Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

Amsterdam : Itenerary

Kat Amsterdam ade banyak sangat attraction seperti yang aku post kat entry lepas. [Klik sini]. Kalau korang stay lama  kat sini, boleh la lawat semua tempat tu tapi kalau stay kejap jer, kene pilih la mana satu korang punya interest.

Aku cadangkan, kalau nak rasa puas, better stay at least 3 hari kat sini. At least OK! Kalau stay lagi lama, lagi bagus. So, kalau itenerary untuk 3 hari, ni cadangan aku :

1st day : Countryside & Windmill tour
Best tau ikut tour ni sebab kite dapat tengok kehidupan sebenar Masyarakat Deutch. Tour ni mengambil masa selama 5 jam. Start dari jam 9.15 pagi hingga jam 2.15 ptg atau dari jam 12.15 tengahari hingga jam 5.15 ptg. Hargenya 40 euro seorang (RM 200). Sepanjang lawatan ni, kita akan dibawa tengok windmill (kincir angin) yang digunakan untuk tujuan pertanian, tengok orang buat clog, pergi ke perkampungan nelayan, kilang buat cheese (secara tradisional) & typical green-timbered houses & warehouses. Memang betul2 dapat tengok suasana countryside atau suasana kampung Masyarakat Belanda.

Kat dalam bas, ade bantuan audio disediakan (free jer, dah termasuk dalam tiket). Ade 16 bahasa, so pilih lah bahasa mana yang korang nak dengar. Tapi Bahasa Melayu tak ade tau. Dieorang akan bawak makan tengahari kat Restoren Nelayan (makan bayar sendiri, tak temasuk dalam pakej).


macam-macam jenis cheese dibuat..As a cheese-favourista, memang aku enjoy sangat

 *** Sebelah malam plak,korang leh tengok/enjoy nightlife kat sini atau gi shopping.
One of the famous shopping street in Amsterdam. Street ni merupakan lorong belakang bangunan. Butik2 berjenama banyak kat sini. Kedai sourveniour pun banyak kat sini. Kat belakang Damrak Road. Dekat je ngan Madame Tussauds, Amsterdam Central & Red Light District.

2nd day : Canal Cruise,  City Tour & Other Attraction
a) Rugi kalau tak explore canal kat sini sebab Amsterdam memang terkenal dengan canal. Ade disediakan perkhidmatan canal cruise. Duduk dalam bot ( yang tertutup dengan cermin kaca, so tak sejuk), ade disediakan perkhidmatan audio. Free je, bayaran dah termasuk sekali dengan harga tiket. Ade 18 bahasa, so boleh pilih bahasa mana yang korang nak dengar. Tapi bahasa melayu memang tak ade, so kene dengar bahasa Inggeris gak lah. Tapi bahasa Mandarin, Korea, Jepun, Jerman semua ade.

Harge tiket untuk canal cruise ni 15 euro seorang (untuk 1 jam tour) atau 17 euro seorang (untuk 1 jam setengah tour).Tour ni ade setiap hari, setiap 30 minit dari jam 10 pagi hingga jam 9 malam.
**p/s : kalau beli tiket dari travel agent, murah sikit. Untuk 1 jam tour ade diskaun 2.50 euro (RM 12.50) & untuk 1 jam setengah tour plak, diskaun sebanyak 3 euro (RM 15.00).


entrance masuk
ni lah rupa bot untuk canal cruise

Inside the cruise

b) Ade jugak disediakan perkhidmatan Hop On-Hop Off dengan bot. So, bile naik bot, boleh benti kat mana-mana destinasi & naik semula. Ade setiap hari tour ni dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Boleh beli tiket untuk 24 jam (so, valid selama 24 jam) atau tiket 48 jam (valid selama 48 jam). Harge tiket 22 euro (24 jam) & 33 euro (48 jam). 

