Wednesday, July 31, 2013

Lexis Hotel, Port Dickson

Weekend away, aku menginap di Hotel Lexis, Port Dickson. Hotel ni terletak di Bandar Lukut. First time datang sini. Alhamdulillah aku berpuas hati. Hotel Lexis terletak betul betul bersebelahan dengan Grand Lexis, Port Dickson. Sama management sebenarnya. Bezanya cuma, Hotel Lexis tak ade private swimming pool dalam bilik manakala Hotel Grand Lexis ade private pool dalam bilik. So, pada sesiapa yang nak swimming sorang-sorang, leh la ambik Grand Lexis ni.

Dua-dua hotel ni menyediakan bilik di atas air (floating) & bilik di atas daratan. Bilik di atas daratan ni sama macam hotel lain, berbilang tingkat. Dekorasi antara kedua-duanya sama sahaja. Cume satu atas air & satu lagi atas bangunan. Luas bilik sama saja. 

Jom layan gambar.. 

Permandangan Lexis Hotel PD di waktu malam
  
Yang berkelip-kelipan di seberang laut sana adalah Bandar Port Dickson. Lexis Hotel ni terletak di Lukut.

Permandangan di waktu siang

Ini die Hotel Grand Lexis. Ade private pool di setiap bilik tu.

Grand Lexis Hotel





Public swimming pool di Lexis Hotel. Grand Lexis pun ade public swimming pool gak






Ini dia permandangan bilik di Hotel Lexis. Ade 1 katil king & 1 katil Queen. HOtel Grand Lexis ade 2 katil king.
Katil Queen tepi tingkap
Bukak-bukak pintu jer, nampak bilik air dulu.


Lalu bilik air dulu, baru dapat masuk ke bilik yang sebenarnya. So, kalau husben & wife ok lah duduk bilik cegini. Ade anak kecik ok lagi. Kalau anak-anak dah besar? errrrmmmm...malu jugak.. huhuhu
Ade pantry & almarinya pun besar

 For more info, kindly contact :
Lexis Hotel Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 
71000 Port Dickson, 
Negeri Sembilan ‎

Tel : 06-653 2000

 Grand Lexis Port Dickson
Toll Free: 1 800 88 0017
Tel: 06-653 2000
Fax: 06-651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com


p/s :Walaupun dalam sebuah bilik ade katil extra, tapi INGAT! managemnet kedua-dua hotel ini tidak benarkan "orang ketiga" masuk ke bilik ini. Hanya dua orang sahaja dibenarkan menginap dalam sebuah bilik. Orang ketiga tu termasuklah anak kecik. So, aku pun tak tahu kenapa dieorang letak katil banyak-banyak dalam bilik, maybe sebab nak tarik guest bawak guest ramai-ramai masuk bilik, then, dieorang akan caj (denda) bersamaan dengan harga bilik OK!

Kalau nak bawak orang ketiga tu, kite kene register kat reception orang "ketiga" tu walaupun anak kecik & dieorang akan kenakan bayaran mengikut kepala (aku tak tahu berapa bayarannya). Kalau tak register, dapat tangkap, kene bayar denda harga bilik. 

In addition, kalau nak mintak bath gel, shampoo, towel extra atau apa-apa lagi barang lain, ia akan dikenakan bayaran. So, guna je lah apa yang diprovide tu dengan berhemat.

Tuesday, July 30, 2013

@Grill, Bandar Baru Bangi - Not Recommend !

Dah lama nak publish entry ni, tapi hari ni baru ade kudrat nak publish. Sorry..

@Grill Restaurant, Bandar Baru Bangi

@Grill Restaurant ni terletak di Pusat Bandar Baru Bangi, dekat-dekat ngan PKNS, BB Bangi & satu deret dengan Restoren Wadihana Islamic Kitchen. Aku makan kat sini sebelum Ramadhan hari tu, teringin sangat tekak ni nak makan steak / chicken chop. So, nampak kedai ni, terus park kereta & masuk.

Masuk je restoren ni aku tak dapat terus tempat duduk, dalam 10 minit baru dapat tempat duduk sebab ramai orang, penuh. Then, dapat tempat, kami pun order makan. Tunggu punya tunggu, makanan tak sampai-sampai. Makin lama, makin ramai orang datang ke sini. Maybe sebab malam weekend kot. Aku tengok ke meja-meja lain, dieorang pun tak dapat makanan dieorang even dieorang sampai lagi-lagi awal dari aku.

Pas 30 minit, dapat lah kami air. Aku minum air tu sikit-sikit jer, takut habis tak sempat nak tunggu makanan. Waiter restoren asyik datang tanya dah dapat ke belum makanan, OF COURSE la tak dapat lagi. Tak nampak ker! (baca dalam nada marah ok. hehe). 

Lepas tunggu 1 jam, makanan yang ditunggu-tunggu pun sampai. Elok jer, kami nak melangkah keluar, dan-dan tu makanan sampai di meja. So, tak sempat nak blah cari restoren lain. So, apa lagi makanlah. Waiter tu pulak asyik duk mintak maaf jer. huhu.. (konon!).

Aku tengok meja lain pun tunggu lama gak macam aku.. huhuhu.. Makanan jer aku boleh cakap "tak sedap!".. What to do, makan jer la.. And masa nak bayar, tauke restoren ni bagi kami diskaun 10% sebab serve makanan lambat. But the price is still high. Sebab tak sama dengan kualiti makanan & servis.

So, aku tak recomend u all makan kat sini based on experience aku. Tapi kalau ade yang experience bagus tentang restoren ni, itu rezeki mereka. But for me, i wont come again to this restaurant.


Kat luar pun, penuh orang



Dekorasi restoren. Restoren ni ade wifi tau

Dekorasi Restoren



Orange Juice & Water Melon Juice

Garlic rice. Side Dish. Sangat sikit
Tengok, mangkuk ni besar giler kan.. Berharga RM 3.50 semangkuk


Muka kebosanan menunggu. Bergambar-berposing-posing nak hilangkan bosan

shoulder lamb grill

p/s : Restoren ni memang ramai orang sebab restoren ni baru aja di buka. I do not know what happen in the future..