Hari kedua aku di HCMC ni bermula ngan trip ke Chu-Chi Tunnel. Aku amik trip ni dari Hostel dengan bayaran VND 193,000 (MAHALL!!). Kul 8.00 am, kami semua (guest hostel yang ambik trip tu) tunggu kat lobby. Travel agent akan sampai dan bawak kiteorang ke Chu-Chi Tunnel naik van persiaran (Dalam van, dapat air mineral percuma J). Perjalanan dari Bandar HCMC ke Chu-Chi Tunnel mengambil masa selama 1 jam 30 minit. So, dapat la terlelap dulu.. Otw ke sana, van tu singgah ke galeri seni kraftangan Vietnam (Biasalah, money making business). Barang2 kat situ semuanya mahal.. Tak de pun orang beli.. Pastu, naik semula ke dalam van dan bergerak ke Chu-Chi Tunnel. Masa sampai di situ, kene bayar lagi tiket masuk ke tunnel sbb harga yang dibayar sebelum ni tak termasuk dengan harga tiket.. bayaran tiket adalah sebanyak VND 80,000.
Smurfs - lukisan yang paling aku suke
Detail pengembaraan pasal Chu-Chi Tunnel, sila klik Chu Chi Tunnel, Ho Chi Minh, Vietnam.
Memang sangat la ramai pelancong2 ke Chu-Chi Tunnel ni… Kami spent masa kat situ selama 2 jam. Itu pun dah rasa sangat la.. Tempat ni takla besar sangat… 2 jam uudk kat dalam tu pun dah rasa sangat lama… Kami bertolak pulang ke Bandar HCMC pada jam 11.00 pagi.. Dalam perjalanan pulang, semua penumpang tido je la kat dalam van tu sebab ngantuk sangat… huhu..
Sampai je di Bandar HCMC, keadaan sangat sunyi dan lengang.. sebab kedai2 semua dah tutup untuk sambut Tahun Baru Cina.. Pham Ngu Lao Street sangat2 berbeza.. Cuma ade 2, 3 kerat orang Vietnam jer lalu lalang kat situ.. Yang lain nya semuanya pelancong2 asing.. Alaaa, serupa macam KL la jugak.. Bile tibe Hari Raya, semuanya lengang.. KL jadi sunyi sepi tak de manusia.. Sebab semuanya balik Kg..
HCMC Grand Theater - such mcm I.B
beca HCMC
teksi HCMC -Vinasun
Actually Bandar HCMC ni tak de apa2 yang menarik pun.. Ade gak perasaan menyesal aku datang ke situ tapi takpe la sekurang2 nya aku dapat tengok macam mana rupa HCMC yang orang selalu sangat bercakap pasal bandar ni. Sistem trafik kat sini sangat la teruk. Mereka sesuka hati je masuk jalan tu ini. Tapi semua pemandu akan follow traffic light la. Pastu pulak, dah jadi norm disini, mereka suka main hon.. so, kat mana2 memang dengar bunyi bising hon2 kerete+motosikal+van +lori dan etc. Huh! Sakit telinga… Kat HCMC ni sangat ramai pelancong. Memang selamatlah berjalan sorang2 kat Bandar HCMC ni.
landmark HCMC - depan Ben Thant Market
tengah bandar HCMC
Sampai je di Bandar HCMC, aku menggerakkan kaki aku menuju ke Ben Thant Market.. AKu berjalan dalam Bandar tu menggunakan City Map yang diberi oleh pihak Hostel.. Kat sini, tak susah nak dapat City Map, pergi je ke mana2 hotel/hostel, dieorang ade sediakan.. Even buku LP hanya dijual di tepi2 jalan, di kaki lima sahaja.. Aku tak la tengok harga berapa tapi sememangnya lebih murah dari harga di Malaysia. Buku LP tu bukan sahaja untuk Vietnam, tapi LP negara2 lain pun banyak dijual di sini. Aku tak beli apa2 la sebab tak de dalam senarai pembelian aku ..