One of the canal in Amsterdam
Ni sebenarnya ofis atas air. Bangunan kat belakang tu bangunan ofis. Bangunan-bangunan kat Amsterdam ni semuanya macam tu.. Tak ade bangunan baru sangat sebab dieorang nak kekalkan warisan semulajadi Bandar ni.

c) City tour plak,korang boleh pilih samaada nak explore city sendiri atau ambik tour (ade guide) atau korang leh naik bas hop on-hop off. Kalau korang ambik tour, hargenya 23 euro/pax selama 2 jam setengah, start dari jam 2.30 petang & die akan bawak visit ke dalam kilang berlian. Bangunan-bangunan lain tengok kat luar jer, tak masuk dalam.

d) Kalau naik hop on-hop off pulak, macam biasa lah, naik bas & boleh benti kat mana-mana destinasi yang kite mahu. Dalam bas ade bantuan audio disediakan dengan 16 bahasa. Macam biasa, Bahasa Melayu tak ade. so, pilihlah bahasa Inggeris. Hargenya 17 euro/pax untuk tiket 24 jam (tiket valid selama 24 jam) & 25 euro/pax untuk tiket 48 jam (tiket valid selama 48 jam). Bas ni ade hari-hari dari jam 9.30 pagi hingga jam 6 petang. **P/S: kalau korang nak naik canal cruise sekali, just add-on 9 euro/pax je untuk canal cruise, tak perlu bayar sampai 15 euro. 

kat dalam bas HOPO. Bas HOPO ni 2 tingkat, sama rupa macam bas HOPO di KL
dalam bas HOPO. Selalunya penuh orang. Kalau lambat, terpaksa duduk kat seat bawah
e) Ataupun korang boleh pilih untuk ambik 'Amsterdam Highlights Tour'. Tour ni akan bawak korang melawat landmark-landmark yang sangat femes kat Amsterdam & visit ke kilang berlian Gassan (siap dapat minum kopi percuma lagi tau). Servis ade setiap hari setiap 20 minit dari jam 9.30 pagi - 4.15 petang. Dia sama gak macam bas Hop on-Hop off (lebih kurang la, sebab naik bas HOPO ni), so boleh stop kat mana-mana yang kita suka. Harga biasa 20 euro/pax, tapi kalau beli tiket dari tour agent, leh dapat dengan harge 13 euro seorang jer.  **P/S: kalau korang nak naik canal cruise sekali, just add-on 9 euro/pax je untuk canal cruise. 

tiket untuk 'Amsterdam Highlights Tour'


Tram also one of the public transportation in Amsterdam (saya sangat suka naik tram.. hehe)

mum-to-be at 6th month pregnancy.. **wink-wink**
Kalau naik tram, untuk 1 jam bayar 2.80 euro (seorang). Walaupun nak naik 1 laluan jer yang tak sampai 10 minit, tetap kene bayar 2.80euro. So, 1 tiket tu boleh naik berapa banyak tram pun (unlimited journey) within 1 jam tu.. Kalau tiket untuk 24 jam, hargenya cume 7 euro seorang (unlimited gak). Tiket beli kat atas tram.


vi) Lagi option, korang boleh sewa basikal atau ambik tour guna basikal, jalan-jalan pusing pusat bandar Amsterdam. Kat sini ade kedai sewa basikal. Kalau nak sewa basikal, hargenya 10 euro/each selama 3 jam. Kalau nak tambah jam, kene tambah duit la. Kalau sewa untuk 24 jam pulak harganya 15 euro/each. Perkhidmatan ni ade setiap hari dari jam 9.30 pagi - 5.00 petang. 

Kalau bike tour pulak, harganya 21 euro/each, setiap hari pada jam 1.30 ptg. Ade guide cakap english, so tak yah risau.  
 
3rd day : Museum
Muzium ni korang boleh pergi sendiri mana-mana muzium yang korang suka. Just beli tiket jer. Nasihat aku, janganlah beli tiket di muzium sebab nak beratur panjang giler. Korang leh beli dari travel agent, dapat diskaun lagi. Atau another option, korang ambik 'Amsterdam Holland Pass'.

Amsterdam Holland Pass ni adalah city pass yang offer free & reduced entrance ticket ke tempat2 popular kat dalam Amsterdam ni such as Madame Tussauds, Van Gogh Museum, Keukenhof Gardens, Heineken Building, Artis Royal Zoo & ade lagi tempat-tempat lain. Hargenya 48 euro untuk 5 tiket atau 68 euro untuk 7 tiket.

Kalau harge biasa masuk 1 muzium ialah 15 euro sekali masuk, tapi dengan pass ni korang hanya bayar 9.60 euro sekali masuk. Kan jimat banyak tu..

Ni pulak itenerary untuk sehari je. Ade jugak orang yang datang Amsterdam ni hanya sehari jer, sebab just for transit untuk ke tempat lain pulak atau just datag nak tengok-tengok Amsterdam jer.


