Bermula entry pertama untuk Trip Solo sulung aku… Tapi sebelum aku mulakan penceritaan tentang pengembaraan aku ni, aku nak jawab dulu soalan yang selalu ditanya kat aku pasal pengembaraan ni such as “Frequently Asked Question” (FAQ). Soalan nya berbunyi :
i. Kenapa jalan sorang2 ?
Ok, kat sini aku jawab sebab apa aku jalan sorang2.. Cerita nya mulanya mcm ni, sebenarnya aku plan trip ni ngan seorang kawan baik aku. Trip tu kami rancang nak cover SE ASIA iaitu Thailand, Cambodia, Vietnam dan Laos. Tapi, malangnya rancangan kami tu dihalang oleh keluarganya yag risau kan tentang keselamatan nya.. Almaklumkan negara2 yang kami nak pergi tu kan Negara dunia ketiga.. So, mak die bimbang la nak lepaskan anak daranya pergi jauh2.. Aku frust sangat2 mulanya, ye la mana tak frust nye, sebab aku dah banyak buat research pasal trip tu… siap dah beli LP lagi.. huhu.. Tapi aku dapat kekuatan dari seseorang untuk teruskan jugak trip ni walaupun sorang2 dan die tak putus2 bagi aku dorongan dan semangat untuk aku menjayakan first solo trip ni… thus, aku buat keputusan untuk pergi jugak walaupun sorang2… Aku ubah route aku dari SE ASIA kepada Vietnam – China.. Biarpun ade beberapa orang kawan yang menghalang termasuklah kawan baik aku tu tapi aku pekakkan telinga dan aku teruskan niat aku untuk mengembara secara solo.
ii. Tak takut ke jalan sorang2? Awak tu Perempuan bukannya anak jantan..
Perasaan takut tu ade.. Ye lah first time la katakan keluar Negara sorang2.. Nak pulak Negara tu, Negara asia bukannya Eropah yang sememangnya banyak fasiliti untuk tourist.. Well aku gagahkan diri. Melalui sumber dari kawan2, Vietnam dan China sangat selamat untuk jalan sorang2.. Lebih selamat dari Negara kite sendiri.. Dan aku juga dapat kekuatan dari Fatt.. Terima kasih Fatt, ko lah inspirasi aku..
Aku banyak ambik tips2 dari internet untuk Berjaya sebagai solo women traveler… Antaranya dari Fatt, John, dari Amanda dan juga dari Mark Smith (Seat61). Alhamdulilah, mereka semua membantu aku dan kami berhubung melalui email J.. Mr Seat61 sangat membantu, die balas email aku walaupun die tu sangat la busy.. Aku juga tak lupa pada Allah swt dan aku sentiasa membaca ayat pelindung diri setiap masa dan setiap ketika.. Antara yang menjadi amalan adalah ayat Kursi, surah 3 Qul, al-Fatihatt, zikir, selawat dan etc.. Alhamdulillah, Allah swt tak mungkir janji dan Dia bantu aku setiap masa dan bantuan itu sentiasa ada dariNYa.. Aku bersyukur sangat pada Allah swt… nanti akan diceritakan dengan lebih detail pada entry2 seterusnya betapa kagumnya aku pada Kebesaran Allah SWT.. MashaAllah…
Trip ini mengambil masa selama 17 hari 16 malam… bermula pada 21 Januari hingga 6 February 2012. Bermula dari KL- Ho Chi Minh City pada pagi 21hb Januari.. dan dari HCMC aku bergerak naik bus ke Utara Vietnam.. aku stop di setiap bandar2 antaranya Da Lat, Nha Trang, Hoi An, Hue dan Hanoi.. Dari Hanoi aku gerak masuk ke Nanning, China dengan keretapi.. Dan dari Nanning aku bergerak overland naik bus dan train menuju ke Utara China. Penghujung trip aku adalah Bandaraya Beijing yang merupakan Ibu Kota Negara China. Dari Beijing aku fly balik ke KL dengan Air Asia.. Secara kasarnya tiket flight dari KL-HCMC adalah RM 500 dan Flight dari Beijing – KL RM500 jugak.. so, tiket flight aku habiskan RM 1000.. Aku tempah tiket tu last minit la jugak, sebulan sebelum pergi.. Sebab idea nak travel ni datang last minit… Nasib baik tiket tak mahal sangat..Aku beli tiket, then aku check-inn siap2 melalui web, takut terlupa nanti..
