Assalamualaikum wbt..
aku baru pas tengok crite 30 minit bersama Ustaz Don kat TV al-hijrah.. Aku yakin korang semua pun tengok crite tu... Malam ni, Ustaz Don bagi kuliah pasal "adab-adab orang bermusafir" ngan sorang ustaz jemputan..
Kebetulan aku suka travel walaupun tak setegar seperti para traveller lain.. Apa yang Ustaz Don bagitau ni, sikit sebanyak leh jadi rujukan untuk aku sebagai musafir & info-info tu aku nak share gak la ngan korang...
Mintak maaf la terlebih dulu kalau ade yang tak suka ngan entry ni.. Aku just nak share jer apa yang aku dengar dari crite Ustaz Don ni. Moga-moga ianya boleh menjadi rujukan untuk kita semua dalam menjadi musafir yang diredhai Allah swt. Bukan bermaksud "berlagak alim" atau yang sewaktu dengannya.. Mintak maaf ye kalian..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
First of all, kata Ustaz musafir ni bermaksud "azab kepayahan / kesusahan". errmm, menjadi seorang musafir atau pengembara atau traveller dalam bahase mat saleh, kita akan berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan kesusahan. Betul kan kawan-kawan? (sambil muka tersenyum)..
Musafir ni juga bermaksud "berhijrah". So kalau sebut hijrah ni, ianya sudah pasti dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah swt kan atau dalam erti kata lain, kita ade niat yang baik. Oleh itu, jika seseorang travel dengan niat tak baik, maka orang itu TIDAK dipanggil sebagai "musafir".
| bermusafir naik lori balak =)) |
Bila seorang musafir ade niat yang baik such as 'nak jalan-jalan negara orang sebab nak tengok keindahan ciptaan Allah swt' / 'nak pergi umrah sebab nak beribadat pada Allah swt' / 'nak pergi Afghanistan sebab nak tolong orang-orang disana' , maka mereka ini akan mendapat kesenangan & dipermudahkan segala urusannya sepanjang mereka bermusafir. Ye lah, musafir tu kan azab kepayahan, so bile niat kita baik, akan dipermudahkan di dalam kepayahan tersebut. InsyaAllah.
Dalam misi nak mendapatkan keredhaan Allah swt ketika kita bermusafir, antara adab-adab bermusafir ialah :
1. Cukup rehat & cukup tidur
Nak travel ni, kite kene berjalan banyak kan. So, kita kene ade banyak tenaga. Kalau tak ade tenaga, tak dapat la nak menikmati kepuasan jalan-jalan tu. Oleh itu, sebelum kite berlepas, kite kene ambik supplement semulajadi iaitu cukup tidur & cukup rehat supaya kita dapat kumpul banyak tenaga. Lain-lain supplement tu, bonus la untuk korang..Kalau musafir untuk wat umrah / haji / aktiviti sukarelawan / menuntut ilmu, lagi banyak tenaga yang kita perlukan.. So, jaga diri baik-baik supaya tak sakit-sakit & tak demam. Sebab nanti ia akan menjejaskan ibadah kite..
2. Kosongkan beg
Jangan bawak barang banyak-banyak. Jangan bawak baju banyak-banyak. Hanya sekadar bawak barang-barang keperluan dah memadai. Aku rasa tips ni sangat berguna.Macam aku, Aku selalu travel guna backpack (kalau ade guna beg troli pun, leh kire ngan jari So, kalau aku bawak beg berat-berat, hilang lah tenaga aku, macam mana aku nak jalan jauh-jauh, penat la beb.. So, buatlah beg korang menjadi ringan supaya senang untuk korang travel, naik tangga-turun tangga, naik bukit-turun bukit, naik bas-turun keretapi. betul kan-kan-kan ?
3. Pakaian tutup aurat
Kata ustaz, kita bermusafir ni sebab nak dapatkan keredhaan Allah swt, so pakaian yang kita pakai kenelah yang diredhai Allah. Boleh aja nak berfashion, asalkan tutup aurat. Pakailah pakaian yang selesa, yang mudah bergerak & yang tak buat kita rimas..4. Jangan mintak beli buah tangan
Bila ade kawan / sedara-mara kita nak bermusafir, kita janganlah mintak kawan kita tu belikan buah tangan untuk kita such as 'tolong belikan aku tudung ye' / 'nanti ko jangan lupa bawak balik aku buah tangan dari sana' / 'nanti belikan aku jubah ye, jubah kat sana cantek-cantek'..
Bile mintak itu-ini, itu bukan adab namanya (kata Ustaz).. Sebabnya, ia akan membebankan kawan kita tu untuk travel & untuk beribadah. Lagi la pulak, orang-orang yang travel secara backpackers ni, lagi la nak jimat duit, so memang tak de la duit spare nak beli itu-ini. Duit yang ade pun cukup-cukup untuk hidup di perantauan sehingga pulang ke Tanahair. Atau bile kawan kita nak pergi umrah / haji, bile kita pesan beli itu-ini, kesian kat dieorang sebab duk asyik pikir nak shopping, terjejas lak pikiran dieorang nak beribadah kepada Allah.
Kata Ustaz lagi, suppose to be kita sebagai kawan / keluarga ni, mintaklah kawan kita yang nak bermusafir tu doakan yang baik-baik untuk kita sebabnya doa orang yang bermusafir ni sangat mustajab & dimakbulkan Allah swt. Contohnya, cakap kat kawan kita tu "nanti kat sana, ko tolong doakan aku sekeluarga kat sini sihat-sihat saja & murah rezeki" / "ko tolong doa supaya aku dapat SPM 15A k" / "ko doalah supaya ramai customer datang kedai aku" / "ko doalah business aku untung banyak tahun ni".
| indahnya permandangan alam ketika bermusafir |
Hanya 4 saja adab bermusafir yang dikongsikan Ustaz hari ni, di lain hari, akan ade lagi adab-adab tambahan untuk orang yang bermusafir ni. Tambah Ustaz lagi :
Doa orang-orang yang bermusafir sangat mustajab. Rasulullah saw bersabda "doa orang yang bermusafir akan dimakbulkan Allah swt, lebih-lebih lagi bermusafir ketika bulan Ramadhan".
Wallahualam.. i am forever learning =))