Sunday, March 18, 2012

VHC : Solo Overland Adventure : Part 4

Entry sebelum ni [ VHC : Solo Overland Adventure : Part 3 ]

Tentatif aku untuk hari keempat ni adalah pergi melawat ke Hang Nga Crazy House. Aku ke sana naik Mai Linh Taxi. Pihak Hotel call kan taxi. Tak yah tunggu taxi lama2. 1 minit lepas call, taxi dah ade kat depan pintu hotel. Perjalanan ke Crazy House ambik masa 10 minit. Aku gerak dari hotel kul 8.00 pagi. Taxi akn berhenti betul2 depan Hang Nga Crazy House. Bayaran taxi adalah sebanyak VND 40,000. Rumah ni terletak di kawasan perumahan a.k.a kawasan banglo2.. Owner rumah ni menetap di situ. Crazy House ni sebenarnya dijadikan sebagai hotel tapi hotel tu sangat la mahal bayarannya semalam. Lebih kurang USD300 semalam. So, bagi sesiapa yang nak merasai sendiri bermalam di wonderland Alice, boleh la menginap di sini.

kat Dalat ni pun ade Eifel Tower.. jangan main2..

otw nak ke crazy house

nanti aku ceritekan detail pasal Hang Nga Crazy House ni


gambar ni aku ambik dari dalam teksi.. sebab tu la ade bayang2


rumah-rumah kat sini - cottage style

salah satu round-bout kat Bandar DaLat ni

Pas 1 jam pusing2 Crazy House ni, aku pun balik ke hotel naik taxi. Bagitau jer pada kaunter tiket untuk tempah taxi dan pekerja kaunter tu akan call taxi. Macam biasa, tunggu taxi kejap jer.. Aku bercadang untuk ke supermarket sebab aku nak beli roti & air.. Memandangkan driver taxi tak pandai cakap bahasa Inggeris, so aku tunjukkan saja map aku tu yang dah terconteng kat situ Supermarket KT Mart yang terletak di Jalan Phan Dinh Phung. Bayaran teksi adalah sebanyak VND36,000.

Peta bandar Dalat

Ini die muka depan supermarket

Masuk dlm supermarket ni tak leh bawak beg, so terpaksalah aku letak kesayangan aku di dalam loker berkunci di luar supermarket. Aku pusing2 cari roti tapi hampa sebab tak jumpa.. So, last2 aku beli biskut oreo, yogurt & air mineral dengan harga VND 37,000.

ini die 37,00 dong

envy nye aku pada signboard ni.. fasad bangunan ni pun cantik

Pastu, aku bercadang untuk terus baik ke hotel. Aku balik ke hotel hanya dengan berjalan kaki. Aku hafal jalan yang driver taxi tu bawak tadi. Dari supermarket ke hotel hanya berjalan lebih kurang 15 minit saja. Itu berjalan santai la.. Otw balik ke hotel aku lalu pasar.. Macam biasa, memang banyak pakaian sejuk yang dijual situ.

permandangan pasar dari atas

ni lah tangga turun ke pasar

barangan kraftangan pun ade jual kat sini

pakaian sejuk bersepah2 orng jual

penutup telinga, penutung hidung, penutup kaki, penutup rambut semuanya adaaa..

ear accesori

Dan aku tertarik dengan buah strawberi yang dijual di pasar tu. Aku pun ambik keputusan untuk beli buah strawberi tu sebab tak tahan air liur aku tengok buah tu.. Aku beli dengan harga VND 25,000 untuk 500 gram. Aku hanya nak beli suku kilo je tapi mereka tak nak jual suku kilo, so terpaksalah aku beli setengah kilo.. Pastu, aku terus balik hotel. Sampai je di hotel, aku makan dulu.. Kali ni aku cume makan rendang daging Berahim’s macam tu je sebab tak de nasi.. serta ngan buah stawberi + yogurt. Alhamdulillah, kenyang la. Di Dalat ni, tak de kedai halal. So, sesiapa yang berhajat untuk ke Dalat, bawa makanan segera yea…

sedapnye buah stoberi ni.. yummy-yummy


nak sewa basikal pun boleh.. bersepah2 orang naik basikal kat sini


ni permandangan sekitar hotel

Aku check out kul 12.00 tengahari. Aku naik teksi pergi ke ofis travel agent (nak tunggu bas untuk ke Nha Trang) yang terletak di pusat Bandar Da Lat. Sebenarnya leh aje jalan kaki tapi sebab aku bawak beg besar, aku malas la nak jalan kaki. Tambang taxi ke situ, aku bayar VND 28,000. Sampai je di ofis tu, aku diberi Ticket Book. Buku tiket tu mengandungi setiap tiket2 untuk setiap destinasi yang aku tuju. Iaitu ticket bus dari Nha Trang-Hoi An. Tiket Bus dari Hoi-Hue dan tiket dari Hue-Hanoi. Tarikh setiap tiket tu adalah sama seperti apa yang aku inginkan. So, aku puas hati sebab mereka tak tipu.. Pas aku ambik ticket book tu, aku kene naik van pelancong yang mana van tu akan bawak aku dan penumpang2 lain ke tempat tunggu bus yang sebenarnya. Jadual bus adalah kul 1 petang.

