Saturday, February 18, 2012

Saigon Backpackers Hostel, Ho Chi Minh

Saigon Backpackers Hostel

di 373/20 Pham Ngu Lao Street, District 1, HCMC

http://www.hostelworld.com/hosteldetails.php/Saigon-Backpackers-Hostel/Ho-Chi-Minh/52723




Aku book hostel ni melalui HostelWorld.com . Aku ambik dorm female 4 orang sebilik. Aku puas hati duduk kat sini sbb tempat ni cantik dekorasinya selain bersih, selamat, staff die pun friendly jugak.. dan ade kemudahan internet, dapur, disediakan blanket dan towel dan paling penting breakfast percuma (breakfast kat sini bukan buffet style tau tapi style ala-carte).

Ade 4 menu breakfast iaitu egg+bread+sayur, noodles+sayur, noodles+egg, bread+cheese+butter. Air pulak hanya boleh pilih air coffee atau tea sahaja. Masa aku check-in di sini, aku tak perlu isi borang apa2 pun dan tak perlu bayar lagi. Bayaran dibuat masa kite check-out. Tapi passport dipegang oleh pihak hostel. Semua hotel/hostel di Vietnam ni akan pegang passport guestnya.

lobby hostel

Masa check 0ut hostel tu aku kene bayar sewa hostel memandangkan bayaran belum dibuat lagi. Receptionist tu charge aku USD9 semalam.. sedangkan aku book guna hostel world dicharge hanya sebanyak USD8 semalam. So aku pun tunjukkan lah resit dari Hostel World yang aku print dari email aku.. Then, die pun charge la aku berdasarkan Hostel World tu.. nasib baik aku bawak printing tu.. kalau tak, sia2 je aku kene bayar USD 18 untuk 2 malam. Huhu.. Tapi secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati duduk di hostel ni. Next time, kalau aku datang lagi ke HCMC, aku pasti akan duduk di sini lagi.

pintu bilik

bilik 302

dorm 4 katil


dekorasi dalam bilik

soket yang digunakan di Vietnam, so utk yang guna plug 3-pin, jgn lupa bawak adapter :-)