan antara kedua trip ini ialah aku
travel ke sana ketika musim sejuk. Cameron Highland memang terkenal
dengan kesejukannya di Puncak Brinchang manakala Sydney pula time ni
masih lagi winter season tapi dah dipenghujung winter but still cold
sehingga 10 darjah celcius.
Strawberry cheese cake. Fresh from Strawberry Farm, Cameron Highland |
Nanti
aku cerite lanjut story travel ni.. Akhir kata, selamat berhari-raya
kawan-kawan & ber’open house’...
Till then,
Assalamualaikum =))