Tuesday, March 20, 2012

Phung Huy 1 Hotel, Da Lat, Vietnam

Phung Huy 1 Hotel

Ini budget hotel , bukan hostel.. Sebab di Dalat ni tak ade hostel, so inilah yang paling murah. Kat Dalat ni, banyak hotel murah macam ni.. Cuma masa hari tu, Cuti Tahun Baru, so hotel2 kebanyakkannya tutup, tak kerja.. Aku tempah hotel ni melalui Agoda.Com dan pembayaran penuh aku dah buat masa tempah hotel ni melalui AGIDA tu.. Hotel ni sediakan wifi percume, so leh surf internet di bilik selain ade 1 PC berinternet disediakan di Lobby. Boleh pakai percuma aja.

interface hotel a.k.a muka depan

Harga semalam yang aku bayar lebih kurang RM40.00. Masa check-in di hotel ni, passport di serahkan pada pihak hotel dan akan diserahkan semula masa kite check-out. Memang prosedur hotel di Vietnam macam tu. Hotel ni bagi percuma map Bandar Dalat.. So, semuanya OK bile dapat Map Bandar tu..

lobby hotel

Pekerja hotel ni sangat peramah dan sangat membantu… Tanya ajer apa soalan sekali pun, mereka akan jawab. Owner hotel ni (aku lupa namanya) die cerita kat aku die teruja masa datang ke KL sebulan lepas. Teruja sebab gerabak Komuter KTM sediakan 1 koc untuk wanita sahaja atau dipanggil Ladies Coach.Die teruja sangat2 dan tak asyik cerita kat aku pasal tu… Die cakap kalau die cerita kat kawan2 die pun pasal Malaysia, die akan ceritakan pasal Koc tu.. Sebab katanya, first time die tengok pengasingan koc sebegitu rupa.. hehehe..

scenary sekitar hotel ni


Di bilik, tidak disediakan air panas untuk minum.. Cuma ade air panas untuk mandi.. Tapi guest boleh minta air panas dari pihak hotel. Aku minta air panas untuk buat air milo dan untuk panaskan makanan segera Berahim’s aku ..

around hotel

Kalau nak pergi mana2 yang perlu naik teksi di Bandar ni, bagitau saja pihak hotel dan mereka akan call teksi Mai Linh. Tunggu teksi hanya 1 minit.. Tak lama pun..Masa aku check out, dan aku nak ke ofis travel ofis (untuk tunggu bas ke Nha Trang), owner tu callkan teksi dan die siap bagitau pada pemandu teksi tu alamat yang aku nak tuju sebab pemandu2 teksi di sini tak tahu berbahasa Inggeris. Dan Alhamdulillah, pemandu teksi tu bawak ke destinasi yang dituju. Pendek kata, aku memang berpuas hati sangat2 duduk kat hotel ni..


salah 1 Hotel around Hotel ni..