Showing posts with label Border Crossing. Show all posts
Showing posts with label Border Crossing. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

VHC : Border Crossing Vietnam - China



Border crossing melalui pintu masuk Dong Dang (Border Vietnam) – Ping Xiang (Border China).


Sebelum aku buat trip ni, aku sangat risau pasal border crossing Vietnam-China. Sebab aku tak dapat gambaran yang jelas macam mana keadaan nya, tambahan plak, tak ramai foreigner yang masuk ke China melalui jalan darat sebab masalah komunikasi. Melalui pembacaan di blog dan lonely planet, mereka tak ceritekan secara detail tentang bende ni. Sebab tu la aku risau sangat dan aku yakin aku tak jumpa ramai foreigner nanti. So, aku bertawakal je la pada Allah swt moga dipermudahkan segalanya. Sebelum aku bertolak, aku Cuma tahu train akan berhenti 2 kali untuk cop kastam. Tapi duration masa dan di mana akan berhenti, itu aku tak pasti. But the end, syukur Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan Dao Li (kawan yang aku jumpa masa naik train), die pandai berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, aku just follow die je la. 

Dong Dang to Ping Xiang


Ketika tengah lena tidur dalam kabin, pintu kabin diketuk jam 2.50 pagi. Rupanya steward yang jaga koc kami yang ketuk untuk kejutkan dari tido (Setiap koc ade dua/satu orang steward yg akan bertugas sepanjang masa di koc tersebut). Katanya 10 minit lagi, train akan berhenti untuk pemeriksaan imigresen Vietnam (Steward tu cakap bahasa Cina, cabin mate aku yang translate untuk aku). Ketika ini, beg-beg tak perlu bawak turun. Hanya bawak passport aje. Masa turun tu, aku tengok semua orang tengah mamai sebab masing-masing tengah lena diulit mimpi, tetiba kena bangun lak termasuk la aku. Khikhikhi. Semua pekerja train pun kene turun.

Keretapi T8702 : Ha Noi - NamNinh
Stop pertama ni adalah di border Dong-Dang,Vietnam. Ini merupakan imigresen Vietnam. Mula-mula sampai, kite kene serahkan passport kita pada pegawai imigresen tu. Semua orang kene serahkan. Then, tunggu sepuluh minit. Pas tu, pegawai imigresen akan panggil nama sorang-sorang untuk serahkan passport tu. Nama aku dah last-last dah, so lama gak la aku kene tunggu. Masa tiba giliran aku tu, pegawai tu terkejut tengok muka depan passport aku sebab gambar aku tu pakai tudung. Then, masa aku ambik passport die nampak aku pakai tudung, pastu die bisik-bisik ngan kawan-kawan imigresen yang lain sambil gelak-gelak. Dalam hati aku, mesti dieorang gelak sebab tak pernah nampak orang berpakaian macam tu. Pas ambik tu, aku terus naik ke train. Alhamdulillah, tak de soalan. Bagi yang mereke suspicious, so, dieorang akan bawak traveller tu masuk ke sebuah bilik untuk disoal siasat. Masa malam tu, ade gak la 2-3 orang kene soal siasat. Aku pun tak tahu apa kesnya. Maybe pasal visa kot. 

Cuba perhatikan cop berwarna merah tu


Masing-masing tengah tunggu passport

Warga China suka main handset. kat sini ade line tau. Warga China pakai HP canggih-canggih

Masing-masing berkerumun di kaunter nak ambik passport sebab pegawai imigresen jerit nama kita tak dengar sangat. dieorang tak pakai microphone

Di luar office di Dong Dang


Pas naik train, steward tu bagitau nanti 1 jam lagi akan berhenti di Ping-Xiang untuk cop imigresen border China. Then, aku sambung tido semula la. Pabila sampai di border Ping-Xiang, macam biasa steward akan kejutkan kami dan die minta kami bawak semua barang-barang untuk bawah untuk pemeriksaan imigresen. Kalau ade yang bawak beg besar-besar kesian la. Sebelum turun dieorang ambik passport semua penumpang. Cuaca ketika ini sangat sejuk.. Menggigil badan aku.huhu... 


Pemeriksaan beg tu senang jer, letak je dalam scanner beg mcm scan beg kat airport tu, pastu ambik la beg kite semula. Tunggu jap dalam 5 minit, dieorang suruh semua penumpang naik train balik. Passport akan diserahkan kat dalam train. Naik train tu, kiteorang tunggu lama gak la kat dalam tu sementara nak tunggu pegawai imigresen datang kat kiteorang. Ketika ini, pegawai imigresen China tu akan datang jumpa penumpang sorang-sorang.Masa die jumpa aku die suruh aku bukak tudung. Biasalah, ketika pemeriksaan imigresen tidak dibenarkan pakai topi atau penutup kepala sebab nak pastika muka kita sama cam dalam passport.


kat Imigresen office scan beg

 
Pas scan beg , berehat utk tunggu arahan seterusnya
Pegawai Imigresen China check passport kat dalam train
Berebut-rebut keluar dari Pejabat Imigresen nak naik train
Kad Imigresen masuk China

Ketika itu, aku sangat terkejut sebab ini merupakan kali pertama aku disuruh bukak tudung ketika imigresen checking. Then aku cakap kat pegawai tu “No, u see that (sambil tunjuk muka aku kat gambar dalam passport tu)”. Then, pegawai tu setuju lantas menyerahkan pasport itu kembali pada aku.