my boarding pass
Selesai je urusan pembelian tiket, aku pun ambik Visa ke China.. aku ambik double entry visa.. so aku boleh masuk ke China sebanyak dua kali. Visa ke China boleh dibuat di :
Tingkat 2, Plaza OSK, 25, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tel : 03-2163 6815 / 03-21636814, ext 102,103,104,105,106
Harga Visa (Mengikut Jenis Visa) :
Single Entry - RM 30
Double Entry – RM 50
Multiple Entry – RM 80
Application Service Fee :
Regular Service (Visa siap dalam masa 4 hari) – RM 28
Express Service (Visa siap dalam masa 3 hari) - RM 100
Rush Service (Visa siap pada hari sama) - RM 140
So, jumlah yang perlu dibayar untuk mohon Visa = Jenis Visa + Yuran Servis
Untuk kes aku ni, aku mohon double entry visa dan aku mohon yang regular servis.. so, jumlah keseluruhan yang aku kene bayar adalah RM 50 + RM 28 = RM 78
Untuk urusan permohonan Visa, kaunter dibuka hanya disebelah pagi sahaja sampai kul 11 pagi jer… Dan untuk urusan collection visa; adalah di sebelah petang selepas waktu makan tengahari. Isi borang2 siap2, download borang di sini http://visa.ywpw.com/forms/G1.pdf . Untuk maklumat lanjut pasal visa China boleh layari laman web ni http://visa.ywpw.com/authentication/ atau di http://www.evisaasia.com/ .
Ambik gambar siap2 di kedai gambar walaupun di situ ade disediakan servis untuk ambik gambar . beratur panjang sebab ramai orang nak ambik gambar kat situ.. Gambar background uniform - white (2” x 2”). Lekat gambar sekeping di Borang tu (x yah potong2 kalau gambar terlebih dari petak yang disediakan)…
Selesai je urusan visa, aku pegi mohon insurance.. aku ambik Travel Insuran. Melalui pembacaan aku dari Internet dan Seat61 juga berkata begitu, seeloknya dapatkan travel insurance sepanjang travel sebab kita tak tahu apa malang yang mungkin berlaku, so insurant u adalah sebagai pelindung kita sepanjang kite mengembara. So, aku dapatkan travel insuran dari Syarikat Insuran UniAsia Insurance Sdn.Bhd. Aku ambik insurance TravelStar. Aku ambik insuran dari syarikat ni sebab itu adalah tuntutan dari Majikan tempat aku bekerja. So, aku tak de pilihan lain.. Urusan pembelian insuran disini sangat mudah dan sangat lancar. Untuk sebarang pertanyaan pasal travel insuran ni boleh call no ni 03-2693 8111.
Harga Insurans…
Travel Region (Asia)
|
Tempoh Masa
|
Harga Individu (RM)
|
Harga Family (RM)
|
Brunei, Cambodia, China, Hongkong, India, Indonesia, Japan, Korea, Laos, Macau, Maldives, Myanmar, Nepal, Pakistan, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Taiwan, Thailanf, Vietnam
|
1-5 hari
|
32
|
72
|
6-10 hari
|
46
|
110
| |
11-18 hari
|
62
|
150
| |
19-31 hari
|
72
|
200
| |
Setiap Minggu Berikutnya
|
20
|
50
|
**Note : Untuk wilayah2 lain mcm UK, USA, Canada dll, harganya lain.. (Nanti akan diberitahu pada entry lain)
Pas buat insurans, aku pun rangka itinerary perjalanan aku. Berserta ngan checklist barang2 yang aku nak bawak.. Trip ni ambik masa selama 17 hari, so, aku tak leh bawak bende yang merapu2 sebab nanti berat beg aku nak usung kesana kemari..
my travel itenerary
Aku cume bawak sehelai T-shirt saja untuk tidur berserta seluar untuk tido.. Sehelai sweater, sehelai winter jacket, sepasang gloves dan 3 pasang stokin (Aku memang lebihkan sikit bab stoking ni sebab aku tak nak bazir duit beli stoking kat sana nanti)… Sehelai je T-Shirt???? Yupe hanya sehelai.. sebab nya aku bercadang untuk beli sehelai T-shirt di Vietnam, sehelai d HK dan sehelai di China.. So, nanti aku akan rotate pakai t-shirt yang sama tapi aku basuh la setiap hari.. Aku ade bawak ½ buku sabun fab, memang untuk tujuan basuh baju.
my rations
Beg aku penuh disumbatkan ngan makanan2.. Aku bawak 8 paket makanan segera Berahim dengan sedikit beras dan 15 paket milo 3 in 1. Alasannya adalah sebab aku nak jimat duit.. So, aku tak nak spent duit banyak sangat kat bab2 makan ni.. Aku jugak bawak mestin (Bekas makanan yang digunakan oleh askar2). Mestin ni banyak gunanya. Boleh buat masak nasi, masak lauk-pauk, masak air, sebagai bekas makanan dan apa2 saja la.. Bekas ni sememangnya aku ade sebab aku selalu guna untuk masuk hutan. Aku jugak bawak travel termos. Senang untuk aku buat air panas..
ready made meals - Brahim's
Selesai urusan tu semua, bermulalah cerite pengembaraan solo aku di entry seterusnya… Check-It Out !