Iteneri 1 hari :
Pagi - Countryside & Windmill Tour

Petang  - Canal Cruise & City Tour

Malam - Enjoy the Nightlife of Amsterdam / Shopping


** P/S : Kalau nak pergi sendiri ke tempat-tempat lawatan kat countryside tu, ni alamat die. Tapi aku tak tahu lah macam mana nak pergi.

1. Clog making - Wooden Shoe Factory
Kets 52, 1156 AX Marken. Tel : +31 (0)299 601 250. www.theclogexperience.com


2. Cheese Factory Volendam
Haven 25, 1131 EP Volendam. Tel : +31 (0)299 350479. www.cheesefactoryvolendam.com



Amsterdam Downtown sentiasa penuh dengan orang


kuda pun pandai posing .. *wink-wink*
salah 1 public toilet di Amsterdam ni. Dari luar, nampak orang duduk kat dalam tu. Tapi bile masuk kat dalam, KUNCI PINTU, orang luar tak nampak la. Dengan syarat, KUNCI PINTU K. Kalau tak kunci, free show la jawabnye
masuk public toilet kat sini or mana2 negara EU kene bayar 0.50 euro sekali masuk (RM 2.50)

Monday, February 17, 2014

Amsterdam - Place of Interest

Schipol International Airport, Amsterdam adalah merupakan airport ke-4 terBUSY di Benua EU ini & merupakan ke-5 terBUSY di dunia bagi traffic flight antarabangsa. So, ramai yang mendarat di Amsterdam untuk transit ke destinasi seterusnya. Kalau dari Kuala Lumpur, Malaysia Airlines hanya provides flight ke Amsterdam, Paris, London & Istanbul saja untuk benua EU ni.. 

So, kalau nak ke Italy ke, Greece ke, Brussel ke, Stockholm ke, terpaksalah dulu transit di salah satu antara 4 airport ni. Dulu, Malaysia Airlines (MAS) pergi je ke bandar-bandar besar lain dalam EU ni tapi sekarang dah tak ade disebabkan kerana strategi penjimatan MAS iaitu mengurangkan jumlah destinasi yang dikunjungi.. Samalah juga kalau nak fly ke Amerika, terpaksalah transit antara 4 airport ni dulu. Tak ade flight direct sekrang ke New York & bandar-bandar lain. So, tak heran Amsterdam menjadi salah satu tempat pelancongan terkenal di dunia. Kalau nak murah, ambiklah tiket KLM Airways untuk ke Amsterdam.


1. MUZIUM
Ok, main tourist attraction di Amsterdam ni adalah MUZIUM. Ade macam-macam muzium kat Amsterdam ni. Korang nak muzium apa, just namakan jer. Ade muzium buat arak, muzium diamond (berlian), muzium sejarah, muzium art malah muzium pelacuran pun ade..Ade banyak sangat sampai aku pun tak tahu berapa jumlah muzium yang ade kat sini. Kalau 1 hari jer di Amsterdam, for sure tak sempat nak masuk semua muzium tu..Yang paling femes adalah Rijksmuseum & Van Gogh Museum. Dua-dua muzium ni terletak di kawasan Museum Square.

I amSterdam di kawasan Museum Square

di perkarangan Museum Square
Rijksmuseum adalah merupakan muzium sejarah & muzium seni Bandar Amsterdam. Bangunan muzium ni direka oleh Pierre Cuypers & pertama kali dibuka pada tahun 1885 & mendapat sambutan dari penduduk dunia saban tahun. Objek yang ade kat muzium ni start dari tahun 1200 lagi.. Siyes aku cakap, ramai giler orang datang sini & terlalu panjang que untuk beli tiket. Mungkin ambik masa 3 hingga 4 jam untuk beli tiket. Kalau nak masuk muzium ni, aku nasihatkan pergi beratur start dari awal-awal pagi. Dibuka start dari jam 9 pagi - 7 petang. Harga tiket 15 euro seorang (dewasa) & bagi kanak-kanak & teenager yang berumur bawah 18 tahun kemasukan adalah percuma. Kalau nak bantuan audio, tambah lagi 5 euro.

