Saturday, February 18, 2012

VHC : Solo Overland Journey : Part 1

Entry sebelum ni [ VHC : Solo Overland Journey : An Introduction ]


Aku ambik Flight AA dari LCCT ke Ho Chi Minh City, Vietnam (HCMC). Aku depart dari LCCT jam 9.05 pagi. Aku dah check in siap2, tinggal nak drop beg aje.. Alhamdulillah aku sampai LCCT jam 7 pagi.. So, aku ade masa untuk breakfast dulu.

d LCCT


@ da' waiting lounge LCCT

my belonging

tak sabaq-sabaq nak naik flight


Dalam flight, aku tapau makanan “Nasi Beriyani” memandangkan itu je makanan yang masih ade.. Harga nasi beriyani RM 13.00. Aku tapau untuk makan tengahari. Aku tiba di HCMC airport jam 10.05 pagi waktu Vietnam. Perbezaan masa Vietnam dan Malaysia ialah Vietnam kurang sejam dari Malaysia.. Urusan imigrasi di airport HCMC semuanya berjalan lancar. Pas scan luggage kat kastam, aku menari kaunter teksi.. Menurut sumber yang aku dapat, guna teksi Mai Linh Group sangat murah dan boleh dipercayai. Alhamdulillah, keluar jer dari pintu kastam tu, aku nampak macam signboard warna hijau dengan model patung perempuan berpakaian tradisional Vietnam warna hijau. So, aku just follow jer signboard tu ke kaunter Mai Linh Taxi. Kaunter ni senang nak cari sebab die duduk kat hujung sekali belah kanan dan kaunternye warna hijau, signboard nye warna hijau dan pekerjanya pakai baju tradisional Vietnam warna hijau.

life jacket under your seat

Tan Son Nhat International Airport, HCMC

Sesampai aje di kaunter, ramai la jugak pelancong2 yang beratur untuk guna servis ni..Aku pun tunjukkan alamat hostel aku kat pekerja tu dan aku kene bayar sebanyak VND 180,000. Pas bayar, pekerja tu akan bawak penumpang2 nye ke teksi.. So, aku ikut je la die.. Pada mulanya aku tegok airport HCMC ni lenggang jer, tak de orang.. tapi sebaik aje kaki aku melangkah keluar, Ya Allah! Ramai giler manusia kat luar tu.. sangat2 sesak sampai nak berjalan pun susah.. huhu…

sila menuju ke Kaunter G.127


kaunter Mai Linh Taxi


Akhirnya, aku dan penumpang lain tunggu teksi Mai Linh ni kat tempat die bawak (tak jauh pun tapi leh sesat gak lah sebab ramai sangat orang). Teksi ni warna hijau dan guna meter tapi tak yah bayar la sbb dah bayar awal2 tadi. Driver taxi ni tak tahu cakap bahasa Inggeris, so, aku diam jer lah.. Perjalanan dari Airport ke Hostel ambik masa selama 20 minit. Aku duduk di Saigon Backpacker Hostel di Pham Ngu Lao Street, District 1.

staff Mai Linh Taxi tengah tunggu taxi untuk bawak aku


d luar airport Tan Son Nhat International Airport, HCMC

Mai Linh Taxi

Bandar HCMC

Pham Ngu Lao Street ni terkenal sebagai area backpackers.. So, segala kemudahan terdapat di kawasan ni such as bus, travel agent, hotel2, hostel2, shopping, dll… Area ni jugak dekat nak pergi ke Ben Thant Market, hanya 10 minit perjalanan sahaja.. dan jugak dekat untuk ke Saigon City Center.. semuanya hanya berjalan kaki. Kat Pham Ngu Lao Street ni sangat banyak kedai2 travel agent dan hotel2 murah. So, kalau nak pergi trip ke mana2 dalam HCMC ni such as ke Chu0Chi Tunnel, Mekong Delta, Mui-NE Beach, Phu-Quoc & etc, leh beli saja servis dari travel2 agent yang ade di sini di sekitar Pham Ngu Lao Street ni..

