Sunday, February 19, 2012

Chu-Chi Tunnel, Ho Chi Minh, Vietnam


Chu-Chi Tunnel (Disebut sebagai Ku-Chi Tunnel) merupakan kawasan terowong bawah tanah yang di gunakan semasa Perang dahulu. Chu-Chi tunnel terletak di 70km Barat Daya dari HCMC. Terowong ni digunakan sebagai kubu pertahanan dieorang. Dahulu, kawasan ni merupakan kawasan hutan.. dan masa zaman perang dahulu, pahlawan2 Vietnam banyak pasang perangkap2 untuk perangkap musuh2 di kawasan ni. Sekarang, kawasan ni dah jadi kawasan tumpuan pelancong. The tunnel of Chu-Chi was the holy revolutionary bse of Military Region Commitee Saigon-Gia Dinh High Command of Chu-Chi District Party Commitee and all Chu-Chi people.

otw ke kawasan tunnel

Cop Imigration di pintu masuk kawasan tunnel


sesampai je di Chu-Chi Tunnel

Tunnel terbagi kepada dua entrance utama iaitu Ben Duoc Tunnel & Ben Dinh Tunnel. Tetapi kedua2 ni akan bertemu di satu titik pertemuan.. Itu hanyalah 2 pintu masuk utama , tetapi ia ade banyak pintu masuk-pintu masuk kecik. Kawasan ni merupakan kebanggaan bagi masyarakat Vietnam which showed the truth spirit of Vietnamese people of fighting the enemy and contribute significantly to the national unity.

Ruang tonton video

Pengembaraan menjelajah kawasan ni bermula dengan sesi menonton rakaman video ketika perang dahulu. Memang teruja sangat tengok video ni.. Masyarakat Vietnam zaman dahulu sangat2 patriotik. Mereka menentang habis2an musuh dieorang. Baik lelaki, wanita, dan kanak2, masing2 tak kenal erti takut.. Semuanya bangun menentang musuh2 dan sesiapa yang meninggal ketika perang, mereka diangkat sebagai pahlawan Vietnam sejati.. Mereka berperang menggunakan senjata yang dibuat sendiri. Termasuk la Bom, perangkap, senapang2, parang2 dan sebagainya. Di kawasan Chu-Chi Tunnel ni ade ditunjukkan peralatan2 yang mereka gunakan masa zaman perang dahulu dan juga ditunjukkan macam mana mereka buat senjata2 ni.. semuanya mereka buat di dalam terowong bawah tanah ni la..

ini nak masuk ruang menonton

Inilah tour guide group kami

Terowong bawah tanah ni ibaratnya seperti sebuah perkampungan di bawah tanah. Mana tak nya, semua ada di dalam terowong ni, seperti tempat tinggal, tempat masak, tempat simpan senjata, tempat buat senjata dan sebagainya.. di sini juga, ditunjukkan bagaimana dieorang buat nasi masa zaman perang dahuu. Mereka buat dalam terowong bawah tanah ni la.. Terowong ni sangat panjang.. Dan ade banyak pintu masuk… Dan system pengudaraan nya sangat bagus… Sememangnya tak kana de yang lemas la duduk kat bawah tu.. Kalau zaman perang dulu, memang musuh takkan tahu la yang bawah tanah tu ade perkampungan..

salah satu entrance

tunnel bawah tanah

pengembaraan bermula di dalam Chu-Chi Tunnel

sistem pengudaaraan Tunnel

laluan kecemasan Chu-Chi tunnel

hand-made weapon yang dicipta & digunakan masa perang oleh Vietnamese dulu

demo buat senjata (dieorang buat senjata sendiri dalam tunnel bawah tanah ni)

Pelancong2 diberi peluang untuk cuba makan makanan yang dimasak dalam tanah.. Makanan yang kami rasa adalah ubi rebus dengan green tea...Dihidangkan secara percuma Je. Ubi rebus tu digunakan sebagai makanan ruji ketika zaman perang dulu.. Sedappp rasa ubi tu .. Walaupun dimasak dibawah tanah, tetapi ventilation system dieorang sangat baguss… mereka yang masak yang bawah tu, memang tak kan terbakat la dan tak terasa bahang panas langsung.. Rasa nyaman jer.. Asap2 dapur tu, dieorang lepaskan ke atas tanah..

Kat sini ade juga kedai sourveniour tapi aku tak beli apa2 la.. Dan ade juga lapang sasar untuk pengunjung mencube menembak guna senapang tradisional askar Vietnam dahulu.. tapi kene bayar la mengikut jumlah peluru yang dikehendaki..

tempat buat nasi


ramainye pelancong


sedikit info pasal sejarah Vietnam :

1955 - Penjajah America keluar dari Vietnam
1963 - Pergolakan politik dalaman
1964 - America menjajah Vietnam semula
1965 - Perang tercetus antara America, Komunis & Vietnamese
1975 - Vietnam merdeka