Rijksmuseum Building
Que panjang di luar Rijksmuseum. Ini baru que di luar, nanti masuk kat dalam kene que panjang lagi sebelum dapat beli tiket.
dalam Bangunan Rikjsmuseum

Sama juga dengan Van Gogh Museum, panjang giler beratur nak beli tiket. Vincent Van Gogh adalah merupakan seorang artis (pelukis) terkenal ketika zaman dulu-dulu (1853-1890). Sama femes dengan Leonardo Da Vincci. So, muzium ni adalah muzium yang menghimpunkan segala karya-karya lukisan mahupun arca seni beliau. Muzium Van Gogh ni merupakan antara 30 muzium seni di dunia yang sering dilawati oleh penduduk dunia. Dibuka dari jam 9 pagi - 5 petang. Harge tiket untuk sorang dewasa 15 euro & alat bantuan audio, tambah lagi 5 euro (each). Kalau kanak-kanak & teenagers umur bawah 17 tahun, tiket masuk free tapi dikenakan bayaran kalau nak sewa alat bantuan audio dengan harga 5 euro (bagi yang berumur 13 - 17 tahun) & 2.50 euro (bagi yang berumur bawah 12 tahun).

*** Kalau tak nak beratur panjang beli tiket, sila lah skip beli tiket dengan beli melalui  tour & travel agent company yang banyak terletak di sepanjang Damrak Road (depan Amsterdam Central) atau beli tiket secara online. Just gugel je nama muzium yang korang nak pergi, then bayar secara online macam biasa.


2. MAIN ATTRACTION LAIN
Selain dari muzium, ade macam-macam attraction lain lagi.. Top 5 attraction kat Amsterdam ni bagi musim winter  (kalau musim lain, attractionnya berbeza) ;  

1. Heineken Building 
Dulunya bangunan ni adalah kilang buat arak jenama Heineken tapi sekarang dijadikan muzium. So dalam muzium ni dieorang akan tunjuk macam mana arak jenama Heineken dibuat.

2. Icebar Amsterdam
Icebar ni merupakan bar (tempat minum arak) dimana segalanya yang ade di dalam ni diperbuat dari ais termasuklah gelas untuk minum arak. Kerusi pun diperbuat dari ais.Ade 4d show dalam icebar ni. Last show kul 11 malam (Ahad - Khamis) & 1 pagi (Jumaat & Sabtu).

3. Madame Tussauds
Seperti ramai orang tahu Madame Tussauds adalah wax museum yang menempatkan patung-patung lilin para kenamaan dunia. Sama seperti Madame Tussauds di London & Hongkong.

4. The Amsterdam Dungeon 
Rumah hantu & sihir yang mana watak-watak jahat tu adalah real. Memang seram giler lah. Watak-watak hantu sejak 500 tahun dulu.


5. Body World
Featuring 200 spesimen anatomy badan manusia secara real. Ditunjukkan secara detail anatomy badan manusia ni. So, boleh tengok la setiap urat, saraf, sel kat badan manusia. Tiket masuk 20 euro sorang.


di perkarangan Madame Tussauds, The Amsterdam Dungeon & Body World

Top 5 Attractions & Top 5 Nightlife in Amsterdam

3. CANAL & SKINNY BRIDGE
Amsterdam terkenal dengan canal (terusan). Canal ni adalah canal buatan manusia sejak dari zaman dulu-dulu lagi. Canal dibina didalam bandar ni sebagai terusan untuk bekalkan air selain dari strategi tebatan banjir. Sebabnya bentuk muka bumi Amsterdam ni adalah berada di bawah paras laut. Maksudnya paras air laut lebih tinggi dari daratan Amsterdam. So, orang dulu-dulu buat canal untuk menghalang air pasang yang akan mengakibatkan banjir. Oleh itu, canal dibina banyak-banyak supaya dapat alirkan air larian permukaan (water run-off) melalui banyak laluan. Tapi sekarang ni, bandar ni dah ade teknologi moden untuk halang banjir. Some sort like empangan la.

Ade macam-macam canal kat Amsterdam ni. Siap ade rumah bot lagi di sesetengah canal ni yang mana orang dulu-dulu intend untuk tinggal dalam rumat bot ni sebab bayaran sewa rumah di atas darat terlalu mahal. So, that's why dieorang duduk dalam bot yang diubah suai menjadi rumah. Walaupun sekarang dieorang dah tak tinggal kat dalam rumah bot ni lagi, tapi rumah bot masih ade lagi sebagai tourist attraction. 