Pas pegawai tu blah dari kabin aku, cabin mate aku mintak tengok passport aku sebab die nak tengok gambar aku. Then aku bagi je la. Pastu, die tanya, “Why u wear like this? (sambil jarinya tunjuk pada tudung aku)”. Taku cakap sebab aku Muslim dan orang Muslim kene pakai macam ni. Dieorang terus angguk tanda setuju dan salah sorang cabin mate aku tu cerite yang cousin die (perempuan) selepas berkahwin pakai tudung mcm aku sebab die masuk Islam sebab kahwin ngan orang Islam. So, die cakap cousin die tu sepanjang masa akan pakai tudung tak bukak-bukak.Die cakap die & family heran gak kenapa cousin die tu tak bukak skaf tu rupa-rupanya baru sekrang die tahu yang Muslim perempuan kene pakai skaf tutup kepala. Pastu, kiteorang sambung tido semula sebab ngantuk sangat. Aku pulak tido-tido ayam je sebab nak tunggu subuh. Subuh kat sana jam 6.10 pagi waktu tempatan. 


Subuh di dalam train, aku hanya solat secara duduk kat atas katil aku tu je. Kalau boleh solat ikut kiblat (guna kompas) tapi kebanyakan pandangan ulama’, antaranya Mazhab Shafiee sendiri menyatakan bahawa :


“ketika bermusafir menaiki kapal terbang atau train atau bas atau kereta (kenderaan yang bergerak), memadailah baginya menghadap kiblat ketika takbiratul ihram sahaja di mana bakinya mengikut arah kenderaan”.
 

Dr.Syarbashi, tokoh fikah dari Universiti al-Azhar Mesir mengatakan bahawa :
“Solat seseorang itu sah dan beliau tidak perlu mengulanginya kerana beliau sudah berusaha sebaik mungkin”

(Rujukan dari Pasport Musafir ditulis oleh Mohd Zuhdi Khasasi (2011), ms 133)



              “Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” 
(Surah al-Baqarah :28)


 " Dan bagi Allah jugalah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu    arahkan diri (ke kiblat bagi menghadap Allah) maka disitulah arah yang diredai Allah, sesungguhnya Allah luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui” 
 (Surah al-Baqarah :115)



Gambar hiasan - solat dalam train



Aku sambung tido dan aku bangun semula jam 9 pagi. Ketika ini aku dapat lihat keindahan alam di bumi China ni. Sangat nyaman permandangan ketika ini sebab cuaca di luar sangat sejuk. Indahnya. Sepanjang perjalanan nak tunggu train tiba di destinasi, aku hanya minum milo panas sambil menikmati permandangan di luar. Sebenarnya dalam hati ni risau sangat pasal train dari Nanning ke Guangzhou sebab iteneri aku nak terus berlepas ke Guangzhou bile sampai di Nanning nanti. Tetapi train ticket China hanya dapat dibeli di China sahaja. So, tawakal je lah.. (Nak hilangkan gundah gulana, sebab tu la menikmati permandangan dari tingkap kabin).

Permandangan dari train
Permandangan dari atas train di Nanning
Permandangan dari atas train. Masa ni jam 8 pagi. Sejuk nya. Kabus tebal je di luar
 
Train yang sedang bergerak


** Train dari Hanoi – Nanning ade setiap hari. Kod train adalah MR1 / T8702


** p/s : Terdapat 3 pintu masuk ke Negara China melalui Hanoi, Vietnam. 

1)   Hanoi ke Kunming, China. Pintu masuk melalui border Lao Cai – Hekou. Lao Cai terletak 40km dari Sapa. Naik bas memakan masa selama 10 jam.


2)  Hanoi ke Nanning. Pintu masuk melalui Ha Long (Ha Long Bay) - Mong Cai Tiada train service untuk pintu masuk ini. Hanya bus sahaja serta pengangkutan air. Naik bus, 9 jam dengan tambang USD 150.00. Melalui pembacaan aku, pintu masuk ini tak berapa selamat sikit sebab kadang – kadang ade rusuhan kat sini. So, pintu masuk ni tak berapa famous la dan tak direcommend oleh kebanyakkan traveller mahupun kerajaan vietnam sendiri.


3)  Hanoi ke Nanning melalui pintu Dong Dang – Ping Xiang. Selain train, perkhidmatan bus pun ade disediakan.



      Till then, will continue in VHC - Part 8  =))