tempat tunggu bas untuk ke Nha Trang

rehatkan minda lu sementara tunggu bas.. So, moral of the stori - bawaklah buku semasa travel :-)

bag pack kesayangan aku :-)

So, aku lepak sambil baca novel kat tempat tunggu bus tu.. Ramai pelancong yang tunggu bas gak.. dan semuanya naik 1 bas ngan aku untuk ke Nha Trang. Tepat jam 1.30 petang, kami semua naik bas. Sleeping bas, bas yang jenis tempat tidur.... Memandangkan aku naik paling last, so aku kene duduk di belakang sekali. Nasib baik perjalanan dari Da Lat ke Nha Trang cume ambik masa 4 jam saja. Yang naik bas ni, semuanya pelancong2..

OPen Tour Bus a.k.a Sleeping bus (Bas ke Nha Trang)

Beratur naik bas.. Tidak dibenarkan pakai kasut tau.. So, better pakai selipar (senang bungkus masuk dalam beg)



Minah ni duduk sebelah aku.. die org Vietnam.. Mau ke Nha Trang sbb balik kg suami

interior sleeping bus Dalat - Nha Trang


Sepanjang perjalanan, aku menikmati keindahan permandangan Bandar Dalat menuju ke Nha Trang.. MashaAllah! Sangat cantik.. kawasan nye berbukit bukau… Cantik la pada pikiran aku.. Dalam perjalanan, bas ade benti makan petang selama 30 minit.. Aku tak makan pun cume membersihkan diri di restroom.

sawah padi menghijau ~ otw ke Nha Trang


Aku tibe di Bandar Nha Trang jam 5.00 petang. Bandar Nha Trang ni sangat cantik ngan pantai nye.. Permandangan di sini sama seperti Bandar Bali, Indonesia yang terkenal ngan pantai Bali. Kul 5 petang di Nha Trang dah gelap. Jadual bas seterusnya untuk ke Hoi An adalah jam 7 petang. Sampai aje di Nha Trang, aku Tanya pada driver bas tu, kat mana nak tunggu bas ke Hoi An. Pastu die cakap, tak yah turun, duduk je dalam bas ni sbb die akan bawa ke tempat tunggu bas ke Hoi An yang terletak tak jauh dari situ.

dalam perjalanan Dalat - Nha Trang

Sampai aje di tempat tunggu bas tu, semua orang ke kaunter sebab nak confirmkan kehadiran (Waahh! Ayat macam budak sekolah la pulak..). kat situ, kite kene serahkan tiket kite.. Tunjukkan aje Ticket Book tu, nanti dieorang akan koyakkan tiket Nha Trang-Hoi An dan serahkan kat kite satu kertas macam boarding pass. Dieorang cakap kene ade kat situ jam 6.30 petang. Pas serah tiket, aku pun terus naik ke atas untuk ke tandas. Aku ambik wudhu’ siap2. Mulanya aku nak solat kat bangunan tu tapi ramai sangat orang sampai langsung tak de tempat. So, aku buat keputusan untuk solat di dalam bus.


inilah sleeping bus Nha Trang ke Hoi An

Aku pernah dapat soalan, Macam mana solat dalam Bas??? ERRmmm, macam mana lagi, solat duduk la.. Solat duduk ni diharuskan ketika keadaan darurat dan tiada langsung kemudahan untuk kita solat secara normal. Aku tak nak lah terangkan ngan lebih lanjut bab solat ni sebab aku bukannya orang yang arif pasal benda ni. Elokla dirujuk pada ustaz2 yang lebih pandai pasal bab ni.. Aku pun banyak Tanya pada mereka2 yang bijak pandai bab2 agama ni untuk mengelakkan aku buat bende yang salah.

waktu malam dalam sleeping bus ke Hoi-An


Bas dijadualkan datang kul 7 malam. Tapi kul 6 petang, bas dah datang.. Uihhh!! Awal gilerr.. Memang sangat2 advance… Nasib baik aku dah pergi ke tandas awal2 dan dah beli air mineral siap2.. Aku naik sleeping bas. Kali ni aku tak duduk di belakang lagi.. Sebab aku naik bas awal, Alhamdulillah dapat la seat di tengah2.. Perjalanan dari Nha Trang ke Hoi An mengambil masa selama 11 jam. Naik bas jer, aku solat dulu dan aku terus tidur.. Tengah malam lebih kurang 12 malam, bas benti makan.. Aku tak turun makan …Just sambung mimpi yang terhenti seketika.. ZZZZzzzzz……