Monday, September 16, 2013

Air Asia ; 1 Million Free Seat

Malam ni tepat jam 12.00 am,jom kita ramai - ramai grab tiket percuma dari air asia.. 1 juta tpt duduk percuma air asia tawarkan..Moh kite !

Monday, September 9, 2013

Kuala Lumpur City Gallery


Ok, hari ni aku nak cerite pasal Tanah Tumpah Darahku sendiri sempena sambutan bulan kemerdekaan (31 Ogos baru je lepas & Hari Malaysia akan dtg jer, Ahad ni). Belum sempat travelogue Vietnam-Hongkong-China habis & travelog-travelog lain (Jepun, Bangkok,Cambodia, Krabi, & recently Sydney). Bagi laluan pada iklan kejap sempena Hari Kebangsaan ni. Saya sayang Malaysia (skali nyanyi ngan lagu #MySyg).

Sebenarnya ade banyak tempat yang boleh kita lawati di Kuala Lumpur ni sendiri. Tak perlu pergi jauh-jauh. Kalau bosan time weekend, just naik je LRT and pergi cuti-cuti KL. Sebab tu saya sayang Malaysia. Dan salah satu tempat yang aku teruja sangat adalah Kuala Lumpur City Gallery atau KL City Gallery. Galeri ni dibuka awal tahun ni dan aku dah berkunjung kesini pada February lepas (sorry baru nak citer). Dah lama tersimpan dalam laptop ni, ni baru terciter pasal bende ni.

Kuala Lumpur City Gallery ni terletak di Jalan Raja, kat Dataran Merdeka, sebelah dengan Restoren warisan. Pergi je ke Dataran Merdeka, pergi belakang tiang bendera Malaysia yang tinggi melangit tu. Bangunan KL City Gallery ni kat belakang tu lah. Opening hours 9 am - 6.30 pm.. Masuk adelah PERCUMA. Kalau naik LRT, berhenti di Stesen LRT Masjid Jamek & berjalanlah ke arah Bangunan Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka kat depan Bangunan Sultan Abdul Samad ni.

Yang bertanda "A" tu lah KL City Gallery. Terletak di Bangunan Muzium Sejarah Nasional


Biasanya, kalau aku travel keluar negara aku akan cari galeri rupa gini. Kalau di Beijing ade Beijing Urban Planning Exhibition Gallery (besar tau, 4 tingkat), kalau di Shanghai ade Shanghai Urban Planning Galley, kalau di Singapore lak ade City Gallery dekat waterfront tu and kalau di Tokyo ade Uedo Museum. As an urban planner, sememangnya galeri urban planning cam gini menarik minat aku untuk melihat dengan lebih dekat fabrik sesebuah bandar berkenaan. And for investor also, galeri macam gini menarik minat mereka untuk melihat prospek pelaburan yang boleh dibuat. 

Model Bandar KL. Ikut skala ni tau


 Selain berfungsi bangat untuk para professional (arkitek, urban planner, investor, real estate, propery valuer & sebagainya), ia juga sangat berguna untuk orang awam untuk mengenali dengan lebih dekat (termasuk sejarah & keadaan semasa sekarang & perancangan masa depan) sesebuah bandar berkenaan. Kalau untuk pelajar sekolah, lawatan ke galeri memberi nilai tambah untuk subjek geografi & subjek sejarah. Dan dari sini, kite boleh pupuk semangat patriotik dalam diri.

KL from time to time

Di KL City Gallery ini, ditunjukkan macam mana KL pada mulanya. How was KL looks like start dari zaman penjajahan British dan Bandar KL berubah dari semasa ke semasa sehingga sekarang. Nama Kuala Lumpur bermula dari sebatang sungai namanya Sungai Lumpur (Sungai Klang dalam Bandar KL sekarang). Sungai tu dulu diguna untuk gali bijih timah dan sungai tu sangat berlumpur (airnya kuning mcm lumpur macam kita tengok sekarang). So, dari situlah KL mendapat nama. 

Dalam KL City Gallery ni ade ditunjukkan model bandar KL di mana kad board dipotong menjadi bentuk bangunan sebenar dan dibina mengikut skala. Sangat sangat best  & ade dibuat live show oleh team "archy" macam mana dieorang bina miniature bangunan-bangunan ni.