house boat
Selain dari rumat bot, attraction yang paling terkenal di canal adalah Skinny Bridge. Skinny Bridge atau Magere Brug (Bahasa Belanda) adalah merupakan jambatan bagi Sungai Amstel. Ianya terletak di persimpangan antara 2 canal iaitu Emperor's Canal (Keizersgracht) & Prince's Canal ( Prinsengracht ). Orang-orang Belanda percaya bahawa skinny bridge ni adalah tempat paling romantik di Amsterdam ni. So, barang siapa yang jatuh cinta dengan seseorang, when u kiss your love over this bridge, he/she is your true love in your lifetime. Aku rasa masa Valentine hari tu, pasti ramai yang kiss atas jambatan ni. Entahlah, aku rasa jer, aku tak tahu sebab masa 14 Feb hari tu aku dah pergi Vienna. Skinny Bridge ni banyak digunakan untuk shooting dalam filem-filem Hollywood. Salah satunya bagi filem James Bond, Diamonds Are Forever. 

salah satu canal
http://0.tqn.com/d/goamsterdam/1/0/p/4/-/-/IMGP3614.JPG
skinny bridge. sumber gambar dari gugel image

4. RED LIGHT DISTRICT
Seperti yang semua tahu, Amsterdam sangat famous ngan aktiviti pelacuran. Sebabnya pelacuran & dadah adalah sah disisi undang-undang kat sini. So, tempat yang paling femes & sangat digemari oleh para lelaki (ye ke semua lelaki suka?? tak kot kan??) adalah Red Light District. Red light district kalau ditranslate dalam bahasa melayu jadinya daerah lampu merah yang mana ianya merupakan kawasan pelacuran. Kat sini juga lah terletak Muzium Pelacuran a.k.a Red Light Secret. Red

http://media-cdn.tripadvisor.com/media/photo-s/01/02/db/66/the-red-light-district.jpg
sumber gambar dari gugel image
Di sepanjang jalan di Red Light District ni, bangunan-bangunannya berpintukan kaca. So, para perempuan seksi & seksa  & yang seangkatan dengannya duduk di sebalik kaca tersebut menunggu pelanggan. So, pelanggan yang berminat boleh la pilih mana perempuan yang dieorang suka macam pilih jam kat kedai. Just tengok dari cermin, bile berkenaan, ketuk pintu kaca tu & negotiate harge. Bile siang hari, tak banyak sangat pilihan tapi bile malam menjelma memang ramai lah perempuan@ cantik, lawa, muda2, bergetah macam getah skrap ade.. Pelbagai peringkat umur & saiz badan ade. Ade yang spesis macam ikan paus, macam tikus mondok & cute macam kancil pun ade.. Ade disediakan perkhidmatan walking tour untuk tengok district ni. Hargenya 24 euro untuk 2 jam start dari jam 8 malam.Landskap di sepanjang kawasan ni cantik & bersih, bukan seperti di Lorong Haji Taib.. Memang tempat ni establish lah untuk tujuan pelancongan.

Kat district ni gak ade 'Theatre Casa Rosso'. Kat dalam Caso Rosso ni ade erotic show (show tarian erotik). Dibuka dari jam 7 malam sampai 2 pagi. Bayaran masuk 38.50 euro (without minuman keras) & 47.50 euro (with 2 minuman keras).. * Sebelum datang tempat ni, pikir masak-masak dulu sebab : live sex on stage*..
sumber gambar dari gugel image

5. COUNTRYSIDE & WINDMILLS 
Amsterdam sangat terkenal dengan windmill, bunga-bunga especially bunga tulip, terompah kasut Deutch (clog) & lain-lain kehidupan kampung masyarakat Deutch di Netherlands ni. Attraction ni semua terletak di kawasan rural iaitu diluar pusat bandar Amsterdam. Ade tour yang diprovide untuk bawak tourist melawat tempat2 pelancongan ni. Duration nye selama 5 jam dengan harga 40 euro seorang (dalam range RM 200). Tour start dari kul 9.15 pagi & 12.15 pm. So, sepanjang tour ni, tourist akan dibawa melawat windmill village, typical green-timbered houses & warehouses, Perkampungan Nelayan Volendam, kilang buat cheese & tempat buat clog secara tradisional. 

windmill

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/eb/Dutchclogs.jpg
Deutch's clog. Sumber gambar dari gugel image


**P/S : Semua attraction kat Amsterdam ni, boleh beli tiket masuk atau tiket tour melalui tour & travel agent company yang banyak terletak di sekitar Damrak Road (depan Amsterdam Central). 
Alamat salah satu agent  : 
Lindbergh  Tours & Tickets
Damrak 26, 1012 LH Amsterdam
Tel : +31 20420 4000

Thursday, February 13, 2014

Welkom in Amsterdam, Nertherlands

Welkom in Amsterdam (Deutch Language), maksudnya Selamat Datang ke Amsterdam. Sejak dari kecik lagi aku berangan nak ke Amsterdam, Belanda. Tapi baru skrang ade rezeki untuk ke sini. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.. Flight dari KL (Malaysia Airlines) direct ke Amsterdam ambil masa 13 jam & landing di Schipol International Airport, Amsterdam. 

