Tuesday, July 30, 2013

@Grill, Bandar Baru Bangi - Not Recommend !

Dah lama nak publish entry ni, tapi hari ni baru ade kudrat nak publish. Sorry..

@Grill Restaurant, Bandar Baru Bangi

@Grill Restaurant ni terletak di Pusat Bandar Baru Bangi, dekat-dekat ngan PKNS, BB Bangi & satu deret dengan Restoren Wadihana Islamic Kitchen. Aku makan kat sini sebelum Ramadhan hari tu, teringin sangat tekak ni nak makan steak / chicken chop. So, nampak kedai ni, terus park kereta & masuk.

Masuk je restoren ni aku tak dapat terus tempat duduk, dalam 10 minit baru dapat tempat duduk sebab ramai orang, penuh. Then, dapat tempat, kami pun order makan. Tunggu punya tunggu, makanan tak sampai-sampai. Makin lama, makin ramai orang datang ke sini. Maybe sebab malam weekend kot. Aku tengok ke meja-meja lain, dieorang pun tak dapat makanan dieorang even dieorang sampai lagi-lagi awal dari aku.

Pas 30 minit, dapat lah kami air. Aku minum air tu sikit-sikit jer, takut habis tak sempat nak tunggu makanan. Waiter restoren asyik datang tanya dah dapat ke belum makanan, OF COURSE la tak dapat lagi. Tak nampak ker! (baca dalam nada marah ok. hehe). 

Lepas tunggu 1 jam, makanan yang ditunggu-tunggu pun sampai. Elok jer, kami nak melangkah keluar, dan-dan tu makanan sampai di meja. So, tak sempat nak blah cari restoren lain. So, apa lagi makanlah. Waiter tu pulak asyik duk mintak maaf jer. huhu.. (konon!).

Aku tengok meja lain pun tunggu lama gak macam aku.. huhuhu.. Makanan jer aku boleh cakap "tak sedap!".. What to do, makan jer la.. And masa nak bayar, tauke restoren ni bagi kami diskaun 10% sebab serve makanan lambat. But the price is still high. Sebab tak sama dengan kualiti makanan & servis.

So, aku tak recomend u all makan kat sini based on experience aku. Tapi kalau ade yang experience bagus tentang restoren ni, itu rezeki mereka. But for me, i wont come again to this restaurant.


Kat luar pun, penuh orang



Dekorasi restoren. Restoren ni ade wifi tau

Dekorasi Restoren



Orange Juice & Water Melon Juice

Garlic rice. Side Dish. Sangat sikit
Tengok, mangkuk ni besar giler kan.. Berharga RM 3.50 semangkuk


Muka kebosanan menunggu. Bergambar-berposing-posing nak hilangkan bosan

shoulder lamb grill

p/s : Restoren ni memang ramai orang sebab restoren ni baru aja di buka. I do not know what happen in the future..