lorong kecik menuju ke Saigon Backpackers Hostel

Tapi harga survey2 la dulu sebab setiap satunya bagi harga yang berbeza . so, pilihla yang mana yang paling murah. Kalau nak arrange trip sendiri, sangat susah sebab style di Vietnam ni semuanya diaturkan oleh pihak agensi.. Harganya tak la mahal pun.. Pesan aku jangan ambil trip yang disediakan oleh pihak hostel sebab mereka pun guna khidmat travel agent ni jugak dan pastinya mereka akan mark-up lagi harga.. so, kalau terus beli servis dari agent2 ni lagi jimat banyak.. Sebab aku terkene dah masa beli trip ke Chu-Chi Tunnel untuk aku pergi pada hari kedua. Aku bayar pada pihak hotel VND 193,000. Sedangkan roommate aku beli trip ke Chu-Chi Tunnel dengan travel agent kat tepi2 jalan tu hanya kene bayar VND 140,000 sahaja.. Mak datokk! Murah giler kan.. huhu.. Takpelah, ini pengajaran pertama untuk aku.. Learn from mistakes…

Pham Ngu Lao Street

Hari pertama aku di HCMC, aku tak buat apa2 pun sangat. Aku habiskan masa aku untuk cari tiket untuk aku bergerak ke Utara Vietnam bermula dengan Da Lat pada hari ke3 nanti… Memandangkan masa aku pergi tu, orang2 Vietnam semua sibuk ngan sambutan Tahun Baru China atau disana dipanggil sebagai Tet New Year. So, banyak kedai yang tutup dan sangat banyak kedai2 dan penjaja yang jual bunga2 hidup.. Murah lak tu.. Mulanya aku cari tiket keretapi untuk aku gerak dari Nha Trang ke Hanoi tapi keretapi semuanya dah habis… Tiket bus pun rata2 nya dah habis dijual.. huhu…

Biasalah, cuti hari raya katakana, so memang habis la. So, aku tak de pilihan melainkan aku beli saja tiket bus dari HCMC menuju ke Dalat, dari Dalat ke Nha Trang, dari Nha Trang ke Hoi An, dari Hoi An ke Hue dan dari Hue ke Hanoi. Kalau aku ambik keretapi straight dari HCMC ke Hanoi, perjalanannya memakan masa selama 2 hari 2 malam.. so, kalau aku ambik bus masa perjalanan nya lebih kurang sama je tapi bezanya bus ni berhenti di setiap Bandar tu dan ade behenti2 makan.. Tak de lah bosan sangat… So, aku pun terus beli tiket untuk setiap destinasi tu mengikut hari yang aku nak.. sebabnye aku tak nak tanggung risiko, kot2 di tempat tu nanti tiket habis… Aku beli tiket bus kat Ngoc Trang Travel Co., Ltd yang terletak di Pham Ngu Lao Street.

travel agent - tempat aku beli tiket bus ke Hanoi

bersama roomate aku; Anica depan travel agency office


Alamat Ngoc Trang Travel Co., Ltd

275G Pham Ngu Lao Street, District 1, HCMC

Tel : (+84-8)2211 3093

email : ngoctrangtours@yahoo.com


Al-maklumlah musim Hari Raya, mod transportation memang sangat2 laku. Aku beli ngan harga USD78. Walhal, harga sebenar hanya USD60 untuk perjalan dari HCMC-Hanoi. Aku Tanya la dieorang apsal aku kene bayar mahal sangat sedangkan harganya hanya USD60 (mujur masa tu, aku bawak harga tiket bus dan keretapi yang aku print dari internet). Die cakap harga tinggi sebab masa tu Tahun Baru. Memang semuanya mahal. Dan susah sangat nak cari tiket skrang ni… masa tu, dah nak dekat kul 6 (waktu magrib d sana). Aku pun dah malas nak cari kat agent2 lain, aku beli je tiket tu dengan harga USD78.00. Memandangkan aku guna Visa kad, so harga tu naik lagi 3% sebab service tax.. Pas beli tiket, aku terus balik ke hostel, surf internet jap, mandi, solat dan terus tidur.. Penattt … huh!

Link