Tuesday, March 11, 2014

Bila sains berakhir, maka Kudrat Allah swt bermula

Assalamualaikum..

Stop jap travelog Europe. Sejak dari berita kehilanganpesawat MH370, aku tak nafikan, aku jadi takut. Takut untuk naik flight. Ade sikit fobia dalam diri aku ni tuk naik flight. Biarpun selama ni, aku kaki travel, jalan-jalan, pusing-pusing naik flight, tapi sejak kejadian tu ade semacam rasa dalam diri aku.. huhu.. Tak tahulah pasal apa. Tapi kalau dah Allah swt tentukan, dalam lubang cacing sekalipun tak kan terlepas.. Ye laaa... Takpelah, hopefully, nanti perasaan tu beredar. Tapi selagi perasaan takut tu masih ade dalam jiwa aku, selagi tu lah aku tak travel.. Hopefully, everything will be fine.

********************************

Dah 4 hari pesawat MH370 hilang, tak jumpa. Aku tertarik dengan kata-kata Kapten Norudin (1st pilot of Boeing 777 Fleet MAS) "Bila sains berakhir, maka Kudrat Allah swt bermula".. Kata-kata ni buat aku terjaga dari lena mimpi indah pagi tadi kat MHI.  Memang terkesan.. 

Kata-kata yang datang dari seorang expertise, pilot Boeing 777, pesawat tercanggih kat dunia pada masa kini. But yet, it still can disappear without anyone knows where it is right now. Pelik bin ajaib. Sehebat mana pun teknologi, sehebat mana pun pilot yang memandunya, sebijak mana pun manusia, tetap tak boleh lawan KUASA ALLAH swt..

Kite semua (Goverment of Malaysia especially) dah berusaha sehabis mungkin, dan sehabis daya & kemampuan, kerahan tenaga, aset malah pertolongan dari negara-negara lain untuk mencari pesawat MH370 tetap tak membuahkan hasil hingga kini.. Kite semua keep on praying & keep on doa agar segalanya memberi petunjuk positif buat semua yang menanti. Tapi sehingga hari ke-4, kita masih buntu. Apakah petandanya? The answer is, Allah swt nak ingatkan kita semua bahawa DIA lah Yang Berkuasa terhadap segaa sesuatu, yang ade di langit, mahupun di bumi , mahupun du lautan. 

http://www.mole.my/sites/default/files/images/missing-plane-3.jpg


Hanya 1 jawapan saja iaitu Allah swt Yang Maha Menciptakan Langit & Bumi yang menentukan segalanya. Hidup kite hari ni sangat canggih dengan kepesatan pembangunan bidang sains & teknologi. Manusia bergantung harap pada sains & teknologi sehingga ade (ramai sebenarnya) yang melupakan Allah swt kerna asyik dengan teknologi yang ade di depan mata. Yang mana membuatkan manusia menjadi sombong, angkuh & alpa akan Pencipta Yang Satu Itu.Manusia lupa akan tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Iaitu untuk menunaikan apa yang diperintahkan oleh Allah swt & meninggalkan segala Larangan Allah swt.

Itu aku tak nafikan. Makin hari, makin banyak benda lagha berlaku di depan mata. Lihat saja di sekeliling kite, aktiviti pelacuran di sana sini, fitnah berleluasa, bisness judi (casino) makin maju, arak sana sini, filem-filem tempatan menyajikan hidangan cerita yang tak senonoh, berpegang tangan antara yang bukan mahram itu adalah satu kebiasaan di Bumi Malaysia, artis-artis makin seksi (bukan artis pun ramai), sajian rancangan hiburan makin rancak dimainkan. 

Even, kat dalam pesawat MAS sekalipun, etika pemakaian stewardess MAS tak tutup aurat, terbelah sehingga ke peha, Air Asia lagi lah. Fire Fly pun sama. Kat atas pesawat, disajikan arak, even untuk non-Muslim, Holy Quran said NO, it means NO at all. Tapi, semakin hari, semakin banyak nikmat kemewahan diberikan pada kita semua termasuk pada negara Malaysia, termasuk pada company airlines semua, menyebabkan semua lalai & semua lupa akan PERINTAH Allah swt. Semuanya asyik dengan nikmat kemewahan yang Allah swt berikan ni. Walhal, sikit je pun Dia bagi. Yang sikit tu, kita dah leka.. 

http://s2.ohbulan.com/wp-content/uploads/2014/03/mh370-630x440.jpg

Then, Allah swt tunjukan KUASA Dia yang sedikit ini untuk tunjukkan pada kite semua, sehebat mana pun manusia, Dia lah Yang Maha Hebat Yang Menciptakan Alam ini untuk kita semua. 

Thus, ayuhlah kita semua muhasabah diri. Walaupun kita tak terlibat secara langsung dalam pesawat tu (even menjadi family members pada yang terlibat), kite pun ade kaitan jugak. Itu pesawat Malaysia & kita ini rakyat Malaysia, Allah swt nak tunjukkan pada dunia amnya dan pada rakyat Malaysia khususnya bahawasanya dunia ini ada Pencipta (Creator) & ade Yang Memerhati . 

Muhasabah diri kita, mungkin ade benda yang kita buat silap & salah. Pada yang ade company, muhasabah semula, adakah kita mengikut segala prosedur yang ditetapkan oleh Allah swt seperti yang tertulis di dalam al-Quran & Hadith. Kerna, kita ini semua BAKAL JENAZAH. 

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/03/10/flight%20mh370%20path.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Hidup kita di dunia ini hanya sementara saja, yang Kekal hanyalah di akhirat sana. Walaupun kita belum tua, walaupun kita belum sakit, tapi tak mustahil, kita akan dijemput oleh Allah swt untuk menemuiNYa. Anytime, anyhow tanpa kita duga.. Janganlah sebab kita ini masih muda, ia tiket untuk kita untuk terus beseronok & lupa tanggungjawab kita pada Pencipta.

Memang ade sesetengah yang berkata, doakan yang baik-baik saja. Jangan cakap bende yang negatif. Well, apa yang aku katakan ini langsung tak de unsur negatif. Apa yang terjadi sejak 4 hari yang lalu, adalah petunjuk Allah swt semata-mata untuk menguji keimanan kita semua & untuk menyedarkan hamba-hambaNya bahawa Dia Yang Maha Berkuasa. So, my writing is just a note of reminder.

Akhir kata, jom kita buat solat taubat (untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa selama ini) & then, solat hajat supaya Allah swt memberi Petunjuk untuk menemukan MH370. InshaAllah... Wallahualam..

p/s : peringatan untuk diri sendiri juga