Aku cadangkan, kalau nak rasa puas, better stay at least 3 hari kat sini. At least OK! Kalau stay lagi lama, lagi bagus. So, kalau itenerary untuk 3 hari, ni cadangan aku :
1st day : Countryside & Windmill tour
Best tau ikut tour ni sebab kite dapat tengok kehidupan sebenar Masyarakat Deutch. Tour ni mengambil masa selama 5 jam. Start dari jam 9.15 pagi hingga jam 2.15 ptg atau dari jam 12.15 tengahari hingga jam 5.15 ptg. Hargenya 40 euro seorang (RM 200). Sepanjang lawatan ni, kita akan dibawa tengok windmill (kincir angin) yang digunakan untuk tujuan pertanian, tengok orang buat clog, pergi ke perkampungan nelayan, kilang buat cheese (secara tradisional) & typical green-timbered houses & warehouses. Memang betul2 dapat tengok suasana countryside atau suasana kampung Masyarakat Belanda.
Kat dalam bas, ade bantuan audio disediakan (free jer, dah termasuk dalam tiket). Ade 16 bahasa, so pilih lah bahasa mana yang korang nak dengar. Tapi Bahasa Melayu tak ade tau. Dieorang akan bawak makan tengahari kat Restoren Nelayan (makan bayar sendiri, tak temasuk dalam pakej).
*** Sebelah malam plak,korang leh tengok/enjoy nightlife kat sini atau gi shopping.
a) Rugi kalau tak explore canal kat sini sebab Amsterdam memang terkenal dengan canal. Ade disediakan perkhidmatan canal cruise. Duduk dalam bot ( yang tertutup dengan cermin kaca, so tak sejuk), ade disediakan perkhidmatan audio. Free je, bayaran dah termasuk sekali dengan harga tiket. Ade 18 bahasa, so boleh pilih bahasa mana yang korang nak dengar. Tapi bahasa melayu memang tak ade, so kene dengar bahasa Inggeris gak lah. Tapi bahasa Mandarin, Korea, Jepun, Jerman semua ade.
Harge tiket untuk canal cruise ni 15 euro seorang (untuk 1 jam tour) atau 17 euro seorang (untuk 1 jam setengah tour).Tour ni ade setiap hari, setiap 30 minit dari jam 10 pagi hingga jam 9 malam.
**p/s : kalau beli tiket dari travel agent, murah sikit. Untuk 1 jam tour ade diskaun 2.50 euro (RM 12.50) & untuk 1 jam setengah tour plak, diskaun sebanyak 3 euro (RM 15.00).
![]() |
ni lah rupa bot untuk canal cruise |
![]() |
Inside the cruise |
b) Ade jugak disediakan perkhidmatan Hop On-Hop Off dengan bot. So, bile naik bot, boleh benti kat mana-mana destinasi & naik semula. Ade setiap hari tour ni dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Boleh beli tiket untuk 24 jam (so, valid selama 24 jam) atau tiket 48 jam (valid selama 48 jam). Harge tiket 22 euro (24 jam) & 33 euro (48 jam).
c) City tour plak,korang boleh pilih samaada nak explore city sendiri atau ambik tour (ade guide) atau korang leh naik bas hop on-hop off. Kalau korang ambik tour, hargenya 23 euro/pax selama 2 jam setengah, start dari jam 2.30 petang & die akan bawak visit ke dalam kilang berlian. Bangunan-bangunan lain tengok kat luar jer, tak masuk dalam.
d) Kalau naik hop on-hop off pulak, macam biasa lah, naik bas & boleh benti kat mana-mana destinasi yang kite mahu. Dalam bas ade bantuan audio disediakan dengan 16 bahasa. Macam biasa, Bahasa Melayu tak ade. so, pilihlah bahasa Inggeris. Hargenya 17 euro/pax untuk tiket 24 jam (tiket valid selama 24 jam) & 25 euro/pax untuk tiket 48 jam (tiket valid selama 48 jam). Bas ni ade hari-hari dari jam 9.30 pagi hingga jam 6 petang. **P/S: kalau korang nak naik canal cruise sekali, just add-on 9 euro/pax je untuk canal cruise, tak perlu bayar sampai 15 euro.