Dari Schipol, ambik train ke pusat bandar (Amsterdam Central) dengan harga 4.25 euro di Schipol Railway Station. Schipol Railway station & Schipol Airport dalam bangunan yang sama. So, just follow sign board jer. Tapi untuk sementara waktu ni, train dari/ke airport dihentikan sementara sebab construction. So, terpaksa naik bas. Beli tiket train macam biasa di kaunter tiket train tapi keluar bangunan & naik bas. Perjalanan dengan train ke pusat bandar hanya 20 minit tapi bile naik bas jadi 30 minit atau lebih sebab bas berhenti banyak tempat..

breakfast kat atas flight

inside the flight

inside Schipol Airport
Inside the arrival lounge. Meditation centre tu adalah tempat solat. So, pada Muslims senang la nak solat kat airport ni.

Tempat solat dalam Schipol Airport. Lokasi tempat solat ni adalah sebelum ambil luggage. So, bile dah ambik luggage & keluar dari arrival gate, dah tak ade tempat solat (meditation centre)

Schipol Railway Station
dalam bas dari Schipol ke pusat bandar



 Amsterdam Central adalah sebuah Railway Station yang provides train services ke bandar-bandar lain mahupun dalam Amsteram sendiri. Kalau nak fetch train ke Munich, Brussel, Paris, Berlin, Zurich mahupun tempat-tempat lain dalam Europe ni, ambik tiket & naik train kat sini la..

Bangunan Amsterdam Central
 

Inside Amsterdam Central

Monday, February 10, 2014

Babymoon

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah 3 bulan aku tak jenguk blog ni.. Sorry pada yang menanti update dari aku... Bukan apa, actually sebab aku fokus pada study aku & at the same time bagi ruang untuk manjakan diri since i am pregnant ...

Ketika ni, aku skrang di Amsterdam, Nertherlands... and i am pregnant 6 months.. Thats why tajuk entry ni "Babymoon".. What is "Babymoon"?. Babymoon tu sama macam "honeymoon" la. Tapi honeymoon, bercuti berdua bersama pasangan dan "babymoon" pula bermaksud pergi bercuti/melancong bersama pasangan ketika baby berada dalam perut ibu  =))...


in front of Amsterdam Central. Catch up train to other city in here

in front of Madame Tussaud, Amsterdam

Aku skrang dalam fasa 2nd trimester & 2nd trimester adalah best time untuk mom to be pergi bercuti. Sebabnya masa 1st trimester, rahim ibu tak berapa kuat lagi & badan pun masih lemah dengan alahan (bagi yang ade alahan ketika mengandung), so bakal ibu-ibu dinasihatkan untuk berehat saja ketika 1st trimester. Dan 2nd trimester, kebiasaannya, ibu-ibu mengandung dah kuat & baby pun dah selesa dalam perut ibu, so boleh la nak pergi makan angin... Tapi, ibu yang mengandung perlu sentiasa berhati-hati sepanjang masa & jangan lupa makan ubat / vitamin yang dibekalkan doktor &  minum air banyak-banyak untuk bagi badan sentiasa hydrated.
my medication while i'm at home as well as  on the go

Well, aku kesini dalam rangka bercuti ke Benua Eropah.. Ade beberapa buah negara aku akan singgah & lawat memandangkan setiap negara tu dekat je antara 1 sama laini & travel antara negara-negara Eu ni macam travel domestic jer. Passport hanya dicop sekali je sampai tiba dari Kuala Lumpur & selepas itu, tak perlu cop lagi walaupun travel 10 negara. Last sekali akan dicop masa nak balik Malaysia nanti. Senang kan?? Dan satu negara ke negara lain pun dekat-dekat jer, tak adalah jauh. Sebab tu lah orang yang datang ke Eropah akan pergi melancong ke beberapa destinasi instead of 1 tempat jer... Cuaca kat sini sangat sejuk, 6 darjah celcius tapi takde salji.. Hujan jer.. Sebab kan hujan tu lah, buatkan cuaca lagi dingin & berangin.. huhuhu...