So, jom kite layan gambar  =))



Reception





Miniature Dataran Merdeka



Boleh tengok Live dieorang buat model bangunan kat sini. Oleh team "archy"

Sourveniour shop

Ini model bangunan je tau. Bukan bangunan betul

Fridge magnet for sourveniour

Ini poskad tau


Miniature bangunan yang dah diframe kan


Stesen Keretapi Kuala Lumpur, "KTMB" from top

The overall view of Kuala Lumpur

Bangunan di Jalan Tun H.S Lee


Stesen Keretapi KL

Masjid Jamek KL

KL in night. With lighting effects. So nice



Till then, Selamat Hari Merdeka & Selamat Hari Malaysia

Tuesday, September 3, 2013

George Street, Sydney - a backpacker paradise

Perkampungan backpacker di Sydney terletak di sepanjang George Street. Inilah heaven bagi para backpackers. George Street terletak 1 minit jer dari Stesen Keretapi "Central Station" Sydney & terletak dalam lingkungan jarak berjalan kaki ke tempat shopping tersohor di Sydney ini iaitu China Town & Paddy Market. Berjalan kaki beberapa langkah, ketiak pun tak sempat nak berpeluh, dah sampai ke dua tempat ni. 

Di George Street ni terletak banyak sangat hostel-hostel penginapan untuk para traveler. Pilih saja nak yang mana. Semuanya boleh dicari di website hostelworld.com/ atau  hostelbookers.com. By the way, di sepanjang George Street ni, terdapat beberapa buah kedai makan Halal. Itu yang penting. Dan paling istimewa, terdapat Restoren Malaysia; Cafe Kasturi & Chinese Noodle Bar. So, makanan masakan Malaysia ade dijual disini. Harga bagi sepinggan nasi lemak di Cafe Kasturi kalau tak silap aku lebih kurang AUD 15.00. Kalau nak lagi jimat, masak sendiri di hostel.. hehe..

So, tak susah lah nak cari makanan Halal kalau duduk kat George Street ni. Kalau nak lagi pilihan-pilihan makanan halal yang lain, boleh berjalan kaki ke Cleveland Street. Kat situ berderet kedai makanan Halal. Ade restoren Pakistan, Restoren Lebanon, Arab & macam-macam lagi la.

Pendek kata, menginap di kawasan George Street ni adalah pilihan ynag tepat bagi para backpacker sebab dekat dengan stesen keretapi, tempat makan & tempat shopping =)). So, u all nak ke mana-mana senang jer, naik jer train di Central Station..


Salah satu Restoren Malaysia. Halal OK!. Menyediakan pilihan makanan masakan ala Cina

Maaflah, tangan tak bedung.. Sebab tu lah gambar ni tak jelas. huhu

Cafe Kasturi. Terang-terang dah tulis "Malaysia Thai"
Till then, Assalamualaikum  =))

Selamat Hari Raya Aidilfitri : Berhari raya ke Cameron Highland & Australia

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca lavenderbackpackers.blogspot.
Biarpun lambat sikit, aku rasa masih belum terlambat untuk wish sebab kita masih berada di dalam Bulan Syawal. Kan? Kan? kan?.. So, bersempena dengan Hari Lebaran yang telah berkunjung tiba, aku nak mengucapakan Selamat Hari Raya buat peminat setia lavenderbackpacker samaada follower tegar mahupun silent reader atau sekalipun loud reader.

Aku mintak maaf jika ade yang tak berpuas hati dengan aku secara personal mahupun melalui penulisan ini. I just be myself & blogging is my passion of sharing knowledge. Aku tulis blog ni untuk share pengalaman aku berekspedisi, travel, makan-makan, outdoor & sebagainya.. Andai kata ade yang tak puas hati, aku mintak maaf la.. Aku rasa aku tak perlu buat sesuatu untuk puaskan hati orang, cukuplah aku berlaku jujur pada diri aku sendiri. 

Aku sangat happy bila aku dapat tulis satu-satu entry dan aku juga happy bila baca pengalaman orang lain tentang travel. Setiap pengalaman orang berbeza-beza, ade yang menarik, yang suka, duka & sebagainya. Pasti ade kenangan yang terindah buat diri masing-masing. Aku juga salute pada blogger-blogger yang sangat rajin post entry-entry baru. Memang korang the best la.. Mood kemalasan aku untuk update blog ni sangat tinggi.. huhu.. mungkin sebab banyak sangat makan maggi & kepala ikan kot, so otak pun jadi lembap.. Mintak maaf ye semua. Aku cube untuk habiskan travelog-travelog lain yang tertunggak, tak habis-habis..  


 
Ok, by the way, sempena Syawal 1434h tahun ini, aku telah “berhari raya” dengan minum teh di Cameron Highland (Raya ke-3) dan melawat kangaroo di Syney, Australia (recently). Kedua-dua trip ini sangat indah buat aku & aku sangat happy. Satu persamaan antara kedua trip ini ialah aku travel ke sana ketika musim sejuk. Cameron Highland memang terkenal dengan kesejukannya di Puncak Brinchang manakala Sydney pula time ni masih lagi winter season tapi dah dipenghujung winter but still cold sehingga 10 darjah celcius.

Strawberry cheese cake. Fresh from Strawberry Farm, Cameron Highland

Nanti aku cerite lanjut story travel ni.. Akhir kata, selamat berhari-raya kawan-kawan & ber’open house’...

Till then, Assalamualaikum =))