e) Ataupun korang boleh pilih untuk ambik 'Amsterdam Highlights Tour'. Tour ni akan bawak korang melawat landmark-landmark yang sangat femes kat Amsterdam & visit ke kilang berlian Gassan (siap dapat minum kopi percuma lagi tau). Servis ade setiap hari setiap 20 minit dari jam 9.30 pagi - 4.15 petang. Dia sama gak macam bas Hop on-Hop off (lebih kurang la, sebab naik bas HOPO ni), so boleh stop kat mana-mana yang kita suka. Harga biasa 20 euro/pax, tapi kalau beli tiket dari tour agent, leh dapat dengan harge 13 euro seorang jer. **P/S: kalau korang nak naik canal cruise sekali, just add-on 9 euro/pax je untuk canal cruise.
![]() |
tiket untuk 'Amsterdam Highlights Tour' |
![]() |
Tram also one of the public transportation in Amsterdam (saya sangat suka naik tram.. hehe) |
![]() |
mum-to-be at 6th month pregnancy.. **wink-wink** |
vi) Lagi option, korang boleh sewa basikal atau ambik tour guna basikal, jalan-jalan pusing pusat bandar Amsterdam. Kat sini ade kedai sewa basikal. Kalau nak sewa basikal, hargenya 10 euro/each selama 3 jam. Kalau nak tambah jam, kene tambah duit la. Kalau sewa untuk 24 jam pulak harganya 15 euro/each. Perkhidmatan ni ade setiap hari dari jam 9.30 pagi - 5.00 petang.
Kalau bike tour pulak, harganya 21 euro/each, setiap hari pada jam 1.30 ptg. Ade guide cakap english, so tak yah risau.
3rd day : Museum
Muzium ni korang boleh pergi sendiri mana-mana muzium yang korang suka. Just beli tiket jer. Nasihat aku, janganlah beli tiket di muzium sebab nak beratur panjang giler. Korang leh beli dari travel agent, dapat diskaun lagi. Atau another option, korang ambik 'Amsterdam Holland Pass'.
Amsterdam Holland Pass ni adalah city pass yang offer free & reduced entrance ticket ke tempat2 popular kat dalam Amsterdam ni such as Madame Tussauds, Van Gogh Museum, Keukenhof Gardens, Heineken Building, Artis Royal Zoo & ade lagi tempat-tempat lain. Hargenya 48 euro untuk 5 tiket atau 68 euro untuk 7 tiket.
Kalau harge biasa masuk 1 muzium ialah 15 euro sekali masuk, tapi dengan pass ni korang hanya bayar 9.60 euro sekali masuk. Kan jimat banyak tu..
Ni pulak itenerary untuk sehari je. Ade jugak orang yang datang Amsterdam ni hanya sehari jer, sebab just for transit untuk ke tempat lain pulak atau just datag nak tengok-tengok Amsterdam jer.
Iteneri 1 hari :
Pagi - Countryside & Windmill Tour
Petang - Canal Cruise & City Tour
Malam - Enjoy the Nightlife of Amsterdam / Shopping
** P/S : Kalau nak pergi sendiri ke tempat-tempat lawatan kat countryside tu, ni alamat die. Tapi aku tak tahu lah macam mana nak pergi.
1. Clog making - Wooden Shoe Factory
Kets 52, 1156 AX Marken. Tel : +31 (0)299 601 250. www.theclogexperience.com
2. Cheese Factory Volendam
Haven 25, 1131 EP Volendam. Tel : +31 (0)299 350479. www.cheesefactoryvolendam.com
![]() |
Amsterdam Downtown sentiasa penuh dengan orang |
![]() |
kuda pun pandai posing .. *wink-wink* |
![]() |
masuk public toilet kat sini or mana2 negara EU kene bayar 0.50 euro sekali masuk (RM 2.50) |