Wednesday, May 8, 2013

Koc untuk wanita - Betul ke untuk wanita???

Bila KTM Komuter memperkenalkan KOC MERAH JAMBU khas untuk penumpang wanita sahaja, kaum wanita sangat lah bersyukur & berterima kasih pada pihak KTM Komuter kerana prihatin dengan kaum hawa ni. Tak de lah terpaksa bersesak ngan penumpang lelaki kat dalam komuter tu. Kuranglah kes raba-meraba ni. Satu penghargaan untuk golongan hawa. 

Koc untuk wanita sahaja
Semalam aku berpeluang naik komuter sebab malas nak bawak kereta dengan masalah parking & jem. Perjalanan pun convenience ngan public transport kat KL ni. Tak de lah jauh sangat aku berjalan nye. Hanya dari stesen KL ke KL Sentral jer (dekat macam tu pon, nak naik tren, pemalas la katakan.. hihi).. 

Dah ade seat khas untuk golongan wanita, pastilah aku akan duduk di Koc Merah Jambu - Koc Untuk Wanita - untuk lebih keselesaan disepanjang perjalanan. Yang menariknya, koc untuk wanita ini bukan saja dinaiki oleh golongan wanita yang sememangnya tulen dilahirkan sebagai seorang wanita ataupun yang dah tertukar jantina menjadi wanita pabila mumayiz.. Tetapi ia turut digunakan oleh golongan lelaki. Ajaib atau menarik ? yang mana 1 erk.. 

Aku yakin 100% yakin, mata aku ni tak buta lagi. Nak kata buta warna jauh sekali. Cumanya rabun jauh aja. Tapi itu pun rabun jauh, yang dekat-dekat aku masih boleh nampak.. Entah la, entah betul entah tidak apa yang aku tengok ni.. Agaknya aku kene pi check mata ngan Prof. Dr Muhaya untuk memastikan kesahihan penglihatan aku ni.. errrrmm...





Aku rasa ini bukan pertama kali bende macam ni berlaku, korang yang bergelar wanita & pengguna tegar KTM Komuter pasti pernah gak lihat senario yang aku lihat ni kan... eeerrrrmmm...

Apa kata KTM tentang isu ni? 
jeng-jeng-jeng...