Jual Lp kat kaki lima
kedai Buku kat tepi jalan je
Otw ke Ben Thant Market tu, aku terjumpa satu kedai outdoor ni.. U.Best House nama kedai die.. Kedai ni jual peralatan2 outdoor, walaupun tak banyak sangat pilihan tapi yang basic2 tu ade la such as bagpack, sweater, sleeping beg yang biasa, pisau camping, touch light & etc.. Banyak barang2 The North Face dijual disini.. Bagpack kat sini murah2 tapi kualiti nya berbeza.. Ade banyak juga yang tiruan.. Harganya, Mak aii jauh lebih murah dari harga di Malaysia.. Walaupun dalam shopping list aku ade dinyatakan sleeping beg tapi aku tak beli pun sebab sleeping beg yang aku nak, tak de jual kat sini.. Aku nak Model Deuter DreamLight 500. Yang ade jual kat sini, sleeping bag biasa2 aje. Huhu..
kedai outdoor U.Best House
Then, aku pun bergerak menuju ke Ben Thant Market. Sampai je di Ben Thant Market sedih nye aku, market tu tutup.. huhu.. Kata kawan2, Ben Thant Market ni Heaven utk kaki shopping sbb semuanya ade dijual disitu dengan harga yang sangat2 murah termasuk la sleeping beg yang aku nak sangat tu.. Tapi tutup, so terpaksalah aku pusing2 ke kedai2 lain. Aku berhajat untuk beli beg day pack.. Beg yang kecik saja untuk aku bawak ke mana2.. Aku tak kisah pasal jenama cumanya, aku nak yang original…
Lama jugak la aku pusing Bandar Saigon tu tak jumpa2 sebab banyak2 kedai tutup.. Termasukla butik NIKE, Butik Adidas, Butik Deuter.. semuanya tutup… Puas aku pusing2, aku jumpa ngan satu kedai beg ni.. Kedai ni kedai beg biasa saja, memang banyak beg cap tiruan pun… AKu masuk ke dalam kedai tu, lantas mata aku tertarik pada satu beg jenama NIKE ni.. aku ambik beg tu dan buat la pemeriksaan. Beg tu ditulis “Made In Vietnam”. Dilihat dari segi kualiti dan jahitannya, beg itu beg original.. Harga pertama yang diletakkan oleh Tuan kedai adalah VND 400,000. Aku pun minta la kurang.. Last2 aku dapat harga VND 290,000. Duit Malaysia dalam RM48.00.. Sememangnya sangat murah.. Di KL, beg tu aku pernah tengok harganya lebih dari RM 150. So, sememangnya murahla aku beli di Vietnam tu..
ini dia beg NIKE baru aku yang harga RM48.00 sahaja. hehe
AKu sangat la happy ngan beg tu.. Kemana2 aku pergi, beg tu teman sejati aku. Sepanjang 17 hari aku travel, langsung tak sakit bahu aku bawak beg tu.. So, sememangnya beg tu original.. Pas beli beg, aku menuju pulang ke Pham Ngu Lao Street sebab dah habis pusing Saigon (Saigon-Pusat Bandar HCMC). Kat Pham Ngu Lao Street, aku beli sim kad Vietnam.. Aku beli simkad MobiPhone dengan harga VND100,000. Sim kad tu akan digunakan untuk call Malaysia.. PAstu aku beli poskad dan setem untuk pos poskad ke Malaysia.. Harga 1 setem untuk pos 1 poskad ke Malaysia adalah VND 12,500. Pas beli tu semua, aku terus menuju pulang ke hostel sebab dah magrib..
dekorasi sambutan Tahun Baru Cina di Saigon
Actually, hari kedua ni aku rasa sangat boring.. Bosan sangat ngan HCMC.. Ade gak rasa menyesal datang sini.. HCMC taka de apa2 kecuali syurga bagi mereka yang kaki shopping.. So, untuk orang yang macam aku ni yang tak suka shopping, sangat la bosan aku rasa… Kalau diminta lagi sekali untuk dating ke HCMC, aku memang tak nak datang dah.. Bosan!! Unless kalau pasal kerja, aku tak leh tolak la…
Kota HCMC yang lenggang & sunyi
Balik je hostel, aku makan malam (masak nasi sendiri + brahim ayam masak merah). Surf internet jap, solat, mandi & terus tidur.. Tapi sebelum tidur, aku & roommate yag lain lepak la chit-chat dalam bilik tu. Aku duk sebilik 4 orang.Dieorang pun semuanya travel sorang2.. Sorang dari Jepun, sorang dari Australia dan sorang dari Germany. Macam2 stori la kami share.. Salah sorang roommate aku tu siap cerite masalah die ngan BF die lagi, sebab tu la katanya die pergi travel ni sebab nak release tension. Hahahaha.. Aku je traveler yang paling sekejap duduk kat bilik tu sebab mereka duduk situ paling 5 hinga 8 hari.. huh! Lama kan.. Well, aku seronok berkenalan ngn dieorang ni semua.. Semua nya otak gila2..