Tuesday, April 30, 2013

adab bermusafir - episod 2


Asslamualaikum semua..

First of all aku nak ucap "selamat hari pekerja" buat semua pekerja-pekerja samaada bekerja dengan sektor awam, sektor swasta, bekerja sendiri atau bekerja sebagai suri rumah (suri rumah pun kerje jugak tau, lagi la mahal gajinya kat akhirat nanti =))

Selamat bercuti !

indahnya permandangan tat kala bermusafir ke Tasek Raban  =))


Semalam aku tengok crite faveret aku, "30 minit bersama Ustaz Don", Ustaz Don sambung balik berbicara tentang adab-adab orang bermusafir bahagian 2.So, aku nak share la sambungan ilmu tersebut ngan korang..

So, check-it out  :

1. Solat sunat musafir
bila bermusafir, sampai ajer di destinasi yang dituju, seeloknya buat la solat sunat musafir 2 rakaat. Moga-moga perjalanan kita sentiasa diberkati Allah swt. Dan bila ade berkat, InsyaAllah, Allah swt akan permudahkan segala urusan di sepanjang perjalanan kita. Solat sunat ni, nama pun sunat, so hukum die "Sunat" la, bukan nye "wajib". Kalau buat, dapat pahala, kalau tak buat tak dapat apa-apa. Tak berdosa pun kalau tak buat. Depends pada individu, kalau buat Alhamdulillah, kalau tak nak buat, its ok.


2. Pulangkan barang orang lain 
Ok sebelum kite bertolak untuk bermusafir ke sesuatu tempat, pulangkan barang-barang kawan kite / sedara-mara yang telah kita pinjam supaya kawan kita yang bagi pinjam barang tu tak tertunggu-tunggu barang kepunyaan die. Al-maklumlah, biasanya tempoh bermusafir ni lama..

Andai kata kalau kita tak dapat pulangkan, tolong telefon kawan tu bagitau yang kite tak dapat pulangkan dulu sebab kita nak travel ke tempat A. Tak delah kawan kita tertunggu-tunggu barang die tu, sekurang-kurangnya die faham kenapa kite tak hantar lagi, bukannya kite sengaja. And in addition, andai takut dalam perjalanan kite tu, kite meninggal dunia, sempat la jugak kita pulangkan barang yang kita pinjam.Kalau tak, tak pasal-pasal roh tak tenang.


3. Menyelesaikan hutang
Orang tua dulu-dulu selalu duk pesan, kalau nak pi ke Mekah buat umrah / haji, selesaikan dulu hutang-hutang. So, ramai orang-orang muda generasi sekrang ni ingat hanya nak pi buat umrah/haji jer kene langsaikan hutang. Yang sebenarnya, kite kene selesaikan hutang walau ke mana pun kite pergi, bukan setakat hanya pergi wat umrah / haji jer. Kalau tak berhutang lagi bagus.  Orang dulu-dulu, hanya keluar negara naik kapal berbulan-bulan sebab nak pi Mekah jer.. Orang dulu-dulu mana ade berjalan sakan macam kita sekarang ni. 

Kalau tak selesaikan hutang sebelum pi travel, takut la nanti kite meninggal dunia di dalam perjalanan. Who knows kan soal ajal-maut ni... Nanti kalau hutang tak habis, tak pasal-pasal lak roh tergantung. Aku ade tulis pasal hutang ni kat entry ini.

4. Tinggalkan wasiat
Kalau tak dapat nak selesaikan hutang yang beribu-ribu ringgit, tinggalkan lah wasiat. Andai kata, kite masih ade lagi baki hutang kereta, hutang umah, hutang PTPTN,  personal loan & hutang-hutang lain, tinggalkan lah wasiat pada orang yang terdekat ngan kite. Tulis atas kertas detail pasal hutang kite, dan pesan kat suami / isteri / mak / ayah / adik / kakak, "andai kata kalau kita meninggal dunia dalam perjalanan tolong la bayar semua hutang-hutang ni". Itu kalau meninggal dunia la, mana kita nak tahu kan. Tapi kalau kite selamat pulang ke Tanahair, kite akan langsaikanlah semuanya.  

5. Mohon maaf dari ibubapa
Sebelum bertolak untuk bermusafir, elok la mintak maaf ngan ibu bapa kite supaya perjalanan kita akan direstui & diberkati Allah swt. Bila ade berkat sepanjang perjalanan, InsyaAllah segala kepayahan & kesusahan, Allah swt akan bagi kesenangan & dipermudahkan segala urusan kita bile travel nanti.

6. Menyediakan nafkah
Sebelum nak travel ke mana-mana, sediakan lah nafkah untuk isteri & anak-anak & sesiapa yang di bawah tanggungan kite. Pastikan nafkah tersebut cukup untuk keperluan mereka sepanjang ketiadaan kita. Kalau belum kawen, andai kata ada ibu atau adik di bawah tanggungan kita, so kene la sediakan nafkah untuk mereka juga. Nafkah tu penting untuk mereka beli makanan. Kalau tak tinggalkan nafkah, takut plak nanti mereka tak de duit nak beli makanan, dah susah lak kan. Terpaksalah pulak pi pinjam beras ngan jiran sebelah umah. Kalau jiran baik, Alhamdulillah. Tapi andai kata kalau jiran tu jenis drama queen, sebelum dapat beras terpaksalah plak bermain drama dulu.. huhu.. kesian

terpesona ngan ciptaan Allah di Tasek Raban =)


So, itulah saja untuk episod kali ni. Semoga info yang dikongsikan ni bermanfaat untuk kite semua. Kalau ade yang tak suka ngan entry ni, aku mintak maaf lah. Yang baik itu datang dari Allah swt, yang tak baik itu datang dari diri aku sendiri.

Till then, Assalamualaikum  =))